Showing posts with label Zikir doa. Show all posts
Showing posts with label Zikir doa. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Bahana Nasi Lemak VS Doa Kolestrol

Doa drpd Dato' Dr Haron Din
Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: m/s 69
(credited to kongsibersamanora.blogspot.com):

1. Baca Al-Fatihah dgn tertib.
2. Surah Al-Hasyr:21-24
3. Baca doa di bawah ini (Doa darah tinggi):
Ya Allah, kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam, jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakiti kepala, dan janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.




nasi lemak Lake Garden


hehe.. !! lemak tepu

asingkan dulu..

* Nasi goreng telur > tinggi kalori drpd nasi lemak.  
* Sila makan makanan seimbang & real food.
* U put that much food in, U burn that much working out ~
 Simple Math by Gwen Stefani


Monday, January 31, 2011

Tipu Otak - Doa Bangun Tidur

credits: glassgal187


Bila jam dah berbunyi pada awal pagi,
terus senyum sambil menutup alarm itu.
Nak best lagi, silalah ketawa dengan bersopan.

Teknik ini akan menipu si otak bukan otak-otak.
Si otak akan tertipu ~ dia ingat kita sangat suka bangun pagi Isnin yang hujan ni..

Sekian. 

#Rapi=2009
*Jangan lupa baca doa bangun tidur:
Segala puji hanyalah untuk ALLAH yang telah menghidupkan kami
setelah Dia mematikan kami. KepadaNyalah tempat kembali.



Saturday, January 15, 2011

Doa Pendekat Jodoh & Putus Cinta

TQ to istockphoto.com

AJL 25 dah habis tapi kontroversinya turut memberi kesan kepada top 5 ABPBH 2010.
Hebatkan penangan AJL tu..! Keputusan=muktamad oleh juri2 prof bukan undi SMS. Faizal Tahir & Yuna yang tak menang tu tetap menang di hati peminat-peminatnya. Tapi rezeki lebih menyebelahi Cik Ana Raffali ye:)

Selain daripada itu, sepanjang 14 hari tahun 2011 ni, isu panas yang selalu keluar masuk surat khabar ialah kontroversi novel Interlok, Fasha S dot dot dot, kekurangan minyak masak, Misbun & BAM, Safee nak p Indon, penderaan kanak-kanak & buang bayi..hhhmmmm..   (spot topik esei ni!!) 

** Sekian, sekilas berita semasa di Malaysia & rakyat Malaysia di luar negara**

Sekarang aku nak bayar hutang kepada tag Sis Rafina yang diingati lagi baik hati:)
Beliau sangat rajin mengemas kini blognya walaupun terpaksa bertungkus-lumus membahagi masa dengan tugas hakiki sebagai isteri, ibu dan career woman.
minta maaf banyak2 ye mem. lambat sangat sebab ada halangan yang merintang (alasan!)




Disebabkan dah lewat sangat ni, saye jawab soalan no.3 je.
Pernah jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
~ Jawapannya ialah BARU pernah jumpa bila terbaca buku ini!! (jwb dgn gembira)

RM15 sahaja, Sabah & Sarawak RM16, Labuan?

* Doa pendekat jodoh di muka surat 73 manakala doa putus cinta
  di muka surat 65. Murah je buku tu.
* Boleh juga melayari darussyifa & halaqah.net
* kalau google pon, banyak entry pasal topik ni.

Sekian. 'Selamat beramal' kata Prof Izzi ;)

yeayy!! updated!!

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

* Doa Akhir Tahun dalam Bahasa Melayu *
~ dibaca (3 kali) pada hujung Asar, sebelum Maghrib ~


Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami,
perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan
yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya
padahal Engkau Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya
(Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami
malah memberi peluang supaya kami bertaubat
selepas kami melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian mohon keampuanMu.

Ya Allah,
ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini yang Engkau redhai
dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka kami pohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti)
yang telah kami lakukan itu
dan Engkau tidak menghampakan harapan kami
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah 



* Doa Awal Tahun dalam Bahasa Melayu *
~ dibaca (3 kali) selepas solat Maghrib ~

Doa Awal Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang   

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW
dan atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,
sedia ada, tiada permulaan
KelebihanMu Maha Besar 
dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan
Tibalah sudah tahun baru
kami mohon daripadaMu agar terpelihara kami sekalian
dalam tahun baru ini daripada tipu daya
syaitan-syaitan yang terlaknat
juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya

Dan kami mohon daripadaMu 
pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah
(nafsu yang mendorong kepada kejahatan)
kami mohon juga kepadaMu Ya Allah
rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan
yang boleh mendampingkan diri kami kepadamMu
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung Lagi Mulia
Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat 






Saturday, November 20, 2010

Doa Ketika Kehilangan Sesuatu..

sekadar hiasan indah..


Korang pernah hilang barang atau sebenarnye misplaced je..
relax, jgn panik. Take a deeeeepp breath: inhale & exhale...
(mcm nak yoga plak!)

Ape nak buat? Memanglah kena cari sampe jumpe. Kalau henpon,
bole miskol je. Kalau kunci? heheee...

Adik-adik,
sila Istighfar, Basmallah, Selawat & bace doa kat bwh ni ye:

Doa Ketika Kehilangan Sesuatu
Maknanya:
Dengan nama Allah, wahai petunjuk kesesatan &
pemberi balik barang yang hilang,
berilah kembali barangku yang hilang dengan berkat kemuliaanMu,
kerana barang itu drpd pemberianMu & limpah kurniaMu..


* Sila sentiasa bersedia untuk kehilangan orang yang tersayang
   sebab MATI itu pasti cuma masa & tempat je kita x tau..

   Moralnya:
   Hargai mereka terutama ibu bapa & keluarga. Selain drpd itu,
   sila berusaha untuk setelkan hutang2 (duit, puasa etc) &
   always be nice :)

# knp ending aku camtu? sendiri confused!









Tuesday, July 20, 2010

Zikir Harian

Selasa, 5.15am..
still awake.. keep alive beb!
must take a nap at 1pm-ikut sunnah Nabi.

sambil2 tu. sila la amalkan zikir harian berikut..
(untuk GEMUKKAN amalan kita, Insya Allah....)



* still cannot memorized today's zikr-a bit long! keep try'

LinkWithin

related posts with thumbnails