Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Santapan Rohani - Qadha dulu..


Indah tak gambar pemandangan langit ni?
Gambar yang indah ini diambil daripada digitalmukmin.com, galeri digital milik Ustaz Azhar Idrus tu...

**baru ku tahu isteri kedua Ustaz Azhar Idrus tu berumur 26 tahun.. Anak sulung Ustaz Azhar Idrus berumur 20 tahun (perempuan).  So sweet... sumber=majalah Anis 2012.

Selamat mengejar pahala dalam bulan Ramadan 1433H ini.
Kawan saya pesan, qadha dulu solat fardhu yang ditinggalkan time kita jaman jahiliyah dulu. Jangan simply ingat yang solat sunat boleh cover solat fardhu yang kita tuang dulu.. Kena setelkan yang fardhu dulu dalam kita mengejar pahala sunat..

Kawan saya beritahu lagi, cara nak tahu kita dah cukup qadha atau belum ialah Allah akan bagi perasaan dah cukup ganti tu kepada hambaNya yang berusaha..

So, start Zuhur ni, marilah kita sama-sama mulakan ya. Perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh ialah:
1. Solat pada awal waktu.
2. Segera kebumikan jenazah
3. NIKAH tapi jangan tergesa-gesa...

Sekian.. jangan lupa minum air jarang banyak-banyak semasa sahur. (>.<)


Friday, December 23, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Hukum 3 Kali Tak Solat Jumaat

Berikut dipaparkan biodata Ustaz Pilihan saya iaitu: 
1. Ustaz Azhar Idrus
2. Ustaz Don Danial Don Biyajid (harap tak salah eja)

Saya taip Yuna, ada dalam wikipedia. Saya taip Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Don Daniyal, kok tiada? Nama penuh Yuna ialah Yunalis Mat Zara'ai, berasal dari Kedah dan berkelulusan Bachelor of Legal Studies (Hons) UiTM Shah Alam. 

Ustaz Azhar yang cool!!
Ustaz Azhar Idrus:
-mantan pelajar Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Form 6. Ustaz sekolah orang putih rupanya...
-menjadi guru muzik pada tahun 1985. uuuuuuuuu..... :-)
-mula belajar agama pada tahun 1990.
-banyak sedutan ceramah beliau di YouTube yang membincangkan permasalahan semasa. 
Contohnya Hukum 3 Kali Tak Solat Jumaat (sentap tak??), Tak Sakit Ambil MC (bukan saye), Hukum Bersanding, Hukum Rebonding/Mengkerinting Rambut, Hukum Menghitamkan Rambut, Petua Mencari Jodoh, Hukum Pakai Jeans, Hukum Taip Salam Dalam SMS, Hukum Bersiul, Makan Di Kedai Kafir, Tak Nak Bayar PTPTN (sentap lagi!) etc.

-Hukum 3 kali tak solat Jumaat tanpa uzur syarie - munafiq perangainya tak molek dah, bukan munafiq aqidah.. 
*anak perempuan Ustaz Azhar Idrus masih kecil. Siapa nak jadi menantu beliau? 


Ustaz Don Danial Don Biyajid
Ustaz Don Danial Don Biyajid:
- Program 30 Minit Ustaz Don di TV AlHijrah (Bicara Fardhu Ain & Al-Quran)
- cara santai je tapi best. Beliau ajar tajwid dalam program Al-Quran.
- boleh cari beliau di FB. Memang Ustaz Don dah cetus fenomena!!

*Biodata lengkap mereka masih dalam siasatan. Sekian. Selamat Menunaikan Solat Jumaat kepada kaum Muslim..

credited: ustazazhar.net, mynewshub.my, ntvirus.wordpress, wikipedia


LinkWithin

related posts with thumbnails