Jumaat, 26 Ogos 2011

Jemputlah Baca '7 Sunnah Penting' Ini.

Salam.

Dalam kehidupan sehari-hari, ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita
selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari
dari kesilapan.. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita,
agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
1: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul,
atau ayat Qursi.
 
3: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yan
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 
5: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat
kali ganda.
 
6: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan
dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
7: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu
ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan
zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia daripada
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada
blog ini dan tidak perlu backlink.. cukup sekadar sebarkan, dan menjadi
manfaat pada semua – WASSALLAM.
*Penulis asal entry ini tidak diketahui. Saya dapat daripada emel.
Tahniah kepada penulis asal dan anda yang sentiasa amalkan 7 perkara tersebut..





Khamis, 25 Ogos 2011

Beri Biru Kempiskan Perut, Lada Putih Bakar Lemak


Kalau perut terbuncit walaupun setelah sebulan berpuasa, anda boleh amalkan makan buah beri biru & lada putih untuk mengatasinya. Gambar tidak disertakan tapi anda semua mesti kenal kan? (>.<)


*Beri biru (blueberry) kempiskan perut:
-buah paling kaya antioksidan.
-kaya vitamin untuk lawan selsema & demam, turunkan kolestrol, kawal glukosa, turunkan risiko sakit jantung & diabetes.
-boleh bakar lemak di perut maka membantu kempiskan perut.


*Lada putih bakar lemak:
-tingkatkan pembakaran kalori tubuh sebab rasa panasnya.

#Harmoni Julai 2011.


Selasa, 23 Ogos 2011

Hari Terbaik Untuk Berdoa

@ Masjid Besi, Putrajaya

Bab 1-Buku Petua Membuat Orang Jatuh Cinta

~Adab-adab Berdoa~

*Hari Terbaik Untuk Berdoa:
1. Malam Jumaat dan siangnya.
2. Malam Hari Raya & siangnya.
3. Malam Lailatul-Qadr.
4. Malam Isra' Mikraj.
5. Malam Nisfu Syaaban.
6. Malam pertama bulan Rejab.
7. Hari Arafah.

*Bulan Terbaik Untuk Berdoa:
1. Rejab
2. Syaaban
3. Ramadan
4. Zulhijjah - bulan haji

#Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Bagus beli & baca buku ni. Bukan setakat bagi petua memikat orang je..

Isnin, 22 Ogos 2011

Review: Buku Petua Membuat Orang Jatuh Cinta


angsa pernah kejar aku dulu...

Salam.
Isnin.. perkara paling indah ialah bercuti pada hari Isnin. hehe!

Merujuk kepada tajuk di atas, berikut disenaraikan Bab 4 buku hot ini. iaitu Kaedah Memikat Pasangan:

1. DOA bersungguh-sungguh & berusaha dengan tepat.
2. Amati orang di sekitar anda.
3. Tidak patah semangat.
4. Mengisi hati dengan ibadah.
5. Bersedia bertemu pasangan.
6. Lengkapi diri.
7. Buka hati & minda.
8. Fokus & tulus. 
9. Berkomunikasi dengan mesra.
10. Beri tumpuan pada persamaan.
11. Berpersonaliti sederhana.
12. Kehidupan seimbang. 

Itu antara yang penting. Maklumat lanjut, sila dapatkan buku Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ini di kedai-kedai berhampiran anda ye. Harganya RM19.90 sahaja. Sekian.


Sabtu, 20 Ogos 2011

Abang Busuk...!!!!

Kepada semua abang kacak mahupun < kacak,
Sila jangan busuk terutama ketika keluar rumah.
Wailma kalau keluar dengan kanak-kanak sekalipun.

Kalau tak, anda mungkin akan dicap tak wangi.
'Abang busuk.. ' (ulang 5 kali dalam masa 46 Saat)
Pengakuan tulus luhur daripada Ms Ayuni, eksklusif di sini.
 
Ayuni-2 tahun 5 bulan laaaa...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Petua Basmi Jerawat Raya


not this Ms Jay

Seminggu lebih je lagi nak bersama Ramadan ni.
Tiba-tiba je jerawat (selepas ini disebut Ms Jay) muncul dengan jayanya di muka. Mari kita musnahkan beliau dengan segera. Tak comel le gambar raya kalau ada Ms Jay!!

Ok, rentetan daripada ilmu Buku Jerawat hari tu, mari kita cuba membasmi Ms Jay guna bahan semulajadi.  Cara & bahan yang paling mudah dicari ialah seperti berikut:

1. Parutan timun/sengkuang campur 2 sudu air limau nipis.  Tepek pada muka macam pakai mask zorro selama setengah jam.

2. Air garam dicampur dengan 5 biji belimbing buluh yang telah ditumbuk halus. Sapu adunan ini pada Ms Jay itu. Buku tu tak bagitau belimbing masak ke tak & tempoh masanya. Agak-agak je la yek!

3. Rebus 5-10 daun sirih dengan 2 gelas air. Cuci muka dengan air rebusan ini (biar sejuk dulu!).

4. Petua untuk cuci darah:
Kisar 2 biji mengkudu (bukan senang nak jumpa) masak dengan 1 gelas air. Then, rebus dengan gula batu. Air rebusan ini diminum untuk cuci darah penyebab kehadiran Ms Jay tu.

 
* Tekup Ms Jay dengan ais dalam beberapa minit bagi mengurangkan keradangannya. (Tapi mesti cuci muka gently dulu). Then biarkan je. Jangan usik-usik. (bedung tangan tu ya LAdy_DyLA oitttt!)

# Hasil ujikaji ini pasti berbeza bagi setiap orang ya. Selamat berjaya! (^.^)



Khamis, 18 Ogos 2011

Lebam Digigit Jin atau Pelesit??

Salam.
Besok dah 19 Ramadan kan? Tahun ni senang nak kira sebab sama tarikh bulan tak Islam.

Korang ada pengalaman digigit?
Tadi aku search pasal 'digigit'. Tajuk 'digigit JIN' menduduki tangga teratas mendahului 'digigit pelesit'. Ishhhhh!!!! (Seram la pulak nak habiskan entry ni.) hehe!

Aku agak keliru ni: Siapakah yang punya angkara sebenarnya? J atau P???
Suspek tu hisap darah ke saja-saja nak buat love-bites? heeeeeeeeiiiii..... Apakah modus-operandinya?? Adakah mereka diarahkan oleh tuannya? Kenapa dalam bulan Ramadan yang mulia ni pon mereka beroperasi? Mereka tidak diikatkah??

Ustaz cakap, cara nak elakkan kejadian ini ialah:
1. Jangan tidur lepas Asar
2. Jangan mandi malam
3. Pakai kain basahan ketika mandi.

Why I Stay Single

sengaja dikaburkan

Ini bukan entry expired Wordless Wednesday.
Bukan juga untuk Spontaneous Thursday.
Tapi saja je. 
Mungkin bertepatan dengan orang di sekeliling kita..

*Selamat melipat-gandakan amalan di penghujung Ramadan 1432H ini.

*Happy Belated 1st birthday blogamani.blogspot!! (>.<)
#credited: majalah (lupa laa.. sori!)

Rabu, 17 Ogos 2011

Rahsia Wanita ~ 6 Hal Sebelum Menikahi Lelaki Muda

Bersenamlah untuk diri sendiri & orang tersayang

Kenapa orang suka baca bab jim wau dal wau ha bulat?
hehe!

Sila buka Harmoni Julai 2011, page 58 ye~
Hal-hal Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menikahi Lelaki Muda:

1. Faktor Lingkungan - pandangan masyarakat
2. Faktor Kedewasaan - kematangan berfikir & memimpin
3. Faktor Kesesuaian - persefahaman
4. Faktor Pendapatan
5. Faktor Anak
6. Faktor Komitmen - tanggungjawab sebagai suami/bapa & ketua keluarga.

Selasa, 16 Ogos 2011

Rahsia Tandatangan

M2-Mingguan Msia 14.8.2011 ~ Tandatangan Lambang Keperibadian. Contoh tandatangan di beritamaster.blogspot

1. Satu garisan di bawah:
Seorang yang sangat yakin, personaliti hebat tapi agak selfish. ~ Mantan PM; Tun Mahathir.

2. 1 titik di bawah:
Orang yang simple & tenang tapi mudah hilang kepercayaan apabila dkhianati.

3. 2 titik di bawah:
Romantik tapi ala playboy, suka pilih yang cantik je & mudah tarik perhatian.

4. Tiada garisan & titik di bawah:
Seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tapi < beri perhatian pada orang lain.

5. Tiada kaitan dengan nama:
Sentiasa berusaha nampak bijak & yakin dengan kebolehan diri sendiri. Tapi suka berselindung & tak kisah dengan pandangan orang lain.

6. Berkaitan ejaan nama tapi sukar dibaca:
Kreatif & cerdik tapi malas berfikir panjang & mudah tukar idea.

7. Huruf tidak bersambung:
Suka berfikir, sangat prihatin, tak selfish, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain tapi cepat mengalah & mudah serik.

8. Ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas:
Baik hati, boleh sesuaikan diri dengan mudah, tegas dengan pendapat sendiri & bersemangat tinggi.  Contoh Dato' CT & Erra Fazira.

*Kebanyakan artis di no 8. Korang pula di mana? Nombor 9 ke atas aku tak sempat taip. Sekian.



Isnin, 15 Ogos 2011

Review: Buku Jerawat


Sempena menyahut cabaran Mr James Alexander @ "Quotes For Us":
Janji akan ditunaikan sekarang iaitu review buku jerawat .

1. Bab Perubatan Alternatif
* Guna buah mahkota dewa, hempedu bumi, temu giring, daun sedap malam, temu lawak, daun mambu, belimbing buluh dan mengkudu. Korang pernah pegang ke bahan-bahan tersebut. Mesti baru pertama kali dengar kan? hhmmmm... Budak-budak jaman sekarang.. ;)

2. Jerawat akan menyerang apabila:
a. Anda sedang stress fizikal & psikologi.
b. < tidur.
c. Sembelit.
d. Cuaca panas.
e. Makan makanan pedas.

3. Sila jumpa pakar kalau mengalami jerawat yang serius. Info pasal jenis jerawat di sini.

4. Dilarang facial/scrub semasa jerawat meradang! Sebaliknya hanya cuci lembut dengan air masak sejuk dan tekap ais. 

5. Hak cipta terpelihara. Nak tau lebih lanjut, sila beli buku ini di kedai yek. Kalau aku kena saman dengan penerbit, habislah dunia...

(Gejala malas membaca buku semakin menular ni. Korang lebih suka baca online yek? Tak bagus tau wahai Muhammad Hanif! Habislah industri percetakan buku nanti). Ayat bajet baik. teetttt!!


sumber: Buku Panduan Menangani Masalah Jerawat

Lagu Ramadan cum ASN dulu-dulu..


Lagu ini ditujukan khas kepada rakan-rakan seangkatan umur dan semestinya mereka yang lebih tua daripada saya. Terimalah lagu kegemaran saya semasa zaman tadika hingga darjah berapa entah, lagu ini tidak lagi dikeluarkan. Atas sebab apa pon tak tau.. Kalau tak silap, vokalis team ala nasyid ini  ialah kanak-kanak lelaki kurus je. Belum baligh lagi kot masa itu. Siapalah beliau sekarang ni ye.. :-)

Bulan Ramdhan yang mulia
Umat Islam berpuasa menunai rukun ketiga
Beramal dan ibadat
kita di bumi Allah ingat hari akhirat
Bersatu dan berusaha mencapai cita mulia seia dan sekata
Yakin hidup berjaya
Untuk diri, keluarga, ugama, bangsa dan negara

Jangan leka laburlah segera
AMANAH SAHAM NASIONAL sedia
menjaga pelaburan setiap ketikaaaaaaa
segera labur segeraaaaaaa

 
Sekian. Sedap kan lagu tu?? Kenapa tv simpan ke dah musnah??
Korang ada ASN/ASB? Status ASB sekarang macam mana ye? hhhmmm...
 

Ahad, 14 Ogos 2011

Waktu Operasi SOGO Ogos-4 September 2011

SOGO M'sia

Sari berita utama:
Malaysia sedang mengalami musim Karnival Jualan Mega (Malaysia Mega Sale Carnival) untuk kali ke berapa entah tahun 2011 ni. Sempena meraikan kaum muslim yang nak menyambut raya, pasaraya (ke pasar raya??) Sogo yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) sedang mengadakan jualan murah.

 Berikut adalah waktu operasi Sogo:
a. 12 - 28 Ogos 2011 = 10am-11pm ~ setiap hari.
b. 29 Ogos 2011 = 10am-10pm ~ dijangka malam Hari Raya Aidil Fitri
c. 30 Ogos 2011 = TUTUP ~ Selasa-Hari Raya. Cuti Umum.
d. 31 Ogos 2011 =  MERDEKA!! ~10am-9.30pm
e. 1-3 Sept 2011 = 10am-10pm ~ Khamis-Sabtu
f. 4 Sept 2011 = 10am-9.30pm ~ Ahad

Tingkat 5 ada pelbagai barang, kad raya, golf set, alat sukan etc. 
*sepanjang Ramadan, staf Sogo kena OT ni. hhhmmmm...

Sekian. Harap maklum. Selamat membeli & jangan abaikan solat WAJIB & tarawikh. Malam ini start witir + doa qunut.. 

SOGO kalau terbalik jadi Ogos! (>.<)

Baju Kurung Siap & Baju Melayu Siap di Jalan TAR

Salam.
Nota penting kepada para pelanggan setia kedai-kedai baju di Jalan Tuanku Abdul Rahman:

1. Baju Melayu siap - boleh didapati di Kamdar & Aniz.
Kedai Aniz ini bukan kedai aku tapi kedai orang, terletak sederet dengan Gulatis/Euro Moda/Bata etc. Dicadangkan untuk harga bajet sederhana. Senang cari baju melayu sahaja, sepasang atau lengkap bersamping. Design kurta yang labuh itu pon ada.  

2. Baju kurung siap - hampir semua kedai ada.
Baju kurung cotton itu harganya RM40 ke atas. Sila pilih dengan teliti sebab ada kedai yang jual stok tahun lepas. Untung tokey sebab stok boleh carry forward!

*Terdapat banyak gerai baju & keperluan raya di kawasan pasar malam Jalan TAR.  Gerai makin bertambah, asal ada je tempat kosong atau tanah lapang, maka adalah gerai.

*Hati-hati kalau nak beli baju di gerai-gerai itu sebab harganya tak display. Kajian rambang kami mendapati ada gerai yang jual baju kurung cotton (high quality) siap, plain & bermanik yang lebih mahal daripada kedai tetap.

Contohnya baju yang design sebijik sama dijual di Rimbun pada harga RM199, di kedai (tak ingat nama) sebelah Giant Maju Junction RM159 tapi di gerai Jln TAR ialah RM249. Harga diskaun ialah RM200!! Mahal mengalahkan kedai berhawa dingin. Baju kurung siap untuk kanak-kanak pon mahal. So watch out!!

*MUAZ Textiles pon ok. Berbaloi-baloi.. hehe! (>.<)


Kawal nafsu shopping..


Sabtu, 13 Ogos 2011

Petua Membuat Orang JATUH CINTA

Bukan petua Nak Buat Orang!!

Diulang:
Bukan 'petua nak buat orang' tau!!

Pinjam buku dapat sepeket kurma yang comel. Cool!!
Kreatif betul lady boss library opis aku ni. Unit Pusat Sumber aka library opis aku telah melancarkan aktiviti perpustakaan bergerak ke semua tingkat opis. (Diorang tolak troli penuh buku). Maklumlah, rakyat Malaysia ni kan malas membaca. Ini adalah kempen galakkan membaca.

Kenapa aku pinjam buku yang bertajuk sedemikian rupa??
mmmm... sebenarnya, akak2 Unit sebelah le yang paksa. Aku pon pinjam supaya depa tak kecik hati.  Lagipon, 1 of the writer=Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Mesti nak tau isi kandungannya kan? Next time ye. Buku jerawat tu pon tak khatam lagi. Padahal nipis je. hehe..!

Jadikan membaca & mengaji Al-Quran amalan hidup kita. Sekian.


Jumaat, 12 Ogos 2011

Sambung Kelas Bahasa Perancis

Salam.
Bonjour! (ingat lagi cara nak sebut? mari ulang kaji di sini).

Lamanya kelas tertunda. Maklumle, cikgu balik kampung jauh nuuu...
hehe! Hari ini, kita belajar cara sebut nama-nama tempat di Perancis ye. Ini penting sebagai persediaan kita nak bercuti nanti. cett!! berangan!!

1. PARIS = Pari
2. LYON = Lion
3. LILLE = Lill
4. MARSEILLE = Marghsil
5. TOULOUSE = Tulus

6. BORDEAUX = Borghdu
7. DIJON = Disyon
8. MANCHE = Monch
9. CANNES = Kan
10. LE RHONE = Le Rhon

Ingat ye, cara nak 'idgham' kan dia..
Kalau tengok berita bola, perasan tak cara penyampai tu sebut? Sekarang anda lebih pandai kan? Eksyen!! (>.<)
Perancis tu pon orang panggil sebagai kota fesyen. Banyak jenama terkenal berasal dari sana.  

Sekian. Tchao!! Wassalam. :-)

 *Pemain bola Perancis tu semuanya diimport. Bukan anak tempatan. Noted!!  Contohnya Zizou ni..

ewahhh!!
 pic: france.worldcupblog.org

Khamis, 11 Ogos 2011

Tips Mengelakkan Diri Daripada Digoda MLM


from cfagbata


Apabila rakan lama ~ sekolah tadika, sekolah rendah/tinggi mahupun kolej menghubungi anda (secara tiba-tiba), maknanya ada sesuatu akan berlaku. Antaranya:

1. Dia nak jemput kenduri kahwin.
2. Dia nak bagitau hal kematian.
3. Dia nak buat pinjaman peribadi terus daripada anda atau minta anda jadi penjamin.
4. Dia nak membantu menaikkan taraf hidup anda iaitu mengikut jejak langkahnya join MLM.

No.4 itu sangat menyeramkan bukan? Kecuali kalau anda sendiri memang  Diamond, Crown, etc...

Tips:
a. Sila jangan halau dia secara kasar. Tolak secara sopan.
b. Minta dia buka blog You Know My Name @ Aidileaks & study segala hukum hakam berkenaan sistem MLM itu.
c. Itu sahaja. (^.^)

Diharap tiada tokey MLM yang marah dengan entry ini. Sila jangan perkecilkan majikan lama anda (kerajaan) yang memudahkan pinjaman peribadi anda dengan Bank Rakyat itu. Bonus bank berbulan-bulan kan..  :-)



Anas Hamdi banned Ayat-Ayat Cinta

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus,
segersang pemikiran hati,
terkisah ku di antara cinta yang rumit.

Bila keyakinan ku datang,
kasih bukan sekadar cinta,
pengorbanan cinta yang agung,
ku pertaruhkan.
 
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah,
ayat-ayat cinta bercerita,
cinta ku padamu.

Bila bahagia mulai menyentuh,
seakan ku bisa hidup lebih lama,
namun harus ku tinggalkan cinta,
ketika ku bersujud..

lirik.wordpress.com

Sedap je dengar lagu ni.. orang Indonesia ni memang pandai cipta lagu kan? Kreatif.. Berasal daripada novel, difilemkan & siap lagu ye? Aku tak tau kronologinya.. Isunya di sini, aku agak tertekan apabila Mbok Rossa tak sempat nyanyi lagu tu part korus, abang aku dah tutup radio sebab Anas Hamdi cakap macam ni:

AH: Abah, orang tu cakap 'AKU' tadi.
Abahnya: 'aku'? ok, kita tutup ye.
aku: aarrrrggghhh!!! (aku selalu mengalah dengan nephews!!)

Anas (biru), sudah 4 tahun laa..!!

Selasa, 9 Ogos 2011

Kaedah 'Skipping' Yang Betul.

tulang selangka=scapula

Skipping = Lompat Tali telah diamalkan sejak zaman Mesir kuno.

1. Berdiri di bahagian tengah tali.
2. Genggam kedua-dua pemegangnya & tarik ke paras dada.
3. Pastikan bahagian atas pemegang tali berada 6 inci di bawah tulang selangka anda.  Sila tengok gambar clavicula di atas, kalau keliru di mana tulang selangka.
    (supaya tali tidak terlalu pendek-boleh terjatuh tergolek semasa melompat).
4. Silalah mulakan lompatan anda. 1,2...... 11 lagi! (^>^)

Teknik  lompatan:
1. Basic Jump Rope
2. Reverse Basic Jump Rope
3. Alternate Foot Jump
4. Running Jump Rope
5. Double Under Jump
* 1 & 2 je yang berjaya buat..  :(

# Kalau lompat 5-10 minit sehari setiap hari, boleh kurangkan 1kg berat badan seminggu. Tapi bergantung kepada berat badan anda & jumlah kalori yang diambil. Jangan lupa pakai kasut semasa melompat.


sumber: HARMONI, ARIL 2011

Isnin, 8 Ogos 2011

Tips Jutawan Muda - 'Stop Doing List'

pernah ikut rombongan tadika anak korang tak?

Jutawan Muda; Irfan Khairi bergelar 'JUTAWANG' ketika berumur 25 tahun.
Umur 25 tahun, korang buat ape ye? huhu!
Ada tak rakyat Malaysia yang tak cam muka beliau? Saje tak nak tepek muka beliau sebab suami orang ni pon berperwatakan menarik juga. Nanti ada lagi yang kecewa sebab tak sampaikan salam. (>.<)

Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata. Katanya, hidup mesti diteruskan walaupun sudah bergelar jutawan. 'Walaupun harta akan ditinggalkan setelah mati, tetapi fikirlah bahawa pekerjaan yang kita lakukan hari ini adalah untuk kesenangan 1000 tahun lagi. Maka, wajib bekerja dan bekerja'. Itulah kata-kata hikmat seorang jutawan!!

Tip pilihan: Senarai "JANGAN LAKUKAN".
Aku share emel yang dia bagi ni. Dia rajin hantar emel, korang jangan cemburu tahu!

Seringkali dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, "To Do List!". Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan pangkahkannya dari senarai kita.

Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam adalah lawan kepada "To Do List!". Pernahkah anda mencuba "Stop Doing List!"?

Stop Doing List adalah senarai apa yang anda perlu berhenti lakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit (harapnya tidak!) atau apa sahaja rutin yang membuang masa. Bina satu senarai baru iaitu "Stop Doing List!"

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cubalah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!

sumber: wikipedia & rahsiainternet.com

Sabtu, 6 Ogos 2011

Soalan Sensitif Yang Mungkin MengKURUSkan Atau Menggemukkan...

Salam..
Alhamdulillah.. berjaya juga aku & makmeow tahlil & terawih berimamkan Imam Muda Aran semalam. Rezeki dapat berjemaah dengan orang tahfiz. Syukur, tak semua berpeluang kan.. Imam Aran pesan, buatlah persiapan Syawal dari awal, jangan asyik last minute je. Sayang kalau kita sia-siakan 10 Ramadan terakhir itu.. (soft reminder to ownself). 

Back to the topic: Korang ada anak saudara lelaki? 
Petang tadi, my tadika nephew tanya soalan naif yang bisa merobek lagi menjeruk perasaan hatiku ini iaitu seperti berikut:

Nephew-Nabil: Bik A-- dah nak TUA ke?
Aku: Kenapa Nabil tanya macam itu?
Nephew-Nabil: Sebab Bik A-- ade jerawat sikit-sikit tu..
Aku: !!??$$$$$!! (sesungguhnya aku sedang berpuasa. COBAAANN!!)

Kalau aku jawab, that is natural beauty, aku kena explain panjang lebar lagi. Lantas, aku buat-buat tido! Sekian..

*Sekarang nak habiskan mentelaah buku ni. Kalau tertekan, aku mungkin terlebih atau tak lalu makan. Bahaya.. 

kagumnya aku pinjam buku library..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Adakah JODOH Kita Tepat & Jitu..?

Salam.
taip laju-laju sebab ada date jap lagi.. (>.<)

Dear fans friends,
Have U met your soulmates? Belum?
Takpe.. anda tidak keseorangan. huhu!
Ambillah kesempatan untuk berdoa sepanjang bulan Ramadan ini. Ambil berkat..

Elok anda baca artikel Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (Mingguan Wanita-Ogos 2011). Kalau tak berapa nak cam wajahnya, sila buka drtuah.com ye. Beliau suka pakai blazer warna ceria. Ternyata, warna mempengaruhi hidup kita.  

Ada orang, jodohnya banyak.. ada yang 1 pon tak lepas-lepas. Dr Tuah cakap, lambat jodoh bukan isunya tapi apakah jodoh kita tepat..?

Dr Tuah pesan, andainya jodoh itu datang dengan mudah, sambutlah ia dengan mudah. Andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik untuk anda. Pasti ada rahmat Allah.. sila baca sendiri ye-Edisi 5-11 Ogos, muka surat 58.  Majalah ini terbit weekly rasanya.

Entry ini diterbitkan atas permintaan mamameow=ara4878.blogspot.com.
Done!

* Imam Muda aku dah sampai ni. Just next door. tata!


Khamis, 4 Ogos 2011

Berbuka Puasa & Bertarawikh Bersama Imam Muda Aran

credited: shud-realitikehidupan.blogspot


Salam.
Sebelum berakhirnya 4 Ramadan ini, sukacita diumumkan bahawa pada hari esok, tanggal 5 Ramadan 1432H, Imam Muda Aran akan dijadualkan berbuka puasa dengan aku dan rakan-rakan satu bangunan pejabat. Selain daripada itu, beliau juga akan mengimamkan solat tarawikh. Kalau terlupa, beliau ialah top 4 finalist Imam Muda 2010. Nama penuhnya ialah Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal from Mantin, Negeri Sembilan. Lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Not sure whether still working at Bank Islam Bukit Damansara or not...

Sekian, selamat berbuka. Jangan lupa baca doa sebelum makan.. Waktu nak berbuka puasa ini adalah antara waktu terbaik untuk kita berdoa..





Rabu, 3 Ogos 2011

Dia Bukan AYAH Anakku..

kerjaya yang mencabar iman..

Rentetan daripada entry WW pagi tadi, aku terpaksa post 1 lagi entry hari ini. Rajin le kan.. . Hhhhmmm... word-less yang telah disalah-tafsir. Bahaya! INI SERIUS!!

Encik yang sedang mendodoikan baby pada vono/air-bag' nya itu is not wo de lokong maaa... He is my BIL. I already noted there: blogamani.blogspot~official blog for the baby, by the mother aka my sister yang ajar Nihon Go tak habis tu.. For further info, please scroll down below until u find my family photo. I was standing, in red not that grey. hehe!

Sekian, itu je. Hope this will clarify everything.
*Anak aku nanti panggil bapaknya BAPAK. tak pon Dedi je.. lalala..

Berbuka puasa tanpa nasi cap telah berjaya meringankan kemalasanku. Harus kurangkan makan nasi.


*TIP SIHAT-Rapi Jun 2011
Tidur mesti cukup: Dewasa=4-6 jam sehari. Kanak-kanak=6-8 jam sehari. Tidur yang terganggu akan melemahkan sistem imunisasi badan. Maka, jom tidur awal!! (^.^)

Rabu -syyyhhh!! Kegunaan Dunlop Vono Ayah



blogamani.blogspot
 

Selasa, 2 Ogos 2011

#2: Exercises That Are Complete Waste Of Time

melawat anak rusa nani di Lake Garden
Salam. 2 Ramadan..
Anda bersenam ke dalam bulan Ramadan yang mulia ini?
Bulan tak Ramadan pon aku malas. cisssss!!

I would like to share you tips on exercises. Sharing is caring. enjoy!
* Please read Part 1 also: here

Wall Sit:
Wall sits may make sweat drip and your knees shake, but they are an isometric exercise, which means you hold the position, instead of moving the joint and working through a range of motion. What’s wrong with that? Nothing, except that you only become stronger in that position - and how often do you need to hold a 90 degree angle in your knees in real life?

Work your muscles through their full range of motion to gain even strength and muscle tone. Regular squats are the answer to this one - so stick with the classic exercise to give your glutes a boost.


Bench Press:


While benching is great for muscle-bound hard bodies interested in building huge pecs (not that there’s anything wrong with that), for the average exerciser, it’s not the most functional exercise- and the same results can be achieved while working other muscles at the same time, in a way that will benefit your everyday activities.

Push ups work the chest just as well as the bench press, while also working the triceps and the core in a way you need to use those muscles in real life. If push ups aren’t hardcore enough for you, place a medicine ball under one hand while doing them, or pop your feet up on a bench for decline push ups.

Again, there are no pointless exercises, but the above exercises can be easily replaced with more effective ones and who doesn’t want more results in less time?

 
Do you agree? (^.^)

credited dietsinreview.com


* Tiada alih bahasa bagi menjamin kefahaman tidak terjejas!! 


LinkWithin

related posts with thumbnails