Thursday, August 30, 2012

Tips Poligami Tengku Asmadi


Kenal Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad?
Sila rujuk gambar di atas, beliau bersama isteri keduanya iaitu Tun Nurul Huda Abdul Rahim. Orang TV Al-Hijrah ye? Isteri pertamanya ialah Norsarina Zakaria. Dia ada hal lain masa tu so tak dapat bersama masa sesi fotografi ini.

Tips Tengku Asmadi:
1. Adil bahagi masa.
Satu hari satu rumah tak cukup..

2. Sentiasa bermuafakat dengan semua isteri.

3. Utamakan hal kecemasan.

4. Suami wajib ada kekuatan mental.

5. Suami pelu sangat sabar.

6. Suami perlu berilmu untuk bina hubungan keluarga yang baik.

7. Bijaksana untuk berpoligami.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad ialah Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi MAP Trading & Consultancy Sdn. Bhd. (MAP). Ada PhD

Kekuatan dan kestabilan ekonomi pon sangat penting kan... (>.<)

*Utusan Malaysia, Julai 2012


Tuesday, August 28, 2012

Orang Jujur Lebih Bahagia


10 Syawal 1433H,
tengah hari...

Setakat tengah hari ini, sudah berapa kali anda menipu?
Abaikan kategori tipu sunat atau makruh..

Kalau anda kurang berbohong, anda akan hidup lebih bahagia. Malah dapat capai kepuasan hidup yang lebih tinggi. Hubungan yang lebih baik juga dapat dijalin sesama manusia. Mungkin dapat memudahkan proses menguruskan badan.. (>.<)

Kalau suka berbohong, anda mudah sakit kepala, sakit tengkuk, rasa tegang, cemas dan lain-lain gangguan kesihatan. 'Lain-lain gangguan' tu Kosmo tidak nyatakan la pulak..

Kajian di atas telah dijalankan oleh profesor psikologi Universiti Notre Dame, Amerika Syarikat; Anita Kelly. Kenapa nak menipu? Lagi kerap anda menipu, lagi orang tak percaya. Lagi banyak orang akan korek rahsia anda. MATI atau Terus Hidup? SOS..


Kosmo 26 Ogos 2012

Monday, August 27, 2012

Minum Kopi Selepas Makan Tengah Hari


Kopi ada kafein.
Kafein ini boleh tingkatkan daya tumpuan dan cepatkan sistem metabolisme.
Juga cepatkan pecah lemak degil kamu!!

Elok minum kopi hitam.
Kopi dengan susu skim ada kalori, tahu! 

Lepas lunch minum kopi? Kononnya hilangkan rasa mengantuk.
Sebelum bersenam elok minum kopi..
> energetic! (>.<)


*Rapi Feb 2009

Friday, August 24, 2012

Petua Hilangkan Jerawat Guna Madu Lebah

pinjam Jerawat LadyDyla

Syawal 6, 1433H..
Masih mood raya.. ada yang sudah memulakan puasa enam Syawal.. Bagi wanita, mesti dahulukan yang WAJIB ok! (>.<)

Memandangkan Ustaz DON Danial Biajid pon sudah selamat diijabkabulkan dengan Cik Husna Zahry Rafie, marilah kita sama-sama ambil tahu petua hilangkan jerawat guna madu lebah asli ye adik-adik.. (sebenarnya tiada kena-mengena dengan Ustaz Don!)

Bahan-bahan:
1 sudu madu asli
1 sudu air asam jawa (kenapa jawa yek??)
1/2 sudu putih telur (syor telur ayam sahaja)

Gaul sebati semuanya sampai mesra.
Sapu pada muka mulus kita.
Lepas 1/2 jam, boleh cuci muka.

*elok diamalkan pada waktu pagi dan petang. Maka kenalah bangun awal pagi.. Sekian.

p/s: Petua oleh Madu Lebah Asli Abi Honey Enterprise

Wednesday, August 22, 2012

Monday, August 20, 2012

Ucapan Raya Selain Bahasa Melayu

 bestnya Masjid Besi ni.. 

Buek sohabat dan teman
kok tausik kumis nan salai
kok tejantik kuping nan chiiek
kok telanjuar galak badarai
kok ayam saikoh melapeih
indak laiin nan dipinto
langan diuluor jari diramaeih
bakato hati bakaceih muluit
ampun jo maaf dosa nan sudah
SALAM AIDILFITRI 1433H

drpd Johan & family


*aku tak berapa nak paham le Encik Johan oiitt.. (>.<)
ini bahasa Banjar ke??

Thursday, August 16, 2012

Diet Rohani - Diampun Ketika Tidur

Mencatu duit raya untuk anak-anak sedara tersayang..

**anak-anak saudara hanya berjumlah 16 orang; berumur 3 bulan hingga 23 tahun. Pengagihan pemberian duit raya perlulah lebih istimewa kepada mereka berbanding anak-anak jiran, dengan penuh adil dan saksama. Syor untuk bagi ikut kategori kolej, sekolah menengah, sekolah rendah, belum pra-sekolah dan bayi akan dipertimbangkan...

Berbalik kepada tajuk asal; Diet Rohani adalah artikel Amal Islami dalam majalah Anis (dipinjam daripada kakak sepejabat). Mesti anda sedia maklum bahawa antara doa yang mustajab ialah doa seseorang yang terungkap tanpa pengetahuan saudaranya. Hebat kan? Maka di penghujung Ramadan ini, sudi-sudilah selitkan saya dalam doa kalian. Syukran.. (>.<)

Kalau ada keluarga atau rakan yang rajin qiamullail bertahajud mendoakan kita dan Allah makbulkan doanya, maka bersyukurlah. Bersyukur sebab ada orang yang terbuka hati untuk doakan kerahmatan dan pengampunan dosa untuk kita. Padahal masa tu kita sedang lena berdengkur tidur...

'Ketika seseorang mendoakan saudaranya dari jauh tanpa pengetahuannya, Alllah akan tugaskan 2 malaikat untuk berkata; WA LAKA BI MISLIN-Semoga engkau mendapat seperti itu juga'.

Anis, Ogos 2012


Wednesday, August 15, 2012

Jubah Murah di Muaz Jalan TAR dan TESCO Selayang RM38.80 ke atas

di Tesco - RM39 sahaja

Tesco juga - RM49, lupa rotate daaaa....

Anda sedang mecari jubah murah tapi cantik untuk hari raya?
Kalau rajin nak mengharungi kesesakan jalan raya dan manusia, dengan indeks kualiti udara yang mendukacitakan, silalah berkunjung ke Muaz Textiles di Jalan TAR. Ada 2 outletnya, satu dekat dengan Semua House & satu lagi sederet Euro Moda ke Gulatis entah.. Jubah lycra yang kain berat jatuh tu berharga RM38.80 ke atas. Ada jubah yang bercorak dan plain color. (Tiada dalam gambar).

Pilihan kedua ialah di Tesco Selayang. Kempen pergi Tesco ni, nanti boleh jumpa banyak gambar Faizal Tahir, Nabil, Wardina, Chef Anis, Ana Raffali dan seorang lagi tu football player rasanya.. 

Kedai jubah tu ialah milik seorang bai/bangla yang agak annoying sebab paksa kita pilih ikut taste dia. Ape laaa!!! Bole buat gaduh! Tapi ada pembantu akak Melayu yang manis di situ, dun wori.. Kedainya di depan cashier tingkat bawah sebelah kedai jual alat senaman tu; Takashima rasanya..

Hot Tips untuk beli jubah:
1. Pilih kain berat, jatuh macam lycra. Senang tak perlu iron.
2. Try fitting dulu sebab takut ketat. Jubah mesti loose, walaupon ada cutting terutama kalau plain color..
3. Pandai-pandailah pilih coraknya.. Mungkin perlu bawa kawan penasihat yang bagus.
4. Carilah yang bercorak terutama di bahagian dada dan punggung.
5. Kalau boleh, cari jubah yang berwarna gelap.. 

*Tahun ini saya tak beli baju raya. Pakai je mana-mana baju baru yang masih belum pernah dipakai.. Kepada sesiapa yang nak derma baju raya, boleh PM saya. hehe!


Monday, August 13, 2012

Terapi Isnin

Damm!!!
Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda yang agak hensem kelam kabut masuk, nak jumpa doktor senior; yang lebih hensem.

Dr Senior: Kenapa ni?
Dr Junior: (Sambil termengah-mengah memberitahu..)
                Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Habislah saya!
                Matilah saya!
Dr Senior: Silap macam mana pulak??
Dr Junior: Saya ter'sign' nama saya kat Punca Kematian!!
Dr Senior: !@#$%


*Rapi Julai2012

Sunday, August 12, 2012

Hot Tips Panduan Berbelanja di TESCO Selayang


Entry ini ditujukan khas kepada ahli Tesco Clubcard dan semua individu yang membeli-belah di Tesco. Ada seorang kawan tidak membeli baju anak kecilnya di Tesco kerana tidak sama standard dengan baju di Sogo. Untung anaknya itu.. budak kecik kan cepat membesar..

Semalam pergi Tesco Selayang. Banyaknya kereta di sebelah kanan maknanya mereka berpusu-pusu menuju ke KL. Mesti nak pergi shopping ke Sogo dan Jalan TAR tu... Syukurlah saya bekerja dekat dengan Sogo. Boleh jalan kaki je ke hot spot tu, cuma nak tak nak je.

Baiklah, pengalaman manis saya shopping di Tesco semalam ialah saya berjaya mendapatkan hak saya sebaga pengguna bijak lagi berdedakasi. erk! Kisahnya saya nak beli ubat gigi Darlie yang dulu namanya Darkie ye? Harga untuk pek berkembar 3 di rak ialah RM15.99. Tulis jela RM16 kan!! Kebetulan ada staf Tesco sedang semak harga di situ sambil pegang pistol tembak harga ape ke namanya alat itu? Sebagai pengguna bijak, saya minta tolong awek itu scan harga Darlie itu sebab macam tak percaya..

Setelah ditembak, awek itu memaklumkan bahawa harganya ialah RM19.99 sama juga RM20 la kan! aikk???? Lantas awek itu cabut label harga di rak itu (RM15.99) dan mensyorkan saya bawa ke cashier untuk claim dengan harga itu. Faham kan? Walaupun hati ini berbelah bahagi, saya ikut syornya itu. Beza RM4 tuuu.. Di kaunter bayaran, cashier lantas memanggil supervisornya untuk vet harga RM15.99 itu dan saya berjaya menegakkan hak saya!! Syukurlah... rasa macam menang gangsa Olimpik terjun 10m papan anjal seperti Pandalela Rinong. hehe! Bayangkan kalau saya beli 10 unit, saya dah jimat RM40 kan? hhhmmm...

Kesimpulannya, rajin-rajinlah scan harga sebelum anda beli di mana-mana kedai. Jadilah pengguna bijak. Saya dah jadi Skuad Pengguna; yang KPDNKK anjurkan bersama Bank Rakyat tu. Anda bila lagi? Bayaran pendaftaran hanya RM2 sahaja (kalau tak silap!). Mentang-mentanglah duduk serumah dengan staf KPDNKK. hehehe!

NOTA:
Di Tesco, baju-baju raya untuk wanita adalah semurah RM59 sepasang. Untuk lelaki pon ado, begitu juga untuk semua kanak-kanak. Malahan Rizalman Ibrahim; famous designer itu juga telah membuat kolobrasi dengan Tesco - jual baju kurung eksklusif di cawangan Tesco terpilih sempena 20 tahun beliau berkecimpung dalam industri fesyen. Harganya bukanlah RM59 ya tapi RM180-RM250 sepasang, siap jahit. Affordable le tu..

Friday, August 10, 2012

Membaca Al-Quran Baiki Sistem Pernafasan

kartun dari Mingguan Malaysia 2012


'Bacaan Al-Quran secara tartil
dapat membantu sistem pernafasan
dan kesihatan tubuh badan anda'.


TARTIL:
Iaitu bacaan yang perlahan-lahan,
 tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat
 serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna
dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat.
sumber: dari sini


P/S: maaf saya tidak sempat membalas kunjungan rakan blogger kerana kekangan waktu, tenaga, sistem teknologi maklumat dan mood.. (>.<) Insya Allah saya pasti akan menjejaki anda semua ASAP.. Selamat Marathon Ibadah dalam penghujung Ramadan 1433H ini. Semoga setiap ibadah kita akan diberkatiNya. Insya Allah..


Wednesday, August 8, 2012

Nasyid Yang Popular Sebagai Terapi MInda


Apakah nasyid yang paling anda suka, yang selalu terngiang-ngiang di halwa telinga?

1. Selimut Putih - Orkes El Suraya, Indonesia - pernah diharamkan (RTM) pada tahun 70-an kerana dikatakan MENYERAMKAN PENDENGAR.

2. Yang Pergi Takkan Kembali Lagi - Rabbani, Malaysia gubahan KRU.

3. Puji-pujian - Rabbani, Malaysia.

4. Sepohon Kayu - Nada Murni (kemudian berpecah jadi Hijjaz & Rabbani).

5. Kembara di Tanah Gersang - Al-Jawaher, Singapura gubahan M.Nasir.

6. Kasih Kekasih - InTeam - lagu nasyid cinta pertama sepasang kekasih yang sedang menunggu saat diijabkabulkan. Ia menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pelajar fakulti agama yang sedang dilamun cinta, itu sudah pasti. 

7. Ya Rabb - Imad Munaya, lelaki Lubnan pertama yang menggamit hati peminat Malaysia.

8. Teman Sejati - Brothers - lagu nasyid pertama yang guna muzik, bukan acapella, kompang atau rebab. Brothers adalah bekas kumpulan nasyid Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Faizal Tahir & Yassin tu mantannya ye??

(ITALIC =  ayat dari yahoo.com)
sumber: yahoo.com

Tuesday, August 7, 2012

Tips Kurus Dengan Solat Tarawih 8 Rakaat

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan....

Hari ini sudah 18 Ramadan 1433H.
Tahniah kepada anda yang berjaya menten solat tarawih.
Perasan tak berat anda dah kurang 10 kg sekarang? Wow!!
Boleh bergaya raya dengan kebaya (wanita sahaja!!)

Menurut artikel ni, kajian saintifik oleh penyelidik UM mendapati solat tarawih yang dilakukan sekurang-kurangnya 8 rakaat dan 3 rakaat witir itu mampu kurangkan berat badan hingga 10kg, bagi sesetengah individu. Maknanya kesan ini berbeza atau term & condition applied...?

Penyelidikan team Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan UM ini mendapati solat tarawih dan puasa dapat tingkatkan kadar pembakaran lemak dan merendahkan lemak serta paras glukosa dalam darah.

Nak tau detail, sila baca paper Mingguan Malaysia kelmarin ya.
Senang je nak kurus kan? Cakap memang senang.... (>.<)

sumber: Mingguan Malaysia 05082012



Monday, August 6, 2012

Blog Paling Popular 2011 (Top 10)

mana sarung tilamnya tu? ish! ish!

Sebelum kita tengok statistik blog paling popular 2011, mari kita ringan-ringan sekejap. hhmmm.. maksudnya ringankan otak jap. Yelaaaa... pagi Isnin, 17 Ramadan 1433H ni kan..

Sketsa 3 Bulan Lagi.
Selepas berulang kali tak terkira mencuba, akhirnya Den lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memaklumkan ini:

Pengurus: Untuk permulaan, kami bayar kamu RM5 sejam. Lepas 3 bulan, kami naikkan jadi RM7 sejam. Setuju?
Den: Setuju bos!
Pengurus: Kalau macam tu, bila kamu boleh kerja?
Den: 3 bulan lagi la bos.. 
Pengurus: !@#$%^&*

10 Carian Blog Paling Popular 2011:
1. Blog Serius
2. Beautifulnara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya
* 11. blog anda semua. haha!

Tahun 2012 belum lagi ya.
Kan baru awal Ogos ni..

sumber: estidotmy & Rapi 2012


Saturday, August 4, 2012

Dejavu di Kinabalu-The Real Ending at tonton.com.my

Dejavu Di Kinabalu tiru Summer Scent??

Dejavu di Kinabalu was ended.. yeayyyyy!!
Finally Nadira (Tizz) chose Bazli (Nazim Othman).
But why must B ran after Ammar (Aqasha) and stopped him???
(rugi tiket Ammar nak p London tuuuu...)
This is because the real ending was not like that.

The real script is supposed to be like this:
Nadira chose Ammar. So Ammar will be Nadira's real heart.. 
her truly, madly, deeply love.. cewah!
Unfortunately Nadira was died... sad! sad!
What happen to Tira?
Bazli, don't just give false hope to her!! 

We can watch this at tonton.com.my
Why must have 2 endings? To please audience votes...??
to promote tonton.com.my laaaa..


*If you love someone, set them free
If they come back, they're yours
If they don't, they never were..

* Cinta tak semestinya bersatu, gitu!!

Whatever it is, let's pray for Datuk Lee Chong Wei.
Baskin Robbins will offer FREE ice-creams if he wins the gold medal!!
As usual, term & condition applied..
MALAYSIA BOLEH!! (>.<)

Friday, August 3, 2012

Tips Jawab Esei dan Soalan Matematik Peperiksaan Akauntan Kerajaan

study last minute baru ada feel.. jangan rebus buku, ok!

Esok ada exam Akauntan W41 dari jam 9pagi hingga 2petang. Biasanya invigilators akan tanya calon-calon bakal penjawat awam ni sama ada nak direct atau rest sejam. Kebanyakannya akan proceed. Yelah, last sekali ialah paper Esei B.Inggeris. Semuanya hebat kan.. tambahan pula dalam bulan Ramadan yang mulia ni, semuanya nak balik cepat!!


Antara tips daripada otai ialah seperti berikut:


a) SOALAN ESEI, Seksyen C & D (20 markah-1 jam):
1. Jawab 1 esei sahaja dengan tulisan dan ejaaan yang kemas.
2. Panjang esei 200-300 perkataan sahaja.
3. Buat 3-4 isi penting, 1 pendahuluan & 1 penutup.
4. Kalau tere, buat 1 lagi perenggan kontra (counter argument). So nampaklah kita ni matang, rasional dan bersikap terbuka.


*Jangan malu-malu rujuk buku soalan contoh esei SPM. 
* Skill & teknik 1 laki  beristeri 5 itu perlu dibuat sebaik-baiknya.

b) SOALAN MATEMATIK & UJI IQ
1. Dilarang bawa mesin kira/sempoa/calculator.
2. Soalan sampai silibus SPM je.
3. Soalan lukis Plan Dongakan pon tak de.
4. Buat soalan latih tubi gerak gempur set PMR & SPM yang mudah, tanpa perlu mesin kira.
5. Cuba buat soalan uji IQ di testtq.com


**Maklumat lanjut bolehlah beli ebook ptd yang banyak dijual di alam maya ini. (>.<) 

credited: soalanptd.com

Thursday, August 2, 2012

Raya Card From Blogger www.boni.kacak

Dear Mr www.bonikacak.com,
Thank you for very much for the lovely 80 sen raya card.
Is it 80 sen? (>.<)
Never mind, price doesn't matter..

Since there's no address stated, so i just reply here 
and to inform you that you forget to enclose the DUIT RAYA!!!
Lastly, happy marathon ibadah.

*updating entry without 'preview' is sickening!!

Wednesday, August 1, 2012

Tioman Islands is Gunung Daik Bercabang Tiga

pic from sedunia.com.my


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik Bercabag Tiga 
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua...  


Who does not familiar with above Malay's pantun?
(no need to answer)
Who does not know that Gunung Daik Bercabang Tiga is now popularly known as Tioman Island?? no answers??  shame.. shame.. (>.<)

Tioman Islands is among the best ten most beautiful island in the world! Also the most popular spot for divers and snorkelers. read more..

Planning to go there?
Please bring me along.. huhu!

LinkWithin

related posts with thumbnails