*CONTOH!!*
PERJANJIAN PENYEWAAN
PERJANJIAN ini dibuat pada ____________________ 2010 di antara ------------------- (NO KP:-----------) yang beralamat di No.................................. Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan ............ .(NO. KP: ........ yang beralamat No. ....... Casa Subang Apartments, Jalan Subang 0, USJ 0, 00000 Subang Jaya, Selangor (dirujuk sebagai Penyewa) di pihak yang lain.
YANG MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis No. B-00-00, Casa Subang Apartments, Jalan Subang 0, USJ 0, 00000 Subang Jaya, Selangor (dirujuk sebagai Premis)
DAN YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.
PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-
1. Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh sewaan selama 2 tahun bermula 19 haribulan September 2009 dan berakhir pada 18 haribulan September 2011 dengan bayaran sewaan bulanan sejumlah RM1,200.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA) dibayar hadapan tanpa dituntut sebelum atau pada setiap 19 haribulan kalendar yang mana bayaran pertama dibuat sebelum atau pada 19 haribulan September 2009, sekiranya bayaran tersebut belum dibuat.
2. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM2,400.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan jaminan ke atas perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini. Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama tempoh sewaan yang dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran sewaan bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang cagaran AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.
3. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM400.00 (Ringgit Malaysia: EMPAT RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik, air dan kad capaian ke atas Premis, sekiranya wang tersebut masih belum dijelaskan. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian.
4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;
4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;
4.3 semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premis berada di dalam keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaikpulih mana-mana kerosakan yang disengajakan (keusangan dikecualikan) atau membayar nilai yang sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah sekiranya dituntut oleh Tuan Rumah;
4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak ketiga;
4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa ke masa;
4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;
4.7 tidak membenarkan atau membiarkan apa-apa perlakuan menyebabkan perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis terbatal atau dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang menyebabkan penambahan ke atas premium insuran atau kos kerosakan dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa menebus atau membayar apa-apa kos tambahan yang dialami apabila dituntut oleh Tuan Rumah;
4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;
4.9 tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa mendapat kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut tidak dinafikan secara tidak munasabah;
4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan
4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;
5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
5.1 menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan lain-lain bayaran yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan, kecuali bayaran yang tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di dalam perjanjian ini;
5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama, dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;
5.3 memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan disebabkan kebakaran kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa yang mana Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan
5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.
6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-
6.1 sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (sama ada dituntut atau sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil semula Premis dan dengan itu menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis yang mana perlakuan menamatkan Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan gantirugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran terdahulu syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;
6.2 sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk dihuni disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak mendapat bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan tempoh baikpulih sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable);
6.3 Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka alam, penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luar jangka;
6.4 Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara bertulis dan serahan notis kepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada melalui pos biasa atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang diketahui;
6.5 Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum tempoh matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh penamatan;
6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;
6.7 Kos dan perbelanjaan yang bersabit dengan Perjanjian termasuk cukai stem dan yuran guaman adalah ditanggung oleh Penyewa; dan
6.8 Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk penerima kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak tersebut.
ADALAH DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.
BAHAWASANYA, saya ____________________________________________ telah bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Rumah:
.............................................. ............................................
Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
PERJANJIAN PENYEWAAN