Ahad, 30 September 2012

Tips Interview Kerja Kerajaan


seronoknya jadi kanak-kanak yang tak perlu kerja lagi

PM dah umumkan bonus sebulan setengah kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 baru-baru ni. Adakah anda berminat bekerja dengan kerajaan?
Bonus pegawai bank lagi banyak berbulan-bulan kan... Untunglah dah ada kerjaya tetap yang stabil tu.

Kalau berminat nak kerja kerajaan, kenalah isi online form dalam spa.gov.my. Cuba semak Jadual Temu Duga pelbagai jawatan  tu. Skim perjawatan tu ada kod macam G, J, P, Q, S, U, W etc.. Gred 41 ke atas adalah untuk pemegang Ijazah, Gred 27 ke atas untuk Diploma holder..

Panel temu duga kerja kerajaan ni terdiri daripada pegawai SPA dan pegawai Jabatan berkenaan. Contohnya bagi post W, panelnya adalah daripada AG, Jabatan Akauntan Negara atau mungkin Kastam. So kena bersedia dengan pengetahuan am tentang carta organisai & fungsi Jabatan berkenaan. Kena juga ambil tahu isu-isu semasa terutama yang berkenaan dengan jawatan yang dipohon. Boleh rujuk contoh soalan am di sini.

*Dokumen mesti lengkap, penting sangat ni.
*Pakaian mestilah kemas dari atas ke bawah.
*Jangan sarat dengan aksesori blink blink.
*Pakailah warna lembut macam pink, sedap mata memandang.
*Lelaki nak pink juga ke? auw!!
*Result bagus CGPA >3.5 adalah satu bonus.
*Jangan sesekali kondem current employer.
*Be professional; gaya dan cara kita bercakap.

*Kena ada kabel? Ops!! No idea.. (>.<)
Usaha dengan kudrat sendiri lebih macho kan..

please-pray-for-me. Syukran.. :)
Credited: donnyien.blogspot.com






Sabtu, 29 September 2012

Takdir Mengahwini Suami Orang

Sate Atok Sek.8 Bangi yang sangat menggiurkan!

Sari berita penting Bajet 2013 sekejap:
1. Bajet 2013 "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat"
2. Seronok para belia (21-30 tahun sahaja ya!) dapat rebat beli telefon pintar 3G. Amboi!! Untungnya korang..
3. Kepada peminjam tegar PTPTN pula, ada diskaun 20% untuk setelkan loan sekaligus-hingga 30/9/2013.
4. Bonus sebulan setengah kepada penjawat awam. Yeay!! Jom usha Cik Jumir, Cik Dill, Atok Apo-apo Yolah, Tukang Karut, Ghost Writer... antara mereka yang berkenaan la kan. hehe!

Memang jodoh seseorang itu atas suratan takdir tapi ikhtiar tetap diwajibkan untuk menentukan nasib sendiri. Ingat, "Allah tidak akan mengubah diri sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.."

Jangan sesekali salahkan takdir kerana manusia boleh mengubah sendiri jika dia mahu. Mungkin mengahwini suami orang kita anggap takdir padahal berikhtiar dari awal untuk menjauhkan diri daripada suami orang ialah takdir sebenar kita.

Remember The 10/90 Rules?
10% of life are the happening events, 90% are our responses!

Jumaat, 28 September 2012

Risiko Berdiet



kembar saya adalah pemain (simpanan & amatur) 
bola tampar yang sangat minat Moero Attack!!

Wahai wanita-wanita anggun semua (anda semua anggun, ok!), adakah anda sedang berdiet? Wah... hebatnya! hehe!
Hati-hati kalau berat badan anda selalu sangat turun naik tau.

Ni haaaa... pakar kardiologi (jantung kan??) University of Michigan iaitu Claire Duvernoy cakap, kaum wanita yang mengalami pertambahan berat badan sebanyak 10 paun (berapa kilogram ni ya?) atau lebih, atleast 5 kali setahun, akan cenderung untuk memperlahankan aliran darah. Kalau aliran darah perlahan, ia akan meningkatkan masalah jantung.

uuuuu.... Ini serius!  Makanya kita semua kenalah rajin bersenam kerana Maya Karin (dan saya pon cakap"Kerana dirimu begitu berharga". Lama tak nampak Maya Karin.. Turun naik tangga dan 'beli tingkap' dalam shopping complex itu sangat bagus tau... (>.<)




Rabu, 26 September 2012

Terapi Nyanyi Lagu Anak Beruang Enam Kali Enam

Hasil lukisan lagu anak beruang

Si kecil
si kecil
jadi besar
Sayang papa
sayang mama
Selamat malam

Enam kali 
enam kali
36
Enam kali
enam kali
Anak beruang

*lirik lagu dan melodi kita mungkin berbeza..


Isnin, 24 September 2012

Terapi Stress Petang Isnin Dengan Angkat berat

Gembiranya jadi budak kecik! 

Salam sayang kawan-kawan!!
Bagaimana dengan Isnin anda?
Hari pertama minggu ini (kecuali Kelantan, Terengganu & Kedah) mestilah kena happy!!

Orang yang kerja pejabat terutamanya Accounts department, mesti selalu stress kan?
Tertekan!! Baru hari pertama.. hehe! Tapi apa-apa kerja pon mesti ada cabarannya. Kerja sendiri lagi kena kuat. Ingat senang ke nak berkecimpung dalam jualan langsung? atau jual burger atau menternak kambing boer atau lain-lain lagi.. Biar stress bekerja daripada stress cari kerja, kan!?

Kalau stress, mari kita bersenam.
Contohnya macam si Amani yang sedang angkat berat di atas (angkat pooh je tu!!) 
Jom angkat berat sampai naik muscle lengan tu. hoho!

Akhir kata, selamat bekerja and keep fit!
Bersyukurlah kita hidup di Malaysia..
Ramai lagi umat manusia yang menderita di luar sana..

* baru balik semalam dah kena out-station lagi. Tempat yang sama pulak tu. Aaaaaarrrgggghhhhh!!!!!!!Sebenarnya aku yang stress!!



Khamis, 20 September 2012

Formula Six Pack

gambar kucing dan ayam yang tiada kena-mengena

Kamu ada berapa pack sekarang?
Berpek-pek? hehehe...

Kalau nak six pack, (kalau nak laa...), sila jangan terpengaruh dengan dakyah kena buat bangkit tubi barang 2, 3 ribu kali tu.. Tak de kerja lain ke asik nak bangkit bertubi-tubi itu? (Bangkit tubi tu sit up kan??)

Formula nak dapat perut seksi six pack tu ialah dengan buat bangkit tubi yang efisyen. Contohnya buat bangkit tubi dalam bilangan 25 kali, rehat 30 saat dan sambung lagi sehingga dapat 200 hingga 300 kali. Maknanya dalam 8 set hingga 12 set le kan? (Betul ke sifir congak aku ni??). Otot kena rehat tau! Don't push too hard..

Eloknya buat awal pagi pagi ya. Dah penat-penat bangkit tubi tu, jagalah cara pemakanan iaitu jangan makan bersulam air. Minumlah selepas setengah jam makan makanan berat..

*formula drpd M.Wanita April 2012 & gambar craftlog.org


Rabu, 19 September 2012

Ahad, 16 September 2012

Minuman Untuk Diet

neslo shacks sekali sekala sahaja

Selamat Hari Malaysia!
Penubuhan Malaysia ialah pada 16 September 1963, pandai!!
Nikmatnya hidup di Malaysia yang banyak makanan/minuman.
Kalau nak diet, sila amalkan minuman di bawah ini:

Pertama Air Putih aka Air Jarang
- tidak perlu disangkal lagi. 
lebih elok kalau air mineral atau air bertapis.

Kedua Air Kopi
- kurangkan gulanya.

Ketiga Air Teh Hijau
- tanpa gula adalah yang terbaik. Tak pon, sedikit gula/susu rendah lemak.

Keempat Jus Sayuran.
- sanggup ke minum ni?
kalorinya lebih rendah daripada jus buah.

* kadang-kadang kalau rasa lapar sikit, cuba minum air dulu. Sebenarnya kita haus tu..

Rapi Feb 2010

Khamis, 13 September 2012

Tips Bagi Semangat Bersenam Dengan Swimming Suit


26 Syawal 1433H..
Lamanya sudah tidak memakai kasut sukan.. 
Begitulah nasib sepasang kasut sukan berjenama X yang semakin dilupakan..

Kawan-kawan,
Kalau anda sedang mengalami situasi di atas, silalah cuba ambil gambar anda sedang memakai pakaian renang. Segak tak? hehe!

Kalau sanggup, lekatlah gambar segak itu pada cermin bilik tidur.
Artikel ni syorkan tampal pada peti sejuk ala-ala menambah koleksi fridge magnet tuuuu..
Kalau sanggup le.. (>.<)

Kalau tengok setiap hari, mesti semangat berkobar-kobar nak kurangkan ukur lilit kita kan!
Kalau dah memang sedia cantik, mesti nak terus kekalkan kan!
kalau... kalau...

Sekian. Gambar sengaja tidak disertakan..
Sebarang risiko luar jangka adalah tanggungjawab sendiri ya. :)

*Rapi Ogos 2008

Isnin, 10 September 2012

Terapi Petang Isnin


Kecewa sungguh hati Lady..
Kecewa kerana hasrat sucinya nak pakai kasut tumit tinggi blink blink daripada kulit buaya tidak kesampaian. Dengan bajetnya yang sederhana, Lady perlukan sedikit peruntukan lagi untuk merealisasikan hasratnya itu. Dua tiga kali jugalah Lady mundar mandir di Kedai Kasut Buaya (KKB) itu..

Tauke KKB: "Cik Lady, cukuplah tawaf kedai aku ni. Kalau nak murah, pergilah tangkap buaya sendiri.." sindir si tauke tanpa menjaga hati pelanggannya.

**** Tercabar dengan kata-kata si tauke bongkak, maka Lady segera ke sungai dan membawa senapang patah ayahnya. Derrrrrrr!!!!!!!! (4 kali). Bising kedengaran bunyi tembakan. Rupa-rupanya Lady telah berjaya menembak empat ekor buaya. Masuk yang kelima, Lady menjerit kegeraman berbaur amarah:

"Dah nak masuk lima ekor ni. Satu pon tak pakai kasut!! 


*Rapi Ogos 2008

Ahad, 9 September 2012

Tips Berpakaian Badan Pear

rupa paras pear dan daunnya..

Bentuk badan anda seperti buah apa?
Boleh rujuk silang di sini ya.

Orang badan pear ialah ibaratnya bak gambar pear di atas. Mereka bukanlah tergantung macam buah itu tapi mereka comel, macam pear...  like a pear in  my eyes.. J.Lo & Beyonce tu bentuk pear le..

*terbaca update pasal ex MD Proton; Datuk Seri Syed Zainal Abidin sekarang jadi Imam di Masjid Al-Falah, Subang..

a) Bahagian Atas:
1. Guna warna lembut, cerah.
2. Kain sederhana berat (jubah).
3. Corak bunga dan garis melintang.  
4. Saiz corak itu jangan lebih saiz tapak tangan kita. 
5. Lebarkan bahu.
6. Pakai aksesori menarik supaya orang tak pandang lower part.

b) Bahagian Bawah:
1. Warna gelap untuk kecilkan saiz pinggang.
2. Kain tidak melekat dan licin berkilat.
3. Kain duyung (bias cut) menghasilkan bentuk langsing.
4. Paras labuh blaus tutup punggung.
5. Paras labuh baju kurung-lutut.
6. Warna kasut sama kain/seluar.

credited: pearrecipes.co.uk & ANIS Feb.2011


Khamis, 6 September 2012

Tips To Be A Good Husband

Listen up men!!
This is the tips for all men & should be carried by you (whether you are married or not) at all times if you want to be a GOOD HUSBAND.

1. Respect your marriage.

2. Listen.

3. Help around with household chores.

4. Treat her with respect.

5. Show affection.

6.  Team work.

*yahoo.com

Rabu, 5 September 2012

Selasa, 4 September 2012

Rahsia Diet



Berapakah berat badan anda dalam bulan Syawal yang mulia ini?

Biarlah rahsia kan..! Asalkan berat kita ideal dan kita selesa dengan ukur lilit kita. (>.<)


Sepatutnya atikel ini tidak boleh diberi tajuk RAHSIA. Tapi sebab diambil dari majalah, i just follow.. Antara rahsia besar untuk diet tanpa perlu buat aktiviti fizikal terlampau ialah:



1.  Minum Kopi tanpa creamer.

- kafein boleh bakar kalori. Tapi mesti kurangkan gula putih itu.


2. Minum Air Jarang

- Minum  air kosong ini boleh cepatkan detoks dan rendahkan jumlah lemak badan kita.


3. Sarapan.

- Mulakan hidup dengan sarapan berkhasiat. Contohnya putih telur atau oat dengan buah. Ini menu pelatih fizikal Jennifer Lopez tu..


4. Kunyah Gula-gula Getah Sugar-free.

- boleh segarkan nafas dan bakar kalori. Lepas kunyah, sila buang ke dalam bakul sampah!!


5. Ketawa.

- the best medicine dan boleh bakar kalori.


6. Marah??!!

- semasa marah, badan akan keluarkan tenaga dan membakar kalori. Tapi jangan marah-marah laa.. Anda lebih gagah kalau mampu tahan marah so marah tipu-tipu je la.. (",)


7. Hubungan intim yang sah.

- boleh bakar 300 kalori/jam.


8. Berjalan.

- Dapat sihatkan jantung dan bakar kalori, mudah serta tanpa kos!

*Rapi Dis.'10

Isnin, 3 September 2012

Terapi Tengah Hari Isnin


Pak Pandir menjalankan perniagaan makanan yang hot iaitu cucur udang special. Pada suatu petang Isnin yang nyaman, datang seorang pelanggan budiman ke gerainya itu. Pelanggan itu lebih suka dikenali sebagai Tukang Karut; nama pena beliau di alam maya.

Tukang Karut: Pak Pandir, boleh saya  beri sedikit komen membina?

Pak Pandir: Silakan wahai pelangganku.

Tukang Karut: Saya kan selalu beli cucur udang Pak Pandir ni. Tapi mana udangnya? Pak Pandir janganlah kedekut sangat. Senang cakap, jangan kedekut langsung laaa..

Pak Pandir: (dengan penuh yakin menjawab) Encik, Kenapa nak membebel marah-marah ni? Encik dah cuba CUCUR BADAK di gerai hujung sana tu?

Tukang Karut: Belum, apa kaitannya dengan CUCUR UDANG Pak Pandir?

Pak Pandir: Encik, orang tu jual cucur badak tau. Tapi dia tak pernah letak badak dalam cucur dia tu. Orang lain tak pernah marah pon! Kalau encik nak marah saya, encik kena la marah dia juga. Barulah adil!! 

Tukang Karut: ... orang tua ni lagi mengarut daripada aku. huh!! @#$%^&*

*Rapi Dis.2010

Sabtu, 1 September 2012

Carian Orang Paling Pantas 2011 (Top Ten)

Berikut ialah senarai carian yang meningkat naik paling pantas berkaitan ORANG bagi tahun 2011. Perhatikan terma ini: 'Meningkat Naik Paling Pantas'. Maknanya terma ini masyhur dalam enjin Google Malaysia, selain daripada 'Paling Popular'.

1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim

sambil-sambil tu, sila rujuk silang dengan yang ini juga. Ada yang selaras di situ..

6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10. Hanis Zalikha
11. .... nama anda .... (>.<)

*estidotmy Julai 2012

LinkWithin

related posts with thumbnails