Isnin, 30 Disember 2013

Natural Remedy for Blocked Nose Sore Throat

Ini ialah Isnin terakhir bagi tahun 2013.
Ok, korang semua alert..

aksesori orang demam

Anda sedang mencari petua untuk hidung tersumbat (stuffy or blocked nose)?
Secara moden dan lebih cepat, beli je Sterimar nasal spray ni.
Harga Sterimar di Watsons sekarang ialah RM25.40
Sterimar adalah berasaskan seawater.

Sterimar nasal spray

Natural remedy for blocked nose, 
cuci je lubang hidung tu dengan air suam yang telah dicampurkan dengan garam. 
Saya guna HALAGEL. 
Nanti mucus tu mudah dikeluarkan. Rasa lega je..
Nak buat ubat kumur pon boleh dengan air garam tu.

Other remedy for stuffy blocked nose, 
hanya wapkan hidung anda dengan sesudu vicks yang telah dicampurkan ke dalam air panas.
Kelubung kepala anda dengan tuala, barulah lebih berkesan.

Before Vicks yang dicampurkan ke dalam air panas

After Vicks yang dah mengeras

Orang yang sedang dijangkiti virus flu ini perlu kerap cuci tangan dengan sabun. Gunalah tisu cap Kleenex yang lembut dan kurang berhabuk.

Sekian.
*ape margin ni??













Sabtu, 28 Disember 2013

Teater Bahayanya Wanita Istana Budaya

Teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya akan berakhir pada 31 Disember 2013.
Best tak? Ok, best!!
Tapi saya tak bagi 4/5 bintang sebab saya kurang suka dengan skrip yang berbaur sedikit lucah. hhmmm..

Haliza Misbun, Ziela Jalil, Zizan, Umie Aida, Erra Fazira
Nora Danish, Eirma Fatima, Johan As'ari, Syanie, Lana Nordin

 Iklan 1
Sepatutnya pihak Istana Budaya perlu melabelkan peralatan gamelan ini. 

 Iklan 2
Gerai Hot Burger Fizo Omar di perkarangan depan pintu Istana Budaya

Ulasan teater boleh baca di blog wanita marabahaya (bos garang) ni.
Penat dia stay up buat entry panjang lebar tu..

Iklan 3
Ilusi kaki dah kurus dengan seluar hitam. 
Tips untuk kaki nampak kecik semasa bergambar.

Iklan 4
Lana Nordin dan Zuan Melodi menuju ke surau untuk solat Maghrib

Iklan 5
Lana Nordin bergambar mesra dengan peminatnya 

Teater Bahayanya Wanita ini berunsur komedi ala-ala filem P.Ramlee Madu Tiga tu.
Sebab ada 4 bini, prop semua rumah bininya Syed Maadon ini  menarik.

Nak dengar Nora Danish menyanyi live, tengoklah dalam Bahayanya Wanita. Sedap juga beliau menyanyi tapi Erra, Umie dan Eirma nyanyi tentulah lagi sedap kan.
Watak Lana Nordin ialah PA kepada Syed Maadon tapi beliau ganti watak Nora Danish (bini ke-3) yang gedik asyik nak bunuh diri itu pada hari Jumaat. Nora kan jadi juri Maharaja Lawak..

Ada banyak lagu best yang diadaptasi ke dalam Bahayanya Wanita. Ada lagu dangdut Goyang Inul, Teringin Shima, Kau Kunci Cintaku Ramlah Ram, Seksis Anita Sarawak, lagu Michael Jackson pon ada. Nora Danish nyanyi lagu Jejaka Idaman lagu Raja Ema tu.

Ustaz Jon (Johan) yang nampak alim tu sebenarnya ialah suami kepada Syanie comel. haha! Bukan senang nak poligami. Sakit kepala susah hati dengan ragam tiga isterinya; Syarifah Fatimah Maruka keturunan Johor yang garang berambut singa ada baby kera, Kamelia (Erra Fazira) yang anggun manja dan Farhana (Nora Danish) yang gedik asyik nak bunuh diri, sempat pulak Syed Maadon ni kahwin 4 iaitu dengan Suti Lambung (Eirma Fatima). Kesimpulannya lelaki yang sangat bahaya kan? Ke janda Indonesia yang lebih bahaya? Cinta itu buta, ok..

Tiket Bahayanya Wanita berharga RM 53 ke atas.
Boleh solat Maghrib dan Isyak di surau tingkat 1 Istana Budaya, depa break lama..
Jangan pakai seksi meksi, sejuk le dalam tu. Takpon nanti orang ingat ko pondan. Ops! 
Sekian.



Ahad, 22 Disember 2013

MATRADE FOC 2 Factory Outlet Carnival 2013

Matrade FOC 2 telah bermula pada 19 Disember
dan akan berakhir pada 22 Disember 2013; hari ini.
Bertempat di Matrade Jalan Duta, di Pusat Konvensyen Pamerannya. 
Caj parking ialah RM2 sahaja. Masuk dalam FOC ni free je. 

Gambar di bawah ni sedang berlangsung acara gusti lengan,
 peserta Malaysia lawan peserta dari Singapura (di atas pentas).

Pengunjung cilik gembira dapat belon ijo!

maskot Carrie Junior di area The Store sales. 

Ada pameran kucing, nak adopt kucing pon boleh.

Bantal pon nak sama dengan kucing dia.

kucing juga perlukan soft toy


sesi minta belon free je

ada pameran motorbikes dan kereta


sesi makan, baik punya port!

sesi cuba kasut orang dewasa. RM10 hingga RM39 sahaja

sandal RM10 sahaja. Tengok mata Amani aim ape tu?

Amani nak high heels RM10!! gediknya!

ini pon high heels juga! RM39

 Jom berjalan-jalan cuci mata di FOC 2 Matrade. 
Hari ini nak pergi booth D'Qalbu, tukar baju ke saiz S!
Baju kurung Pahang saiz SS kecik le.

Nak cari booth CAZARA, si Anzalna pelakon tu punya butik. Dia bagi diskaun juga.
The Stores buka lot besar, sales sehingga 70%.

Ada banyak booth makanan dan pakaian.
 Utusan pon ada. Tu yang semalam ada model search majalah Mangga..
A&W pon buka booth dengan lori dia tu.
Sekian.    





LinkWithin

related posts with thumbnails