Monday, February 21, 2011

Duit Emas..

Awal tahun 2011, tabung ladybird telah diaudit oleh aku sendiri. Banyak juga duit syiling yang berjaya dikumpul. Betapa terharunya diri ini sebab jumpa sekeping duit emas lambang keris Taming Sari. Tapi rasenye bukan keris Taming Sari ni...!

duit emas! bestnye kalau emas betul.. 

muka depan duit emas aku..

sikitnye menabung!

Masa aku pencen nanti, mesti duit syiling seringgit ni semakin berharga. Simpan elok-elok ya.. 

Sila berhati-hati dengan duit syiling lama. Sebab? hehehe... biasanya barang-barang lama ni ada dot dot dot..

*Quick Search Yahoo ~ Kenapa Ally Iskandar dapat nombor 5 & Fahrin Ahmad di belakangnya? Yang pasti, aku belum pernah jejak Pulau Redang. kesian.. .

Sunday, February 20, 2011

Tips Membuat Laporan Polis

Korang pernah hilang dompet? (dompet berisi lesen memandu, kad pengenalan, duit & kad2 plastik)
Tak sangka, aku mengalaminya malam semalam. Kagum pada diri sendiri-boleh relax je..  memangla bulan ni tak de outstation, tapi sangat lupa bahawa Jumaat depan aku nak mabur ke M'sia Timur (tiket tambang murah telah dibeli pada 2010!). Gilo x do ic. Mesti encik pilot tinggalkan aku! So, setelah yakin dah puas cari tapi tak jumpe, maka aku gagahkan juga duduk di kerusi co-pilot menuju ke balai polis terdekat, walaupun sudah detik 12.15 tengah malam! Balai Polis Dang Wangi sebelah Kompleks Campbell menjadi pilihan sebab senang parking. Balai Polis Mont Kiara/Hartamas tak pernah pergi.  Balai Polis Sentul sedang diubah-suai & susah parking. Nak naik motor, kami belum beli. Lagipon both x do lesen B, B1, B2 mahupun C.

Tips:
1. Nak buat report, kena sediakan RM2 untuk urusan JPJ (buat lesen baru). Pinjam la dulu..

2. Sila ambil nombor & tunggu giliran. Walaupon takde orang awam lain, kami kena tunggu juge sebab pegawai sedang sibuk. Malam tu je ade beberapa tangkapan dibuat..

semasa membuat laporan di balai..
(> < macam mane ni la gambarnya..)


 3. Seorang pegawai akan menaip laporan ringkas anda. Sila ceritakan kejadian kehilangan itu secara ringkas & padat. Pegawai akan tanya, bila & di mana anda sedar dompet itu hilang? Senaraikan juga barang berharga yang hilang. Kad Sogo, BonusLink & Jusco - tak yah mention yek..

selamat kad Sogo wok J..

4. Pegawai akan suruh kita bace laporan itu di skrin komputer dulu sebelum dicetak. Dah ok, baru beliau cetak. 

5. Kemudian, sila tandatangan pada laporan itu. Satu untuk JPJ (dikepil dengan resit RM2 tadi) dan satu lagi untuk simpanan (jadi kad pengenalan sementara). Setelah pegawai itu juga siap tandatangan, kita pon boleh balik rumah.

6. Sementara itu, jangan lupa telefon bank2 anda untuk batalkan kad. Dail je 103 untuk dapatkan nombor telefon bank itu.

# Mase tu, Encik polis bawa 2 orang 'Sailormoon'. Dari mane la gerangannya tu yek?
* Pukul 2 lebih buat report, pukul 3.04am dapat call drpd B.Polis USJ8 suruh ambil purse itu. Alhamdulillah... dah jumpa. Rupenye memang tercicir kat De Station USJ 19. Sungguh cekap PDRM kan?! Tahniah..


Kebetulan pulak ~ petang tadi SinChan sedang mengepow jiran lamenye (pelajar U yg berulang-kali amik exam & masih belum ade girlfriend). Kejadian berlaku sebab abang itu (lupe namenye) telah berjanji nak belanja SinChan jajan kalau dia jumpa gajinya yang hilang. SinChan tak tau pon rupa paras 'gaji' tu macam mane.. kesian dia.



Friday, February 18, 2011

Tips berhentikan darah..

Semasa sedang gigih bertungkus-lumus menjayakan 5S (sesi S1-S3=sisih, susun & sapu), anda akan terdedah dengan risiko kecederaan kecil & besar. Maklumlah, jari-jemari kita yang runcing dan kering itu mudah terluka. Kalau nak guna sarung tangan, macam tak berapa kaww nak buat kerja kan?!


bini Mr C sedang menggodak shredder

seni itu indah~hasil drpd shredder yang kong tadi..

kau melukai jariku!

bloody.. pedih wo!

tepek kopi cap kapal terbang!

Seeloknya, alirkan air paip pada mangsa yang berdarah itu tadi. Kemudian, tuam dengan ais kalau (ada ais laaa....) Mamat kantin tukang bancuh air tu cakap, bubuh serbuk kopi untuk berhentikan pendarahan itu (kopi sebarang jenama dibolehkan tapi jangan kopi 3 in 1). Untuk tidak mengecikkan hati beliau, aku pon ikut la cakapnya.. Selepas beberapa minit, bolehla cuci jari tu dengan lemah lembut. Hasilnya, tidak mengecewakan:)

* Kalau kecederaan berlaku pada sendi, sila kurangkan pergerakan. Biar jari itu berehat dulu. Sekian, selamat mencuba! [Sila jangan cederakan jarimu kalau nak uji petua kopi ini ye].  

LinkWithin

related posts with thumbnails