Tuesday, January 31, 2012

Awak Bukan Gemuk!!

tqvm my dearest officemates!

'Awak ni bukan gemuk tau!' kata mak Aaron aka mak Cikgu Jasmin, kepada Wok J.
'Cuba tengok jari awak ni. Kurus je, kan??!!', tambah mak Aaron lagi.
'Awak kena jaga makan je. Breakfast is a must. But don't take heavy dinner after 7pm'.
;Kita kena exercise. Lagi la kalau u dah reach 40 macam I ni nanti, lagi susah nak loss weight tau. So sekarang ni dah kena start control', tambah mak Aaron lagi. Panjang lebar beliau bersyarah..

Sementara itu Wok J hanya mampu tersenyum lebar sambil 'ok, ok'... hehe!
(padan muka beliau! rugi tak rakam!!)

Sesi motivasi pagi ini,
kalau jari jemari runcing anda itu kurus berbanding tubuh anda, maknanya anda memang kurus semasa muda-muda zaman sekolah dulu. Anda memang ada harapan untuk kembali ke zaman itu. Sekurang-kurangnya anda jangan overweight, apatah lagi obes!!

Sekian. Sementara itu, kalau nak semak kegemukan kita, sila baca ini. (>.<)



Monday, January 30, 2012

AJL26 Kerana Awan Nano, Terus Cari Buddhi Hekayat

gambar hiasan. ini bukan Buddhi Hekayat


Buddhi Hekayat adalah penulis lirik lagu Awan Nano; Juara dalam AJL 26.
Boleh cari Buddhi Hekayat di facebook & twitter.
Beliau pon ada blog, tapi aktif pada  Jun 2005 hingga Jun 2006 je.
Blognya ialah sultankata.blogspot.com. 
Aku perlukan waktu yang tenang untuk membaca entry beliau..
Baca header beliau pon dah rasa semacam. Memang orang seni...


*ada orang 'terbako' tengok Faizal Tahir 'bako' piano.... (>.<)
Karma piano tidak akan 'bako' balik Faizal Tahir itu.


*Costing Hafiz AF & team sangat menguntungkan!! 

Saturday, January 28, 2012

Tips Diet Dengan 3 Jari

tangan kanan le dear..


Hujung minggu adalah hari makan-makan. Setuju?
Makan.. makanlah semasa lapar.. 
Rakyat Malaysia memang mewah dengan makanan. Ramai yang sakit sebab terlebih makan.

Mari kita ikut tips diet Rasulullah SAW, sesuai untuk semua orang iaitu:
MAKAN DENGAN MENGGUNAKAN 3 JARI. 
Jika anda sedang berdiet, makanlah dengan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Teknik ini dapat mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Makanlah perlahan-lahan supaya  makanan akan terhadam dengan baik.

*Makanlah guna tangan kanan kerana ia lebih mulia daripada sebelah kiri.
Adakalanya, sebelah kiri menunjukkan lambang keangkuhan dan bongkak..

credited: dara.com April2011

updates FA Cup January 2012:
!! Liverpool 2, Manchester United 1???
takpe, tak beri kesan kepada akaun bank saya pon...


Friday, January 27, 2012

Mimpi Seram Malam Jumaat

Jom pergi Genting Highlands!!!???


Kenapa pada malam Jumaat  tv asyik tayang cerita seram? 
nak bagi lagi thrill Jumaat Keliwon? Jumaat keliwon tu apa ya??

Ok, malam semalam tidur lewat. Pecah rekod yuuuuuuuuu!! hoho!
Orang cakap, kalau mimpi buruk, elok kita diamkan je. Selain itu, sila ambil tahu serba sedikit berkenaan tafsiran di sebalik mimpi itu. Walaupon kadang kala dikatakan bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur..

Kalau kita mimpi seseorang, tandanya orang itu ingat kita ke!!??
Takpon, pada siang harinya kita ada bercakap mengenai orang itu. Tahun lepas, aku pernah mimpi jumpa Jun Pyo Lee Min Ho (Boys Over Flowers) anda Johan As'ari (Botak Juvana) tu. Takkan depa ingat aku? Aku pon tidaklah obses sangat dengan artis ni. Tapi semalam cerita korea baru dah episod 2 di chanel 391-Wild Romance!! Sukaaaaaa.....!! sebab pelakonnya aku suka!!  Heroinnya nama tak ingat tapi pelakon tu sebiji cam muka Almy Nadia, girlfriend Fizz Fairuz tu. Heronya ialah hero My Girl; Lee Dong Wok (Gong Chan). Bagus tak wikipedia K-Pop aku? kah! kah!

Akhir kata, korang pernah mimpi aku tak? kah! kah! (>.<)

Selamat beramal pada hari Jumaat yang mulia ini...





Thursday, January 26, 2012

Yahoo Trending Searches ala Tajuk SEO

OK, (intro cepat-cepat, no idea!!)
Untuk jawapan semalam, semuanya hampir tepat. Tapi atok Suhami Ahmad tu  dah tepat  pon! 'Kereta' Amani itu ialah pelampung, so adalah kurang wajar guna pelampung dalam rumah atas lantai. Kepada Uncle Alanbaik, Tukang Karut, teacher Dill, Telor Power, bro akubiomed, Fasihah Supian, Mak Lagenda, Hanis MY, Azham Vosovic, Chii, Mykhalis, Pembunuih Tanpa Bayang, Aryes Coulborn, cikgu tehr, Uncle Jonni, teacher Sal, Ghost Writer dan Edy Zaidi-terima kasih sudi komen sambil cuba menjawab. (>.<)

kolam mana la bapak budak ni bawak??


Ladies in Malaysia Yahoo trending searches today:
2. Serina Redzuawan - new baby girl; Isabella Saffiya O'Luanaigh   
4. Rosmah Mansor - denies spending spree. Pereka Australia; Carl Kapp pon dah menafikannya...
10. Fifi Ramadani - kanak-kanak 10 tahun yang jadi tebusan selama 6 jam oleh lelaki bogel di Kampung Baru.

Others:
1. AirAsia lawsuit *
3. BR1M - akan dibayar secara berperingkat. sabo yek!!
5. Australian Open - tenis
8. Legoland Malaysia - akan dibuka di Nusajaya, Johor.
9. CNY Open House - jom raya!!

6. Demi Moore  - sedang mengalami tekanan dan sangat penat. Dia sendiri yang call 911 ke?
7. Mario Balotelli - penyerang Manchester City yang mungkin akan tinggalkan bola England.

*AirAsia was slapped with a lawsuit by Australian regulators accuing the Asian budger carrier of failing to disclose the FULL pricess of fares on its website.
"Business that choose to advertise a part of the price of a particular product/service must also prominently specify a single total price", it said in a medical release. 

Tuesday, January 24, 2012

Di Saat Aku Mencintaimu.. bukan Dadali.



Merci Beaucoup Mialiana.com, Amani & Wok J..


Sedap sangat kek Chocolate Indulgence Secret Recipe tajaan ibu dan ayah Amani ni.  Tapi kenapa nak tulis nama AMANI jugekk?? cibok je... (",)

Mekacih kepada abang2 band & adik manis yang tolong bawa kek Chocolate Indulgence ni. Susah payah abang2 band berempat itu angkat instrumen mereka untuk buat surprise tapi boboi tak tanjat pon! Semasa itu, Amani menten tidur lagi atas vono ayah beliau. Vono lah katakan.... 


Ok, selepas abang2 band mensumbang menyumbangkan lagu Qu Ni Shengri Kuai Le, maka Amani pon terjaga. Tanjat Amani!! Lantas Amani pon makan kek Chocolate Indulgence itu, sendiri guna garfu-risau je tengok garfu tu.. Jangan terbabas kang tak pasal jadi Kassim Selamat!

*Kepada para penaja: toche.. xie xie ni...  'Tahun depan kita buat BBQ je lah yek?'


*Abang2 band Intekma Resort Shah Alam: Next time, nyanyilah lagu Dadali Di Saat Aku Mencintaimu. Takpon Unforgiven ke.. She's Gone ke... Trouble Lenka ke.. Surrender ke.. Nothing Else Matter lah!



Sunday, January 22, 2012

No Woman No Cry, Man Never Cry????

Amani, < than 60 days age..

Crying
it turns out
is a physiologically and psychologically
complicated device we use to adapt ourselves
to dramatic circumstances..

Saturday, January 21, 2012

Petua Makan Roti Canai, Dr Oz

set roti canai Yummy sangat yami yami!!

Siapa Dr OZ?
Segera cari di wikipedia.
Nama penuh Dr Oz ialah Mehmet Cengiz Oz (sepatutnya O itu ada 2 titik di atasnya). Beliau ialah orang Turki Amerika, tu yang namanya ada sound orang Timur Tengah, beragama Islam?? ooooo... website beliau ialah www.doctoroz.com, doktor pakar bedah jantung ni.

Dr Oz makan roti canai tak?
Btw, korang pernah makan di Solaris Dutamas? Di situ ada restoran makanan segera bernama Yummy berstatus halal. Roti canainya best, kari ayam power punyaaaa!! (pic above). Nasi goreng dan set burger macam McDonalds pon ada... delivery ado, WiFi pon ada, dibuka 24jam (pic below). Tetiba aku pomot Yummy Solaris ni, kena claim komisen ni..

model tak bergaji Yummy!

Kalau lewat petang, dah start ada tokey shisha kat depan Yummy ni. Ok, sekarang mari kita belajar petua makan roti canai, eksklusif diberi daripada pakar menebar roti canai Restoren Ukhwah 1Malaysia. Abang tu cakap (namanya tak sempat tanya daaa..), lepas makan roti canai, minumlah air jarang yang suam perlahan-lahan. Elakkan minuman berais, apatah lagi bergas mahupun berkarbonat. Siapa kuat minum air gas, mata boleh buta tau! Sayangi mata anda..

*Cuti lama ni, mari kawal pemakanan kita. Kalau nak work-out pon, bukan senang campur malas pulak tu..

* Terima kasih kepada wok 'jumir-myspace.blogspot.com'. Bestnya semalam!! sukaaaaaaaaa.... (>.<)





Friday, January 20, 2012

Ngaji Ngaji Ojo Judi Judi-Jawa Pop

Salam.
Alhamdulillah... hujan di pagi hari Jumaat ini. Bukan Jumaat keliwon yek! 

Wes suwi orak enek kelas Jowo yo? Kepiye lah tutor ne ki??
Baiklah, mari kita belajar lagu Jawa online bersama SNSG (SaNtri SuwunG). Siap ade video ala K-Pop lagi. Maka jadilah Jawa Pop. hoho!

Terimalah Pinter Ngaji, dendangan Ustaz Zamri Mantop!! (beliau ni encem juga). Titik.
Ok, bukan Ustaz Zamri Mantop yang K Pop or J Pop (Jawa Pop) tapi kumpulan SNSG(SaNtri SuwunG). Kalau ada yang terlupa, Ustaz Zamri Mantop di dulu femes dalam program Mari Mengaji TV9 tu. Sekarang beliau ada Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Untung jadi konsultan ni.... :-)





credited: FB Ustaz Zamri

Thursday, January 19, 2012

Pre-Tutorial Buat Kain Duyung-ladies only.


Kemahiran menjahit adalah salah satu kemahiran hidup yang boleh menaikkan taraf ekonomi anda, terutama anda yang tinggal di bandar-bandar besar, yang sewa rumahnya mahal. Kalau dok rumah sendiri pon, kena bayar ansuran yang tinggi setiap bulan. Kalau beli rumah secara tunai, tentu mendatangkan keraguan kepada sesetengah pihak. Kang tak pasal-pasal, SPRM ketuk pintu...

Walaupun  semua wanita gojes sudah sedia maklum, tapi sahaja saya nak taip di sini bahawa antara fesyen baju kurung moden yang diminati ialah yang berkonsep kain duyung. Kain duyung adalah fesyen yang mengambil inspirasi daripada bentuk ikan duyung. Juga dikenali sebagai bias cut (sila rujuk model bermuka pink di bawah-dalam kotak hijau). Sila abaikan pasangan pasangan pengantin yang dah tak baru itu, ok!!  Ye, saya tahu bahawasanya mesti ramai bloggers kenal penganten lelaki berambut kerinting ala Puyol itu.. tapi sekarang sila fokus kepada model (bukan pengapit) muka pink, ok!!? hhhmmm...

sila fokus kepada objek dalam box HIJAU sahaja. tq!

Ikut pengalaman sendiri, tailor Cina je yang pandai jahit kain duyung ni. Kalau tailors Melayu, 'cakap je PANDAI', tapi outputnya sungguh mendukacitakan - 2 kali saya terkena... Oleh yang demikian, saya berazam nak jahit sendiri kain duyung aka kain bias ni. Walau bagaimanapun, saya tak sempat jahit lagi sekarang. So, bersesuaian dengan tajuknya Pre-Tutorial, makanya saya bagi intro je lah dulu yek. Maafkan saya.. Sekian, harap maklum.

Jaga diri. Hiasi peribadi.
Janga lupa bayar cukai taksiran anda. Due 29 Februari ni, untuk separuh tahun pertama. (Tahun 2012 ialah tahun lompat). Cukai taksiran ni dikenakan 2 kali setahun. Jika gagal bayar on time, anda akan didenda 5% kot daripada nilai taksiran itu....

P/S:
lame no 'manten' tu hanimun. Bila nak ber3 ni??? (>.<)

Tuesday, January 17, 2012

Petua Mudah Untuk Mengatasi Migrain

teknik ikat kepala minum vitagen..lepas dioperate!

Anda ada masalah migrain?
Sakit-sakit kepala, rasa berdenyut-denyut pada bahagian kening tu. 
Kalau anda pernah mengalaminya, jangan terus telan pain-killer atau ponstan waima panadol Acti-Fast. Dadah terkawal itu boleh mendatangkan kemudharatan pada organ dalaman kita. Tapi kalau demam sikit pon doktor bagi panadol, kan?
Setakat panadol, aku pon boleh jadi 'doktor'..

OK, petua 1 ialah ambil setin/sebotol kecil 100 plus.
Tuang dalam galas - takat separuh gelas je tau!
Tambah air jarang/air mineral/air bertapis dalam gelas itu tadi.
Maknanya mesti nisbah 1:1, faham kan?? Bagus!
Kemudian baca Basmallah, niat minta Allah sembuhkan, minum, Alhamdulillah...
Disarankan untuk cuba tidur lepas tu. Kalau di pejabat atau tempat awam lain, pandai-pandailah bawa diri..

Petua 2 ialah untuk Muslim/Muslimah:
Amalkan bertafakur-sujud 5 minit lepas solat Subuh. 
Edaran darah yang betul ke otak dan kepala akan jadi lebih lancar ketika sujud.*
Insya Allah, prevention is better than cure..
Pernah baca atikel pasal seorang doktor/saintis barat yang peluk Islam lepas buat kajian pasal sujud ni..


credited: Nur-Nov.2011

Monday, January 16, 2012

Sami Yusuf Cipta Lagu untuk Emak Saya

When was the last time you called your emak? hhhmmmm....
(dan dan ambil henpon lantas video call emak).

Sempena Hari Ibu ini, eh! Hari Ibu Sedunia atau 1Malaysia lambat lagi kan??! Tapi takpe, saya nak juga dedikasikan lagu indah ciptaan dan dendangan artis kesukaan saya iaitu Encik Sami Yusuf ni kepada emak saya yang berada jauuuuuuuuuhh di negeri Pahang Darul Makmur tu. Syukur kawasan rumah emak & lelaki yang dicintainya itu tidak mengalami banjir..

Saje nak tepek Mother versi English Arabic ni..



Ada yang tidak kenal Sami Yusuf? ok, sila tengok gambar di bawah. (mesti hati korang menggerutu terkumat-kamit cakap bahawa beliau ni kacak lagi tampan...) OK, untuk maklumat lanjut berkenaan Sami Yusuf dan perjuangannya, sila cari di wikipedia ye. Beliau berasal dari Teheran, Iran tapi membesar di Britain. Banyak lagunya yang best berunsur kemanusiaan. Beliau juga pernah collaborate dengan Encik Maher Zain dan Mesut Kurtis.

credited: world of pinkoo.blogspot.com

Untuk LELAKI INI pula, minta maaf banyak-banyak ye, jalok ngapuro sebab Sami Yusuf belum compose lagu lagi untukmu. huhu! tapi dun wori because u are always in my heart. Mestilah kan!! hehe! Nak dedicate lagu 'Bapakku Kawen Lagi', tak sesuai..... (",)


*Anda sudah sedekah Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa anda; usai solat Subuh pagi tadi??

Sunday, January 15, 2012

Belajar Asas Berenang Dengan Kakak Aaron Yang Hot!

Antara golf dan renang, pastinya berenang menjadi pilihan hati sebab  bila pakai swim' suit baru tau macam mana prestasi ukur lilit badan kita. hhhhmmm... agak mengecewakan!  


kolam renang yang belum direnangi

Kelebihan berenang:
1. Tingkatkan keyakinan diri. Aku ni fobia air lo!
2. Bersihkan badan drpd mikro-organisma, bakteria dan penyakit kulit sepeti jerawat. Ape?! jerawat??? Kuman mati dek air klorin atau air laut ni??
3. Tingkatkan kelenturan badan. So dapat elakkan drpd terseliuah. ooo... hari tu, kaki aku terseliuh sebab kurang lentur rupanya!
4. Boleh tolong selamatkan orang. Cikgu-cikgu digalakkan ada ilmu asas kemahiran berenang. Bukan cikgu pon elok belajar berenang. Berenang itu satu riadah yang digalakkan Nabi kita, kan??


Semalam aku belajar berenang dengan kakak Aaron (tapi bukan Aaaron Aziz Ombak Rindu pujaan hati korang tu). Cikgu ni baru Form 3 tapi dah mahir berenang sebab dah menimba ilmu renang sejak berumur 7 tahun. Cikgu muda yang hot ni namanya Jasmin; kacukan Jerman-Perak. Bapa mereka memang orang Jerman yang ori. titik!


Aku memang start dari zero semalam. Tapi antara aku, Wok J & Kak Niza (Mak Chot Cikgu Jasmin ni), aku berjaya tumpaskan mereka dalam mini contest skil apungan cendawan (pic below). Kira yang paling lama bertahan le. Hehe! Malangnya teknik lain failed! Depa lupa nak ajar apungan lentang tapi apungan meniarap dah boleh. yahu!! Yang tak best, Cikgu Jasmin kakak Aaron ni cakap aku berenang freestyle macam menari AGOGO. Failed! Tangan ni nak kena babab ni!!    

ini namanya teknik apungan cendawan


*Plan 2012 - boleh berenang dengan semua teknik (freesyle, backstroke, breaststroke & butterfly). Nak tau tips cuci swim' suit mahal, boleh rujuk sini Aku pakai cap Mydin, masuk mesin je. hoho!

*Bolehkah berenang ketika haid?
Boleh sebab tekanan air boleh halang haid keluar. tapi pandai-pandailah jaga adab.. rujuk komuniti.iluvislam.com

* Senarai kolam renang awam boleh rujuk di berenang-renang.blogspot.com

credited: scribd.com~Kemahiran Asas Renang PJM, Kak Niza, Wok J, Cikgu Linda & Aaron. 


Friday, January 13, 2012

Tips Kurus - Jangan Mengutuk!!

menu enak dalam kenangan..


Durian? cempedak?
Tempoyak? Petai? Belacan?


Islam melarang umatnya mempamerkan perasaan tidak suka termasuk juga ketika makan. Jika anda tidak suka, elakkan daripada makan makanan itu. Tetapi jika anda tidak makan malah mencela lagi mengutuk makanan tersebut, anda akan bertambah berat dan gemuk dengan dosa kerana mencela makanan tersebut. Jika ada makanan yang anda tidak suka, sebenarnya ia sudah mengurangkan keinginan anda untuk makan (kurang makan, boleh kurus sikit!). 



“Tidak sesekali Rasullullah SAW mencela makanan. Jika baginda menyukainya, baginda akan makan dan begitulah sebaliknya”. (HR Bukhari & Muslim) 

credited: dara.com April2011

Moralnya:
Saya nak tambah senarai makanan yang tidak disukai tapi macam tiada je... (",)


wajib ada jajan untuk bekalan si cilik & gedi



Apa rahsia Fasha Sandha maintain langsing?
Beliau tidak merokok tetapi turun naik tangga di kediamannya..... kot!!


Tuesday, January 10, 2012

Acquitted Not Guilty


The judge; who took about 3 minutes to deliver oral judgement in the packed courtroom:
"The court could not with 100% certainty exclude the possibility that the integrity of the DNA samples collected from Mohd Saiful had been compromised"

"It was not safe for the court to rely only on DNA evidence in coming to the decision and there was no evidence to corroborate with Mohd Saiful's testimony".

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI):
"Thank God. Alhamdulillah. I feel vindicated. Justice is done.."

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden; Solicitor-General II:
"We have 14 days to file our noticeof appeal".

Former Prime Minister; Tun Dr Mahathir Mohamad:
"No conspiracy".

Mohd Saiful Bukhari Azlan:
"I accept decision.. As a servant of Allah, I believe there is a blessing in disguise in everything".

Datuk Seri Rais Yatim; Information, Communications & Culture Minister:
"The judgement has been made and with this it is proven that the country's judiciary is reputable and its judgement are on par with those made in the developed countries, which are based on the rule of law'.

melaporkan dari tepi Tingkat 33, KPKT Putrajaya bersama Ms Ng
*Justice served..
*Independence of judiciary proven.

credited: The Sun, 10.1.2012

*Biar kita tersalah ampun, jangan tersalah hukum..", 
Ramlee Awang Murshid.



Sunday, January 8, 2012

Bertemu Jodoh di Pasar Raya Borong Mydin Jalan TAR

abu ashgive.com
*Jejaka di atas ialah En.Abu yang Not Available. Bukan jodoh saya tapi saje copet gambar beliau sebab macam dramatik je posing dalam semak lalang tu. ohsem kan!!!? (>.<). Silalah terjah blog beliau sambil menderma di RALK, Puchong. Selain itu, kita juga boleh menyumbang sesuatu kepada Pn.Farah Mohd Nor, seperti di blog Wok J ni..  

*Jalan TAR ialah jalan yang telah diturap dengan tar dan diberi nama khas Jalan Tuanku Abdul Rahman (ke TUNKU??). Singkatannya ialah Jalan TAR, di Kuala Lumpur.

1. Ada orang tak suka shopping di Mydin atas faktor kualiti barang, jenama atau kelecehan nak ikat/bungkus beg yang dibawa.

2. Faktor lain ialah sebab tak berapa 'standard' je nak shopping di Mydin atau pegang plastik Mydin. eksyennye!! tapi bukan si isteri yang bersikap demikian sebaliknya si suami. Siapa? Mungkin di kalangan kita sendiri. hhhmmmm... tak mengaku la tu!!

3. Faktor lain lagi ialah keadaan dalam pasar rayanya yang agak kurang selesa tetapi mungkin tidak di Mydin Summit USJ nuuuuu...

4. Lagi? Sebab suasananya, susun aturnya, dekorasinya, pekerja antarabangsanya, aromanya... lebih kurang faktor no.3 di atas lah ye.. 

5. Tapi saye telah berjumpa dengan cinta hati macho di Mydin Jalan TAR ini. Dengan bangganya nak menunjuk. hehe!
.
.
.
.
.
.
A-harga=RM19.90 sahaja

cekci!! hehe! ok yang muslimah pon ada seperti di bawah:

B-siap skirt keselamatan. Harga=RM49.90 je!

A itu lebih ceria tapi seksimah le. (Siap ade cap/serkup dan spenda seluar kecil secorak di dalamnya. Ini bakal menimbulkan kesukaran kepada pengguna pemalu macam kita. Nak buang, sayang.. hehe!)

Baiklah.. untuk menjaga kemaslahan ummah, mari kita cari alternatif yang ekonomi iaitu:
1.Beli t-shirt inner=RM9.90 ke atas.
2.Beli long thigh/legging=RM9.90 ke atas. (di Kedai Hari-Hari pon ada. Murah je!)
3.Tudung=Guna je koleksi peribadi, kalau tak selesa dengan cap FOC tadi.
4.Tahniah! Anda berjaya berbelanja dengan penuh berhemah sambil mencipta fesyen mix & match yang comel ceria. Kalau baywatch halau anda sebab fesyen ini, sila laporkan kepada TV3. (",)


Di manakah anda bertemu jodoh? 
Ada orang jodohnya banyak, kan...!!?

*Dah takdirku bertemu jodoh di Mydin. Bukan Sogo, bukan Parkson.. 





Friday, January 6, 2012

Hatiku Kau Guris Luka..



Please help me..


betapa sakitnya perasaan ini
pabila jejari ajaibmu bisa memicit dan merobek kakiku
biarpun tanpa panca indera yang sempurna
(yang ALLAH simpan untuk di sana kelak)
tapi kau telah menyakitiku
semestinya kau  insan terpilih
buta mata tapi sangat terang hati dan mindanya
yang serik mencolok peratus empatiku
melonjak naik ke langit ke tujuh


mujurlah ada sang Lisa Surihani.. (sang??!)


kau gelakkan aku kah???


dan Yunalis Zarai..


Yuna vog!


yang setia menemani di sisi
sehingga selesai urut reflexology ini


terima kasih wahai Kak Faridah
yang sengaja menguji ketahanan kaki, minda dan emosiku..
huhu! sakiiiiittttttttnya kaaaak!!!


ada cara untuk Kak Faridah call out

warm down, lap dan kepak kakiku sesuka hatinya


Nuri Reflexology Centre @ Mara, Jalan Raja Laut


servis yang disediakan




Nuri Reflexology Therapy:
1. Di tingkat 2, Bangunan Mara Jalan Raja Laut
2. Even sebelah kaki je yang terseliuh, mesti kena urut kedua-duanya.
3. Satu sesi reflexology kaki biasanya 1 jam = RM40
4. Untuk urut badan, ada bilik khas disediakan.
5. Pengurut petugas urut lelaki dan wanita sedia mengurut anda.
6. Dibuka setiap hari seawal 9pagi hingga Maghrib kot. Boleh telefon untuk temu janji.
7. Majalah disediakan untuk santapan minda.. 
8. Lebih baik urut dengan mereka sebab mereka ni terlatih.  Nak belajar urut ni mahal. Kalau urut dengan tok moh, takot dia lekat benda2 yang tak sepatutnya pada kita. eewww!!!


Tuesday, January 3, 2012

Lelaki atau Perempuan Kuat Gossip?


sedapnya susu kambing!!

Lelaki atau perempuan yang kuat gossip??
Jawapannya mungkin subjektif.

Kalau anda berada dalam kelompok ramai kaum Adam, anda mungkin akan menyedari hakikatnya.. 

Cuba tengok trend entry blog-blog yang anda layari. Lelaki ke perempuan yang suka post & komen berita hot pasal artis/manusia seksi atau terdedah sana sini.. Yang terbaru tentu pasal Nur Amalina Che Bakri, pelajar genius 17A1 (betul kan??) dulu tu, tajaan Bank Negara yang dikhabarkan agak sosial sekarang. 

Tajuk SEO? Kejar trafik juta-juta? uuuuuuu.... (>.<). Tapi ramai bloggers ni ada split identity.. hehe!

"Kalau anda hanya berusaha menilai seseorang, maka anda tidak akan pernah dapat menyayangi mereka" ~ Madam Theresa.


Monday, January 2, 2012

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari


Sutera Bidadari ~ Ramlee Awang Murshid

"Mati itu pasti, 
Hidup..Insya Allah.."


Sila baca koleksi abang RAM ini ikut tertib. 
1. Cinta Sufi
2. Bagaikan Puteri
3. Cinta Sang Ratu
4. Hijab Sang Pencinta
5. Sutera Bidadari 

(harap-harap kronologi ini tepat!)

credited: Ramlee Awang Murshid & ownself

LinkWithin

related posts with thumbnails