Monday, May 9, 2011

Kamus Jawa - Perkataan Jawa yang Sound Weird.. 1


Disebabkan siang tadi aku pergi layat saudara di Banting, maka berjumpalah aku dengan saudara mara yang berketurunan Jawa. Sebelum tiba, sesat sikit. Tanya seorang wak di tepi jalan, slangnya jawa tapi bonze aku agak keliru; Jawa or Indonesian?  Agak sukar buat kawad cam! Ramai sangat yang mengaku warga Malaysia sebab negara ini berbilang bangsa & rupa. Tu yang 'ex-patriate' suka IC kita. Mudah bagi depa nak menyamar!!

Walaupun aku orang Jawa, tapi tak fasih cakap Jawa sebab faktor persekitaran. Alasan! Secara jujurnya, aku suka belajar bahasa asing. Pernah belajar Arab, Mandarin (susah nak tulis!!) & Bahasa Perancis. haha! Belajar yang asas je.. Pada saat dan ketika ini, aku rasa nak tulis pasal perkataan Jawa yang bunyinya agak tak mesra halwa.. Silalah baca untuk tambah pengetahuan. Bolehla eksyen kat wak/wok Indonesian keliling korang! :-)
 
1. kechret = bersepah.

2. bontrot = nasi berkat kenduri

3. brutu = tongkeng (buntut) ayam

4. ambrok = runtuh

5.  kepiye = macam mana?

6. ... to be continued..

weird tak? hehe!






Sunday, May 8, 2011

Tips Update Blog Tanpa Internet & Selamat Hari Ibu


* Di Malaysia, Hari Ibu secara rasminya disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei. KAlau nak tau di negara lain, boleh rujuk blog tehr sambil minum teh. mai secawan! (^.^) Content:
Kem. P'gunan Wanita,Keluarga & Msykt m'ucapkan Selamat Hari Ibu kpd semua Ibu di Msia.T'kasih krn mjadi sumber inspirasi keluarga.

Hubungilah ibu anda hari ini.

Time: 07/05/2011 09:21:53



KPWKM hantar pesanan ini kepada semua pengguna Celcom termasuk broadband. Malangnya fenomena berikut terjadi la pulak..


Service is not available at the moment. Please try again later.
Sorry for the inconvenience caused.
If problem persists, contact your operator.  (tak contact pong!)
• 07052011 ~ 23:00pm

 
*Kenapa la sistem CELCOM jatuh hari ni? Dari petang tadi asyik on off je.. kate suruh 'Hubungilah ibu anda hari ini'. Mujur memang selalu call fama-itulah gunanya pakej keluarga celcom 1+5. hehe!!

Masa tengah ade mood nak update ni la dia jatuh.. Makanya masa inilah nak guna tips petua Cik Zie RedBloodSnow – cara update blog semasa tiada servis internet iaitu lebih kurang macam ni (ingat2 lupe maa..!):


1. membuat draf entry dalam Words, PowerPoint, Excel
2. set auto-post (bila dah jumpe internet)
3. sila rajin & buat la.. hehe!


Cik Zie RedBS ni memang top blogger. Ramai followers & clients. Di samping itu, beliau juga menyediakan servis inteprem blog korg kat blognya yg glam tu. Beliau sangat rajin update-sehari set 4 kali auto-post! Tegarrrrrrr!!! Cik Zie red lady yg manis ni bakal jadi Puan by the end of 2011 (exact date x tau). Sila jangan ngorat beliau. :)

*Bersyukurlah anda kerana masih dapat meraikan Hari Ibu di samping ibu tersayang. Sepupuku baru sahaja kehilangan ibu petang tadi. Semoga beliau & keluarga tabah. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Kasidah binti Sidek khususnya..


Friday, May 6, 2011

Berdoa Ditemukan Jodoh..


'Masjid Besi' tu cantik..

"Insya-Allah saya pun doa, insya-Allah Tuhan akan makbul. Saya fikir dengan berkat doa tok guru lagi, datuk-datuk, insya-Allah berjaya," titah baginda pada sidang akhbar khas di Istana Negeri di sini semalam.

"Kita tidak boleh fikir sangat sebab kalau kita fikir banyak sangat nanti 'jam' otak kita. Jadi, cara terbaik ialah kita reda, tunggu dan lihat apa yang berlaku."

Sebenarnya titah baginda Sultan Muhammad (Sultan Kelantan - Sultan Muhammad V) di atas adalah untuk soalan di bawah yek:
..Ditanya perasaan baginda mengenai isu-isu melingkari Istana Kelantan sebelum ini yang telah dapat diselesaikan dengan baik.. - Utusan Malaysia; 06052011

* kalau 'mokcik pokcik razzi' dok sibok tanye bab kaf ha wau ya nun, aku nak pinjam ayat titah Sultan Kelantan (pink) tu laaa... 
and please pray for me..  :-)
rase nak pakai contact lense!


LinkWithin

related posts with thumbnails