Sabtu, 22 Oktober 2011

Petua Jaga Bawah Lengan


Bawah lengan ialah bahagian ketiak.
(Kot le kalau ada yang keliru. hehe!)

Antara petuanya ialah:
1. Banyakkan minum air.
2. Mesti pakai baju yang bersih.
3. Guna sabun/mandian yang ada anti-bakteria.
4.Gosokkan potongan ubi kentang segar pada bawah lengan. Biarkan kering sebelum dicuci.
5. Guna deodorant/batu garam kristal yang khas untuk kegunaan ketiak.

*Mingguan Wanita & cartoonstock.com

#Tak tergamak nak cuba no.4 itu. Sayang le.. kentang russet kan sedap dimakan! (>.<)

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tips Jadi Tangkas


Semakin berusia, semakin perlahan tahap kecekapan/ketangkasan diri. Berikut diturunkan rahsia mengasah skil masing-masing. Buat kat rumah je, tak payah p gym pon!

1. Cuba tangkap pen yang jatuh.
AMARAN: Sila guna pen yang dah rosak/habis dakwat. Nak thrill lagi, cuba jatuhkan dari aras yang lebih tinggi. Ia akan menajamkan koordinasi & melatih otak untuk bertindak pantas.

2. Baling bola tenis ke dinding
Cuba test, seberapa pantas boleh tangkap semula. Guna bola bukan tenis pon ok je.

3. Join kelas pertahankan diri untuk dptkan latihan pakar.
Sangat murni usaha ini.. (>.<)

Contoh bergambar tidak disediakan. Harap maklum.


*(Cosmopolitan Jul11)

Khamis, 20 Oktober 2011

He Who Can't Get Marry

Ji Jin Hee

He:
- an architect, 40s, very stubborn and hasn’t gotten married yet.
-  unbearable personality that women don’t find him attractable nor a good candidate for marriage.
- doesn’t know how to communicate with other people
- obstinate and never thought of living together with somebody.

- However, Jae Hee, is perfect in everything that he does. His life will be surrounded by three different women. A doctor that he meets 1 day, a neighbour whom he meets due to a disturbance and his colleague at work.
 
,,((^o^)),, rasa-rasanya, pernah jumpa tak dengan orang Malaysia yang berperwatakan menarik macam ini..?? tak de kaitan dengan org Msia ni.. (",)
 
Cast: (macam la kenal depa ni..)
Ji Jin Hee as Cho Jae Hee
Uhm Jung Hwa as Jang Moon Jung=yang jadi Suu Jung vs Karl..
Kim So Eun as Jung Yoo Jin
Yoo Ah In as Park Hyun Kyu
Yang Jung Ah as Yoon Ki Ran

credited: kst.vn, zoommovie.com, yahoo & google

*genre: romantic comedy.
Kalau bengang tengok Soffiya atau Princess's Man, disyorkan untuk layan drama Korea ini. (asyik TV je!!!) (>.<)

Ahad, 16 Oktober 2011

Seksinya The Secret Life of Nora..hhmmm..


dalam teater pon ade break rupanya...

uuuuuuu...
Set & propsnya hebat! Lagu-lagunya sedap. Pelakonnya kacak, cantik lagi seksi. Memang persembahannya mantap!

'para penontoonnnnn... bapak-bapak, ibu-ibu semua yang ada di situ..' Mesti kaum Adam suka. Lagi le kalau yang dapat seat depan stage tu. ish! ish! Ramai juga ibu bapa yang bawa anak-anak yang belum akil baligh menonton tadi. Saja nak komen ni: sesetengah costume mereka itu menjolok dan mencolok mata. Terdedah, terselak, tersingkat.. Aku pon rasa segan.. sangat tidak sesuai la.. daring! Contoh gambar sengaja tidak ditepek. Harap maklum.

Adibah Nor buat scene terbang dengan jayanya! Sila percaya! (>.<). Betty (Stephanie Van Driesen) pon best! Tapi paling aku suka ialah Bos depa iaitu Abang Mamat Khalid yang on off kat tv. hoho! Kesian Tiara aku tak puji beliau. Beliau pon best juga. Begitu juga dengan Encik Tony Eusoff, Ryan Silverman & Mr.J.

Teater ini patutnya tamat besok. Tapi memandangkan popular demand daripada rakyat jelata sekalian, makanya teater ini akan disambung ke 20 hingga 22 Oktober 2011.

So, anda masih sempat nak tengok. Tiket boleh dibeli di atas talian AirAsiaRedtix.com (sila taip www ye!) dan boleh redeem di kaunter Istana Budaya 3 jam sebelum show. Kalau nak tengok le.. ((.0.))

*merci beaucoup Ms J-penaja tiket!

Isnin, 10 Oktober 2011

Seronok Derma Darah


'Darah manusia beredar di dalam tubuh manusia selama 120 hari. Selepas itu, ia musnah secara semulajadi dan sel darah baru tercipta. Jadi salahkah jika kita menderma kerana jika tidak menderma pon, ia akan musnah'.

Ayat di atas ialah ayat Doktor Mohammad Masrin Md Zahrin. Ada di MegaFokus, Utusan Malaysia 7.10.2011. Bolehlah rujuk akhbar itu kalau nak ambil tahu berkenaan kriteria & keistimewaan penderma darah.

*Selamat menderma! (>.<)




Isnin, 3 Oktober 2011

Petua Halau Badak Guna Bunga


media.photobucket

Anda ada masalah untuk menghalau badak sumbu?
Jangan risau.. petuanya senang je. Sila guna pokok chamomile yang berbau harum tu sebab badak sumbu sangat tidak menggemari bau chamomile. 

Petua ini diturunkan oleh penduduk etnik Tharu di hutan Nepal (badak sumbu sering merosakkan tanaman mereka). Manalah tahu... kot ada badak datang mengganggu mimpi anda. Macam la sempat nak cari chamomile nanti masa tu.. Atikel ini tak ajar cara sebenar yang digunakan. Cuma dinyatakan guna chamomile dan terpakai kepada badak sumbu sahaja. Sekian. Jangan jadi 'Badak Makan Anak'.. (>.<)

#Utusan Malaysia, 30.9.2011

Ahad, 2 Oktober 2011

Syukran.. Pendapatan Terumpuk


'Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog anda. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa anda selepas kempen mCPM tersebut tamat'.

(Dimaklumkan bahawa RM1 akan dikenakan sebagai caj transaksi ke atas penebusan bayaran yang dibuat. Sila beri tempoh 30 hari mulai akhir bulan untuk bayaran anda diproses dan dihantar).

Ucapan terima kasih kepada:
1. Pihak Nuffnang yang sudi bagi BE bertubi-tubi & pengiklan yang memilih atau terpilih blog ini. hehe!

2. Kepada anda dan anda yang sudi datang ke blog ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga anda dapat sesuatu yang berfaedah dan tidak serik datang lagi ya! (>.<)


LinkWithin

related posts with thumbnails