renungan geram si comel singa betina |
*credited pic ohsenyum.blogspot.com
Kucing marau ialah kucing jantan macho yang muka besar tak hensem tu. Lagi macho kalau ada scar. huh! Rasanya orang Jawa dan Banjar menggunakan nama kucing marau ni.
Sewaktu saya kecil sebelum sekolah tadika, mak, abang dan kakak kerap memomokkan saya dengan kucing marau (bapak tidak bersekongkol dalam hal ini). Konon-kononnya di luar rumah tu ada kucing marau yang ganas. Padahal saya ni user-friendly dengan kucing. No hal maaa... Semasa sekolah rendah, keluarga saya ada bela banyak kucing kampung, yang tidak pernah diberi vaksin dan suka makan durian. Kalau ada kucing kesayangan mati, saya akan bacakan Yaasin (silalah jangan gelak!). Saya juga pernah korek lubang sendiri untuk tanam anak kucing yang mati. huhu! sedih wo...
Sekarang ni, musim hujan. Kalau terjaga awal pagi, mesti dengar suara-suara garau kucing marau ni bertelingkah. Sekarang musim kucing mengawan ke? Sejuk-sejuk ni... hoho! Sekian cerita pasal kucing marau sebagai entry yang ke-555 blog ini. (>.<)
*Saya sedang gigih bertungkus-lumus membuat persediaan public speaking untuk AGAC. Oh my English!! Kepada rakan-rakan blogger dan anda yang pakar dalam bidang public speaking, sila beri tunjuk ajar ok. Tajuk tidak diberikan tapi saya syak mestilah hal ehwal semasa. Irfan Khairi bagi tips, 'start to think in English'. Yes bos!!
10 comments:
wak pon X pandey speaking english jugakkk.,,. UUUhhuu
Bila masa pula masuk berpidato bahasa Inggeris. :-)
first time dengar nama kucing marau tu......
jom kita public speaking !
oh my england!
Wak G,
sameeeeeeeeeeeee! :)
Bro Akubiomed,
'dipaksa'... huhu!
Remy H,
macho tu!
jom! jom!
Ghost W,
ni rakyat mana ni?? ;)
kak ani..bila kuar result AGAC ar?
MamaBest,
amboi cik mek ni..
dah tau nanti i roger k. :)
Post a Comment