Showing posts with label bikers. Show all posts
Showing posts with label bikers. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday Blogger Mulut Masin di Karak Highway


Kisah benar selepas kurang 10 minit blogger myspace 'menyumpah' bikers yang memandu dan mencilok secara berbahaya di lebuh raya Karak, beberapa kilometer sebelum terowong Karak. Harap-harap biker itu selamat dan fit untuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang mulia ini..


Ini bukan lakonan Bikers Kental. 
Pandu cermat, jiwa selamat

Tuesday, May 21, 2013

Bikers Kental 23 Mei 2013

Bikers Kental

Bikers Kental akan ditayangkan pada 23 Mei 2013.
Kental itu maksudnya antara cair dengan beku.. Orang kata, filem ini best!
Ada Awie, Zizan, Bront Palare, Zul Ariffin yg dulu kapel dengan Abby Abadi tu, Harun Salim Bachik dan ramai lagilah..

Balik kampung, mesti berselisih dengan gerombolon bikers. Depa suka lepak Bukit TInggi, Janda Baik dan terus menghala ke Pantai Timur kot..

Balik mengundi hari tu, kami berselisih lagi dengan segerombolan bikers. Macam biasa, mestilah depa potong kami kan! naik bike mestilah laju.. tayar beso mahal tu. hehe!
Lepas je tol Gombak, nampak depa berhenti rehat tepi jalan sambil makan ais-krim yang brader jual atas motor tu.. 

Kami memandang antara satu sama lain dan spontan menyebut 'ek eleeee!!'
Haha! macam tersusut sedikit kemachoan mereka tapi mereka pon manusia biasa kan... Memang Bikers Kental!! 


LinkWithin

related posts with thumbnails