Tuesday, January 7, 2014

Misteri Kehilangan Angkara Makhluk Cilik

Segmen Hotfm AM krew semalam cerita pasal misteri kehilangan.
Kebetulan saya pon sedang mengalami kehilangan barang penting iaitu hilang 1 set kunci rumah. Dalam set kunci rumah itu ada spare car key kawan saya. Kenapa spare car key kawan saya ada pada saya? Sebab saya tak de kereta. 

Misteri kehilangan kunci ni disedari selepas tetamu-tetamu cilik ini pulang. Rupa-rupanya bukan setakat kunci rumah hilang, sikat favourite saya pon hilang.
Saya syak makhluk-makhluk cilik di bawah ini yang main kunci dan sikat tu.
huh!





Malam tadi saya bermimpi makhluk cilik di atas bagi saya kunci rumah yang hilang tu.
 So balik kerja ni kena geledah rumah lagi untuk sesi mencari kunci dan sikat. 
Pagi tadi tak sempat! 

Dengan nama Allah,
wahai petunjuk kesesatan dan pemberi balik barang yang hilang,
berilah kembali barangku yang hilang dengan berkat kemuliaanMu
kerana barang itu drpd pemberianMu dan limpah kurniaanMu..
(Makna Doa Mencari Barang Yang Hilang).


Thursday, January 2, 2014

Khamis Pertama 2014 Mari Menabung

Seronoknya kerja hari pertama 2014!
(ayat psiko diri sendiri).
Khamis pertama 2014 tapi pakai baju batik lama je..

Untuk cari mood happy bekerja, 
mula-mula kira duit tabung ladybird dulu.
New header pon tepek gambar duit tabung ladybird. 
Comel kan!? 

Tabung 2013,
sikit-sikit lama tak jadi bukit pon!

syiling untuk kedai runcit depan rumah

Duit syiling Malaysia banyak mengalamai transformasi.
Korang ada simpan lagi duit syiling seringgit dan satu sen?
50 tahun lagi, kita boleh jual. hoho!

Duit syiling RM1 dan 1 sen yang lama
  
Sempena tahun baru Masihi 2014 ni, 
saya ajak geng whatsapp group family untuk menabung. 
Paksa nephews and nieces to save at least 50sen per day.
So hari ini, saya simpan 40sen. 
Bolehlah kan.. hihi!

Tanda marker pink untuk tabungan 2014

Ini Wok Slim yang mula menabung semalam. 
Saya nak jugak tabung 1Malaysia tu!!

Tabung 1Malaysia Wok Slim 

Wednesday, January 1, 2014

Publika Bunga Api Tahun Baru 2014

Penutup 2013 saya agak dramatik, 
berjaya gagahkan diri tengok bunga api di Publika Solaris Dutamas.
Biasanya tidur sebelum 11 malam. hihi!

Credited untuk Wok slim ni for the pix.
Tahun depan dah tau kan spot mana nak aim..

Bunga api di Publika 2014

Bunga api lagi 

Bunga api juga

Ini pon bunga api di Publika

Pentas yang sesak dengan manusia antarabangsa

Kanak-kanak antarabangsa yang sakan berjoget.
Korang ni tak mengantuk ke?

Pasukan polis bergerak yang komited

saya yang sedang tahan mengantuk.
Sekian

LinkWithin

related posts with thumbnails