Saturday, November 10, 2012

Teater Tun Siti Hasmah, Lakonan Eja Yang Mantap


Tiga dari kiri adalah bukan barisan pelakon teater. Sekian

Tribute Teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan.
Bermula 9 November hingga 19 November 2012.
Tun Siti Hasmah terpaksa bermadu dengan rakyat Malaysia. Suami tersayang kan mantan Perdana Menteri tapi jadualnya tetap penuh, walaupun dah lama pencen.. Tun Siti Hasmah ialah girlfriend Tun Mahathir masa jaman universiti dulu. Kedua-duanya adalah medical doctor. fiwit!!

gambar selingan sebelum beratur masuk Istana Budaya

Baru saya tahu bahawa Tun Siti Hasmah ni aktif main hoki semasa di universiti dulu. Tun Mahathir tu personal tutor beliau. fiwit lagi!! Bukan senang nak tackle Tun Siti Hasmah ni..
Eja gaya sangat Tun Siti Hasmah..
  
Lisa Surihani pegang watak Tun Siti Hasmah semasa muda, berpasangan dengan si Bazli Dejavu di Kinabalu tu (sengaja lupa nama dia..!). Lakonan mereka best tapi watak Tun Siti Hasmah (dewasa) oleh Eja lagi best!! Mantap sungguh lakonan Eja sehingga mengalir air mata wanita-wanita anggun di sekeliling saya. Mata anak-anak Adam pon bergenang juga tu. 'Masuk habuk' kata skrip lama. huhu! Watak Tun Mahathir (dewasa) dilakonkan oleh Esma Daniel, pon best! Banyak loghat utara. 

Tun Siti Hasmah ni memang jadi inspirasi semua wanita. Beliau sanggup resign sebab selalu sibuk menemani suaminya. Beliau juga pernah pergi ke Iraq semasa krisis Perang Teluk dulu. Korang sanggup? Wanita memang gagah kan... 

nampak tak Syanie comel tu?

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Azizah Mahzan, Radhi Khalid, Syanie comel, Mahmud Ali Basha, Anne Abdullah dan Dira Abu Zahar ex-host Melodi tu. Kesimpulannya tribute teater arahan Eirma Fatima Rahmad kakaknya Umie Aida ni memang menarik. Hati pasti tersentuh terutamanya untuk kita orang Melayu. Datanglah tengok sendiri. Students dapat diskaun maaaa.... (>.<)
 *credited wok J, cepatlah update makcik oiittttttttt!!!

P/S: (PS ni apa ye?)
1. Sila jaga dress code masuk Istana Budaya ya. Janganlah seksi singkat dedah atas bawah.. tak sejuk ke??
 
2. Jangan bawa masuk jajan.
 
3. Jangan ambil gambar semasa pementasan sedang on. Nanti kena laser..
 
 



6 comments:

Anonymous said...

Minat teater rupanya.

Unknown said...

bertuahnya berpeluang tengok teater ni

Korn Ahmad said...

syok nya awak dpt tgk teatr ni... korn jauh la nak pi tgk sana

Unknown said...

tak ajak pun....he3....... nie mesti tgk first show kan..... remy suka tgk teater nie....... memula happy...pastu sarat dgn emosi.......

dill said...

i wish i can go

dill.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

hii.. best kan.. sy yg dok blkg pentas, temankan anak pun brp kali nangis..huhuhu

LinkWithin

related posts with thumbnails