Friday, August 26, 2011

Jemputlah Baca '7 Sunnah Penting' Ini.

Salam.

Dalam kehidupan sehari-hari, ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita
selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari
dari kesilapan.. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita,
agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
1: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul,
atau ayat Qursi.
 
3: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yan
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 
5: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat
kali ganda.
 
6: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan
dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
7: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu
ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan
zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia daripada
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada
blog ini dan tidak perlu backlink.. cukup sekadar sebarkan, dan menjadi
manfaat pada semua – WASSALLAM.
*Penulis asal entry ini tidak diketahui. Saya dapat daripada emel.
Tahniah kepada penulis asal dan anda yang sentiasa amalkan 7 perkara tersebut..





Thursday, August 25, 2011

Beri Biru Kempiskan Perut, Lada Putih Bakar Lemak


Kalau perut terbuncit walaupun setelah sebulan berpuasa, anda boleh amalkan makan buah beri biru & lada putih untuk mengatasinya. Gambar tidak disertakan tapi anda semua mesti kenal kan? (>.<)


*Beri biru (blueberry) kempiskan perut:
-buah paling kaya antioksidan.
-kaya vitamin untuk lawan selsema & demam, turunkan kolestrol, kawal glukosa, turunkan risiko sakit jantung & diabetes.
-boleh bakar lemak di perut maka membantu kempiskan perut.


*Lada putih bakar lemak:
-tingkatkan pembakaran kalori tubuh sebab rasa panasnya.

#Harmoni Julai 2011.


Tuesday, August 23, 2011

Hari Terbaik Untuk Berdoa

@ Masjid Besi, Putrajaya

Bab 1-Buku Petua Membuat Orang Jatuh Cinta

~Adab-adab Berdoa~

*Hari Terbaik Untuk Berdoa:
1. Malam Jumaat dan siangnya.
2. Malam Hari Raya & siangnya.
3. Malam Lailatul-Qadr.
4. Malam Isra' Mikraj.
5. Malam Nisfu Syaaban.
6. Malam pertama bulan Rejab.
7. Hari Arafah.

*Bulan Terbaik Untuk Berdoa:
1. Rejab
2. Syaaban
3. Ramadan
4. Zulhijjah - bulan haji

#Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Bagus beli & baca buku ni. Bukan setakat bagi petua memikat orang je..

LinkWithin

related posts with thumbnails