Saturday, December 28, 2013

Teater Bahayanya Wanita Istana Budaya

Teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya akan berakhir pada 31 Disember 2013.
Best tak? Ok, best!!
Tapi saya tak bagi 4/5 bintang sebab saya kurang suka dengan skrip yang berbaur sedikit lucah. hhmmm..

Haliza Misbun, Ziela Jalil, Zizan, Umie Aida, Erra Fazira
Nora Danish, Eirma Fatima, Johan As'ari, Syanie, Lana Nordin

 Iklan 1
Sepatutnya pihak Istana Budaya perlu melabelkan peralatan gamelan ini. 

 Iklan 2
Gerai Hot Burger Fizo Omar di perkarangan depan pintu Istana Budaya

Ulasan teater boleh baca di blog wanita marabahaya (bos garang) ni.
Penat dia stay up buat entry panjang lebar tu..

Iklan 3
Ilusi kaki dah kurus dengan seluar hitam. 
Tips untuk kaki nampak kecik semasa bergambar.

Iklan 4
Lana Nordin dan Zuan Melodi menuju ke surau untuk solat Maghrib

Iklan 5
Lana Nordin bergambar mesra dengan peminatnya 

Teater Bahayanya Wanita ini berunsur komedi ala-ala filem P.Ramlee Madu Tiga tu.
Sebab ada 4 bini, prop semua rumah bininya Syed Maadon ini  menarik.

Nak dengar Nora Danish menyanyi live, tengoklah dalam Bahayanya Wanita. Sedap juga beliau menyanyi tapi Erra, Umie dan Eirma nyanyi tentulah lagi sedap kan.
Watak Lana Nordin ialah PA kepada Syed Maadon tapi beliau ganti watak Nora Danish (bini ke-3) yang gedik asyik nak bunuh diri itu pada hari Jumaat. Nora kan jadi juri Maharaja Lawak..

Ada banyak lagu best yang diadaptasi ke dalam Bahayanya Wanita. Ada lagu dangdut Goyang Inul, Teringin Shima, Kau Kunci Cintaku Ramlah Ram, Seksis Anita Sarawak, lagu Michael Jackson pon ada. Nora Danish nyanyi lagu Jejaka Idaman lagu Raja Ema tu.

Ustaz Jon (Johan) yang nampak alim tu sebenarnya ialah suami kepada Syanie comel. haha! Bukan senang nak poligami. Sakit kepala susah hati dengan ragam tiga isterinya; Syarifah Fatimah Maruka keturunan Johor yang garang berambut singa ada baby kera, Kamelia (Erra Fazira) yang anggun manja dan Farhana (Nora Danish) yang gedik asyik nak bunuh diri, sempat pulak Syed Maadon ni kahwin 4 iaitu dengan Suti Lambung (Eirma Fatima). Kesimpulannya lelaki yang sangat bahaya kan? Ke janda Indonesia yang lebih bahaya? Cinta itu buta, ok..

Tiket Bahayanya Wanita berharga RM 53 ke atas.
Boleh solat Maghrib dan Isyak di surau tingkat 1 Istana Budaya, depa break lama..
Jangan pakai seksi meksi, sejuk le dalam tu. Takpon nanti orang ingat ko pondan. Ops! 
Sekian.



10 comments:

Ash Awan said...

Terima kasih singgah blog macikz konah... aah Bahayanya wanita ada skrip lucah. sekali sekala ok tak salah...tapi macam banyak sangat. Sebab tu seri dia agak hilang

Jumir said...

Terbaek...!!!! Nanti pi lagi yekk..

blog-tips-kurus said...

MacikZ Konah,
indah sungguh nickname muuu... hihi!

*< suka Zizan tu!

blog-tips-kurus said...

Wok J,
sila taja tiket lagi.

hahah!

Time Traveller said...

Macam best jer.. belum pernah lagi tengok teater selama nie.. boleh la try kot.. :D

Thanks follow my blog.. done follow your blog here :D

t.a.t.a said...

minat eh dengan teater ni? aku tengok teater kat rumah aje. ada drama queen. melakonkan watak budak gembeng yang asyik nak nanges aje.

sud@is said...

lelaki kaya kasih sayang hehe

sudipVSsenduk said...

last tengok teater ialah 20 tahun dulu.. boring, terus tak minat nak tengok lagi

Aujinz said...

rajin betei dia pergi tengok teater XD

CIK TOM said...

tak pernah tgk teater & teringin nak tgk teater..maybe blh realisasi utk thn 2014..

LinkWithin

related posts with thumbnails