Tuesday, November 20, 2012

Tips Home Remedy For Pest


not pests or pets

Are you a pet lover? Do you have pets?
Those who have pets are a responsible and loving person. ehem!
But don't scold your pets! Nanti dapat dosa kering je..

Here are some tips for home remedy for pests (unless you like pests..)

1. ANTS:
Spread cucumber peel where Aunt Ants usually enter your home. The more bitter, the better! They also work against moths (gegat), wasps (tebuan) and flies too.

2. FLIES:
Hang a clear plastic bag of water near the problem area. A fly's vision tricks them into thinking there are hundreds of flies nearby and they will stay away. oooooo.... No wonder pakcik and makcik hangs water plastic bags in their stalls... Clever!

3 to 5:
For spiders, cockroaches and snails - to be continued...
(mandi! work for your life!!!!)

*Her World May 2011





Saturday, November 17, 2012

DIY Olive Oil Hair Mask

Ice-Cream inside the Pineapple. yami!! 

Ladies!
Treat yourself to this easy-to-make hair mask that will leave your hair feeling superman! Not superman laaa.. supposed to be super-soft and shiny. 

super tip:
If you eat lots of fruit and vegetables and do exercises, you will notice that your hair becomes healthier and looks better. This olive hair mask will give it an extra boost! In Shaa ALLAH.. (thanks HaryzKhairuddin.com)

You need:
* 5 tbps of olive oil & 2 eggs

How to do it?
1. Simply mix the olive oil and eggs together in a bowl.
2. Wash your hair with normal shampoo and rinse.
3. Apply the mask all over your damp hair.
4. Massage thoroughly.
5. Cover it with towel and or shower cap.
Your body heat will help the mask to penetrate.
6. Leave for a minimum of 30 minutes, then shampoo out. rinsing well.

credited: Total Body Plan by Lucy Wyndham-Read

* Mann.. 'Mera Mann...., Tinak Tin Tana...' hoho!!



Thursday, November 15, 2012

Oh My English Silent B Words



me and my handsome teacher


Salam Maal Hijrah everyone. It is 1434H..

Today, i would like to talk about the 'Silent B' in the MB spelling. It only happens at the end of words, for about 14 words as below.

(My English & Accounting teachers/lecturers used to say that accounting students should pronounce these no.12 & 13 correctly.. noted!)

1. Bomb
2. Climb
3. Dumb
4. Lamb
5. Limb

6. Numb
7. Thumb
8. Plumber
9. Tomb
10. Womb

11. Catacomb
12. Debt
13. Doubt
14. Subtle

We can still add the necessary grammatical suffixes to the word. i.e CLIMB, CLIMBS, CLIMBED or CLIMBER. The B is still silent because the original word endend in MB. Please don't start skipping the B in number, combine, remember etc because the words not ended in MB. Remember... Oh My English! (>.<)

*Spellzone.com & pronouncian.com




Tuesday, November 13, 2012

Public Speaking Kucing Marau


renungan geram si comel singa betina

*credited pic ohsenyum.blogspot.com

Kucing marau ialah kucing jantan macho yang muka besar tak hensem tu. Lagi macho kalau ada scar. huh! Rasanya orang Jawa dan Banjar menggunakan nama kucing marau ni.

Sewaktu saya kecil sebelum sekolah tadika, mak, abang dan kakak kerap memomokkan saya dengan kucing marau (bapak tidak bersekongkol dalam hal ini). Konon-kononnya di luar rumah tu ada kucing marau yang ganas. Padahal saya ni user-friendly dengan kucing. No hal maaa... Semasa sekolah rendah, keluarga saya ada bela banyak kucing kampung, yang tidak pernah diberi vaksin dan suka makan durian. Kalau ada kucing kesayangan mati, saya akan bacakan Yaasin (silalah jangan gelak!). Saya juga pernah korek lubang sendiri untuk tanam anak kucing yang mati. huhu! sedih wo...

Sekarang ni, musim hujan. Kalau terjaga awal pagi, mesti dengar suara-suara garau kucing marau ni bertelingkah. Sekarang musim kucing mengawan ke? Sejuk-sejuk ni... hoho! Sekian cerita pasal kucing marau sebagai entry yang ke-555 blog ini. (>.<)

*Saya sedang gigih bertungkus-lumus membuat persediaan public speaking untuk AGAC. Oh my English!! Kepada rakan-rakan blogger dan anda yang pakar dalam bidang public speaking, sila beri tunjuk ajar ok. Tajuk tidak diberikan tapi saya syak mestilah hal ehwal semasa. Irfan Khairi bagi tips, 'start to think in English'. Yes bos!!


Monday, November 12, 2012

Antara New York dan Pariss

Pariss Hotel  (2 S ok!)

Setelah seminggu di PariSS Hotel, maka pada hari Isnin yang indah ini saya kembali ke pejabat yang dicintai.

Tidak sabar nak memulakan kerja iaitu membuat laporan..

Saya suka!!!

(kalaulah saya optimis seperti di atas.. huhu!)

* Saya lebih suka menginap di Pariss berbanding New York (hotel). Semuanya di Johor Darul Takzim. Sekian..



Saturday, November 10, 2012

Teater Tun Siti Hasmah, Lakonan Eja Yang Mantap


Tiga dari kiri adalah bukan barisan pelakon teater. Sekian

Tribute Teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan.
Bermula 9 November hingga 19 November 2012.
Tun Siti Hasmah terpaksa bermadu dengan rakyat Malaysia. Suami tersayang kan mantan Perdana Menteri tapi jadualnya tetap penuh, walaupun dah lama pencen.. Tun Siti Hasmah ialah girlfriend Tun Mahathir masa jaman universiti dulu. Kedua-duanya adalah medical doctor. fiwit!!

gambar selingan sebelum beratur masuk Istana Budaya

Baru saya tahu bahawa Tun Siti Hasmah ni aktif main hoki semasa di universiti dulu. Tun Mahathir tu personal tutor beliau. fiwit lagi!! Bukan senang nak tackle Tun Siti Hasmah ni..
Eja gaya sangat Tun Siti Hasmah..
  
Lisa Surihani pegang watak Tun Siti Hasmah semasa muda, berpasangan dengan si Bazli Dejavu di Kinabalu tu (sengaja lupa nama dia..!). Lakonan mereka best tapi watak Tun Siti Hasmah (dewasa) oleh Eja lagi best!! Mantap sungguh lakonan Eja sehingga mengalir air mata wanita-wanita anggun di sekeliling saya. Mata anak-anak Adam pon bergenang juga tu. 'Masuk habuk' kata skrip lama. huhu! Watak Tun Mahathir (dewasa) dilakonkan oleh Esma Daniel, pon best! Banyak loghat utara. 

Tun Siti Hasmah ni memang jadi inspirasi semua wanita. Beliau sanggup resign sebab selalu sibuk menemani suaminya. Beliau juga pernah pergi ke Iraq semasa krisis Perang Teluk dulu. Korang sanggup? Wanita memang gagah kan... 

nampak tak Syanie comel tu?

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Azizah Mahzan, Radhi Khalid, Syanie comel, Mahmud Ali Basha, Anne Abdullah dan Dira Abu Zahar ex-host Melodi tu. Kesimpulannya tribute teater arahan Eirma Fatima Rahmad kakaknya Umie Aida ni memang menarik. Hati pasti tersentuh terutamanya untuk kita orang Melayu. Datanglah tengok sendiri. Students dapat diskaun maaaa.... (>.<)
 *credited wok J, cepatlah update makcik oiittttttttt!!!

P/S: (PS ni apa ye?)
1. Sila jaga dress code masuk Istana Budaya ya. Janganlah seksi singkat dedah atas bawah.. tak sejuk ke??
 
2. Jangan bawa masuk jajan.
 
3. Jangan ambil gambar semasa pementasan sedang on. Nanti kena laser..
 
 



Friday, November 9, 2012

DIY Masker Madu Untuk Jerawat


Si kecil tanpa jerawat..
'Resipi' masker ini adalah untuk orang yang ada masalah jerawat je.

1. Campur 1 sudu teh (kenapa tak sudu kopi ya??) madu dan sebiji perahan limau nipis.

2. Kacau rata.

3. Setelah cuci muka, sapukan masker tadi pada wajah mulus polos anda. Elakkan bahagian mata ya. Seeloknya sapu guna berus khas. Camne ntah rupa paras berus khas tu..

4. Biarkan selama 3/4 jam iaitu 45 minit.

5. Cuci muka dan lap dengan tuala bersih. Itu je..

*Mingguan Wanita April 2009


Thursday, November 8, 2012

Petua Merawat Kelemumur Dengan Cuka


Adik tiada kelemumur tapi nak tidur ni..


Anda ada masalah kelemumur?
Sudah guna macam-macam syampu anti dandruff mahal dan murah, tapi masih tidak berkesan? Maka cubalah petua murah di bawah ini:

Perahkan limau nipis dalam sesudu kecil cuka makan. Cuka makan sahaja tau! Murah je ni.. Kemudian gosokkan 'campuran cecair ajaib' itu pada kepala, perlahan-lahan ya. Biarkan selama 10 minit. Selepas itu cuci rambut sehingga bersih. Itu sahaja. Petua ni suruh kita amalkan 2 kali seminggu.

*Mingguan Wanita Mei 2009


Tuesday, November 6, 2012

SKYFALL Adele Teknik Cuci Tangan by WHO


Pagi-pagi online dengar Skyfall Adele.
Ini adalah pengaruh daripada Hans's Blog Rainbow Itu Pelangi.

Let tke skyfall
when it crumbles
we will stand tall
and face it all together

Skyfall is where we start
a thousand miles and poles apart
where world collides and days are dark
you may have my number
and you can take my name
but u'll never have my heart..


Wahai kawan-kawan,
Amalkan cara hidup sihat iaitu mencuci tangan dengan teknik yang betul. Sila rujuk gambar daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini. Kebersihan tangan boleh kurangkan jangkitan penyakit. Tangan kan vektor penyebaran kuman. Jangan bela kuku, ok!!



 *Berita Harian & gambar google bernardosimatupang.wordpress


Monday, November 5, 2012

Tafsir Mimpi

kitar semula gambar Irfan..

Indah tak mimpi semalam?
Mimpi tak indah sebab nak ngadap hari Isnin Monday Blues. Sunday Blues ada tak? hoho!
Insaflah wahai bocah-bocah terutama kamu yang makan gaji. Kerja elok-elok ya. Walaupun terpaksa mengadap homosapien yang tidak dicintai... kuang! kuang!

1. Kalau mimpi indah, ceritakanlah kepada orang yang kamu cintai sahaja. 

2. Kalau mimpi buruk, ludahlah 3 kali ke kiri dan berlindunglah kepada Allah daripada syaiton yang direjam. Jangan ceritakan mimpi itu kepada sesiapa sahaja.. Itu hanya gangguan syaiton untuk buat anak Adam sedih, mengeruhkan hati dan minda sahaja. Lupakan terus mimpi itu.

Takwil mimpi adalah kemahiran yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambaNya yang tertentu dan bukan ilmu yang boleh dipelajari. Bentuk mimpi yang sama boleh jadi mengandungi tafsiran yang berbeza mengikut perbezaan orang yang bermimpi, sifat-sifat dirinya dan masa mimpi itu didapatkan.

Mimpi kita ni biasanya ciptaan imaginasi je. Aku nak mimpi jadi jutawan budiman lah. hihi!

*Utusan 30 Oktober 2012







Friday, November 2, 2012

Uban Tidak Makin Banyak Kalau Dicabut

contoh lelaki 50-an yang belum beruban

Kalau umur dah 40-an, ubat makin banyak. Biasanyalah! Tapi Nassier Wahab tu dah 50 tahun dan kekal awet muda. Apa rahsianya? Kenalah tanya beliau.

'Jangan cabut uban! Nanti makin banyak..'
Sebenarnya rambut-rambut anda tu memang sedang dalam proses beruban atau mungkin anda tu pewaris keturunan mudah beruban. Kena redhalah kan.. Takpon anda selalu tertekan. Yelah, kerja selalu stressssssss.. (banyak S menunjukkan sangat banyak stress!).

Kalau anda dah beruban walaupun rasa kurang stress sama ada di tempat kerja, di rumah mahupun di asrama, mungkin anda ni kurang zat nutrisi atau hormon tidak seimbang. Segeralah dapatkan rawatan ya dan jangan bawa balik masalah pejabat ke rumah. Enjoy your life! (>.<)




  

LinkWithin

related posts with thumbnails