Sabtu, 31 Disember 2011

Petua Jerawat Lisa Surihani



gambar Lisa Surihani now and now

Saya search 'image Lisa'.
Keluarlah senarai: 1. Lisa Surihani, 2. Lisa Simpson, 3. Lisa Rinna, 4. Lisa Ray, 5. Lisa Frank, 6. Lisa Marie Presley, 7. Lisa Bonet , 8. Lisa Oz, 9. Lisa Lazarus, 10. Lisa Raye. raye???  maknanya Google search engine M'sia sekarang memang penat menyediakan info & gambar Lisa Surihani la, kan...?

OK, ini ialah petua DIY Aunt Lissa menangani jerawat beliau:
1. Cuci muka gently dengan pencuci muka atau sabun baby.
2. Lap muka gently dengan item yang sesuai.
3. Ambil air suam, tekap kapas gently pada lokasi jerawat itu. Dengan harapan kuman akan kiok!
4. Biarkan seketika sampai kering. Lap gently dengan kapas muka pon ok. 
5. Ambil secubit secoet OXY 10, letakkan gently pada lokasi jerawat itu. Bacalah Basmallah & Selawat, tambah pahala..
* Jangan sapu OXY 10 itu, just letak gently sahaja pada lokasi suspek.
6. Siap, boleh tidur dengan gently-nya.. lupa nak pesan, elok buat waktu malam ni. 


*Seeloknya cuci muka dengan filtered water; Bio-Aura, Elken, Zhulian etc..




pinjam D_LA punya jerawat!


credited: mygosip.com, LadyD-LA tokey comelote and Aunt Lissa tauke butik di 
Kompleks Pertama & Cik Lisa Surihani bakal jadi Puan Lisa SuriYusry (pinjam nama ye!)



Jumaat, 30 Disember 2011

Cara Rawat Rohani Yang Sakit

Amani ciwek!!


Salam.
Hai kawan-kawan, apa khabar si dia? Masih macam dulu ke? Takpe, memang ambil masa nak sembuh tapi mari kita tengok teknik nak sembuhkan cik rohani kita ni. Dato' Dr Fadzilah Kamsah ada senaraikan 17 petuanya..


Cara nak rawat Sakit Rohani ialah:
1. Jaga solat 5 waktu.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari.
3. Qadha' solat yang tertinggal.
4. Baca Quran.


5. Maafkan orang dan mohon maaf.
6. Cari ilmu berterusan, cari guru yang mursyid.
7. Berkawan dengan orang2 positif.
8. Sedekah kepada yang memerlukan.
9. Beri haiwan makan.
10. Beri khidmat kepada yang memerlukan.


11. Cuci pinggan, tandas etc..
12. Kekalkan wudhu'.
13. Puasa sunat.
14. Sentiasa ingat mati. 
15. Hidupkan sunnah harian.
16.  Seru orang ke arah kebaikan.
17. Tunaikan haji dan umrah.


Nampak macam senang kan..? Mari kita amalkan ya, sempena nak labuhkan tirai 2011 ni.. Tahun Baru Islam pon udah sebulan berlalu. Hari ini 5 Safar 1433H.. 


credited: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Khamis, 29 Disember 2011

I've Learned - final part


Stonehenge not only in UK..
 
I've learned
that it's hard to determine where to draw the line
between being nice & not hurting people's feelings
and standing up for what you believe

I've learned
that people will forget what you said
and people will forget what you did
but people will never forget
how you made them feel

credited: Omer B.Washington 
 

Selasa, 27 Disember 2011

Duit Kertas Baru Ringgit Malaysia Lawan Duit Lama


duit baru Malaysia yang lebih ceria, model ditukar


Ada yang panggil DUIT, ada yang panggil WANG.


duit kertas RM - bakal jadi versi lama


Dah berapa puluh tahun hidup? 
Memang dah banyak umur. hihi!
Baru tahu tentang tanda dot & diamond pada duit kertas Ringgit Malaysia lama (atas-kiri), kegunaannya untuk orang cacat penglihatan. 

Duit baru pon mesti ada.. Bersyukur kita ada mata untuk melihat, maka peliharalah anugerah Ilahi ini.. peliharalah pandangan matamu sedaya upaya. Dunia moden semakin mencabar iman & minda. 

 *Segera simpan duit versi lama ni. 20 tahun nanti jadi barang antik yang mahal! (>.<)



Ahad, 25 Disember 2011

Tips Langsing Untuk Bakal Pengantin

dodel from AinZulaikha. 

Sila jangan cemburu dengan kecomelan doodle hasil tangan seni Ain Zulaikha tomey yang memakai kelip rambut riben kuning (kartun beliau laa..). Ada  ciri-ciri Ustazah Pilihan , kan!!? hihi! Merci beaucoup my dear.(>.<) 

Tips langsing ini tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal wang tetapi hanya sedikit pengorbanan diperlukan.

Caranya ialah amalkan mandi awal pagi sebelum waktu Subuh. Ada sanggup? hehe! Tak aci guna air suam tapi mula-mula tu, bolehlaaaa... Bila nak mula ni? Apabila anda dah tetapkan tarikh nikah; ikut majalah Nur ni laa.. Tempoh tu biarlah munasabah ya, sesuai dengan lapisan lemak kita. hoho!

Amalan ini mampu kurangkan lemak degil yang berkumpul dalam badan dan mampu kuruskan badan. Selain itu, ia juga mampu merawat selsema anda. Murah rejeki bangun awal pagi terus mandi ni.. Sebenarnya tips ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, tak semestinya bakal pengantin. Selamat mandi seawal pagi! 

credited: Nur November 2011

Sabtu, 24 Disember 2011

Laura Calder - Petua Mengharumkan Dapur

Kak Laura Calder naik basikal

Akak-akak & adik-adik sekalian,
Dengan bangganya saya nak kongsi petua akak Laura Calder mengharumkan dapur kesayangannya. Kenal tak kak Calder ni? Kalau dapur seindah Laura Calder French Food at Home Channel AFC 703 tu, mesti best ya amat, kan!! Harus > rajin masak & cuba semua resipi French desserts kak Laura Calder tu. (alasan!!) Beliau ialah orang Canada? Bukan jiran Celine Dion ni. Kelaaasss kau Logha!!

Baiklah akak-adik, petua mengharumkan dapur ni senang je. Sebelum tu nak bagitau, petua ni diambil daripada majalah Harmoni, bukan kak Calder tu bagi. hehe!:

1. Rebus sedikit kayu manis, bunga cengkih & cuka biasa. Harap akak-adik semua kenal rupa paras kayu manis & bunga cengkih ya. ish! ish!

2. Rebus tu agak-agak jelah ye. (Harmoni tak nyatakan tempohnya. teettt!!) 

3. Basahkan kain lap dengan air rebusan tadi (yang dah disejukkan ya!).

4. Proses mengelap dapur bermula..

5. Bau yang < menyenangkan akan hilang. Magic!! (>.<)

*Profile Laura Calder:
*ada Degree in Linguistics & Psychology.
*pernah jadi journalist & PR.
*pernah putus tunang then masuk sekolah memasak. *Sekarang tulis buku masakan Dinner Chez Moi, French Taste & French Food At Home. 
*Dia juga dah jadi personaliti TV aka celebrity chef! 
mesti bekas tunang dia gigit jari..

credited: majalah Harmoni, lauracalder.ca, reuters.com 


Jumaat, 23 Disember 2011

Ustaz Azhar Idrus - Hukum 3 Kali Tak Solat Jumaat

Berikut dipaparkan biodata Ustaz Pilihan saya iaitu: 
1. Ustaz Azhar Idrus
2. Ustaz Don Danial Don Biyajid (harap tak salah eja)

Saya taip Yuna, ada dalam wikipedia. Saya taip Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Don Daniyal, kok tiada? Nama penuh Yuna ialah Yunalis Mat Zara'ai, berasal dari Kedah dan berkelulusan Bachelor of Legal Studies (Hons) UiTM Shah Alam. 

Ustaz Azhar yang cool!!
Ustaz Azhar Idrus:
-mantan pelajar Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Form 6. Ustaz sekolah orang putih rupanya...
-menjadi guru muzik pada tahun 1985. uuuuuuuuu..... :-)
-mula belajar agama pada tahun 1990.
-banyak sedutan ceramah beliau di YouTube yang membincangkan permasalahan semasa. 
Contohnya Hukum 3 Kali Tak Solat Jumaat (sentap tak??), Tak Sakit Ambil MC (bukan saye), Hukum Bersanding, Hukum Rebonding/Mengkerinting Rambut, Hukum Menghitamkan Rambut, Petua Mencari Jodoh, Hukum Pakai Jeans, Hukum Taip Salam Dalam SMS, Hukum Bersiul, Makan Di Kedai Kafir, Tak Nak Bayar PTPTN (sentap lagi!) etc.

-Hukum 3 kali tak solat Jumaat tanpa uzur syarie - munafiq perangainya tak molek dah, bukan munafiq aqidah.. 
*anak perempuan Ustaz Azhar Idrus masih kecil. Siapa nak jadi menantu beliau? 


Ustaz Don Danial Don Biyajid
Ustaz Don Danial Don Biyajid:
- Program 30 Minit Ustaz Don di TV AlHijrah (Bicara Fardhu Ain & Al-Quran)
- cara santai je tapi best. Beliau ajar tajwid dalam program Al-Quran.
- boleh cari beliau di FB. Memang Ustaz Don dah cetus fenomena!!

*Biodata lengkap mereka masih dalam siasatan. Sekian. Selamat Menunaikan Solat Jumaat kepada kaum Muslim..

credited: ustazazhar.net, mynewshub.my, ntvirus.wordpress, wikipedia


Khamis, 22 Disember 2011

I've Learned - 2nd last part

The breeding season for Fur Seal is Oct-Dec


I've learned
that writing as well as talking
can ease emotional pains

I've learned
that people you care most about in life
are taken away from you too soon..

credited: Omer B.Washington

Rabu, 21 Disember 2011

Selasa, 20 Disember 2011

Petanda Penyakit Rohani


Adakah rohani anda sihat? 
Rohani lawannya jasmani iaitu dalaman kita, yang berkaitan denga jiwa tu..
Mari kita muhasabah diri sama ada kita ni sihat ke tidak.. 

Daripada FB Dato' Dr Haji Mohd. Fadzilah Kamsah,
Petanda penyakit rohani termasuklah: 
1. Malas beribadah
2. Malas bekerja 
3. Tumpul daya fikiran 
4. Kurang peka tentang kesusahan orang lain
5. Gelisah & risau 
6. Liar terhadap kebenaran 
7. Sering bersangka buruk 
8. Suka mengadu domba 
9. Suka isteri atau tunang orang
10. Malas atau lupa berdoa 
11. Tak rasa bersalah bila buat dosa 
12. Sukar utk buat kebaikan. 

'Semua masalah di dunia bermula daripada penyakit rohani. Mari kita hisab diri kita & rawat rohani kita agar selamat di dunia & akhirat. Wassalam'

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama sahut pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah ini. Semoga semua orang sentiasa sihat & dilindungiNya..

credited: Dato' Dr Haji Mohd. Fadzilah Kamsah @ http://www.fadzilahkamsah.com/
 DMFK Inspirations Sdn Bhd.

Isnin, 19 Disember 2011

Tips Kurus dan Petua Sakit Pinggang - Panjat Bukit Broga



Bukit Broga ialah Bukit Lalang?


Tanggal 18.12.2011 - kami ke Bukit Broga, Semenyih. 
Di Semenyih juga terletaknya Universiti Nottingham Kampus Malaysia-saja nak taip ni..


Peak 1 of Broga Hill, nearly 8am

Kalau anda lenguh-lenguh sakit pinggang, cuma buat latihan amali panjat bukit. Tak semestinya Bukit Broga ya.. Insya Allah sakit itu akan hilang. Tapi lepas tu, pasti pecah lemak. Itu adalah prosedur biasa dalam mana-mana latihan fizikal. Maklumlah, setahun sekali bersenam.. huh! 


Jangan lupa warm up & sarap dulu sebelum memulakan ekspedisi ini. Ambil coklat atau roti je. Kalau makan pedas-pedas, takut tak boleh tahan nak 'qadha hajat'. Tapi jangan risau, kemudahan tandas percuma ada disediakan di Bukit Broga ini. Itupon kalau anda sanggup seperti di bawah..


Tandas awam di Bukit Broga

Itu je dulu. Maklumat penting yang lain boleh rujuk sini. Itu pon, kalau beliau dah update!


*Selalu tertukar Broga and DROGBA. Maafkan saya ye wahai mati-keras-kipas Chelsea.. (>.<)



Sabtu, 17 Disember 2011

Cara Ujian Darah Zaman Dulu


Pernah tengok Beyond the Realm of Conscience?
Setiap Isnin hingga Jumaat di 8TV. Tapi baru je habis Jumaat lepas. kah! kah!
Gelak sebab drama Hong Kong bukan Korea ini telah berjaya memukau aku. Sorry ye Tentang Dhia. Terpaksa ku pinggirkanmu.

Dalam episod yang ke berapa entah, depa tunjukkan cara-cara buat ujian darah pada zaman Dinasti Tang. Bukan uji jenis kumpulan darah tapi uji keturunan. Caranya senang je..

1. Sediakan semangkuk kecil air.
Drama tu guna mangkuk porcelain kot.

2. Ambil jarum bersih, cucuk jari kedua-dua suspek.

3. Ambil setitik je darah mereka, titiskan pada mangkuk berisi air tadi.

4. Kalau titisan darah  itu bercampur, maknanya mereka ada pertalian darah 1 keluarga.

5. Cubalah buat di rumah. But at your risk!! (>.<)

Jumaat, 16 Disember 2011

Bertelanjang di Padang..

tiada gambar bogel. harap maklum

''Dihimpunkan manusia pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan''

''Wahai Rasullullah, kalau begitu manusia pada hari akhirat dapat melihat aurat orang lain?''

''Wahai Aisyah, urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada melihat aurat orang lain" (Riwayat Muslim)

**Semoga kita mendapat syafaat dan disegerakan perhintungan di padang masyhar kelak..

credited: Anis Sept.2011

Khamis, 15 Disember 2011

I've Learned


tangi la Hana'. ojo turu wae. mengko lemu!!

I've learned..
 that even you think
you have no more to give
when a friend cries out to you
you will find the strength to help

credited: Omer B.Washington

Selasa, 13 Disember 2011

Tandas atau Jamban

sebut betul-betul!


1. Ada orang berpendapat perkataan tandas adalah > sopan berbanding 'jamban' yang kedengaran agak < senonoh.

2. Toilet berasal daripada B.Perancis (1828) iaitu 'toilette' sebut tualet, bermaksud aktiviti membasuh, membersih & menyiapkan diri. EDT tu Eu De Toilette kan? oooo...

3. Tandas di Jepun adalah yang terbaik di dunia. Isu tandas sangat serius di sana.

4. Sila letak berus gigi atleast 6 kaki dari tandas bagi elakkan partikel 'ngeri' berterbangan semasa tandas dipam, melekat pada berus gigi. eeewwwwww!!!

5. Lif > bahaya berbanding tandas! Sebab virus merebak dalam ruang yang sempit & < pengaliran udara. Tandas adalah > luas & terbuka. 


credited: isihat Nov.2011 & zairul.com

Isnin, 12 Disember 2011

"Abang Minta Maaf"


... isteri boleh maafkan tapi tak boleh lupa
suami boleh lupa
tapi sukar sebut maaf...
benarkah??


Tahniah kepada Ana Dahlia & Mohd. Nazri Redzuawan aka Chef Riz!
(macamlah mereka baca blog ini. ceh!!)

copet dari FB ibu Amani

credited: Pak Utih~Perunding Motivasi Kekeluargaan, Anis Mac 2011

Ahad, 11 Disember 2011

Tips Tangkap Nyamuk


Dapat tangkap nyamuk kenyang memang sangat cool!
Seperti rasa cemerlang dalam ujian hidup..

Tips Tangkap Nyamuk

1. Basahkan tangan anda sehingga ke pergelangan tangan sahaja.
2. Ambil sedikit shower foam, gosok pada tapak tangan.
3. Dengan tangan yang berbuih itu, segeralah tangkap saspek tersebut.
Pasti dia susah lari sebab lemas dalam ombak rindu buih sabun.
4. Setel!! Boleh cuci tangan anda. Sekian..

Tahniah kepada anda yang Jangan Baca Sahaja,
 tapi terus Bertindak dengan serta-merta!! (>.<)
Hapuskan AEDES!! penat iklan KKM/MOH menari di blog anda tu... 
Puasnya hati dapat tangkap nyamuk terutamanya nyamuk montel yang kekenyangan..


credited: cartoonstock.com

Jumaat, 9 Disember 2011

Kenapa Disunatkan Solat Jemaah?

Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (riwayat al-Bukhari)

Malah kelebihan serta manfaat solat berjemaah terbukti dari segi saintifik dan diakui oleh pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, Prof. John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat berjemaah.



Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.



"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.



"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut," katanya.

Dr. Abdul Ghaffar berkata, tubuh manusia mengeluarkan cas yang berlebihan dan cas itu akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan jemaah di sebelah kanan dan kiri.



Begitu juga proses yang sama berlaku kepada setiap jemaah. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.



Mengikut hasil kajian tersebut, proses pertukaran cas ini sangat diperlukan dalam kehidupan harian sebagaimana keperluan tidur pada setiap hari dengan sama.



Menurutnya, bilangan rakaat yang berlainan dalam setiap waktu solat adalah bertepatan dengan keperluan pertukaran cas elektrik positif dan negatif tersebut.



Solat Subuh hanya 2 rakaat kerana ia hanya memerlukan sedikit pertukaran cas dalam tubuh. Berlainan pula dengan solat Zuhur dan Asar yang memerlukan pertukaran cas yang banyak untuk menyeimbangkan cas dan mengembalikan tenaga dan kecergasan tubuh.



"Selepas waktu Asar pula, pada kebiasaannya kita hanya beriadah atau melakukan aktiviti ringan yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga di samping perbezaan masa yang diperuntukan tidak terlalu ketara.



"Oleh itu, solat berjemaah waktu Maghrib hanya sebanyak 3 rakaat mencukupi untuk menyeimbangkan cas dalam tubuh," katanya.



Walau bagaimanapun, mungkin sesetengah daripada kita keliru mengenai bilangan solat Isyak yang banyak sedangkan ia tidak jauh berbeza dengan waktu solat Maghrib.



Dr. Ghaffar berkata, menurut kajian itu, pertukaran cas yang banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk bangun pada sepertiga malam bagi menunaikan solat sunat seperti yang dituntut dalam Islam.



"Hasil kajian saintifik tersebut menunjukkan kepada kita betapa indah dan sempurnanya amalan agama Islam sehingga setiap kewajipan yang diperintahkan kepada kita mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri," katanya.



credited: Utusan Malaysia, Nov.2011


entry panjang sebab kopipes semua fakta. sekian. (>.<)

Khamis, 8 Disember 2011

I've Learned-Kelas En.Omer B.Washington


* Kelas terdahulu di sini



I’ve learned that sometimes you have to put the individual

ahead of their actions.
I’ve learned that two people can look at the exact same thing
and see something totally different.
I’ve learned that no matter the consequences,
those who are honest with themselves go farther in life.
I’ve learned that your life can be changed in a matter of hours
by people who don’t even know you

credited: Omer B.Washington

Selasa, 6 Disember 2011

Keliru Dengan Blogger Terkenal: Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Ain Zulaikha

Yuyu Zulaikha, Ain Zulaikha & Hanis Zalikha


Saya telah berkecimpung dalam bidang blog' selama >1 tahun. Lama kan??
Buktinya saya telah mempunyai puluhan belas ribu rupiah pengikut (janganlah percaya!) Dalam bahasa blog, istilah FOLLOWERS adalah lebih mesra halwa telinga. Selain daripada itu, setiap kali saya update, pasti saya akan menerima LEBIH daripada 1 komen, termasuk drpd blogger luar negara iaitu rakyat Malaysia yang dok oversea.  Banyak kan? Saya sangat berterima kasih kepada anda semua. Merci Beaucoup!! Didapati saya juga mempunyai pengomen harapan seperti Cik Dill akudantv & her bff Cik Sal ijOu, Atok Apo2 Yolah, AmirFx ting tong teko, Ghost Writer, Olando Ahmad, Asrul Ilham Sany, si penganten Tukang Karut, bro akubiomed, d_LA tokey ComeLote, ApikPehe, delarocha dan sebagainya.. maaf, sekadar menyebut beberapa nama.. Pada awal pembabitan saya dalam bidang ini, hanya kawan-kawan rapat, housemate & officemates sahaja yang selalu komen. Sangat kasihan! itulaaa... dahla newbie, malas blogwalking, malas update, entry tak berkualiti dan segala yang negatif le. hehe!

Setelah masa berlalu, manusia pon berubah. Yang rapat pon boleh renggang due to some concrete reasonable reasons.. Sekarang saya ada ramai kawan blogger baru. Walaupon batang hidungnya hanya dilihat pada skrin, tetapi saya percaya mereka baik. Harap-harap memang baik le.. Nampak baik tapi jahat itu sangatlah marabahaya!!

Sekarang saya dah faham bahawasanya:
1. Hanis Zalikha = inibelogsaya
2. Ain Zulaikha = ainzulaikhas
3. Yuyu Zulaikha = kupukupukecik

haha! dulu keliru dengan Ain & Yuyu itu. Sekarang dah pernah emel Ain, makcik comel yang suka lukis katon comel beriben kuning juga. Si Hamis Jalikha itu pula anggun macam maknya iaitu Puan Nani Rostam. Begitu juga dengan Yuyu Zulaikha comel. Happy je bila masuk blog mereka. Sekian, entry saya berkenaan blogger wanita terkenal yang nama hampir sama dan masih bergelar pelajar IPT.  

*Selamat menyambut 10 Muharram..



Isnin, 5 Disember 2011

Baju Kurung Siap Lagi Murah RM25 & Tips Minta Diskaun


baju kurung siap RM25


Dibeli di kiosk Tesco Selayang-kedai En. Bangla, dekat dengan food-court.
Harga asal = RM30.
Harga lepas mengugut (as purchasing power of first customer) = RM25
Fabrik jenis kain berat jatuh..
Amani kata CANTIK, so sudah letgo kepada ibu beliau.
~ Sekian ~

Tips Untuk Menawar Harga:
1. Jadilah pelanggan pertama, biasanya datang awal pagi.
2. Kalau pelanggan wanita, disyorkan beli dengan peniaga berlainan jantina-sebab cas yang berbeza akan ngam!!
3. Kalau beli dengan peniaga Cina, gunakan kemahiran berbahasa Mandarin walaupon tunggang langgang.
4. Margin diskaun, minta yang reasonable. Contoh harga asal RM30, so mintalah RM20. kompem tokey akan bagi RM25!!


Sabtu, 3 Disember 2011

Tutorial Resipi Ais-Krim Durian La Cremeria


My Durians La Cremeria

Korang pernah buat ais-krim sendiri?
Ais krim Malaysia yang glamer ialah perasa milo, asam boi, sarsi etc. Etc tu ialah et cetera tau, ia bukanlah perasa ais-krim. hehe!


Bila membincangkan isu resipi ni, teringat pulak Sendok-Sendok Fifi kat Hotfm. Berbakat betul Wak AG jadi Ms Fifi. eeeewwwwwww!!


Sempena menikmati hari cuti hujung minggu ini, terimalah resipi simple paling ringkas ais-krim durian. Kompem jadi. Hassle free! Selamat mencuba! (>.<)


1. Kopek durian.
2. Isi dalam tepawe/bekas bertutup kedap yang sesuai.
3. Simpan dalam peti sejuk-tempat ais.
4. Tunggu beberapa jam sebelum boleh dinikmatinya..
*Tak perlu buang bijinya, tak perlu tambah gula atau susu. Semuanya asli.
** Nak makan, gunalah sudu. sejuk woooo!!!
.......
.
.
.
.


Inilah rupa paras La Cremeria Durian..
No sugar, added flavour or preservative.



sedap! ah sedap! ah sedap!!!

*Gunalah bekas kedap udara seperti Tupperware. TQ Nuffnang & Tupperware!! (>.<)

Jumaat, 2 Disember 2011

DOA juga adalah kaedah rawatan penyakit

tetap mahu letak gambar even tidak sesuai.. (",)

Rawatan pesakit yang menggunakan doa-doa bukanlah merupakan sesuatu yang direka-reka, janggal atau bidaah. Sebagai hamba yang lemah kita memang sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan Allah dan keperluan kepada berdoa ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya: Mintalah (berdoalah) kepadaku, nescaya Aku kabulkan permintaan kamu. (Mukmin: 60)

Perlu diingat doa bukan jampi mentera ataupun serapah, biarpun ia sering dikelirukan oleh kebanyakan orang. Sesungguhnya menyangkal keperluan doa tidak ubah seperti mencabar kebijaksanaan Allah.

Tidak semua amalan yang melibatkan jampi mentera dan serapah itu terlarang dan bertentangan dengan ajaran agama. Walaupun demikian, amalan-amalan terlarang mesti dihentikan kerana dibimbangi boleh menyebabkan pemesongan iktikad.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk dengan syarat bahawa seseorang itu beriman dan yakin kepada Pencipta yang Maha Agung, yang menurunkan al-Quran.
 
Prinsip asas dalam pengubatan Islam adalah meletakan sepenuhnya kuasa penyembuhan terhadap sesuatu penyakit hanya kepada Allah SWT.

Keyakinan yang disandarkan kepada kuasa Allah yang Maha Menyembuhkan tersebut disusuli dengan ikhtiar hasil kombinasi beberapa kaedah perawatan seperti menggunakan air, tumbuhan herba serta bahan-bahan halal lagi baik yang dibenarkan oleh syarak.

Konsep pengubatan Islam sebenarnya amat luas dan boleh diaplikasikan kepada semua jenis penyakit sama ada penyakit yang bersifat jasmani mahupun rohani.

credited: Utusan Malaysia: Nov.2011 & 2006
 

Khamis, 1 Disember 2011

Tips Cuci Cermin Mata


tiada gambar yang sesuai. harap maklum

Anda rabun? Kasihan..
tulaaa.. selalu sangat online sampai lebam. Allah tarik nikmat sikit-sikit tu. Kalau cukup bajet, buatlah lasik di klinik mata yang bertauliah.. rasanya pernah ada tawaran dalam Groupon bulan lepas, boleh buat easy payment.

Tips cuci cermin mata:
1. Alirkan di bawah air paip yang mengalir laju. Kalau air kecik, tiadalah maknanya..
2. Ambil shower foam, gently cuci cermin itu sambil tidak mengabaikan bingkainya.
3. Jangan guna sabun mandi, hasilnya berbeza. Tapi kalau darurat, guna je..
4. Selepas dibilas, sila lap dengan kain pengelap khas untuk cermin mata.
5. Jangan guna kain lain, nanti bercalar. Sayang wo! spek mahal!!
6. Siap!! itu je.. (>.<)
7. AMARAN! Jangan simply lap cermin mata dengan kain dan dalam keadaan kering. Kalau ada kesan ibu jari, silalah cuci sekejap dengan air. Jangan malas!!

**Tips ini disediakan oleh insan rabun yang telah memakai cermin mata almost 15 years. huhu! 

*Seksanya tengok Happy Feet 3D-kena double spek!!!
*Seksanya nak snorkelling..
*Seksanya nak bersukan.. (alasan tak konkrit!)
*Jagalah panca indera yang Allah beri itu.. jangan tengok porno, ok!!





LinkWithin

related posts with thumbnails