Jumaat, 30 September 2011

Malam Jumaat..


Istilah 'malam Jumaat' sangat masyhur di kalangan masyarakat Melayu. Maklumlah, ramai yang tidak mahu ketinggalan berebut pahala membaca Surah Yaasin.. bagus! (Sila berfikiran matang & lurus!) Kendatipun, Lagipon, kita nak bersedia bertemu si dia & merebut manfaatnya..

Sebenarnya malam adalah saat yang paling ditunggu oleh para solihin. Antara kehebatan malam ialah:
1. Allah muliakan malam > drpd siang, berdasarkan turutan sebutan dalam Al-Quran.
2. Waktu yang paling intim interaksi antara hamba dengan Khaliqnya.
3. Allah limpahkan kekuatan spiritual & rahmat kasih sayangNya.
4. Waktu yang diberkati. 
5. Saat yang dijanjikan mustajabnya doa.
6. Lailatul-qadar~malam Ramadan
7. Nabi terima wahyu pertama di Gua Hira'.
8. Malam Nisfu Syaaban banyak keberkatan.
9. Malam Aidil Fitri & Aidil Adha~malam yang sangat mulia.
10. ada lagi-sila rujuk Anis Januari 2011.. (>.<)

MALAM itu gelap maka terangilah dengan ibadah mulia. Jangan tidur lambat, nanti susah nak bangun subuh..


Khamis, 29 September 2011

Sambung Kelas Poem En.Omer~I've Learned-3

En.Omer tiada dalam gambar hiasan ini..

updates: MokCik Hajjah Sitt Al-Wuzara tu dok kat Sweden!  (Habislah ko kalau balik Malaysia nanti...). AMARAN: Menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah satu kesalahan besar!

....
I’ve learned that you can keep going
long after you think you can’t
I’ve learned that heroes are the people
who do what has to be done
When it needs to be done,
regardless of the consequences.

I’ve learned that there are people
who love you dearly,
but just don’t know how to show it.
I’ve learned that sometimes when I’m angry I have the right to be angry,
but that doesn’t give me the right to be cruel.

I’ve learned that true friendship continues to grow
even over the longest distance.
Some goes for true love.

I’ve learned that just because someone
doesn’t love you
the way you want them to
doesn’t mean they don’t love you
with all they have...


previous part: here

credited: En Omer B.Washington

Isnin, 26 September 2011

Sifir Hidup Harian Kita

jaga solat ye, aunt & uncle..

Semua manusia ada 24 jam sehari bersamaan 1440 minit.
Kalau nak saat, darablah dengan 60 ye adik-adik..
Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling sedikit kita lakukan?
Perkara yang paling sedikit itulah yang memberi keselamatan kepada kita sehingga ke akhirat kelak. Fikirkanlah & 'selamat beramaaaall' (gaya Prof.Fizi Hj Ali)

*Tidur: 8/hari = 480 minit
*Makan: 3 kali yang proper = 20 minit x 3=60 minit
*Tengok TV: 3 jam/hari
*Online internet, FB, blog' etc: 2 jam/hari
*Bekerja: 8 jam/hari
*Solat: 5 waktu/hari = 10 minit x 5 waktu=50 minit
*Baki jam = dan lain-lain..

credited: Anis Jun 2011


Ahad, 25 September 2011

Tarabas ialah Bukan Hero Yang Kacak ~ The Cave of the Golden Rose

gaya jahat!


tak macam jahat pon!

Hero mesti kacak ke?
Kalau bukan hero, muka mesti ala tak siap-pecah rumah..
Tarabas dalam The Cave of the Golden Roses tu adalah contoh teledrama bukan hero yang bajet hensem. Hakikatnya beliau memang hensem walau pon diarahkan untuk melakonkan watak jahat atau bukan hero.

Terima kasih kepada TV9 yang sudi menyiarkan drama bersiri tahun 1991-1996 ni. (Sila rujuk wikipedia). Setiap Ahad, jam 10 malam. Kenapa lambat sangat? Acik dah ngantuk ni.. adehhhh... :( 

Italian fantasy film series ni best wooo!! Namanya pon fantasi, so memang banyak tak logik. hehe! Selamat menonton! (>.<)

*Bila Moero Attack nak diulang tayang ni...??

credited: photobucket.com

FAQ-Kad Debit Bank Islam


1. Apakah caj yang dikenakan oleh Bank Islam untuk Kad Debit-i ini?
*Bayaran Tahunan (ahli kad sedia ada & pemohon baru) = RM10.00 (setahun)
*Penggantian Kad disebabkan hilang/dicuri/lupa no Pin. = RM15.00 (setiap permintaan)

*Pengeluaran Tunai melalui ATM Bank Islam = Tiada Caj
*Pengeluaran Tunai melalui Bank Tempatan ATM-MEPS = RM1.00 (setiap pengeluaran)

*Pengeluaran Tunai melalui Bank Tempatan ATM-Visa Plus = RM10.00 (setiap pengeluaran)

*ATM Luar Negara RM = 10.00 (setiap pengeluaran)
*Salinan Draf Jualan RM5.00 (setiap permintaan)
*Jualan Asal Draf Bayaran-Bayaran = RM20.00 (setiap permintaan)

*Cetakan Penyata = RM1.00 (di Mesin Penyata), RM5.00 (di Kaunter)

2. Berapakan tempoh masa yang diperlukan untuk menerima Kad Debit-i Visa Bank Islam?
Kad akan diterima pada hari yang sama anda memohon.

3. Apa akan berlaku sekiranya baki di dalam akaun CASA tidak mencukupi untuk caj penggantian Kad tahunan?
Kad secara automatik akan disekat. Untuk melakukan pengaktifan Ahli Kad perlulah mengunjungi cawangan yang berdekatan

4. Berapakah jumlah yang perlu saya kekalkan dalam akaun CASA?
Ianya adalah berdasarkan kepada jenis kelayakan minima sesuatu akaun. Untuk simpanan biasa, sekiranya anda ingin melakukan transaksi runcit bernilai RM100.00, Akaun Simpanan anda haruslah mempunyai baki minima RM101.00.

a) Hotel–semasa daftar masuk, caj ’pre-authorization’ akan dikenakan. Semasa daftar keluar, jumlah ‘pre authorization’ akan dibatalkan serta merta.

b) Petrol-dipam (kaunter layan diri), RM200 akan dikenakan dan jumlah sebenar akan didebitkan dalam masa 7 hari.

5. Sekiranya Akaun CASA saya dikawal selia di Cawangan KL Sentral, adakah saya dibenarkan memohon Kad Debit-i Visa Bank Islam di Cawangan Jalan Raja Laut?
Boleh.

6. Apakah yang harus saya lakukan sekiranya Kad Debit-i Visa Bank Islam saya hilang atau dicuri?
Sila maklumkan segera ke Pusat Panggilan kami di talian 03-26 900 900. Kad gantian akan dikeluarkan dimana-mana cawangan dengan caj RM15.00 dan akan didebitkan ke Akaun CASA anda.
 
7. Berapakah caj yuran tahunan dikenakan?
RM10.00 setahun. Dikecualikan sekiranya transaksi runcit melebihi RM500 setahun.

8. Bolehkan transaksi internet dilakukan menggunakan Kad Debit-i Visa Bank Islam?
Ya boleh. Ahli Kad terlebih dahulu dikehendaki mendaftar PIN e-commerce di www.bankislam.com.my.

sumber: website Bank Islam 

*saya adalah pelanggan Bank Islam yang berdedikasi. Wahai BIMB, kenapa susah nak guna internet banking anda??? Kenapa pelanggan akaun simpanan sekarang diwajibkan guna kad debit? Berbanding dengan Bank Rimau tu, depa akan bagi pilihan kepada pelanggan..



Jumaat, 23 September 2011

Kenapa Mustajab DOA pada hari Jumaat??


Masjid Wilayah, Jalan Duta

Pada hari Jumaat:
1. Allah ciptakan Nabi Adam a.s
2. Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi.
3. Nabi Adam a.s wafat.
4. Berlakunya kiamat.
5. Ada saat mustajab di mana setiap orang yang berdoa pada saat itu akan dimakbulkan oleh Allah swt melainkan meminta yang haram..

sila lihat juga: Hari Terbaik Untuk Berdoa

Khamis, 22 September 2011

Tips Update Blog & I've Learned-2

jarak ilusi..

senang je nak update blog.
setiap Rabu-Wordless Wednesday yang tepek gambar without writing tu.
setiap Khamis-aku tak join Spontaneous Thursday tapi berjiwang dengan En Omer~I've Learned ni. senang kan??
Macam buat jadual, setiap hari ada temanya. Kalau tak ikut pon takpe, it's your blog..
Tips-petua kurusnya?? every now & then.. hoho! 

tips: if your heart is full of love, you always have something to give..(^.^)

I’ve learned that it’s not what you have in your life
but who you have in your life that counts.
I’ve learned that you can get by on charm for about 15 minutes.
After that, you’d better know something.

I’ve learned that you shouldn’t compare yourself
to the best others can do
but to the best you can do.

I’ve learned that it’s not what happens to people,
It’s what they do about it.

I’ve learned that no matter how thin you slide it,
there are always two sides.

I’ve learned that you should always leave loved ones with loving words.
It may be the last time you’ll see them..  :(

**to be continued**
credited: Encik Omer B.Washington








Selasa, 20 September 2011

Hantu Susu Lagi Best Daripada Hantu Bonceng!!


Hantu Bonceng tu ada lagi ke kat wayang?
ooo... dah habis yek? Mesti dah masuk Astro First ni. 
hhhmmmm... banyak kontroversi pasal filem arahan Ahmad Idham ni. Camne boleh lepas LPF? Dah banyak diperdebatkan di blog-blog menyebabkan aku tiada rasa nak menonton cd piratenya. ops! my Std.6 nephew yang beli lo (dia nak buat ulang kaji, kot!!) bukan aku.. hoho!

Aku suka tengok telemovie Hantu Susu.
Astro dah banyak kali ulang movie ni (biasalah tu!). Korang boleh tengok di U-tiub. Kat blog pon ade yang dah muat turun. Ceritanya menghiburkan! Tak seram langsung!

Hantunya cantik-cantik belaka iaitu Puan Erra Fazira (pontianak), Puan Amy Mastura (penanggal), Cik Marsha Londoh yang telan pil tu (kum-kum) & Cik Zarina AF (langsuir). Didie Alias, Apek n Fir Affandi pon ade. Korang kenal siapa itu Fir Affandi? (sebelah Apek kat bawah ni). Produk AF9 ni..
credited://pelitahiasan.blogspot.com

Rupa-rupanya, movie ini adalah kesinambungan daripada movie Pontianak Kampung Batu. Skripnya sempoi je. Tiada unsur mempersenda..

*Pontianak sekarang dah tak minum darah. eeeewwwww!! Mereka ambil kolagen. Sebab itu maintain lawa..

 - Cerita hantu masih mengungguli carta.. Kenapa Khamis malam Jumaat mesti dihidangkan dengan cerita berunsur kehantuan atau keseraman??


  

Isnin, 19 September 2011

Sukarnya Memulakan..

comel tak kalau aku try ni..?!

Apakah perkara yang paling sukar anda lakukan buat kali pertama?
1. Membuat dodol atau membuat serunding daging.
2. Memandu kereta, motorsikal, bot laju, kapal terbang, kapal selam..
3. Memulakan kerja baru, berniaga etc..
4. Membedah orang, membelah kelapa..
5. Berucap dalam public speaking.
6. Melafaz akad nikah kali pertama (lelaki sahaja).
7. Bertukar status: single, double, trouble, triple..
8. Meluahkan hasrat/niat di hati untuk melamar si dia..
9. Hari pertama memulakan puasa setelah sakan asyik makan je time cuti.
    *6+ jam lagi ni. maaaakkkkk...!!!


sate arnab sedap wo!


Ahad, 18 September 2011

Jus Kentang

Neslo shack.. yami! yami!

Hari ini, mari kita ambil tahu pasal jus kentang. Alaaa... kentang tu, yang buat potato chips Mr Potato, kentang putar, fun/french fries, wedges etc.. makanan ruji arwah embah. hehe!

Khasiat kentang ni bagus untuk:
1. Darah tinggi
2. Fungsi otak.
3. Batu karang
4. Penghadaman
5. Cirit-birit

6. Kecantikan kulit
7. Inflamasi * tanya doktor anda.
8. Reumatisme *yang ini pon, tanya doktor anda
9. Skurvi-kurang Vit C: bibir kering, gusi berdarah & kerap flu.
10. Tambah berat badan
11. Cegah PMS & tekanan mental. (tahu PMS itu apa??)

*Elok rebus & bakar kentang. French fries itu tidak bagus!

* Jus kentang mentah adalah terbaik. Sila kisar dengan air mineral/RO/air jarang pon takpe. Then segera diminum. Ingat tu.. kakak opis buat jus ni untuk suaminya yang kena gout. Orang Jerman minum jus ni untuk rawat ulser gastrik & sembelit. Majalah Anis yang bagitahu ini.. (bukan Ustaz Olando Ahmad!!)


Sabtu, 17 September 2011

Intip Calon Menantu Waktu Subuh/Isya'

pengganti gambar calon menantu

"Intiplah mana-mana teruna yang rajin ke masjid tu, buatkan menantu," saran seorang lelaki warga emas kepada kaum ibu yang sedang rewang kenduri. - A

"Intiplah waktu solat Subuh atau Isyak. Kalau anak muda itu selalu ke masjid, ada harapan jadi calon.." - A

"Boleh percaya ke? Kot-kot dia buat alim sebab nak attention..", bidas satu suara.

 "Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang untuk seorang anak muda melangkah ke masjid Subuh hari, kalau bukan kerana kemahuan yang kuat & bersungguh-sungguh membesarkan Allah. Orang yang dapat bangun Subuh dan jemaah di masjid/surau, adalah orang yang berdisiplin ". - A

"Waktu Isya' ramai orang kepenatan dan suka berehat di rumah je. Maklumlah, waktunya panjang.. Jadi, bagi yang cintakan Allah, dia akan segera selesaikan urusannya dengan Allah. Musuh Islam sangat takut kalau orang Islam ramai solat Subuh & Isya' di masjid kerana pada waktu begini, ramai yang lalai." - A

Kesimpulannya, nak cari menantu yang baik, pakcik-pakcik pon kena la selalu ke masjid ya. Nak dapat yang terbaik, kita pon kena jadi baik dulu. Allah akan anugerahkan kita ikut apa yang kita usahakan.. 

Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan oleh ANIS April 2011. (>.<)


Khamis, 15 September 2011

I've Learned - 1

kau buat apa tu??

Anda kenal Omer B.Washington?
ace search kat wikipedia. Aku  tak kenal pon.. hehe! .. tapi aku suka karya dia pasal I've Learned. Sangat suka sebab seorang yang istimewa yang bagi & memang bermakna.. Bacalah dulu part 1 ni ye.

I've learned that U cannot make someone love U
All U can do is be someone who can be loved
The rest is up to them

I've learned that no matter how much i care
Some people just don't care back

I've learned that it takes years to build up trust
And only SECONDS to destroy it..

*** to be continued ***

Selasa, 13 September 2011

Petua Mengatasi Urat Kaki Timbul

lamanya tak jogging..

Anda rasa kaki anda seksi, panjang keding macam tiang letrik?? Atau kaki besar berbetis bunting padi?? nak beli seluar pon agak sukar.. Bersyukurlah dengan sepasang kaki sempurna yang Allah kurniakan itu.

Kalau urat-urat di kaki seksi anda itu timbul tersembol sana sini, janganlah gusar atau bergundah gulana sebab ada petua untuk mengatasinya. Caranya ialah seperti berikut:

1. Rebus segenggam kacang hijau TANPA gula. Agak-agak empuk je, jangan lama sangat. Then, makan kacang itu pada waktu pagi dan malam. (Mesti tak best ni! aku tak nak try!)

2. Angkat kaki ke atas ke atas-setinggi mungkin, setiap kali hendak tidur. Aku baring atas katil, angkat kaki ke atas & sandarkan pada dinding. Cara ni boleh kot! Tapi ade je lagi urat-urat timbul. Cissss!! Anggap je la itu petanda kita ni kurus. lalalala!!!!! Selamat mencuba ya. (>.<)

* Nephew cakap Math senang, BM susah sedikit. Maklomle, jawa totok!! Cuti raya asyik study tv 611-616 je..


Tuala Hotel (Nama Luar Negera) Berlubang-lubang!!

(Patut ke tak tulis ni..
Borang maklum balas pelanggan tidak disediakan, so aci kot taip kat sini je..)

Nama hotel ni memang gah. Macam berada di luar negara, ai tell yuuuuu..! (MACAM jek!!). Bilik selesa & lengkap, cantik.. tapi tualanya kok ada yang berlubang-lubang?? Contohnya tuala bodi ni ada 6 lubang bersaiz syiling 20 sen! potong stim je!! Gambar sengaja tidak ditepek sebab telefon tangan sekarang tiada fungsi kamera. huhu!!  (selamat hotel ni!)

Kena repot kat CEO ni.. hhhmmm...

*itu je. sori, kalau masa korang terbazir sebab baca entry ni. (Korang memang tengah free kalau blogwalking kan?? hehe!) Memang ada yang tepat kajian Dato' Fadzillah Kamsah tu: bayi comel Januari ~ kuat kritik.. (>.<) 


Ahad, 11 September 2011

Rahsia Pemakanan Genius Islam

pinjam girl ini

Kepintaran & daya ingatan seseorang berkait rapat dengan makanan. Berikut adalah senarai makanan untuk minda si kecil anda (untuk si besar pon boleh!)

1. MADU
2. KISMIS * ada cara nak makan ikut sunnah Nabi.
3. SUSU segar (susu kambing, biri-biri & lembu)
4. TELUR (terutamanya telur ayam kampung)
5. DELIMA. kot tak kenal, cari buah punica granatum.
6. Daging burung merpati
7. AYAM (terutama AYAM DARA) dan BIRI-BIRI. (kalau kambing pon ok kot!)
8. KEKACANG-badam, pistachio, gajus.
9. LABU

*kanak-kanak yang diberi makan telur burung merpati, mampu bertutur lebih awal berbanding biasa.

#maklumat lanjut: Harmoni Julai 2007.


Khamis, 8 September 2011

Mari Tidur!!


Mari dapatkan tidur yang berkualiti supaya kita sentiasa happy! yeayy!!
Atikel 'tidur' ni suruh kita perbaiki waktu tidur dalam masa 6 minggu berturut-turut. Cara-caranya:

1. Tidur secara rutin.
Cuba set waktu tidur & bangun yang sama, walaupun pada hari cuti. hehe! 

2. Pakaian mesti selesa.
Elakkan baju yang ketat.

3. Bantal busuk.
Pakai je bantal tu, jangan malu-malu.

4. Buat regangan.
Regangkan otot 2 jam sebelum tidur. Biasanya akan mudah mengantuk selepas itu.

5. Elak kafien. 
Kafien merangsang otak. Maka jangan meminumnya 4-6 jam sebelum tidur.

# Rapi, Feb.09

*Bacalah doa sebelum & selepas tidur. (>.<)

Jumaat, 2 September 2011

Love Is In The Air

lapar..

'Cinta itu ibarat di awang-awangan'
Ia bukan sekadar kata pujangga tapi adalah sesuatu yang nyata bagi kebanyakan gegat.
Korang kenal gegat tak? Ubat gegat tahu kan?! (>.<)

Sumber ini mengatakan bahawasanya gegat=serangga berbulu lembut ini boleh mengesan 'signal cinta' aka PHEROMONES. Ia dipancarkan secara langsung daripada yang berlawanan jantina, dari jarak hingga 7 batu=11 km.

Kajian juga mendapati, homosapien juga boleh mengesan 'pheromones' tapi buktinya masih belum mencukupi.

Sekian. Selamat beraya. Hati-hati di jalan raya supaya tidak wujud pusara di lebuh raya..

*info gegat di wikipedia tu betul ke? gegat bukan kupu-kupu kecil ke..? kupu-kupu dan rama-rama tidak sama bukan?? 

~Ujang: Apr 2011~

LinkWithin

related posts with thumbnails