Saturday, June 12, 2010

petua melawan BATUK & SELSEMA

Saya dalam bahaya sekarang, diancam oleh 2 virus tersebut. Penghuni rumah saya masih lagi batuk dan selsema. Kesihatan beliau amat merosot sejak pertengahan bulan Mei lalu. Kekebalan antibodi saya akhirnya goyah, tidak lagi mampu melawan virus flu itu.. Mujurlah saya masih kuat untuk melawan virus batuk, walaupun saya diburu oleh virus itu di rumah sendiri dan di tempat kerja. (ape ni, saya dikelilingi oleh pesakit2...)

Cara saya mengatasi selsema:

1) pi klinik terus. Saya memang alah dengan flu. Itu adalah fakta bagi bayi comel & hebat yang lahir pada bulan Januari. terimalah seadanya... :)

2) makan ubat yg dr Ruby bagi tu dengan penuh dedikasi. Dr Ruby sangat ikhlas bekerja, buka klinik seawal pagi.. she has passion in her work, even she is 85 now! so budak2, sila bekerja dengan ikhlas & enjoy your works!

3) sebelum mamam ubat2 itu, bacalah doa & niat supaya cpt sembuh ya. Sakit tu kifarah-cuci dosa2 lalu kita. huhuuu...

4) seeloknya bangun awal pagi before subuh n mandi terus. selain cepatkan pulih selsema, boleh pecahkan lemak2 degil dalam badan kita. (mmmm.. yang ni selalu gagal w/pon senang je nak buat..)

5) Ambil makanan berikut:

a. SUP AYAM
hidangan sup panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan.

b. MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

c. BAWANG PUTIH
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam masakan atau kunyah seulas dua bawang putih mentah, kalau sanggup!

d. AIR
Minum banyak air masak dan jus buah-buahan tanpa gula & ais. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

e. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Kalau merokok, lagi memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk. So, jangan merokok, makan je terus rokok tu. Perokok2 ni mengancam nyawa orang sekeliling sbb kita t'paksa jadi 'perokok sekunder' mereka. Cisssss...!!!!!!!!

f. VITAMIN C
Makan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.

g. HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

* Prevention is better than cure!
Amalkan cuci lubang hidung setiap kali bangun tidur / balik dari keluar jalan2 terutama kalau naik kenderaan awam. Jangan lupa, cuci tangan dengan sabun dengan cara yang betul. Jumpa lagi ye adik2. tata..

No comments:

LinkWithin

related posts with thumbnails