| tengok-tengok jeeeeeeeeeeeee!!!! |
Anda bersaiz epal, pear atau choo kiok?
opss!! durian tak masuk list!! sape la yang mula-mula samakan body dengan buah ni.. (",)
Sebelum tu, bagaimana dengan muka surat pertama buku baru anda?
Semalam dah Nisfu Syaaban... cepat setelkan 'hutang'!! (friendly reminder)
Semalam dah Nisfu Syaaban... cepat setelkan 'hutang'!! (friendly reminder)
Di London – Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis. Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.
“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos (jenuh nak nyebut!!)
Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. Selebriti lain yang mereka lupa nak sebutkan ialah Fafau Fara Fauzana dan blogger ini. hik! hik! Diharap jangan sengaja muntah. Nanti batal puasa..
sumber: lupa la salin dari mana... maafkan!
*berguna rupanya lemak-lemakku ini... (>.<)

