Selasa, 31 Julai 2012

You And Your Blood..







They say that each blood type likes different kinds of spaces..


A?
likes to lean against the wall

B?
likes being in the center

AB?
likes the corner

O?
likes to walk around everywhere in a room





Isnin, 30 Julai 2012

Don't Get Mad!!

.
.


Don't get mad 
when a girl cares too much
worry 
when she starts not to care 
at all...


.
.



Ahad, 29 Julai 2012

AWAS Dengan Ayat-Ayat Manis Sebegini

haiipppp!! AWAS tau!!

1. 'Akak/Abang tak yah jual barang. Tapi dapat untung dan banyak ganjarannya tau!!'.

2. 'Akak/Abang letak je duit. Duit boleh buat duit.. tau!!!

3. 'Akak/Abang beli atau labur sekarang. Boleh ambil barang kemudian.. tau!!'

4. 'Dijamin tiada risiko! Wang anda akan dikembalikan... tau!!!

5. 'Akak/Abang cuma perlu pos sahaja. Nanti orang tu akan bank in dalam akaun akak/abang... masyuuuuukkkk tau!!!

AWAS!! 
Itu ialah contoh ayat-ayat pelaris Skim Cepat Kaya/Piramid.
Kalau anda hampir terjebak, boleh hubungi talian di bawah:

a. Talian Aduan Pengguna    1800-886-800
b. Talian Jualan Langsung    1300-888-255
c. Talian Aduan TTPM         1800-889-811

atau layari kpdnkk.gov.my atau e-aduan.kpdnkk.gov.my

*adaptasi daripada flyers Siri Panduan Pengguna 2/2011(R). Harap2 info ini masih relevan..

 

Sabtu, 28 Julai 2012

Tips Lulus Peperiksaan Akauntan W41


hakikatnya baru nak cari buku
untuk ditelaah..  huhu!

Sebelum saya beri tips untuk lulus Peperiksaan Akauntan W41 yang akan diadakan pada 4 Ogos 2012, sukacita dimaklumkan bahawasanya saya telah membuat anjakan paradigma dalam bulan Ramadan 1433H ini. Secara kasarnya saya perlu tunggu 40 tahun.. lagi untuk merealisasikan niat tersebut. ish! ish! Sudi-sudikanlah doa untuk saya ye; dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rejeki untuk diawalkan & dimudahkan segala urusan. Syukran.. (>.<)

Calon-calon ada 6 hari lagi untuk membuat persediaan menduduki Peperiksaan Akauntan W41. Tips ringkas untuk lulus exam daripada saya yang pernah gagal dan lulus ini ialah:

1. Mesti ada strategi dan teknik study yang betul.
2. Study smart & kena tahu format soalannya. (same dgn no.1 ni)..
3. Rajin ambil tahu perkembangan Malaysia dan dunia. Soalan Pengetahuan Am pon ada..
4. Amalkan cara hidup sihat supaya kekal cergas & cerdas. (macam iklan!)
5. Sesudah gigih berusaha, maka berdoa & bertawakkallah kamu...
6. Lastly, buatlah nazar yang munasabah.. - ini adalah syor En.I; seorang pegawai kanan di adk.gov.my

Akhir kata:
*rajin-rajinlah layari website AG untuk ambil kisah iaitu anm.gov.my
*Latih tubi Matematik pon kena buat tau! Anda juga kena jawab esei B.Melayu dan English-tulisan mesti kemas supaya mudah dibaca. Setakat tahap SPM je, adil untuk semua..

Semua peperiksaan (mohon jawatan dalam perkhidmatan kerajaan itu) ialah untuk menggagalkan anda. hahaha! Sebenarnya SPA selaku main HR nak cari yang terbaik. Even staf yang sedang berkhidmat dengan AG pon akan dipanggil Assessment (peringkat kedua selepas LULUS exam sahaja), sebelum layak untuk ke peringkat temududa kan dah salah eja. TEMUDUGA laaaaa.....



Jumaat, 27 Julai 2012

Ciri-ciri Orang Yang Lahir Bulan Julai

tabung dah penuh ke?? 

1. Pendiam
2. Perahsia
3. Mudah memaafkan.
4. Lurus
5. Emosional
6. Sentimental

*Maklumat lanjut dalam buku Dr HM Tuah - Jom Jaguh

Sama tak dengan ahli keluarga kita atau kawan-kawan yang lahir dalam bulan Julai? Dr HM Tuah Iskandar al-Haj cakap 'Tidak wajib betul, harus salah'.
(>.<)

Khamis, 26 Julai 2012

Your Tummy Type

horreyyyy!!!
What's your tummy type?

1. The Wine Waist
2. The Stubborn Pouch
3. The Stress Mess
4. The Lazy Tummy

No matter what tummy trouble we may have, just be thankful that we are healthy.. You may refer to CLEO July 2012 on how to work out to re-shape your tummy.

*Tummy Tamers:
a. Fish oil
b. Leafy greens
c. Berries
d. Fibre

Food intolerance can shut down the lower abdominal muscles, which can make it really difficult to get that tummy flat.   

*credited: CLEO July 2012



Selasa, 24 Julai 2012

Nak Kad Raye Atok Poyo!!



Sukacita saya nak menjemput adik-adik, abang, kakak, pakcik, makcik untuk menceburkan diri dalam Contest Sapo Nak Kad Rayo Atok poyo atau nama sebenarnya En.Suhami Ahmad ni. Tatacara pertandingan adalah sangat mudah iaitu seperti berikut:

1. Lekat gambar atok poyo bersama lembu gemuk dan ayam putihnya itu dalam blog anda-dengan harapan semua pembaca blog anda akan turut terpengaruh untuk menyertainya.

2. SUKA facebook beliau dan jadilah pengikut blog beliau tu. Nampak ada konspirasi di situ!!

3. Kena letak link contest ini macam ini dengan harapan.... seperti ayat No.1 di atas & link juga pada komen entry beliau. Maka banyaklah komen yg beliau akan terima nanti.

4. Tag pada seorang kawan blogger bukan musuh ok! Makanya saya nak tag Encik Ais untuk turut sama meluangkan masa beliau dalam contest ini. Silakan En. AiS!! Yang bukan En.AiS pon dijemput untuk menyertai contest ini. Kesian pada bloggers jaman sekarang: nak kad raya pon kena join contest...

5. SIAP!! Tarikh tutup 7 Ogos 2012, masa tidak dinyatakan..

Isnin, 23 Julai 2012

Santapan Rohani - Qadha dulu..


Indah tak gambar pemandangan langit ni?
Gambar yang indah ini diambil daripada digitalmukmin.com, galeri digital milik Ustaz Azhar Idrus tu...

**baru ku tahu isteri kedua Ustaz Azhar Idrus tu berumur 26 tahun.. Anak sulung Ustaz Azhar Idrus berumur 20 tahun (perempuan).  So sweet... sumber=majalah Anis 2012.

Selamat mengejar pahala dalam bulan Ramadan 1433H ini.
Kawan saya pesan, qadha dulu solat fardhu yang ditinggalkan time kita jaman jahiliyah dulu. Jangan simply ingat yang solat sunat boleh cover solat fardhu yang kita tuang dulu.. Kena setelkan yang fardhu dulu dalam kita mengejar pahala sunat..

Kawan saya beritahu lagi, cara nak tahu kita dah cukup qadha atau belum ialah Allah akan bagi perasaan dah cukup ganti tu kepada hambaNya yang berusaha..

So, start Zuhur ni, marilah kita sama-sama mulakan ya. Perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh ialah:
1. Solat pada awal waktu.
2. Segera kebumikan jenazah
3. NIKAH tapi jangan tergesa-gesa...

Sekian.. jangan lupa minum air jarang banyak-banyak semasa sahur. (>.<)


Khamis, 19 Julai 2012

Pengalaman Seram di Jalan Ulu Yam

gambar ini seram tak??

Berikut adalah pengalaman seram saya dalam bulan Julai 2012. Ceritanya begini:

Pada 1 Julai 2012 yang lalu, saya dan rakan tidak sebaya menumpang kawan sebaya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kami bertolak selepas selesai solat Maghrib menaiki merz kawan saya itu dari Tanjung Malim. Memandangkan kawan saya ingin singgah di rumah abangnya di Batang Kali, maka dengan kuasa vetonya beliau memandu mengikut Jalan Ulu Yam.  hehehe!

Anda pernah melalui Jalan Ulu Yam? Jalannya boleh tembus ke Batu Caves. Agak menyeramkan tapi bagi saya first timer ni, ianya memang seram!! Tanpa kemudahan lampu jalan, keadaan jalannya yang  banyak selekoh, diiringi kilat petir sambil diselangi hujan gerimis dan kadangkala lebat... saya kesejukan dan sakit perut pulak tu!! Saya berdoa agar dapat sempat qadha hajat besar di tempat yang sepatutnya... 

****seramnya cerita Waris TV3 ni. ish! ish!**** (iklan)

Setelah hampir hhhmmmm... saya tak pasti berapa jam tempoh sebenar perjalanan kami tapi saya sangat bersyukur kerana kami berjaya melalui Jalan Ulu Yam yang menyeramkan itu. Kawan saya memang seorang pemandu yang hebat! Setibanya di kawasan jajahan Batu Caves, saya menerima satu mesej iaitu:

"ape ke mende tu??" 

aiikk?? ape menda ape? aku ade sent msg ke tadi?
maka dengan pantasnya Outbox disiasat dan mendapati mesej berikut:

Gp.71 jta gp.471gp.471

Apakah??? Adakah alien Ulu Yam cuba menjadikan saya perantara untuk menghantar mesej kepada seluruh rakyat Malaysia?? Apakah mesej sebenar yang hendak disampaikan? hhhhhhmmmmm... Mujur saya tidak menjadi mangsa penculikan misteri UFO macam di luar negara tuuuu....
Sekian.

Rabu, 18 Julai 2012

Isnin, 16 Julai 2012

I Don't Need Viagra, Cialis, Zithromax, Nolvadex!! 18SX??

sehingga ke hari ini,
 sudah ratusan viagra masuk spam!!

I don't need Viagra!!
What is Cialis?
What is Zithromax?
What is Nolvadex?

Order online without presription??
I never sell those things!!

Please don't get into my COMMENTS.

Ahad, 15 Julai 2012

Bentuk Badan Anda Buah Apa?


sila teleng lagi ya. 
Amani maintain slim macam pembaris je..

Cik-cik dan puan-puan yang disayangi,
Mari kita main ukur-ukur bodi di badan sendiri (dah ready baju raye? Ingat, puasa dulu ya..) Anda tahu anda resembles buah ape?
Epal, Pear, Banana atau Jam Pasir (hourglass)?
terpaksa pinjam jam pasir sebab tiada buah berbentuk sepertinya...

Contoh selebriti dan buah yang diberi ialah:
1. Epal = Oprah
2. Pear = Beyonce, JLO
3. Pisang (pembaris) = Cameron Diaz
4. Jam pasir = Angelina Jolie 
*sori kalau contohnya tak tepat. tak effect akaun bank anda kan...??
Kalau Anzalna, Izara Aisyah, Neelofa, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Erra Fazira, Rita Rudaini, Lana Nordin hot, Sasha Elite?? tapi aku suka Emily Van Camp tuuu.. (>.<) 
Berat epal terkumpul di bahagian pinggang. Fenomena ini adalah bahaya!! Punggung kecil dan kaki langsing. Bentuk epal ni tidak seimbang.  

Bentuk pear berdada kecil. Lemak terkumpul di bahagian pinggang, punggung & paha. Tu yang jadi besar!! Sampai betisnya pon besar..

Kalau bentuk pisang, ukuran bahu & pinggulnya sama. Tahu di mana PINGGUL? Bagus!! Ukuran pinggang pula nak sama dengan bahu & pinggul. Badan lurus je, macam pembaris tanpa berlekuk..

Kalau jam pasir, bentuk ni adalah antara epal & pear. Ukuran bahu & pinggul seimbang, pinggangnya kecil je. Macam kerengge.. Bentuk macam ni le yang sangat menarik!

Cara nak tentukan bentuk badan:
1. Tutup pintu
2. Pakai pakaian dalam
3. Tengok depan cermin besar

 
Sekian, selamat mengukur.. Yang penting, kita sihat dan tidak dalam Keberhutangan Serius!! Why woman so concern about their bodies? Easy to buy ready-made baju maaa.... Cop! IM4U KPT itu  ape? 

 
RAPI Julai 2012 & google

Sabtu, 14 Julai 2012

Bloggers Cantik dan Kacak Idaman Malaya

gambar drpd FB ibunya memang terbalik!!

Dear beautiful & charming bloggers,
Thanks a lot for the sweet comments.
May Allah bless you & family..
"hidup Upin Ipin!!!" (>.<)

1. dill
3. Tukang Karut
4. Atok Suhami Ahmad
5.  Mak Lagenda

6. Munnafendy
7. Remy Hazza
8. Akubiomed
9. Ghost Writer
10. Denai Hati

13. Azham Vsvc
14. Rain
15. L

16. Nasir Hamzah
17. Azian Elias
18. QueAchmad.com 
19. DekNie
20. Noorizal Ramly 

21. leakedknowledge 
22. Mr. Clive
23.Hanie Dew
24.Liyana Zahim

...i'm running out of time...
 not enough 24h minus 7h sleep' minus work' minus eat' minus shower' etc...
will visit all of u ASAP.





Rabu, 11 Julai 2012

Selasa, 10 Julai 2012

Petua Buang Kulit Sotong

candat sotong Pangkor

Kenapa lelaki lembut dikaitkan dengan sotong?
Begitu mudah melabel orang lain yek..

U labelled me, i'll label U, so i dub thee unforgiven...!! huhu!!

Cara nak memudahkan buang kulit sotong ialah:
A. Rendam sotong dalam air beras selama 10 minit.
~ Kulit sotong akan jadi mudah lekang, senang dicuci dan kurangkan bau hanyir sotong.

B. Rendam surat khabar bersama-sama sotong.
 Kemudian ramas surat khabar pada badan sotong itu..

... rasanya cara A > mesra alam... :-)


*RAPI Ogos 2008



Isnin, 9 Julai 2012

Gigitan Cinta Berbisa

ba-na-na-na!!! ~ gambar hiasan je

Dua ekor ular tedung (Ulo dan Ulau) yang sangat berbisa sedang dalam misi mencari mangsa. Tiba-tiba Ulo bertanya kepada Ulau..

Ulo: Kamu rasa, kita ni jenis ular yang berbisa tak?
Ulau: Ish! Kamu ni mudah lupa asal-usullah! Sebenarnya aku pon tak berapa nak pasti.. Kenapa?
Ulo: Alamak!! Habislah aku! Aku baru je tergigit lidah aku sendiri..
Ulau: ...malas aku nak layan!

*RAPI Ogos 2008

Tahniah Puan Norzila Aminuddin; 46 dan suaminya En.Azhar Husaini Ghazali; 31. (Jarak 15 tahun hanyalah angka dua digit). Puan Ella ni sangat awet muda. (>.<). Encik Azhar pula ialah juruterbang di awan biru-Firefly..


Sabtu, 7 Julai 2012

Revenge No More



forgive, forget or take revenge??
who will miss u after you are gone?

free your heart from hatred
free your mind from worries
live simply
give more
expect less

Khamis, 5 Julai 2012

Wanita Paha Besar

tengok-tengok jeeeeeeeeeeeee!!!!

Anda bersaiz epal, pear atau choo kiok?
opss!! durian tak masuk list!! sape la yang mula-mula samakan body dengan buah ni.. (",)

Sebelum tu, bagaimana dengan muka surat pertama buku baru anda?
Semalam dah Nisfu Syaaban... cepat setelkan 'hutang'!! (friendly reminder)

Di London – Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis. Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.
“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos (jenuh nak nyebut!!)
Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. Selebriti lain yang mereka lupa nak sebutkan ialah Fafau Fara Fauzana dan blogger ini. hik! hik! Diharap jangan sengaja muntah. Nanti batal puasa..

sumber: lupa la salin dari mana... maafkan!

*berguna rupanya lemak-lemakku ini... (>.<)

Isnin, 2 Julai 2012

Tutorial Melipat Seluar Kecil


aksi yang tiada dalam EURO 2012

Sepanyol juara Euro 2012, 4-0 tuuuuuuuu!!!
Penonton kecewa sebab perlawanan akhir tak seperti yang diharapkan. Itali macam berserah je.. Walau apa pon keputusannya, tak effect kat aku pon!! Memang dah lama minta cuti. Best cuti Senin yang indah ni. 

OK, entri ini khas untuk anda yang selalu berpergian bertugas di luar kawasan (outstation). Ia mungkin boleh membantu anda meningkatkan mutu skil melipat pakaian. 'Seluar kecil' yang dimaksudkan ini ialah semua seluar berbentuk seperti segi tiga - macam gambar model di atas. Harap Uncle Jonni (beliau lagi) tak meroyan sebab ambil gambar tanpa ijin ... 

Memandangkan pembaca blog ini semuanya berkarisma lagi fast-learner, makanya silalah ulang kaji sendiri tutorial bergambar berikut mengikut daya pemahaman masing-masing. Tiada video Youtube pasal acik tak reti le nak buat!!


A
B
C
D
E


Sangat faham dan mudahkan?? Siap dengan penuh bergaya!! Terserlah kredibiliti anda sebagai seorang yang sangat organised! Sebelum masuk dalam bagasi, isi dalam sarung khas dulu. Plastik pon ok. Mane la tau, kot bagasi tu terbuka ke... Kuranglah sikit risiko barang peribadi kita bertaburan..

*Apabila dah lipat comel macam tu, asingkan daripada stoking anda. Takut salah faham nanti.. Kang ada yang bawa extra seluar kecil instead of socks ke pejabat!! 

LinkWithin

related posts with thumbnails