Friday, December 21, 2012

Solat Tahajud Ubat Sakit Pinggang


Istanbul aku datang dalam mimpi

Alhamdulillah...
Cerah pagi Jumaat 21.12.2012 ni.

Kenapa disunatkan solat tahajud?
Sebab waktu sekitar 3 pagi hingga terbit matahari itu, kita dapat menikmati oksigen segar di muka bumi. Makanya akan menjadikan badan segar dan melancarkan darah.

Setiap pergerakan dalam solat memberi manfaat kepada kita sendiri. Selain dapat hirup oksigen segar dan menyihatkan badan, ia juga boleh menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur atau selalu bangun lewat.

Ambil berkat hari Jumaat, doa banyak-banyak.. :)



Thursday, December 20, 2012

Petua Elakkan Kaki Berbau

Gambar hiasan tiada kaki berbau

Bukanlah nak cakap kaki anda berbau tapi cuma nak kongsi petua.
Kalaulah kan, anda ada masalah tersebut, silalah cuba petua ini:

Ambil limau nipis dan belah dua.
Gosokkan limau itu pada celah-celah jari  dan kuku kaki anda.
Biarkan seketika barang 3, 4 minit..
Kemudian cucilah dengan air bersih.

*Pastikan juga kuku kaki sentiasa pendek & bersih.
Sentiasalah pakai stoking yang bersih.
Moralnya kalau nak wangi kenalah sentiasa BERSIH.
Bukan 'Bersih' point O tu tau!!  (>.<)

~Sekian~ 

credited: Mingguan Wanita



Tuesday, December 18, 2012

Tips Elakkan Rambut Gugur


Menurut artikel/iklan Dove ini:

Exercises improve our blood circulation,
supplying nutrients and oxygen to our hairs follicel.

Oleh itu, rajin-rajinlah bersenam dan sentiasa jaga kebersihan rambut.
Patutlah banyak rambut gugur sekarang.. :(


credited: yahoo.com



Saturday, December 15, 2012

DIY Scrub Gula Putih Untuk Bibir & Body




Sila peduli dengan gula putih hotel

Selalunya gula putih asyik dianak-tirikan. Kesian gula putih..
Lepas baca artikel dari my.specials.yahoo.com di bawah ni, terus berikrar nak kutip gula dalam bilik hotel yang selama ini dipandang sebelah mata tu... :-) 

White sugar is something many of us would want to avoid, but it’s actually one of the best beauty fixes in your kitchen - it’s great for exfoliation. Sugar scrubs are gentle enough for your skin or your lips. All you have to do is rub a handful of sugar into your skin, using a soft cloth.

*Tip: Mix some sugar into your body wash and enjoy the exfoliating process.

P/S: Macamlah selalu tidur di hotel.. (>.<)

credited: my.specials.yahoo.com






Friday, December 14, 2012

Tips Nak Nampak Cantik Dalam Gambar

comel kan! 

Kalah menang adat bertandang eh bertanding..
Walaupun kita kalah, kena mesti sentiasa gorgeous terutama semasa nak bergambar. Nak kekalkan kejuaraan itu lebih susah daripada nak jadi juara, kan.... Semua orang nak menang!!

Tauhu tak apa asyik salah eja ni?? 
TAHU tak bahawa ada kajian yang mendapati sisi kiri muka kita lebih menawan daripada kanan (sumber dari sini). Selain itu, dapat ilusi muka lebih slim! Makanya apabila nak bergambar, ejaslah supaya sentiasa pandang ke kanan. Harap-harap tiada jerawat nakal muncul pada sisi kiri muka kita semasa itu. huhu!

Jangan lupa untuk SMEYES ye.. 'smiling with your eyes' kata si Tyra Banks tu..

credited: google image

Monday, December 10, 2012

DIY Putihkan Gigi Dijamin Halal


sila tutup paip semasa floss gigi ye adik manis 


Sempena keputusan seri 1-1 Malaysia lawan Thailand Piala AFF Suzuki 2012, marilah kita sama-sama memutihkan lagi gigi kita ya.. Caranya senang lagi jimat, dijamin halal.

'For that pearly white smile, mix lemon juice with some baking soda and brush your teeth'. Easy!!

Bahan-bahan seperti lemon dan baking soda ini perlu dibeli dengan duit yang halal, barulah dijamin HALAL.. (>.<)

Kalau nak DIY penyegar muka, boleh belek di sini.

Selamat mencuba!!

credited: my.specials.yahoo.com, dreamstime.com






LinkWithin

related posts with thumbnails