Berapakah berat badan anda dalam bulan Syawal yang mulia ini?
Biarlah rahsia kan..! Asalkan berat kita ideal dan kita selesa dengan ukur lilit kita. (>.<)
Sepatutnya atikel ini tidak boleh diberi tajuk RAHSIA. Tapi sebab diambil dari majalah, i just follow.. Antara rahsia besar untuk diet tanpa perlu buat aktiviti fizikal terlampau ialah:
1. Minum Kopi tanpa creamer.
- kafein boleh bakar kalori. Tapi mesti kurangkan gula putih itu.
2. Minum Air Jarang
- Minum air kosong ini boleh cepatkan detoks dan rendahkan jumlah lemak badan kita.
3. Sarapan.
- Mulakan hidup dengan sarapan berkhasiat. Contohnya putih telur atau oat dengan buah. Ini menu pelatih fizikal Jennifer Lopez tu..
4. Kunyah Gula-gula Getah Sugar-free.
- boleh segarkan nafas dan bakar kalori. Lepas kunyah, sila buang ke dalam bakul sampah!!
5. Ketawa.
- the best medicine dan boleh bakar kalori.
6. Marah??!!
- semasa marah, badan akan keluarkan tenaga dan membakar kalori. Tapi jangan marah-marah laa.. Anda lebih gagah kalau mampu tahan marah so marah tipu-tipu je la.. (",)
7. Hubungan intim yang sah.
- boleh bakar 300 kalori/jam.
8. Berjalan.
- Dapat sihatkan jantung dan bakar kalori, mudah serta tanpa kos!
*Rapi Dis.'10