Monday, January 20, 2014

Ucapan Hari Lahir Yang Menyayat Hati 20 Januari 2014

Nombor Surat Beranak saya ialah D8xxxx9
Lahir pada 9.00 malam
20 Januari 19xx
(few years ago)ehem!

Hari ini 20.1.2014
cantik kan!


Kek Vanilla Strawberry Secret Recipe 
tajaan Wok Slim.tqvm!

Terima kasih atas doa & birthday wishes.
Antara yang touching ialah:

'Assalam.
Semoga beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah selalu
Selamat Menyambut Hari Lahir
puasa tak hari ni?'

(SMS daripada Haji AB, 
abang yang disayangi
 sebab dulu jaman duduk asrama
beliau selalu cover my reverse charge calls

Oh!
tentulah tak jadi puasa 
sebab tak sahur maka tak larat. 
huhu!
Kek peach Fruity Maju Junction
tajaan K.Ani PA big boss.tqvm!


Alhamdulillah..
TQ Allah..
tq mak
tq bapak
tq brothers and sisters
and nieces and nephews
tq friends..
merci beaucoup!
xoxo!
P/S: Kalau korang nak pos b'day present pon boleh.
ahaks!! 


Sunday, January 19, 2014

Tempat Menarik Di Perak Felda Hot Spring Sungkai Perak - Part 1

Sebelum tu, korang tau lagu ABCDEFGHI, JKLM, OPQRSTU, VWX, YZ
I LOVE YOU!!
Layan Hum Saath Saath Hain ni..
lalalala..

OK, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni, jom kita melancong dalam negeri.
Cuti bajet je. Destinasi bajet pertama ialah ke Felda Hot Spring di Sungkai Perak.
Rugilah kalau anda ni anak jati Perak yang belum jejak ke Hot Spring Sungkai tu.
Sekali pergi, mesti nak pergi lagi.

Felda Hot Spring Sungkai Perak
Tiket masuk dewasa RM12, kanak-kanak RM5

di depan air terjun
*aksi love yang tak berapa nak jadi love!

di depan gelongsor air yang tinggi

di bawah air terjun jurai-jurai boleh urut belakang badan

gambar di bawah ini macam penyelamat mangsa banjir tak?

Ini Sya nombor telefon 014-
tekan tekan tak dapat! hihi!

(yang berhajat nak join kursus Kevin Zahri Jom Kurus!)

Korang tau kan bahawa kalau kita bersenam dalam air, kita akan bakar lebih banyak kalori. 
Maklumat lanjut berkenaan Felda Hot Spring Sungkai ni akan dikemas kini esok,
 lusa, tulat, tungging. Insya Allah..

 ABCDEFGHI, JKLM, OPQRSTU, VWX, YZ
I LOVE YOU!!


Friday, January 10, 2014

Resipi Cheese Cake Super Easy Tak Perlu Bakar atau Kukus


Anda sedang mencari resipi cheese cake atau kek keju (same la tu!) yang paling mudah?
Mudah sangat sampai tidak perlu dibakar masuk oven atau magic pan pon!
Resipi cheese cake ini juga tak perlu dikukus.
Resipi asal dicedok dari blog cikepal comel tu.


Nampak tak bahan-bahan cheese cake di atas tu?
OK, anda cuma perlu bahan-bahan berikut:

1. Biskut mayat atau biskut empat segi. Beli je sepeket.
saya guna crackers cap Lee rasanya..

2. 250gram cream cheese.
saya pakai cap Tatura jek yang ado gambar lembu comel tu.

3. Setengah tin susu pekat.
Beli cap Tesco, senang nak buka.

4. Nestum secukup rasa, sebarang jenis.

5. Susu segar, nak sikit je ni.



Cara-cara buat Cheese Cake Super Easy:

1. Pukul cream cheese secantiknya.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi sampai mesra.
*Kalau tiada mixer, boleh pukul secara manual je ni.

3. Sambil itu, boleh rendamkan biskut mayat ke dalam susu segar.
Contoh demo macam pix Amani di atas tu. Sibuk je nak tolong makan!

4. OK, sekarang boleh susun biskut dalam loyang.
saya guna tepawe je (gambar pertama dan di bawah), 
sebab lepas ni senang nak tutup.

5. Lepas susun biskut, sapu/syelek dengan bancuhan cream cheese tu,
 then tabur serta ratakan nestum.

6. Sila ulang je tatacara 4 hingga 5 iaitu biskut, cheese dan nestum.
Biskut, cheese, nestum. 
Senang je kan!


Dah habis biskut dan bahan-bahan tu, 
boleh tutup dan sejukkan sahaja dalam peti sejuk for hours.

Then, boleh dipotong seperti di atas.
Sekian.





LinkWithin

related posts with thumbnails