Thursday, February 21, 2013

Petua Selsema Stim Muka Dengan Vicks

Hi tea di Seri Pacific memang sedap!!

Bangun pagi-pagi, p dapur masak air guna cerek bersiul tu.
Bukan sebab nak sediakan sarapan tapi sebab untuk kecantikan hidung.
Ya... kali pertama kena jangkitan selsema untuk tahun 1434H ni. Perlu segera pulih untuk bertugas luar Ahad ni. Siapa nak ikut??? (Wanita sahaja)  Bilik kosong ni. Siap baucar sarapan lagi untuk 5 hari.. (>.<)

Untuk mengubati selsema, cuba stimkan muka anda dengan sesudu vicks dimasukkan ke dalam semangkuk air panas. Guna tepawe bulat bekas ais-krim pon boleh ya adik-adik.

Tau kan vicks vaporub tu. Jangan salah guna tiger balm pula ye. Kadang-kadang doktor pon ada bagi garam vicks ni. Gunakan tuala untuk selubungkan kepala anda. Buatlah dalam suku jam ke.. air tu cepat sejuk. 

AMARAN:
Jauhkan daripada kanak-kanak semasa melakukan prosedur stim ni. Kang tak pasal-pasal ada yang tersembam kena air panas tu..

*Bekerja dalam bilik berhawa dingin akan melambatkan proses pemulihan selsema..

Di sini pon ada petua lain untuk mengatasi selsema dan batuk beserta bonus petua nak kurus. Sekian.


5 comments:

NasQ said...

stim aku baca entry ni...

Unknown said...

betul..... dulu kalau selesema......remy pernah diberi serbuk kristal dari satu klinik..... stim kan muka dan hidu .... bau lebih kurang macam vick tu...tapi cepat hilang selesema...

Anonymous said...

Bini gelak sudah tua-tua sapu Vicks. :-)

EmpayarUtama said...

Hai ^_^ dah baik demam?

Buat pertama kali saya masuk sini baru kali ini saya nampak ada gambar kat header tu. Ke mata saya bermasa'alah sebelum ni... Ada petua untuk itu ke?

logorithm said...

Ini entri 18SX. Hahaha! :-D

LinkWithin

related posts with thumbnails