Pages

Thursday, March 1, 2012

Misteri Hotel Seri Costa Melaka

hotel seram. hehe!

Tengah lewat malam baca cerita misteri.
Kalau baca ini semasa waktu siang, kurang sikit thrill itu.
(sebenarnya nak menaip pon rasa thrill ni....)

cantik lampu Hotel Seri Costa..

Dua minggu lepas, saya dan colleagues (betulkah ejaannya??) menghabiskan masa hampir seminggu Februari 2012 kami di Melaka. Kami kena bertugas luar. Biasanya orang Melayu Malaysia lebih suka sebut 'outstation'. Hotel pilihan kami ialah Hotel Seri Costa, terletak berhampiran dengan hot spot bandar Melaka seperti Menara Taming Sari, gerbang pintu A'Famosa, river cruise, monorel yang sedang rosak, kincir angin, kincir air, kedai makan HALAL 24jam, kedai tujuh sebelas (7 Eleven), loji, Hotel Seri Pelangi dan Hotel Sunsui Melaka. Selain daripada itu, boleh berjalan kaki ke Dataran Pahlawan, Newton dan Pahlawan Walk Market. Pasar malam minggu ala uptown pon dekat. Semuanya boleh jalan kaki je. Cukup target 10,000 langkah sehari tu.

Apa yang misterinya?
(Agak-agak bos hotel Seri Costa ni marah tak nanti?)  
Begini, pada awalnya, semuanya ok je. Semuanya bermaksud kemudahan bilik hotel, tv yang tak banyak chanel, chiller dan wifi takde tapi takpelah, kena iron baju di iron section hujung koridor (tak suka!!) dan cadar hotel yang diganti segera setelah didapati saya kegatalan. Sarapan? Menu wajib nasi lemak tanpa timun tapi sambal sedap (nasib baik!), mi/bihun goreng, buah upon request, minuman, roti, bubur dan tiada telur. Syukurlah nak...

Walau bagaimanapun, lewat petang Khamis malam Jumaat (hari terakhir kami di sini), saya telah dikejutkan oleh berita yang mengerikan bagi kaum wanita terutamanya iaitu jisim tubuh  saya naik sehingga lebih tiga ribu lima ratus gram. (Sengaja dieja untuk mengaburi mata anda!). Tentulah saya takut!! Misterinya Hotel Seri Costa ini! kan??!! Itulah bahayanya makan nasi lemak setiap hari dan duduk dalam air-cond je. Sesiapa yang cari tips gemuk di sini, anda boleh ambil ikhtibar daripada pengalaman saya ni. Setiap kali balik outstation, confirm jiism badan akan bertambah. Ngeri lagi misteri!!!

36 comments:

  1. kehkehkeh.... misteri nusantara nih... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. uih! sungguh menyeramkan :D hehehehe

    ReplyDelete
  3. Oitt bhahahaha...darling u buat i tegezut...seb baik i baca entry ini sampai habess kalu tak ingat nak kensel dah booking hotel tu..

    err tapi memang ngeri nasi lemak berhantu seri costa tu yer..ada racun menaikkan jisim ke haper...hehehe

    ReplyDelete
  4. Uncle J,
    bukan nusantara tapi bandaraya. hoho!

    ReplyDelete
  5. Lady W,
    ace try Hotel Seri Pelangi-jiran dia. lagi murah tau! :-)

    ReplyDelete
  6. seramnyee.wkwkwkwkwkwk

    p/s : ni mesti jam jarum ni.hee

    ReplyDelete
  7. mmg misteri mimpi shakikilala sungguh!
    cepat panggil team seekers buat rakaman! :p

    ReplyDelete
  8. choiiiii.... beriya baca sampai habis.. nasib jauh tau.. kalau tak kena babab..

    ReplyDelete
  9. JD Jen,
    lama tak dengar lagu Syakilla itu. nyanyikan??! hoho!

    *ade no tel Ghost Hunters?? :-)

    ReplyDelete
  10. Nur M,
    sori dear. hihi!
    (loklak tidur lepas Maghrib tu).

    ReplyDelete
  11. ciss....gua terkena. iye2 lah baca sampai part klimaks dia di malm jumaat tu. hadoo....boleh tahan juga BTK ni

    ReplyDelete
  12. Mana taknya berat badan tidak naik. Asyik makan duduk. :-)

    ReplyDelete
  13. hampeh tul. letih aku fikir apa yang ngeri.

    pompuan takut gemok, tapi makan banyak tak takut. :)

    ReplyDelete
  14. owh... ngeri dan takutnya sehingga berdiri bulu tengkuk!

    ReplyDelete
  15. hahaha...adoi, atok ingat an ado antu....

    ReplyDelete
  16. Sgt ngeri dan misteri ye cite ni.. Sy rase mlm ni sy nk tdo bawah lampu sharp! Muahaha.. Eh sy suke istilah itu.. Monorel rosak.. Muahahahahahah~

    ReplyDelete
  17. Salam Tips,
    Sungguh propa lah kamu ni...baru excited nak baca cerita hantu misteri...hehehe :)

    ReplyDelete
  18. ~ aiyoo..prOpa jeks lebih nih.. :p

    ReplyDelete
  19. tips, dill dah gemuk :(

    dill.

    ReplyDelete
  20. lawak oke...sengih akak sorang2 depan lappy :)

    ReplyDelete
  21. atok SA,
    ado! ado! cuma tak nmpk je. hehe!

    ReplyDelete
  22. Liyana Z,
    hihi! tak elok tidur bawah lampu terang dear.. :-)

    ReplyDelete
  23. Marya,
    eeeiii!! suka cerita seram yek??

    ReplyDelete
  24. haha..ingatkan apalah misterinya, nak tau jg sebab lately selalu ke sana :-D

    ReplyDelete
  25. Cheqna,
    ye ke? sane pon jem kan?? :-)

    ReplyDelete
  26. Mlk mmg jam esp public holiday. Tp klu tau alternative route shudnt b a prob =)

    ReplyDelete