Ahad, 30 Jun 2013

Baju Raya 2013 Baju Melayu Percuma Sampin RM49

Peplum Amy Mastura Nyonya And The Gang

Apa konsep baju raya 2013?
Puasa pon belum.. 

Comel kan baju peplum Amy Mastura tu!
Sebab Amy Mastura pon comel lagi awet muda..

Kedai A'niz di No 134, Jalan TAR dah start promosi baju raya lelaki.
Baju MelayuA'niz dewasa Sepasang bermula dari RM49.
Percuma sampin tapi ada bintang maknanya tertakluk pada terma dan syarat.

Kemeja linen A'niz bermula dari RM19, tapi dengan setiap pembelian RM50. 
Ok. Jom balik kampung, parents nak buat kenduri malam ni.



Khamis, 27 Jun 2013

Air Supply World Tour Live in Malaysia 17 August 2013

I can't live, if living is without you
I can't give, I can't give anymore..

I would rather hurt myself
than to ever make you cry
there's nothing left to say but goodbye..



Air Supply nak buat World Tour Live di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Depa nak nak buat konsert on Aug 17 at 8pm. 

Diskaun 15% tiket Air Supply ni akan diberi kepada the first 800 tickets sold.
Tiket boleh dibeli di sini.
Harga tiket bermula dari RM183-RM653 sebelum 15% diskaun, just murah sedikit daripada tiket konsert old boyfriends ni.

credited: www.starplanet.com




Isnin, 24 Jun 2013

Linkin Park in Kuala Lumpur 19 August 2013

inilah muka-muka Linkin Park www.ticketcharge.com

Siapa tak kenal Linkin Park? 
OK soalan ini tak penting pon, memang tak masuk PMR atau SPM.
Tahun depan PMR dah mansuh tau. So soalan PMR 2013 memang amat susah le.
Ok tipu!

The Sun hari ini page 19 cakap Linkin Park nak datang perform di Stadium Bukit Jalil pada 19 Ogos 2013, jam 8 malam.

Malaysia is the only country in Southeast Asia yang masuk list Linkin Park Living Things World Tour ni. Bangga! (>.<) . 19 Ogos 2013 ialah dalam bulan Syawal.. rasanya jerebu pon dah pulih time tu.

Early-bird ticket pre-sale dah start sekarang sehingga 30 Jun ni.
Nak beli tiket di website beli tiket  ni. Tiket berharga RM98 hingga RM683 for normal price. Perghhh!!! Baik menderma.... 

Sekian entry saya pada pagi Isnin 24 Jun 2013 yang masih berjerebu ini.
Terima kasih.

credited www.ticketcharge.com and The Sun


Jumaat, 14 Jun 2013

Kenapa Mudah Dapat Gangguan ?

Benarkah anak kecil mudah diganggu?

Adakah anda ada pengalaman mendapat gangguan misteri?
Gangguan misteri ini tidak termasuk gangguan seksual.
Mengapa kita masih diganggu sedangkan kita sudah amalkan tangkal ini? 
ish! 
Kita mungkin diganggu kerana diri sendiri!
Maknanya kita sendiri yang menyediakan ruang terbukanya gangguan itu mengenai kita.
Ingat! Pakar penganalisis jenayah pon cakap bahawa jenayah berlaku bila ada ruang dan peluang..

Ini antara contoh sebab kita mudah diganggu:

1. Makan atau lepak di kedai makan pada waktu senja.
~Sebelum maghrib mesti dah masuk rumah, ok!

2. Ke pasar raya dan pasar malam membawa anak kecil.
~jangan jadi orang pertama dan terakhir masuk ke pasar..

3. Tidak amalkan ayat-ayat pendinding diri.
~kena istiqamah baca ayat pendinding diri seawal pagi hingga sebelum tidur.

4. Masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam.
~Sebut nama Allah bila nak masuk rumah dan sebelum makan-part penting ni.

5. Suami isteri tidak membaca doa ketika 'bersama'.
6. Bila sedang marah..

credited: Anis Jun 2013


Khamis, 13 Jun 2013

Hormon Cinta


i heart you madly deeply truly!

Cinta bererti perasaan yang amat mendalam terhadap seseorang. Cinta boleh membuatkan anda melakukan pelbagai perkara di luar jangkaan. Sebenarnya semua ini adalah reaksi kimia dalam otak kita. Bahan kimia yang dilepaskan akan membuatkan anda berasa seperti sedang dilamun cinta iaitu hormon Dopamine, Serotonin dan Oxytocin.

1. Dopamine
Kamu akan berasa sangat terpikat dengan si dia, berasa dalam khayalan cinta iaitu mandi tak basah atau makan tak kenyang. ish! ish!

2. Serotonin
Kamu akan berasa obses terhadap si dia. Kimia ini akan membuatkan kamu selalu teringat kepada si dia. uuuuuu....!!

3. Oxytocin
Kamu akan berasa kamu ingin bersama selama-lamanya. 
Pada masa ini, kamu mungkin berada dalam perhubungan yang serius dan tidak boleh bayangkan hidup tanpanya. ish! ish! ish!

*Hormon saya tengah kuat makan sekarang. huhu!

credited: http://kafe4TEEN.lppkn.gov.my

Selasa, 11 Jun 2013

Tips Cinta Couple

Cinta Kasih Sayang Benci

Tanda-tanda kamu mungkin terpikat dengan si dia:
1. Kamu sering teringatnya.
2. Tidur tak lena.
3. Kamu tak lapar walaupun dihidang makanan kegemaran.
4. Kamu berasa sangat teruja setiap kali melihatnya.

Tanda-tanda si dia mungkin terpikat dengan si kamu:
1. Si dia merenung wajah si kamu.
2. Si dia mungkin memulakan perbualan dengan si kamu.
3. Si dia mungkin always free-willing to help..


credited: kafe@TEEN.lppkn.gov.my



Jumaat, 7 Jun 2013

Keldai Dikahwinkan Buaya Didera

Keldai yang siap didandan tema purple


Sepasang keldai hidup telah dikahwinkan di daerah Solapur, Mumbai oleh kaum petani. Objektif perkahwinan ialah untuk mengharapkan hujan. credited kosmo.com.my

Syukurlah kita sentiasa dirahmati di Malaysia..
Korang tau Doa Alih Hujan? 

Btw, kalau anda berminat nak bela buaya, sila bela dengan penuh kasih sayang.
Pastikan keperluannya dipenuhi, cukup makan dan zat. 

Di Cincinnati, seorang pemilik buaya dan rakannya didakwa sebab menzalimi buaya yang berusia 15 tahun. Buaya itu tak de gigi dan tak cukup vitamin D sebab dikurung di tingkat bawah rumah. So tak dapat zat cahaya matahari. 

Saya tak suka buaya sungai dan buaya darat. Tapi saya suka jenama Crocodile. Dulu long time a go, keluarga saya pernah bela kucing, burung serindit comel, ayam dan itik. Saya menyeru kepada semua pembela haiwan, tolonglah bela pets anda elok-elok. Kalau tak mampu, tak yah bela! Sekian.




Selasa, 4 Jun 2013

Tips Atasi Sihir

ini bukan darah sihir

Sihir ialah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus. Terima kasih Bar Gelintar Dewan Eja Pro..

Berikut ialah artikel Anis 2013 berkenaan tips atasi sihir.

1. Amalkan surah Al-Mu'awwizat.
Al-Mu'awwizat ialah 3 Qul iaitu surah Al-Ikhlas (112), Al-Falaq (113) dan An-Naas (114). malunya saya tidak tahu!

2. Amalkan zikir Al-Mathurat.

3. Amalkan ayat Qursi.

4. Solat pada awal waktu, sebaik-baiknya berjemaah.

5. Lazimkan diri dengan membaca Isti'azah (A'uzubillahiminassyaitonirrojimdan Basmallah dalam setiap perkara.

6. Sentiasa kekalkan diri dalam zikrullah dan wudhu.

7. Amalkan Surah Al Baqarah iaitu ayat 1-6, ayat 255-257 dan 284-286.

Kalau dah amalkan tapi masih terkena sihir, bagaimana?
hhhhmmmm... itu semua boleh berlaku dengan izinNya.. 
Ujian yang Allah bagi kan berbeza-beza..

credited Anis 2013, shafiqolbu.wordpress.com




Ahad, 2 Jun 2013

Tips Elakkan Coffee Bean DIY Coffee Blended

neslo blended and apple juice mamak Solaris

Anda peminat kopi mahal?
Suka coffee blended tak? Mocha, cappucino etc..

Mari kita DIY coffee blended ini di rumah.
Hanya perlukan 1 sachet white coffee. Saya suka white coffee cap Super ini. Adakah jenama Super termasuk dalam barangan yang kita perlu boikot? kena semak! 

white coffee SUPER

Bahan-bahan lain untuk DIY coffee blended ini ialas setengah gelas kiub ais dan air jarang. Pastikan juga anda ada blender yang boleh kisar ais dan bekalan tenaga elektrik yang jitu. Jitu??

Campurkan semua bahan ke dalam blender. Sukatan air jarang tu agak-agak dalam 3/4 cawan tadi ye. Kisar semuanya. Siap!

Sedia untuk diminum. Jimat dalam beberapa RM kot iaitu kos minyak petrol, parking, kot kena tol ke, mesti order 2 gelas untuk pasangan sekali,




LinkWithin

related posts with thumbnails