Sunday, March 10, 2013

Hukum Memotong Rambut Di Kedai Amoi


Selamat datang ke Aquaria

Isnin lepas dah ambil cuti.
Bos-bos pon dah luluskan cuti dalam sistem HRMIS yang sangat efisyen tu. (HRMIS boleh dilayari seperti di bawah).
Tiba-tiba mengalami cirit-birit seawal 5pagi. Sehingga 10 pagi, adalah 4 kali memerut! Terus menapak ke klinik depan rumah iaitu Klinik Akashah; a lady doctor. Bukan Ahadiat Akashah atau Aqashah Dejavu di Kinabalu tu..

*Panjang intronya..

Selepas sejam lebih menunggu (ramainya pesakit Isnin!), tibalah giliran saya. Doktor suruh baring untuk periksa perut. I geli youuuuu!!!
Doktor cakap kompem cirit-birit sebab bunyi usus menggelodak (lebih kurang macam tulaaa..). Ingatkan ladies pain. Maklumlah remaja kan selalu mengalami gangguan hormon.

Lepas ambil ubat dan dapat MC, berangan pula nak potong rambut. Menapak le pula ke salun amoi yang berdekatan. Ada 2 orang pelanggan lelaki sedang didandan oleh amoi-amoi salun itu. Di sebelah saya, 2 orang lelaki yang disyaki berniat nak jadi pelanggan salun itu juga sedang mengintai dari luar.

Hey guys!
The mamak barber is just next to the amoi's saloon. Kenapa kamu nak potong rambut di kedai amoi ni? Kamu kan muslim?? Tahu hukum kan?! Ini bukan kes darurat. (cakap dalam hati je..).

Saya terus balik ke rumah dengan kekecewaan. DIA tak izinkan saya potong rambut sebab salun itu unisex dan boleh nampak dari luar. Salun Fasha Shanda tu tertutup tak? Saya berazam nak jadi kaya dan buka salun khas untuk muslimah. Selain itu, saya juga nak bina kolam renang tertutup khas untuk muslimah sebab baju renang muslimah itu tetap seksi kan.. Ada sesiapa yang sudi bagi saya modal?? (>.<)


..Aquaria di Klinik Akashah..

Capaian HRMIS:
1. www.eghrmis.gov.my
2. http://hrmis.eghrmis.gov.my
3. http://hrmisone.eghrmis.gov.my
3. http://hrmis2.eghrmis.gov.my


4 comments:

aman_arab said...

tu la pasai...orang zaman sekarang memang dah tak hirau dah bab hukum halal haram ni...dunia akhir zaman!

Unknown said...

oh terasa.......he3......kena pi kedai mamak lah lepas nie.......

Telor Power said...

Bagus citta2 tu sis
saloon utk muslimah kan.cadangan yg menarik

NasQ said...

hrmis tak boleh bukak hari ni!!!!

LinkWithin

related posts with thumbnails