Isnin, 18 November 2013

Teater Supermokh Istana Budaya Bersama Sultan Selangor dan KJ


Teater Supermokh Sebuah Musical akan berakhir pada 18 November 2013.
Hari ni le tu..


Kami tengok teater Supermokh ni pada Isnin lepas.
Mesti orang tanya, best tak teater Supermokh ni?
Jawapannya mestilah best!
Sebab dapat tiket percuma!!! Syukurlah nak.. (>.<)


Kami dapat duduk di bangku upper circle E14-E16.
(kami kan golongan marhaen)
serius kami gayat oooo!!!

Tak sangka, rupa-rupanya kami menonton dengan VVIP iaitu
DYMM Sultan Selangor, YB Khairi Jamaluddin dan lain-lain vvip lagi ada di bawah.
Ingat perang twitter Dato' CT dengan YB KJ tu?
mmmm...


Part paling best bila dancers menari main bola pakai baju LED, import khas tuuu..
Macam fireflies menari atas stage yang gelap. Best!! 



Maya Karin jadi isteri Mokhtar Dahari iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.
Maya nyanyi lagu Do You Remember Sayang. 
Pada pendapat saya, lagu inilah yang paling sedap dalam teater Supermokh ni.




Awie jadi kurus untuk watak Mokhtar Dahari tu.
Arwah Mokhtar Dahari tu romantik orangnya..
komited, jujur bermain bola sepak untuk negara walaupun ada orang nak rasuah beliau.

Baru saya tahu, dulu pasukan bola sepak kita layak ke Sukan Olimpik Moscow 
pada tahun 1980.
Tapi kita boikot sebab Kesatuan Soviet telah melakukan pencerobohan di Afghanistan.
Hebatnya kita! Masa tu, pasukan bola negara lain tak berapa hebat la kan..


Tu dia... En Hans Isaac yang diraikan selaku penerbit dan pengarah teater Supermokh ni.
Nampak tak Harith Iskandar, Shidi (suami Vanida Imran), Dina OIAM..
Maklumlah.. photographer tangkap dari upper circle.. hehe!


Frankly, best tak teater ni?
Ok, masa part Kenny (Douglas Lim) keluar, memang best. 
Dia pon ada nyanyi lagu Kalau Saya Ini Football Player.
Kenny jadi penyeri teater Supermokh ni.

Watak Ina (Maya Karin) macam tak berapa sampai je. 
Sori Maya, terimalah kritikan membina ini..
Yelah.. dalam teater Natrah, lakonannya lagi hebat.
Bagaimanapun, prop teater Supermokh ni memang mengkagumkan. 
Syabbas beti!!



Sekian. 
Terima kasih goreng keladi kepada penaja tiket kami..
(>.<)


2 ulasan:

Aujinz berkata...

bestnya boleh gie tengok teater.. hue hue hue

blog-tips-kurus berkata...

Aujinz,
syukurlah nak..

(boleh le..) :-)

LinkWithin

related posts with thumbnails