Khamis, 28 Februari 2013

Why do we put on weight?

Kurangkan... kurangkan..  :-)



We put on weight because we are happy!!

Food produces energy and makes our body strong. If we eat MORE than our body needs, the food will not be used up. Instead, it will be stored in our body as fat and we put on weight..


credited:
Estidotmy 2012

Rabu, 27 Februari 2013

Ahad, 24 Februari 2013

Tips Mencuba Minyak Wangi

Teman snorkelling di Pangkor-tiada gmbr perfume!

Cara nak cuba kesesuaian bau perfume dengan body kita:

~ Spray perfume pada pergelangan tangan dan biarkan dalam 5 minit. Jangan gosok tangan tu. Biarkan je.. Wangian akan bertindak balas dengan body kita dan akan menghasilkan bau berbeza dengan orang lain. Spot lain untuk spray perfume ialah pada leher (ke bawah telinga) dan belakang lutut. Jangan spray kat baju. Membazir je..

*Kalau nak beli perfume, tunggu time nak Christmas. Offer lebih menarik lagi berbaloi. Bolehlah menabung dari sekarang. hehe!

* credited: her World Nov.2012




Khamis, 21 Februari 2013

Petua Selsema Stim Muka Dengan Vicks

Hi tea di Seri Pacific memang sedap!!

Bangun pagi-pagi, p dapur masak air guna cerek bersiul tu.
Bukan sebab nak sediakan sarapan tapi sebab untuk kecantikan hidung.
Ya... kali pertama kena jangkitan selsema untuk tahun 1434H ni. Perlu segera pulih untuk bertugas luar Ahad ni. Siapa nak ikut??? (Wanita sahaja)  Bilik kosong ni. Siap baucar sarapan lagi untuk 5 hari.. (>.<)

Untuk mengubati selsema, cuba stimkan muka anda dengan sesudu vicks dimasukkan ke dalam semangkuk air panas. Guna tepawe bulat bekas ais-krim pon boleh ya adik-adik.

Tau kan vicks vaporub tu. Jangan salah guna tiger balm pula ye. Kadang-kadang doktor pon ada bagi garam vicks ni. Gunakan tuala untuk selubungkan kepala anda. Buatlah dalam suku jam ke.. air tu cepat sejuk. 

AMARAN:
Jauhkan daripada kanak-kanak semasa melakukan prosedur stim ni. Kang tak pasal-pasal ada yang tersembam kena air panas tu..

*Bekerja dalam bilik berhawa dingin akan melambatkan proses pemulihan selsema..

Di sini pon ada petua lain untuk mengatasi selsema dan batuk beserta bonus petua nak kurus. Sekian.


Selasa, 19 Februari 2013

Petua Pening Kepala


nyamannya menyedut mocha kisar ini.. hhhmm...


Petua Untuk Mengatasi Pening Kepala
(kalau nak dapat pening kepala, macam-macam cara boleh buat kan....)

Anda sedang mengalami pening kepala?
Baru hari Selasa... hehe!

Cara untuk hilangkan pening ialah dapatkan sebiji limau nipis. Limau kasturi pon rasanya boleh ni. Jangan limau bali atau limau mandarin Gong Xi Fa Chai ya..

Potong dua limau itu dan gosok pada dahi. Dengan izinNya, rasa berdenyut pening itu akan hilang. Cium limau tu pon dah rasa segar kan.. Sapu tiger balm pada dahi pon ok tau.. Sekian.

**yeay!!
akhirnya saya dah update blog.. (>.<)


LinkWithin

related posts with thumbnails