Pakar saraf/neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. Insya Allah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’, terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima rangsangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila jumlah titik akupunktur sama dengan anggota wudhu’ (rukun dan sunat):
* Muka 84, Tangan 95, Kepala 64, Telinga 125, Kaki 125, Jumlah keseluruhan = 493!
* Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’.
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan… apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istimewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik rangsangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima rangsangan.
~ "Dari Umar radialIahu'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
Barang siapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari t ubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya" ~
* sumber maklumat asal dah lupa dari mana. feel guilty.. :(
** Korang dah hafal doa selepas wudhu dan MAKNAnya sekali??
** Korang dah hafal doa selepas wudhu dan MAKNAnya sekali??
21 comments:
doa hafal tp maknanya tak..adesss... jenis menghafal jaman skolah..study balik pasni..huhuh
x reti la wat latih tubi tu..x terbangun...tulang blakang berat gamaknye.. :P
subhanallah....besarnya nikmat yang Allah berikan..lepas satu, satu hikmah terbongkar kan
Itulah kelebihan wudud yang ramai tak tau. Agama lain sentiasa mengkaji kelebihan wuduk ni.
wuduk memang banyak kelebihannya
Juvana Episod 7
subhanAllah...
hebat Allah yg menentukan atur cara hidup kita, thanks atas info ni, serius gua baru tau hari ni.. mekasih ;)
thanks for the informations. :)
hafal doanya dan maknanya tapi ingat doanya saje .. memang apa saja yg islam ajar kita buat ada kebaikkan nya ..
ini dinamakna setiap apa yang ada dalam islam ni ada hikmah n kepentingan nye kan... islam telah mendahuli teknologi sains dunia :)
cik shinju,
masih belum terlambat.. :)
*ade emas kot, berat sgt tu..
atok SA,
ya.. semuanya ade hikmah kan? :)
Sobri M,
non-Muslim memang rajin mengkaji..
MdHafiz,
Maha Suci Allah..
Hans,
iye. sebab tu kena buat betul-betul..
Jari T,
same-same amalkan ye.. :-)
Miss A,
your welcome. :)
Puan Bee,
Islam itu indah kan..
TA aka ti,
Memang Islam itu agama yang syumul..
c rizal,
salam.. :)
nice info. terbaekk la :)
UYC,
tq. selamat beramal ye.. :-)
Post a Comment