Monday, December 30, 2013

Natural Remedy for Blocked Nose Sore Throat

Ini ialah Isnin terakhir bagi tahun 2013.
Ok, korang semua alert..

aksesori orang demam

Anda sedang mencari petua untuk hidung tersumbat (stuffy or blocked nose)?
Secara moden dan lebih cepat, beli je Sterimar nasal spray ni.
Harga Sterimar di Watsons sekarang ialah RM25.40
Sterimar adalah berasaskan seawater.

Sterimar nasal spray

Natural remedy for blocked nose, 
cuci je lubang hidung tu dengan air suam yang telah dicampurkan dengan garam. 
Saya guna HALAGEL. 
Nanti mucus tu mudah dikeluarkan. Rasa lega je..
Nak buat ubat kumur pon boleh dengan air garam tu.

Other remedy for stuffy blocked nose, 
hanya wapkan hidung anda dengan sesudu vicks yang telah dicampurkan ke dalam air panas.
Kelubung kepala anda dengan tuala, barulah lebih berkesan.

Before Vicks yang dicampurkan ke dalam air panas

After Vicks yang dah mengeras

Orang yang sedang dijangkiti virus flu ini perlu kerap cuci tangan dengan sabun. Gunalah tisu cap Kleenex yang lembut dan kurang berhabuk.

Sekian.
*ape margin ni??













Saturday, December 28, 2013

Teater Bahayanya Wanita Istana Budaya

Teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya akan berakhir pada 31 Disember 2013.
Best tak? Ok, best!!
Tapi saya tak bagi 4/5 bintang sebab saya kurang suka dengan skrip yang berbaur sedikit lucah. hhmmm..

Haliza Misbun, Ziela Jalil, Zizan, Umie Aida, Erra Fazira
Nora Danish, Eirma Fatima, Johan As'ari, Syanie, Lana Nordin

 Iklan 1
Sepatutnya pihak Istana Budaya perlu melabelkan peralatan gamelan ini. 

 Iklan 2
Gerai Hot Burger Fizo Omar di perkarangan depan pintu Istana Budaya

Ulasan teater boleh baca di blog wanita marabahaya (bos garang) ni.
Penat dia stay up buat entry panjang lebar tu..

Iklan 3
Ilusi kaki dah kurus dengan seluar hitam. 
Tips untuk kaki nampak kecik semasa bergambar.

Iklan 4
Lana Nordin dan Zuan Melodi menuju ke surau untuk solat Maghrib

Iklan 5
Lana Nordin bergambar mesra dengan peminatnya 

Teater Bahayanya Wanita ini berunsur komedi ala-ala filem P.Ramlee Madu Tiga tu.
Sebab ada 4 bini, prop semua rumah bininya Syed Maadon ini  menarik.

Nak dengar Nora Danish menyanyi live, tengoklah dalam Bahayanya Wanita. Sedap juga beliau menyanyi tapi Erra, Umie dan Eirma nyanyi tentulah lagi sedap kan.
Watak Lana Nordin ialah PA kepada Syed Maadon tapi beliau ganti watak Nora Danish (bini ke-3) yang gedik asyik nak bunuh diri itu pada hari Jumaat. Nora kan jadi juri Maharaja Lawak..

Ada banyak lagu best yang diadaptasi ke dalam Bahayanya Wanita. Ada lagu dangdut Goyang Inul, Teringin Shima, Kau Kunci Cintaku Ramlah Ram, Seksis Anita Sarawak, lagu Michael Jackson pon ada. Nora Danish nyanyi lagu Jejaka Idaman lagu Raja Ema tu.

Ustaz Jon (Johan) yang nampak alim tu sebenarnya ialah suami kepada Syanie comel. haha! Bukan senang nak poligami. Sakit kepala susah hati dengan ragam tiga isterinya; Syarifah Fatimah Maruka keturunan Johor yang garang berambut singa ada baby kera, Kamelia (Erra Fazira) yang anggun manja dan Farhana (Nora Danish) yang gedik asyik nak bunuh diri, sempat pulak Syed Maadon ni kahwin 4 iaitu dengan Suti Lambung (Eirma Fatima). Kesimpulannya lelaki yang sangat bahaya kan? Ke janda Indonesia yang lebih bahaya? Cinta itu buta, ok..

Tiket Bahayanya Wanita berharga RM 53 ke atas.
Boleh solat Maghrib dan Isyak di surau tingkat 1 Istana Budaya, depa break lama..
Jangan pakai seksi meksi, sejuk le dalam tu. Takpon nanti orang ingat ko pondan. Ops! 
Sekian.



Sunday, December 22, 2013

MATRADE FOC 2 Factory Outlet Carnival 2013

Matrade FOC 2 telah bermula pada 19 Disember
dan akan berakhir pada 22 Disember 2013; hari ini.
Bertempat di Matrade Jalan Duta, di Pusat Konvensyen Pamerannya. 
Caj parking ialah RM2 sahaja. Masuk dalam FOC ni free je. 

Gambar di bawah ni sedang berlangsung acara gusti lengan,
 peserta Malaysia lawan peserta dari Singapura (di atas pentas).

Pengunjung cilik gembira dapat belon ijo!

maskot Carrie Junior di area The Store sales. 

Ada pameran kucing, nak adopt kucing pon boleh.

Bantal pon nak sama dengan kucing dia.

kucing juga perlukan soft toy


sesi minta belon free je

ada pameran motorbikes dan kereta


sesi makan, baik punya port!

sesi cuba kasut orang dewasa. RM10 hingga RM39 sahaja

sandal RM10 sahaja. Tengok mata Amani aim ape tu?

Amani nak high heels RM10!! gediknya!

ini pon high heels juga! RM39

 Jom berjalan-jalan cuci mata di FOC 2 Matrade. 
Hari ini nak pergi booth D'Qalbu, tukar baju ke saiz S!
Baju kurung Pahang saiz SS kecik le.

Nak cari booth CAZARA, si Anzalna pelakon tu punya butik. Dia bagi diskaun juga.
The Stores buka lot besar, sales sehingga 70%.

Ada banyak booth makanan dan pakaian.
 Utusan pon ada. Tu yang semalam ada model search majalah Mangga..
A&W pon buka booth dengan lori dia tu.
Sekian.    





Wednesday, November 20, 2013

Selfie

Contoh selfie oleh budak kecil bajet comel


SELFIE is the 2013 word of the year (Oxford Dictionary).

Selfie is defined as a photograph that one has taken of oneself,
typically one taken with a smartphone
and uploaded to a social media website.

the sun

Monday, November 18, 2013

Teater Supermokh Istana Budaya Bersama Sultan Selangor dan KJ


Teater Supermokh Sebuah Musical akan berakhir pada 18 November 2013.
Hari ni le tu..


Kami tengok teater Supermokh ni pada Isnin lepas.
Mesti orang tanya, best tak teater Supermokh ni?
Jawapannya mestilah best!
Sebab dapat tiket percuma!!! Syukurlah nak.. (>.<)


Kami dapat duduk di bangku upper circle E14-E16.
(kami kan golongan marhaen)
serius kami gayat oooo!!!

Tak sangka, rupa-rupanya kami menonton dengan VVIP iaitu
DYMM Sultan Selangor, YB Khairi Jamaluddin dan lain-lain vvip lagi ada di bawah.
Ingat perang twitter Dato' CT dengan YB KJ tu?
mmmm...


Part paling best bila dancers menari main bola pakai baju LED, import khas tuuu..
Macam fireflies menari atas stage yang gelap. Best!! 



Maya Karin jadi isteri Mokhtar Dahari iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.
Maya nyanyi lagu Do You Remember Sayang. 
Pada pendapat saya, lagu inilah yang paling sedap dalam teater Supermokh ni.




Awie jadi kurus untuk watak Mokhtar Dahari tu.
Arwah Mokhtar Dahari tu romantik orangnya..
komited, jujur bermain bola sepak untuk negara walaupun ada orang nak rasuah beliau.

Baru saya tahu, dulu pasukan bola sepak kita layak ke Sukan Olimpik Moscow 
pada tahun 1980.
Tapi kita boikot sebab Kesatuan Soviet telah melakukan pencerobohan di Afghanistan.
Hebatnya kita! Masa tu, pasukan bola negara lain tak berapa hebat la kan..


Tu dia... En Hans Isaac yang diraikan selaku penerbit dan pengarah teater Supermokh ni.
Nampak tak Harith Iskandar, Shidi (suami Vanida Imran), Dina OIAM..
Maklumlah.. photographer tangkap dari upper circle.. hehe!


Frankly, best tak teater ni?
Ok, masa part Kenny (Douglas Lim) keluar, memang best. 
Dia pon ada nyanyi lagu Kalau Saya Ini Football Player.
Kenny jadi penyeri teater Supermokh ni.

Watak Ina (Maya Karin) macam tak berapa sampai je. 
Sori Maya, terimalah kritikan membina ini..
Yelah.. dalam teater Natrah, lakonannya lagi hebat.
Bagaimanapun, prop teater Supermokh ni memang mengkagumkan. 
Syabbas beti!!



Sekian. 
Terima kasih goreng keladi kepada penaja tiket kami..
(>.<)


Sunday, November 10, 2013

Pakej Langkawi 2013 Anjung Seri Koc Nice Imperial Eksklusif 4 Hari 3 Malam


Anda berminat nak bercuti ke Langkawi dengan team Anjung Seri?
Ya, dengan Anjung Seri tapi selebriti jemputannya dirahsiakan. 
Bukan Dr Eric Leong kot..
Pakej Langkawi Anjung Seri 2013

Pakej bercuti ke Langkawi dengan Anjung Seri:
1. Tarikh 22-25 November 2013. So 4 hari 3 malam. (poster tu tersasul)
2. RM440 untuk 2 orang sebilik. Kalau 4 orang sebilik lagi murah.
3. Termasuk penginapan di hotel, walking distance ke tempat shopping tu.

4. Naik koc Nice Imperial Eksekutif ke terminal feri pergi balik.
5. Bas lawa ni menyediakan servis eksklusif daripada pramugari/pramugara.
6. Termasuk naik feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi pergi balik.

7. Penyertaan percuma acara Berjalan Santai Langkawi pada 23 November 2013.
8. Pengangkutan ke acara Berjalan Santai Langkawi itu pon disediakan percuma.
9. Tiket masuk ke Undewater World Langkawi.
10. Goodie bag 100% dapat and lucky draw 50-50 dapat.
  
Maklumat lanjut boleh contact cik suzainudin@gmail.com


Friday, November 8, 2013

Jumaat Pertama Muharram 1435H

Masjid Kristal Terengganu, Taman Tamadun Islam

We often wonder 
why we didn't get what we want
but we need to realise 
that Allah keeps something away
in order to give us something better

credited: Hadith of the Day HOTD

Sunday, November 3, 2013

Bersama Anjung Seri, Dr Eric Leong, Zahnita dan Faizal Hamid

Dengan Dr Eric Leong the Bold and Shiny
(rupanya beliau dah dapat title Doktor) 
dan Encik Faizal Hamid; Pensyarah Kanan di UiTM

nampak tak Zahnita sedang catwalk ?

Zahnita memperagakan dress daripada fabrik kain langsir MixModa

Event Sepetang Eksklusif Bersama Anjung Seri ini
diceriakan oleh Electrolux dan Dulux
di 1Malaysia Cultural Village,
Menara Kuala Lumpur

 Selamat Ulang Tahun ke-20 wahai Anjung Seri.
sebaya rupanya kita!
hihi!
  
Tips dan teknik nak nampak jelas dalam gambar beramai-ramai
ialah duduk di depan sekali.
Jauh pon takpa kan sleeping blogger..

Merci beaucoup Electrolux bagi iron.
(>.<)

Thursday, October 31, 2013

Lelaki Lebih Manja

buku Prof. Dr Muhaya

Wanita terkenal dengan sifat tahan sakit dan lasak berbanding lelaki yang LEBIH manja.
kata Dr Imran;
Ahli Majlis Persatuan Jantung Kebangsaan.

Berita Harian; 31.10.2013






Tuesday, October 29, 2013

Tips Cepat Kurus Yang Mudah dan Berkesan Tapi Mahal

bbq berapi di Maninjau Chalet, Janda Baik

Anda nak cepat kurus?
Semua orang nak cepat kurus, nak result yang cepat dan berkesan.
Kalau anda mampu, bolehlah cuba tips kurus yang mahal saya ni:

1. Sediakan duit secukupnya.
2. Beli set herbalife yang menawarkan pelbagai pakej ikut kemampuan kewangan anda.
Boleh contact kawan saya tapi tak mau display/promote beliau. kah! kah!

3. Perlu berdisiplin dan komited untuk akur dengan prosedur pemakanannya. Dah beli mahal-mahal perlulah komited kan..!
4. Kena selalu optimis. :)
Sekian.

*Betulkah Herbalife itu MLM no.1 di dunia?
*Betulkah Herbalife dijamin selamat sebab diformulakan oleh doktor bertauliah?
*Herbalife selamat tiada yang tiruan sebab hanya boleh beli dengan dealer, tidak boleh dibeli di mana-mana kedai.
*Betulkah set Herbalife mahal sebab termasuk kos import?

Sunday, October 27, 2013

Beli Jajan Bersama Datuk Ramli Sarip di Sogo

Siapa tak kenal Datuk Ramli Sarip? 
alaaa... Papa Rock yang nyanyi lagu Kamalia, Teratai..
kalau tak pasti, boleh rujuk gambar di bawah ini.


posing dengan Datuk Ramli Sarip sebenar.. 

weeeeee....!!!!!!
Masa ni, kami sama-sama beli jajan di Sogo tengah hari tadi 
bersamaan 27 Oktober 2013.
Datuk Ramli Sarip ni memang peramah.
Siap dia pesan suruh Ms Slim Melim minum air masak banyak-banyak..
hehe!

cop! cop!
macam same tak Datuk Ramali Sarip dengan Uncle Gedix ni?
kan! kan!
Mereka ada bau-bau bacangkah??

Uncle Gedix yang macam seiras Papa Rock




Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Bajet 2014 dah selamat dibentangkan semalam 25 Oktober 2013.
Ini adalah salah satu topik hot untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan kerja kerajaan atau menghadiri temuduga kerajaan.

MAGIS Ramlee Awang Mursyid

Apakah tema bajet 2014?
Tema bajet 2014 ialah Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji'. Ingat! Janji Ditepati..

Bajet 2014 menggariskan 5 teras:
1. Merancakkan Aktiviti Ekonomi
2. Mengukug Pengurusan Fiskal
3. Mengungguli Modal Insan
4. Mempergiatkan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
5. Mensejahterakan Kehidupan Rakyat 

Bajet 2014 memperuntukkan RM264.2 bilion iaitu 217.7 bilion untuk belanja mengurus dan 46.5 bilion untuk belanja pembangunan. Bajet 2013 ialah RM251.6 bilion.



Isi penting bajet 2014:
1. BONUS setengah bulan gaji penjawat awam, RM250 pesara kerajaan.
2. BR1M 3.0 kepada isi rumah RM4,000 ke bawah dan i-BR1M iaitu Insurans Takaful Berkelompok.

3. Subsidi gula iaitu 34 sen dimansuhkan berkuatkuasa 26 Oktober 2013. 

4. BB1M Baucar buku RM250 kepada pelajar IPT & prauniversiti.
5. Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah.

6. Pelepasan cukai khas RM2,000 kepada yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan.
7. banyak lagi. sila baca surat khabar dan blog bertauliah seperti blog bro femes ini. Sekian

credited bharian.com.my, utusan.com.my






Friday, October 25, 2013

Muzium Negeri Terengganu Yang Seram

Petang ini selamat dengar Bajet 2014 ya.

sekarang, 'Selamat Datang ke Muzium Negeri Terengganu' dulu.
Tiket masuk Muzium Negri Terengganu ialah RM5 sahaja (dewasa).

pandai tak saya snap?


Nampak tak entiti seram tu?



tak nampak lagi?



di sini pon tak nampak tak? hhhmmm...

Jadual Tram Muzium Negeri Terengganu
Bersyukurlah anda tak nampak entiti itu. 
Mesti banyak yang berkeliaran..
Di bahagian basement, cik slim dah dengar bunyi asing. 
So kami cepat-cepat keluar. Takut entiti itu ikut balik hotel.
 hehe!


kereta antik Tuanku Sultan

Jangan tanya gambar dalam muzium yang besar itu ya. 
No camera allowed!!
Maka tengok jelah gambar yang ada ini.

Eagle 150 - jet saya 

ini bukan dalam muzium

Tandas eksklusif 
(bukan dalam muzium)

Teruja tak nak masuk tandas eksklusif di atas?
(>.<)



LinkWithin

related posts with thumbnails