Jumaat, 28 Februari 2014

Gamat Extract for Cracked Heels

Losyen Gamat jenama Lagenda.
Produk Bumiputera. 
Saya dah pakai, best! 
Kesan positif dalam tempoh yang singkat, 2, 3 hari je dengan izinNya..
 
Repair and Smoothens

Losyen Gamat RM25.90

Warisan Sireh Lagenda
101, Taman Cenderawasih
Jalan Mata Ayer
Mukim Ulu Melaka
Langkawi.

Tel: 04-9559453


Khamis, 27 Februari 2014

Belangkas Bakar RM25

Belangkas bakar


Lokas: Jeti Kuala Perlis
Nama gerai: ROHANI Ikan Bakar
Menu utama: Seekor belangkas saiz pinggan tu.
Harga: RM25 siap dibakar, cicah kuah asam yang pedas wey!!

Menu lain: Pari bakar, terung hijau bakar, sup sayur, 3 nasi putih
Jumlah bil: RM55 (tidak termasuk minuman) 
Tahap kesedapan: Bolehlah.. sedap sebab bos yang bayar 
dan tak reti makan pon. 
Baru kali pertama makan telur belangkas.

Sekian.

(telur belangkas tu yang kecil-kecil saiznya, warna kuning)

*Hotel Seaview depan jeti Kuala Perlis, selepas Hotel Brasmana dan T-Hotel
rate after discount=RM110 for deluxe room, with breakfast for 3.




Rabu, 26 Februari 2014

Laksa Kebok Pahang



Laksa Kebok Pahang
paling mudah dicari di daerah Pekan, Pahang.
Mi laksa tu bukan spageti.
Sangat sedap.

Sekian.

(sila abaikan gambar-gambar hiasan pada 'saprah mahal' tu!)


Rabu, 12 Februari 2014

Ikan Buntal Comel dan Aku di Langkawi


Ikan Buntal ialah ikan yang menjadi kembung apabila dipegang, beracun pula tu.
Nama samaran ikan buntal ialah Diodon Nicthemerus.

Ikan buntal yang comel lote.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 11 Februari 2014

Resipi Black Pepper Sauce UK Power

Ada orang tak puas hati ke Sepahtu menang Maharaja Lawak Mega 2013?
*tiba-tiba... hihi!

OK, kalau anda sedang mencari resipi black pepper sauce, di sini saya kongsikan resipi itu yang diwhatsapp khas dari Dr Sab UK United Kingdom bukan UK Ulu Kelang.. (Bila la Dr Sab ni update blog...?)

Bahan-bahan Black Pepper Sauce UK Power:
2 sudu Butter
1 sudu tepung gandum
Air
1/2 sudu Black pepper powder.  
Garam
Oyster sauce or kicap (option kalau nak gelapkan)

Cara-caranya:
1. Cairkan butter dalam pan.
2. Masukkan tepung gandum.
3. Goreng sekejap, jangan sampai hangus ya!
4. Masukkan air dan black pepper.
6. Tambah garam secukup rasa..
7. Masukkan oyster sauce dan kicap kalau nak bagi gelap.

*Sukatan air dan black pepper tu you all agak-agak je ye. Ikutlah rasa tekak dan kata hati masing-masing.. 

Saya belum cuba lagi buat lagi sos ni. So untuk hiasan, saya tepek je la gambar kami bersuka-ria main basikal bersama warga asing di Publika ini. Jom kita naik basikal di Publika, dekat Masjid Wilayah Jalan Duta tu. Boleh pinjam basikal percuma dari 7.30 pagi hingga 10 pagi Ahad sahaja. Sekian. 

Berbasikal di Publika pada pagi Ahad
bersama Amani, Irfan dan ibunya
Wok J tukang ambil gambar.
Ayahnya tengah qadha' hajat besar.


Selasa, 4 Februari 2014

Resipi Shepherd Pie Koboi Paling Mudah Guna Magic Pan je

Entry berkenaan topik resepi sangat digemari ramai.
Lebih-lebih lagi kalau anda selitkan perkataan catchy seperti Sangat Mudah, Simple, Super Easy, Tak Perlu Bakar, Tak Perlu Kukus etc. 

Korang ade magic pan?
Saya pakai magic pan cap IKAN je.
Eksperimen buat shepherd pie ni guna magic pan sebab malas guna oven yang banyak prosedurnya.. Maklumlah, rumah tak siap!


shepherd pie koboi guna magic pan

Shepherd pie muat 6 cups guna magic pan

Rupa parasnye macam di atas je.

Step 1 masak kuah spageti instant tu. Letak minced beef.. 
Step 2 buat mashed potato. Guna russet potato untuk rasa yang lebih sedap.
Step 3 Letak sesudu mashed potato dalam aluminium cup macam gambar di atas tu. Then letak inti spegeti beef, next letak lagi mashed potato. 
Step 4 Sapu kuning telur atas mashd potato tu. Tak bubuh pon sedap.
Step 5 Bakar atas api dapur dengan api yang kecil je. Agak-agak le nak berapa minit bakar sebab semuanya dah masak tu..
*Saje nak gempak, tu yang guna magic pan..

Resipi asal ambil dari blog cikepal.blogspot.com
Gambar shepherd pie dalam blog beliau memang menggiurkan!
Terima kasih ye enjin google yang telah membawa saya kepada blog cikepal itu.

*saya tak letak daging kambing pon dalam shepherd pie ini..


LinkWithin

related posts with thumbnails