Teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya akan berakhir pada 31 Disember 2013.
Best tak? Ok, best!!
Tapi saya tak bagi 4/5 bintang sebab saya kurang suka dengan skrip yang berbaur sedikit lucah. hhmmm..
|
Haliza Misbun, Ziela Jalil, Zizan, Umie Aida, Erra Fazira Nora Danish, Eirma Fatima, Johan As'ari, Syanie, Lana Nordin |
Iklan 1
|
Sepatutnya pihak Istana Budaya perlu melabelkan peralatan gamelan ini. |
Iklan 2
|
Gerai Hot Burger Fizo Omar di perkarangan depan pintu Istana Budaya |
Ulasan teater boleh baca di blog wanita marabahaya (bos garang) ni.
Penat dia stay up buat entry panjang lebar tu..
Iklan 3
|
Ilusi kaki dah kurus dengan seluar hitam.
Tips untuk kaki nampak kecik semasa bergambar. |
Iklan 4
|
Lana Nordin dan Zuan Melodi menuju ke surau untuk solat Maghrib |
Iklan 5
|
Lana Nordin bergambar mesra dengan peminatnya |
Teater Bahayanya Wanita ini berunsur komedi ala-ala filem P.Ramlee Madu Tiga tu.
Sebab ada 4 bini, prop semua rumah bininya Syed Maadon ini menarik.
Nak dengar Nora Danish menyanyi live, tengoklah dalam Bahayanya Wanita. Sedap juga beliau menyanyi tapi Erra, Umie dan Eirma nyanyi tentulah lagi sedap kan.
Watak Lana Nordin ialah PA kepada Syed Maadon tapi beliau ganti watak Nora Danish (bini ke-3) yang gedik asyik nak bunuh diri itu pada hari Jumaat. Nora kan jadi juri Maharaja Lawak..
Ada banyak lagu best yang diadaptasi ke dalam Bahayanya Wanita. Ada lagu dangdut Goyang Inul, Teringin Shima, Kau Kunci Cintaku Ramlah Ram, Seksis Anita Sarawak, lagu Michael Jackson pon ada. Nora Danish nyanyi lagu Jejaka Idaman lagu Raja Ema tu.
Ustaz Jon (Johan) yang nampak alim tu sebenarnya ialah suami kepada Syanie comel. haha! Bukan senang nak poligami. Sakit kepala susah hati dengan ragam tiga isterinya; Syarifah Fatimah Maruka keturunan Johor yang garang berambut singa ada baby kera, Kamelia (Erra Fazira) yang anggun manja dan Farhana (Nora Danish) yang gedik asyik nak bunuh diri, sempat pulak Syed Maadon ni kahwin 4 iaitu dengan Suti Lambung (Eirma Fatima). Kesimpulannya lelaki yang sangat bahaya kan? Ke janda Indonesia yang lebih bahaya? Cinta itu buta, ok..
Tiket Bahayanya Wanita berharga RM 53 ke atas.
Boleh solat Maghrib dan Isyak di surau tingkat 1 Istana Budaya, depa break lama..
Jangan pakai seksi meksi, sejuk le dalam tu. Takpon nanti orang ingat ko pondan. Ops!
Sekian.