Thursday, September 13, 2012

Tips Bagi Semangat Bersenam Dengan Swimming Suit


26 Syawal 1433H..
Lamanya sudah tidak memakai kasut sukan.. 
Begitulah nasib sepasang kasut sukan berjenama X yang semakin dilupakan..

Kawan-kawan,
Kalau anda sedang mengalami situasi di atas, silalah cuba ambil gambar anda sedang memakai pakaian renang. Segak tak? hehe!

Kalau sanggup, lekatlah gambar segak itu pada cermin bilik tidur.
Artikel ni syorkan tampal pada peti sejuk ala-ala menambah koleksi fridge magnet tuuuu..
Kalau sanggup le.. (>.<)

Kalau tengok setiap hari, mesti semangat berkobar-kobar nak kurangkan ukur lilit kita kan!
Kalau dah memang sedia cantik, mesti nak terus kekalkan kan!
kalau... kalau...

Sekian. Gambar sengaja tidak disertakan..
Sebarang risiko luar jangka adalah tanggungjawab sendiri ya. :)

*Rapi Ogos 2008

Monday, September 10, 2012

Terapi Petang Isnin


Kecewa sungguh hati Lady..
Kecewa kerana hasrat sucinya nak pakai kasut tumit tinggi blink blink daripada kulit buaya tidak kesampaian. Dengan bajetnya yang sederhana, Lady perlukan sedikit peruntukan lagi untuk merealisasikan hasratnya itu. Dua tiga kali jugalah Lady mundar mandir di Kedai Kasut Buaya (KKB) itu..

Tauke KKB: "Cik Lady, cukuplah tawaf kedai aku ni. Kalau nak murah, pergilah tangkap buaya sendiri.." sindir si tauke tanpa menjaga hati pelanggannya.

**** Tercabar dengan kata-kata si tauke bongkak, maka Lady segera ke sungai dan membawa senapang patah ayahnya. Derrrrrrr!!!!!!!! (4 kali). Bising kedengaran bunyi tembakan. Rupa-rupanya Lady telah berjaya menembak empat ekor buaya. Masuk yang kelima, Lady menjerit kegeraman berbaur amarah:

"Dah nak masuk lima ekor ni. Satu pon tak pakai kasut!! 


*Rapi Ogos 2008

LinkWithin

related posts with thumbnails