Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular 2010 bukan 2011 yek!


pinjam drpd ayucintakamu.blogspot


** Dato CT bagi peluang kepada artis lain, Mia belum dicalonkan lagi :-)
Inilah Bintang PALING Popular 2010, telah terjatuh dianugerahkan kepada 
SHAHEIZY SAM ~ 126,168 votes!

Tahniah!!
Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 & set barang kemas Rafflesia edisi terhad kini menjadi milikmu..

Kategori Popular Yang Lain: (set barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000)

Penyanyi Nasyid = Rabbani

Penyanyi Lelaki = Faizal Tahir
Penyayi Wanita = Yuna

Artis Duo/Berkumpulan & Artis Mobile = Sixth Sense

Pelakon TV Lelaki = Remy Ishak
Pelakon TV Wanita = Fasha Sandha ~ kali ke-5 tau!

Artis Baru Lelaki/Wanita = Shahir AF / Ana Rafali

Artis Komedi = Zizan / Norkhiriah

Pelakon Filem = Lisa Surihani / Saheizy Sam

Pengacara TV = Fara Fauzana / Aznil Haji Nawawi ~ kali ke-8 tuuuuuu..!

Penyampai Radio = Faizal Ismail / Fara Fauzana ~ dah berkali-kali ni :-)

Anugerah Khas = Dato' Hajah Rosnani Jamil same DOB..

* Keputusan adalah muktamad. Sape suruh tak ngundi aritu..! tak puas ati?
'tidak adil, tidak adil tidak adil..' yang Yuna nyanyi tuuuuu.. 

Tips nak popular:
- mesti berbakat hebat & berdisiplin,
walau pun dihimpit dengan macam2 kontroversi. hehe!
- cantik/kacak adalah bonus pelengkap pakej.
- ada fb, twitter, blog??!  :-)

Lembu & Anai-anai ~ Punca Pemanasan Global



Kesian pada encik/cik lembu..
Kajian menunjukkan bahawa kentut dan sendawa mereka menjadi punca pemanasan global masa kini. Gas metana haiwan ini membawa kesan gas rumah hijau ke bumi. Dianggarkan 'kuasa' nya lebih 23 kali ganda > teruk drpd pencemaran asap kereta.

Walau bagaimanapun, encik/cik anai-anai berjaya mengungguli carta Top 10 kentut. Berlari jauh meninggalkan lembu & gajah.. (anai-anai berlari atau jogaton?) Sila terjah blog http://farhanazis.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Jika berminat untuk mengetahui > banyak fakta, boleh terjah sini:-

~ Anai-anai = Sebab diet pemakanan dan proses penghadaman (bantuan bakteria) yang lebih banyak daripada biasa, menyebabkan mereka berupaya menghasilkan gas metana yang sama banyak kuantitinya dengan jumlah yang dihasilkan oleh industri.

~ Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

** Mari wangikan kentut !! :-)

** Jangan mengeluh mengomel cakap 'panasnye.!'  Cakaplah 'sejuk...', takpon diam aje. Bukan awak seorang yang 'sejuk'. Orang sekeliling kita pon mengalami situasi yang sama..


Friday, April 1, 2011

Atok-Jejak Hati ke Hati-Persatuan Duda-duda Cun 1Malaysia

Dengan rasminya, pada 7.50 pagi Jumaat yang mulia ini (waktu M'sia)~tanggal 27 Rabiul Akhir 1432H (selalu lupa bulan Islam)=1 April 2011, aku ditabalkan menjadi cucu pilihan atok (En.SuhamiAhmad) yang ke 7. Macam tau2 je aku suke nombor pitu~cam JemsBon 007 tu....!

Kesuwon ye tok :-) 

 
belog atok @ En Suhami Ahmad 

atok aku tu muda lagi. si dia yg berbaju merah di atas tu ialah super impose imej beliau dalam 40 tahun akan datang, Insya Allah kalau umur dia panjang.. Dia da siap ade mukobuku (aku pon tak seaktif dia!) = Apo2 Yolah. Korang tolonglah 'suka' atok muda aku ni yek sebab dia pon nak pemes!

* Atok bisik tadi beliau ada pasang niat juga nak join Jejak Hati ke Hati anjuran Persatuan Duda-duda Cun 1Malaysia (aku baru tau akan kewujudannya!!). Tuan Presiden iaitu En Mohd Ali Baharom cakap, semua warga Msia berstatus duda boleh join, tak kisah umur berapa..

** Presiden Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan & Selangor; Sharifah Kamariah Syed Ibrahim cakap, 'kami hanya berminat menyertai aktiviti yang mampu menjana pendapatan & bukan hanya sekadar mencari pasangan'. - Utusan Malaysia. 



LinkWithin

related posts with thumbnails