Rabu, 30 Mei 2012

Rahsia Cantik Rozita Che Wan



Umur beliau = 40 tahun
Tinggi beliau = 5 kaki 7 inci
Berat beliau = 50 kilo
Nama beliau = Rozita Che Wan

Rahsia beliau:

1. "Dulu sebelum sibuk shooting, setiap hari saya akan bangkit tubi 400 kali sehari. 
     Tapi semenjak sibuk, saya hanya mampu buat bangkit tubi 50 kali sehari". 

2. Berjogging dua kali sehari.

3. Adakalanya main badminton.

4. Wajib makan nasi 2 kali sehari. Lauk ikan  & sayur dah mencukupi.

5. Minum air TIDAK BERAIS atau bergas lepas 20 minit makan nasi.

6. Pakai emas kat muka - SAFI RANIA GOLD..


*credited: gambar bloggerwanita.com
sumber cerita: Mega Mode hari ini.

Isnin, 21 Mei 2012

Kaedah Memilih Pasangan Cocok

dah nak Ramadan ni. cepat ganti..

Kepada anda yang berkenaan, yang terlalu banyak pilihan dan sukar pulak tu nak buat pilihan, bolehlah cuba buat latihan amali ini.

Kaedah memilih pasangan ialah buat timbang dacing.
(Tiada kena mengena dengan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan pada September 2012 ini).

Timbang dacing ni kena guna pen dan kertas. Pensel pon boleh, bukan pensil tau! Anda senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap calon anda tu. Kalau kelebihan calon lebih panjang berbanding kekurangan, maka hampir cocoklah tu!

Seterusnya, senaraikan pula kelebihan dan kekurangan anda.
Barulah boleh buat penyesuaian. Contohnya kalau calon anda kuat merajuk tapi anda sendiri jenis pemarah, tandanya itu TIDAK SERASI sebab dua-dua negatif ni.

Akhir sekali berdoalah.. solat hajat setiap malam hingga hati rasa pilihan itu tepat.
"YA ALLAH,
andainya dia (sebutkan nama penuh) baik bagiku untuk duniaku dan akhiratku
maka permudahkanlah jodoh aku dengannya
tetapi andainya dia tidak baik untuk duniaku dan akhiratku
maka pisahkanlah kami berdua"

Ini adalah atikel Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj dalam Majalah Wanita Mei 2012, yang covernya gambar pengantin Fasha Sandha & Jejai.


LinkWithin

related posts with thumbnails