Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Bajet 2014 dah selamat dibentangkan semalam 25 Oktober 2013.
Ini adalah salah satu topik hot untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan kerja kerajaan atau menghadiri temuduga kerajaan.

MAGIS Ramlee Awang Mursyid

Apakah tema bajet 2014?
Tema bajet 2014 ialah Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji'. Ingat! Janji Ditepati..

Bajet 2014 menggariskan 5 teras:
1. Merancakkan Aktiviti Ekonomi
2. Mengukug Pengurusan Fiskal
3. Mengungguli Modal Insan
4. Mempergiatkan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
5. Mensejahterakan Kehidupan Rakyat 

Bajet 2014 memperuntukkan RM264.2 bilion iaitu 217.7 bilion untuk belanja mengurus dan 46.5 bilion untuk belanja pembangunan. Bajet 2013 ialah RM251.6 bilion.



Isi penting bajet 2014:
1. BONUS setengah bulan gaji penjawat awam, RM250 pesara kerajaan.
2. BR1M 3.0 kepada isi rumah RM4,000 ke bawah dan i-BR1M iaitu Insurans Takaful Berkelompok.

3. Subsidi gula iaitu 34 sen dimansuhkan berkuatkuasa 26 Oktober 2013. 

4. BB1M Baucar buku RM250 kepada pelajar IPT & prauniversiti.
5. Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah.

6. Pelepasan cukai khas RM2,000 kepada yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan.
7. banyak lagi. sila baca surat khabar dan blog bertauliah seperti blog bro femes ini. Sekian

credited bharian.com.my, utusan.com.my






Saturday, March 23, 2013

One Day You'll Be Mine Inawza Yusof

Amani berlesung pipit dagu belah yang hepi
lepas sepak bola jaring bowling. Rosak le bola tuuu....!!

One Day You'll Be Mine ODYBM...
Macam psiko je bunyinya..

Novel One Day You'll Be Mine Inawza Yusof

Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof terbitan www.karyaseni.com
Mesti nama sebenar penulis ini ialah Azwani Yusof, diterbalikkan je Azwani tu maka jadilah Inawza. (Dulu ada novelist best nama LAMIA AIMAL yang menghasilkan DONIA). Novel ODYBM setebal 963 muka surat ini telah selamat dibaca malam tadi. Kalaulah setekun itu mengaji Al-Quran, kan ke bagus.... teettt!!!

Ceritanya best, berunsur J-Pop bukan K-Pop, sebab tu boleh cepat khatam. Watak-watak utamanya ialah Fitri dan Ehsan. (Kenapa mesti wujudkan watak lelaki dan wanita idaman  yang super gorgeous?) Boleh baca di www.penulisan2u.com. Beli novel lagi best sebab boleh baca atas katil sambil tertidur dan resit belian boleh claim Income Tax. Oh! Belum isi income tax lagi!!

Lepas ni, nak baca novel Abang RAM (Ramlee Awang Murshid) Aku Bercerita pula. Harus tunggu ibu Amani habiskan pembacaannya yang entah kapan tu. Macam kena beli sendiri je. huhu!

**Kalau jadi novelist, nak guna nama pena apa ye?
Ceh!! Update blog pon malas! hahaha!




LinkWithin

related posts with thumbnails