Monday, June 27, 2011

Kalau Terpakai Terbalik, Tanda Nak Dapat Sesuatu?!


Pernah tak secara tidak sengaja, anda telah terpakai baju secara terbalik?
Takpon, terpakai sandal/kasut yang sebelah kiri lain, kanan lain?
Hehehe...!

Beberapa hari lalu, ada seorang manusia telah memakai sandal Nautifit di sebelah kanan dan Bata (BATA??) di sebelah kiri. Keadaan berlaku dalam 2-3 minit je, sempat disedari sebelum menjadi lebih parah. (mujur dalam pejabat je!)


Beberapa jam kemudian, datang seseorang yang istimewa membawa sesuatu yang istimewa kepadanya. Jeng! jeng! jeng!
.
.
.
.

Taraaaaaaaaa!!!



Nampak tak apa yang beliau bawa? Sila tumpukan di tangan KIRI ye.
YEAAAAYYYYY! Beliau telah bermurah hati membelikan 1 set lunch McD. KEJAMnya beliau..!! Kejam sebab beliau sengaja menambahkan kolestrol homosapien yang pakai sandal terbalik di atas. Walau bagaimanapun, MERCI BEAUCOUP sis A!! Wo ai ni!! :-)

* Tahun 2004, pernah juga pakai sandal terbalik. Dari rumah menuju ke bank dan sedar di pejabat Wok J. Mujur hari minggu & naik kereta beliau. Kemudian dapat berita gembira pasal kerja. Semuanya kebetulan je kan!? (>.<)


Sunday, June 26, 2011

Nasi Goreng Enjin


Nasi Goreng Enjin Special RM5.50



Kena ke seberang dulu..



Menaiki bot indah:
Caj RM1.oo atau 50 sen (mengikut jenis bot).
Dekat je, tapi tiada orang berenang untuk ke seberang itu.
Harap maklum. :-)



Inilah enjin bot itu.


* Adakah nama nasi goreng itu diinspirasikan daripada enjin bot? Kami tak sempat nak temuduga temuramah tokey kedai. Dah lapar, makan aje! (>.<) Sekian, pengalaman saya & rakan sepejabat makan nasi goreng enjin di Kuching, Sarawak.


LinkWithin

related posts with thumbnails