Saturday, June 30, 2012

Masterchef Bukan Selebriti Resipi Sagu Seksyen Bayaran

resipi drpd mamameow

Sempena penyingkiran Karl Shafik & Jihan Miskin dan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan iaitu Irma Hasmie dan Redza (sebenarnya tiada kena-mengena dengan mereka pon!!) makanya ada orang nak kongsi resipi campak-campak drpd seorang sleeping blogger cum 'Akauntan tak jadi' cum bakal penternak kucing iaitu mamameow (linknya dah lupa sebab dah setahun tidak dikemas kini).

Berikut ialah bahan-bahannya (sila rujuk gambar):
**Telor Power tidak diperlukan dalam misi ini. Atikel itu tertinggal di rumah le bro. Sila google sendiri dulu ok. Mungkin juga Ophan hantu boleh membantu. (tq Ophan, selalulah doakan saya ya..)   (>.<)  

sagu pink, gula, secoet garam, susu cair, gula perang, pandan
  
Cara-caranya:
Silalah adik-adik klik gambar pertama di atas ya, telah ditulis dengan lengkap. 

Hasilnya silalah bayangkan sendiri. Di bawah ini saja letak gambar hiasan lain. Sempena  cuti hujung minggu ni, bolehlah cuba resipi campak-campak ini. Bulan puasa ni, boleh meniaga. hik! hik!!

desserts dah habis, tepek gambar ni je

Thursday, June 28, 2012

Hatta, Kalakian, Syahadan, Seyogia..

Anda fasih berbahasa Melayu?
Mesti anda dapat A1 untuk kertas Bahasa Melayu dalam SPM kan? Tahniah!!
Maka cubalah buat ayat menggunakan perkataan pembatas karangan dalam penulisan Melayu klasik ini. Contoh seperti di bawah gambar atok ni ya. 

 
atok angkat bajet kepop!!


*Sebelum itu, Spain menang 4-2. yeay!! Jangan nangis! Jangan nangis!


1. Hatta beberapa lamanya di jalan, angkatan itu pun sampailah ke China. - Sanskrit

2. Ia tersangat benci akan kita, hatta memandang muka kita pun tiada mahu lagi konon. - Arab.

3. Kalakian, setelah sudah didengar oleh baginda akan sembah perdana menteri itu, maka baginda pun melengung seketika..

4. Tujuh hari lamanya ia berjalan, maka ia bertemu dengan sebuah mahligai, syahadan lengkap dengan perhiasannya.

5. Seyogia patutlah jangan lekas-lekas sangat seseorang itu mengatakan apa-apa yag dilihatnya dalam gelap itu hantu..


*Munsyi Bahasa, UM 27.6.2012

Tuesday, June 26, 2012

Ubat Sakit Kepala (married only!)



Bos masuk pejabat sambil memicit-micit kepalanya yang keras. Seorang stafnya; Joni (bukan nama sebenar) yang agak prihatin menegur bos itu:

Joni: Kenapa bos? Sakit kepalakah?
Bos: Yalah Joni (bukan nama sebenar). Kepala aku ni sakit sangat!
Joni: 3 hari lepas saya pon sakit kepala bos. Bila balik rumah, isteri saya peluk cium saya.  Lepas tu, sakit kepala saya terus hilang. Saya syorkan bos cuba petua saya itu.
Bos: Betulkah wahai Jonni? Kalau begitu, mari kita jumpa isteri kau sekarang!!!!
Joni: !!!!!!!?????!!!!!

(AMARAN! Sila jangan tiru aksi 'Bos' di atas!!)


Rapi Feb.2009


uncle Jonni sebenar

LinkWithin

related posts with thumbnails