Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (riwayat al-Bukhari)
Malah kelebihan serta manfaat solat berjemaah terbukti dari segi saintifik dan diakui oleh pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, Prof. John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat berjemaah.
Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.
"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.
"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut," katanya.
Dr. Abdul Ghaffar berkata, tubuh manusia mengeluarkan cas yang berlebihan dan cas itu akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan jemaah di sebelah kanan dan kiri.
Begitu juga proses yang sama berlaku kepada setiap jemaah. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.
Mengikut hasil kajian tersebut, proses pertukaran cas ini sangat diperlukan dalam kehidupan harian sebagaimana keperluan tidur pada setiap hari dengan sama.
Menurutnya, bilangan rakaat yang berlainan dalam setiap waktu solat adalah bertepatan dengan keperluan pertukaran cas elektrik positif dan negatif tersebut.
Solat Subuh hanya 2 rakaat kerana ia hanya memerlukan sedikit pertukaran cas dalam tubuh. Berlainan pula dengan solat Zuhur dan Asar yang memerlukan pertukaran cas yang banyak untuk menyeimbangkan cas dan mengembalikan tenaga dan kecergasan tubuh.
"Selepas waktu Asar pula, pada kebiasaannya kita hanya beriadah atau melakukan aktiviti ringan yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga di samping perbezaan masa yang diperuntukan tidak terlalu ketara.
"Oleh itu, solat berjemaah waktu Maghrib hanya sebanyak 3 rakaat mencukupi untuk menyeimbangkan cas dalam tubuh," katanya.
Walau bagaimanapun, mungkin sesetengah daripada kita keliru mengenai bilangan solat Isyak yang banyak sedangkan ia tidak jauh berbeza dengan waktu solat Maghrib.
Dr. Ghaffar berkata, menurut kajian itu, pertukaran cas yang banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk bangun pada sepertiga malam bagi menunaikan solat sunat seperti yang dituntut dalam Islam.
"Hasil kajian saintifik tersebut menunjukkan kepada kita betapa indah dan sempurnanya amalan agama Islam sehingga setiap kewajipan yang diperintahkan kepada kita mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri," katanya.
credited: Utusan Malaysia, Nov.2011
entry panjang sebab kopipes semua fakta. sekian. (>.<)
37 comments:
udah main cas pulakkkkk......
nice one... positif n negatif
ZH,
tengah hari ni kan 'u olls' solat Jumaat jemaah.. :-)
KhaiF,
cas berbeza akan menarik.. :)
Morning tips! Cas dah abis skrg nie... Nak cas balik la tgh hari nanti... :D
berkunjung di sini!
jum berjumaat reramai :D
Amir,
'calon pilihan' ni.. :-)
cik LW,
welcome dear! :-)
AiS,
jom! jom! selamat beribadah.. :)
kalo jemaah ngn mak..kite sorang je kat blkg cmneh~ hehe
x dpt nak tukar cas..tp dpt pahala 27 darjat..tanya jwb snediri plak..;p
banyak pahala berjemaah...=]
tunggu berjemaah dengan suami. ahaks
dill.
Sal,
pandai cikgu Sal ni.. mestilah kan!! (>.<)
cik LW,
dan manfaatnya.. :)
dill,
hehe! impian yg murni.. (^.^)
info yang cukup berguna. terima kasih (^_^)
Mekasih...n3 yg sgt bermanfaat...
Ade makcik2 kat kg saya,kalau solat terawih xmo solat rapat2..panas katanye...guane nak buat tu..kdg2 satu sejadah tu dia sorg2 jer..usahkan berlaga bahu,telekung pun x berlaga ngn org sebelah...
takpe panjang...asalkan ada manafaat..hehehe
yang pentingnya pahala solat jemaah 27 kali lebih dari solat sorang diri... tak gitu?
Baru tau info nih :)
fakta yang tak ramai org tahu!
aku je malas kadang kdang.
haiyaaakkk !!!
kalau pikir logik gak..sebab tu time berjemaah kita disuruh rapatkan saf..
Regards,
-Strider-
senyuman nabi paling manis bile nabi tengok sahabat solat jemaah subuh waktu nabi gering...
Kongsi,
sama-sama.. kasih. :)
cik Shinju,
itu realiti kehidupan, bukan kat kampung awak je.. ;)
sitieZahim,
Insya Allah.. :)
FitriH,
yup! semoga amalan itu diterimaNya.. :-)
EU,
takpe.. (same le!)
karatz,
kita yg dah tau kenalah didik mereka.. :-)
SemutS,
bukan awak seorang je yg < rajin tu.. :-)
OA,
mesti time tu Nabi rasa agak lega.. :)
AH Strider,
mesti ada hikmahnya.. :)
aku baru tahu cas cas dlm badan dapat di nyahkan apabila bersolat jemaah.. nice..
Abu,
sila amalkan ya! :-)
Post a Comment