Rabu, 20 November 2013

Selfie

Contoh selfie oleh budak kecil bajet comel


SELFIE is the 2013 word of the year (Oxford Dictionary).

Selfie is defined as a photograph that one has taken of oneself,
typically one taken with a smartphone
and uploaded to a social media website.

the sun

Isnin, 18 November 2013

Teater Supermokh Istana Budaya Bersama Sultan Selangor dan KJ


Teater Supermokh Sebuah Musical akan berakhir pada 18 November 2013.
Hari ni le tu..


Kami tengok teater Supermokh ni pada Isnin lepas.
Mesti orang tanya, best tak teater Supermokh ni?
Jawapannya mestilah best!
Sebab dapat tiket percuma!!! Syukurlah nak.. (>.<)


Kami dapat duduk di bangku upper circle E14-E16.
(kami kan golongan marhaen)
serius kami gayat oooo!!!

Tak sangka, rupa-rupanya kami menonton dengan VVIP iaitu
DYMM Sultan Selangor, YB Khairi Jamaluddin dan lain-lain vvip lagi ada di bawah.
Ingat perang twitter Dato' CT dengan YB KJ tu?
mmmm...


Part paling best bila dancers menari main bola pakai baju LED, import khas tuuu..
Macam fireflies menari atas stage yang gelap. Best!! 



Maya Karin jadi isteri Mokhtar Dahari iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.
Maya nyanyi lagu Do You Remember Sayang. 
Pada pendapat saya, lagu inilah yang paling sedap dalam teater Supermokh ni.




Awie jadi kurus untuk watak Mokhtar Dahari tu.
Arwah Mokhtar Dahari tu romantik orangnya..
komited, jujur bermain bola sepak untuk negara walaupun ada orang nak rasuah beliau.

Baru saya tahu, dulu pasukan bola sepak kita layak ke Sukan Olimpik Moscow 
pada tahun 1980.
Tapi kita boikot sebab Kesatuan Soviet telah melakukan pencerobohan di Afghanistan.
Hebatnya kita! Masa tu, pasukan bola negara lain tak berapa hebat la kan..


Tu dia... En Hans Isaac yang diraikan selaku penerbit dan pengarah teater Supermokh ni.
Nampak tak Harith Iskandar, Shidi (suami Vanida Imran), Dina OIAM..
Maklumlah.. photographer tangkap dari upper circle.. hehe!


Frankly, best tak teater ni?
Ok, masa part Kenny (Douglas Lim) keluar, memang best. 
Dia pon ada nyanyi lagu Kalau Saya Ini Football Player.
Kenny jadi penyeri teater Supermokh ni.

Watak Ina (Maya Karin) macam tak berapa sampai je. 
Sori Maya, terimalah kritikan membina ini..
Yelah.. dalam teater Natrah, lakonannya lagi hebat.
Bagaimanapun, prop teater Supermokh ni memang mengkagumkan. 
Syabbas beti!!



Sekian. 
Terima kasih goreng keladi kepada penaja tiket kami..
(>.<)


Ahad, 10 November 2013

Pakej Langkawi 2013 Anjung Seri Koc Nice Imperial Eksklusif 4 Hari 3 Malam


Anda berminat nak bercuti ke Langkawi dengan team Anjung Seri?
Ya, dengan Anjung Seri tapi selebriti jemputannya dirahsiakan. 
Bukan Dr Eric Leong kot..
Pakej Langkawi Anjung Seri 2013

Pakej bercuti ke Langkawi dengan Anjung Seri:
1. Tarikh 22-25 November 2013. So 4 hari 3 malam. (poster tu tersasul)
2. RM440 untuk 2 orang sebilik. Kalau 4 orang sebilik lagi murah.
3. Termasuk penginapan di hotel, walking distance ke tempat shopping tu.

4. Naik koc Nice Imperial Eksekutif ke terminal feri pergi balik.
5. Bas lawa ni menyediakan servis eksklusif daripada pramugari/pramugara.
6. Termasuk naik feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi pergi balik.

7. Penyertaan percuma acara Berjalan Santai Langkawi pada 23 November 2013.
8. Pengangkutan ke acara Berjalan Santai Langkawi itu pon disediakan percuma.
9. Tiket masuk ke Undewater World Langkawi.
10. Goodie bag 100% dapat and lucky draw 50-50 dapat.
  
Maklumat lanjut boleh contact cik suzainudin@gmail.com


Jumaat, 8 November 2013

Jumaat Pertama Muharram 1435H

Masjid Kristal Terengganu, Taman Tamadun Islam

We often wonder 
why we didn't get what we want
but we need to realise 
that Allah keeps something away
in order to give us something better

credited: Hadith of the Day HOTD

Ahad, 3 November 2013

Bersama Anjung Seri, Dr Eric Leong, Zahnita dan Faizal Hamid

Dengan Dr Eric Leong the Bold and Shiny
(rupanya beliau dah dapat title Doktor) 
dan Encik Faizal Hamid; Pensyarah Kanan di UiTM

nampak tak Zahnita sedang catwalk ?

Zahnita memperagakan dress daripada fabrik kain langsir MixModa

Event Sepetang Eksklusif Bersama Anjung Seri ini
diceriakan oleh Electrolux dan Dulux
di 1Malaysia Cultural Village,
Menara Kuala Lumpur

 Selamat Ulang Tahun ke-20 wahai Anjung Seri.
sebaya rupanya kita!
hihi!
  
Tips dan teknik nak nampak jelas dalam gambar beramai-ramai
ialah duduk di depan sekali.
Jauh pon takpa kan sleeping blogger..

Merci beaucoup Electrolux bagi iron.
(>.<)

LinkWithin

related posts with thumbnails