Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Hot Tips Lulus Exam PTD

jangan baca gosip artis jek!!

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.
Nama glamer ialah exam PTD.
Skim jawatan ialah M41 (maknanya M untuk PTD, 41 ialah gred lepasan Ijazah).
Semua kelulusan Ijazah yang diiktiraf kerajaan Malaysia boleh apply jawatan ini.
Exam terbaru akan diadakan pada 13 April 2013 (Sabtu), bermula jam 9pagi hingga 3petang. Ada 4 seksyen (A-D) yang turut melibatkan esei B.Melayu and English.  


Tips Nak Lulus Exam PTD:
1. Baca arkib berita for the past 6 months. (dalam Utusan online ado ni..).
2. Praktis tulis esei dengan penguasaan hebat kedua-dua bahasa utama di Malaysia itu.
   (Make sure ringkas, padat & menjawab soalan)
3. Ambil tahu pengetahuan am Malaysia dan dunia.
4. Tahu ilmu Matematik atleast syllabus SPM. 
5. Jangan derhaka kepada ibu bapa.
6. Rajin-rajin belanja saya. hehe!

*credited: kawan ibu Amani yang dah berjaya jadi PTD.. acik pon tak kenal beliau!




Saturday, July 28, 2012

Tips Lulus Peperiksaan Akauntan W41


hakikatnya baru nak cari buku
untuk ditelaah..  huhu!

Sebelum saya beri tips untuk lulus Peperiksaan Akauntan W41 yang akan diadakan pada 4 Ogos 2012, sukacita dimaklumkan bahawasanya saya telah membuat anjakan paradigma dalam bulan Ramadan 1433H ini. Secara kasarnya saya perlu tunggu 40 tahun.. lagi untuk merealisasikan niat tersebut. ish! ish! Sudi-sudikanlah doa untuk saya ye; dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rejeki untuk diawalkan & dimudahkan segala urusan. Syukran.. (>.<)

Calon-calon ada 6 hari lagi untuk membuat persediaan menduduki Peperiksaan Akauntan W41. Tips ringkas untuk lulus exam daripada saya yang pernah gagal dan lulus ini ialah:

1. Mesti ada strategi dan teknik study yang betul.
2. Study smart & kena tahu format soalannya. (same dgn no.1 ni)..
3. Rajin ambil tahu perkembangan Malaysia dan dunia. Soalan Pengetahuan Am pon ada..
4. Amalkan cara hidup sihat supaya kekal cergas & cerdas. (macam iklan!)
5. Sesudah gigih berusaha, maka berdoa & bertawakkallah kamu...
6. Lastly, buatlah nazar yang munasabah.. - ini adalah syor En.I; seorang pegawai kanan di adk.gov.my

Akhir kata:
*rajin-rajinlah layari website AG untuk ambil kisah iaitu anm.gov.my
*Latih tubi Matematik pon kena buat tau! Anda juga kena jawab esei B.Melayu dan English-tulisan mesti kemas supaya mudah dibaca. Setakat tahap SPM je, adil untuk semua..

Semua peperiksaan (mohon jawatan dalam perkhidmatan kerajaan itu) ialah untuk menggagalkan anda. hahaha! Sebenarnya SPA selaku main HR nak cari yang terbaik. Even staf yang sedang berkhidmat dengan AG pon akan dipanggil Assessment (peringkat kedua selepas LULUS exam sahaja), sebelum layak untuk ke peringkat temududa kan dah salah eja. TEMUDUGA laaaaa.....



LinkWithin

related posts with thumbnails