Pages

Thursday, February 23, 2012

Lisa Surihani Mandi Bunga

Pakcik beca Melaka yang sporting. Cool!!

'Lisa Surihani Mandi Bunga Sebelum Nikah Yusry'  
Itu adalah tajuk salah satu berita Kosmo hari ini. Bukan suka-suka Lisa nak mandi bunga, tapi itu hajat mak beliau. Gambar Lisa dimandikan bunga oleh mak beliau, mak tau! bukan orang lain, ada dalam Kosmo online ni. 

Sengaja tidak sertakan gambar Lisa Surihani sedang mandi bunga sebab seksi laa.. haha! taklah! Saya lebih suka tengok pakcik beca di Melaka ni, ceria & sporting apabila diambil gambarnya secara rambang. Beca cantik dihias bunga. Beca sekarang ceria dengan lampu lip lap warna-warni. Waktu malam jela depa on lampu tu. Beca di Penang lain sikit kan? Pemandunya di belakang. 

Mandi Bunga Untuk Dapat Jodoh?
Tujuan mandi bunga ialah untuk mencantikkan kulit, hilangkan bau badan, stabilkan emosi, segarkan badan dan naikkan aura dalaman untuk kelihatan lebih ceria dan wajah berseri-seri. Perubatan tradisional pon ada mandi bunga untuk halau makhluk halus atau jin. Mandi bunga bukan haram, selagi tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik seperti jampi serapah yang tidak difahami perkataannya atau asalkan seseorang itu tidak beriktikad bahawa dengan mandi bunga dapat cepatkan jodoh, tolak bala, buang sial, malang atau sebagainya.

Kajian saintifik terhadap bunga menunjukkan ia memberi pelbagai khasiat kepada manusia. Antaranya bunga ialah pencerap tenaga tenaga matahari yang paling baik. Justeru itu, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga-bunga itu. Selain itu, tenaga bunga juga mampu hapuskan tenaga tidak baik dalam badan kita.

*Sebab tu mak Lisa Surihani suruh beliau mandi bunga.. (>.<)

credited: Midi Februari 2011, Kosmo Februari 2012

38 comments:

  1. betul..tak suka istilah mandi bunga sbb nak dapat jodoh..mungkin lebih sesuai..sebab untuk kecantikan dan kesegaran badan ke..kan3..

    ReplyDelete
  2. kalau sy yg mandi bunga.. mesti tak heboh satu malaysia... dunia dunia... hahah

    ReplyDelete
  3. mandi bunga kalau nak segar boleh. kalau buang sial or cepat jodoh smpai memang tak boleh.

    ReplyDelete
  4. la mmg betul2 ada lagi ker amalan nie..

    kalau kata ia hanya mandi utk segar dan sihat, bukan ke sekarang ini sudah macam2 produk yg ada...lagi berkesan. so kenapa mandi bunga juga jd pilihan.

    menjadi 1 persoalan pula...

    ReplyDelete
  5. Azroy K,
    wangiiiiiiiii!!!!!!!!!
    suka! suka!

    ReplyDelete
  6. KhaiF,
    siapa? khaifaiz? dia mandi tak pagi tadi??

    ReplyDelete
  7. Telor P,
    bunga kan sesuatu yg istimewa. maka wujudlah bunga rampai dipilis.. hihi!

    ReplyDelete
  8. LadyB,
    mungkin boleh psiko kita. perasan berseri-seri. hehe!

    ReplyDelete
  9. Tidak perlu mandi bunga. Sabun yang bau bunga banyak dipasaran. Beli beberapa buku untuk mandi. :-)

    ReplyDelete
  10. tiba2 rasa nak mandi bunga plak...ehehe...x pun..mandi air limau pun best gak kan..wangi je badan

    ReplyDelete
  11. x pernah lak mandi2 bunga ni....

    ReplyDelete
  12. akubiomed,
    perasa bunga ada, buah pon ada.. :)

    ReplyDelete
  13. chii,
    bauan sitrus memang menyegarkan. wangikan ketiak tu.. sental kepala pon best! :-)

    ReplyDelete
  14. soooooooour,
    jap lagi nak beli bunga la tu. hihi!

    ReplyDelete
  15. bunga apa tah dia pakai ye ...
    huhuhhuhu...

    ReplyDelete
  16. delarocha,
    Aamiiinnn... insya Allah. :-)

    ReplyDelete
  17. Uncle J,
    bunga-bungaan...

    'bunga-bunga matahari,
    anggun mekar di taman seri..' (^.^)

    ReplyDelete
  18. Akak, kt UPM saya amek Bahasa Perancis...mintak tolong ajar boleh? hehehehe ;)

    ReplyDelete
  19. teringat kenangan masa mak dara nak kahwin pada 15 thn yg lepas.. mak dara disuruh oleh Ibu mak untuk mandi lulur hehe

    ReplyDelete
  20. Kalau nawaitu mandi bunga disebabkan untuk tujuan kesihatan dan tidak beriktikad kepada perkara yang tahyul, maka tidak salah disisi Islam dengan syarat proses mandi bunga tersebut tidak mendedahkan aurat kepada orang bukan muhrim :)

    ReplyDelete
  21. mandi bunga suatu yang mengarut bagi aku. :)

    ReplyDelete
  22. Hmmm...mandi bunga...mandi bunga jugak. Yang penting mandi yang hari2 biasa ni perlu didahulukan. Cik adik...dah mandi?

    ReplyDelete
  23. darling i mandi bunga sebab nak feeling2 jadi ramona rahman dalam citer isabella search...err ramona kan? ke sapa..lupa lah sebab citer tu dah lama...tapi suka tengok scene tu...hkhikhik..kadang2 mandi bunga sebab suka tengok rose petal tu floating kat dalam baldi..poyos kan! Ahh ada i kesah...

    ReplyDelete
  24. suka aura seri dh 4 kali cuba mmg wajah naik seri..bersih tenang..tapi maha ar heee.. teringin nak beli lagi ar

    ReplyDelete
  25. tahniah la pada lisa sebab dah berkhawin walaupun patah hati. lol

    ReplyDelete
  26. Azham V,
    bonjour!
    ajar A-Z & 1-10 bolehle. hoho!

    ReplyDelete
  27. Mak Dara,
    uuuuu.. blogger femes ni mandi lulur. patutlaaa.. :)

    ReplyDelete
  28. Incek Fik,
    noted! thanks a lot.
    aurat kena jaga sepanjang masa.

    ReplyDelete
  29. Ghost W,
    huh! entah2 dia yg selalu mandi bunga.. (",)

    ReplyDelete
  30. wok J,
    tak perlu nak tweet 1 dunia; dah mandi ke belum...

    ReplyDelete
  31. Lady W,
    x ingat le siapa pelakon tu. rose fetals floating kat bath tub lagi masyuukkk!! tabur atas katil pon best! hehe!

    ReplyDelete
  32. kyuubi,
    sabarlah nak.. perempuan baik kan ramai... (^.^)

    ReplyDelete