Ahad, 31 Julai 2011

UBAT 'STRES' buat KURUS



Biru-Air Chelsea @ Kuching.
tiada dalam gambar: SUP SAYUR!

Stres kah anda pada hari Ahad yang indah ini?
Apakah ubat stres? Ubatnya ialah SUP SAYUR. Ia mampu mengurangkan tekanan perasaan dan menguatkan sistem imun tubuh kerana ia kaya dengan vitamin C. Ia juga dapat meneutralkan radikal bebas maka boleh melawan serangan kanser!! Sebaiknya, anda masak sendiri sup sayur. Pilih sayur yang tinggi anti oksidan seperti tomato, brokoli & bawang merah. Tumis sup anda itu dengan minyak zaitun. 'Sudahlah sihat, badan pun langsing!'
-RAPI, Jun 2011-

* Jangan letak wak Aji-No-Moto tau!!


Sabtu, 30 Julai 2011

Patutkah Menghargai Si Dia Yang...?

Jumaat, 29 Julai 2011.
Kad PUASA pertama yang diterima daripadanya..
Alhamdulillah..



Ada rantai kunci Langkawi dan jajan coklat iaitu En.Daim, Tango & Toblerone. Walaupun ada jajan yang terpenyet sedikit, tapi Pusat Mel Terengganu berjaya melaksanakan amanah pelanggannya ini.

  


Syukran ya ladydyla.com!! (dulunya nasikerabu.blogspot).
Blogger cun yang pandai melukis kartun cum pengulas sukan badminton-amatur je. hehe!



Walaupun kita tak pernah bersua, namun lubang hidungmu BLOGmu tetap menjadi pujaan hatiku. Tiap-tiap hari ai buka, TAHU!!?
wo ai ni! saranghae..

*Macam mana nak pecah kaca, pecah gelas ni? Alamat pos??

Jumaat, 29 Julai 2011

Lupakan BOLA sekejap. Mari Berkenalan Dengan JERAWAT!


lupa sumbernya..

 
Salam.
Dah pagi Jumaat.. mimpi BOLA  ke harimau ke singa ke King G? hehe!
Tahniah untuk pasukan Malaysia yang membariskan 100% pemain tempatan. Kalah tapi bermaruah, ok!
Kelihatannya padang Stadium Bukit Jalil itu sudah tidak cantik, tengok di Arena 801 je.. itupon seorang penonton ni emo betul. Bola tak habis lagi dia dah tukar CSI di 701. Selepas itu, dia tengok gusti pula. 18SG tu! haha!

Aku tertengok buku MASALAH JERAWAT -Synergy Media.
Ada 4 jenis jerawat iaitu:
1. KOMEDO bukan Komando - white head & black head
2. Jerawat Radang -
3. Jerawat Konglobata - berbisul besar
4. Jerawat Pada Dada & Belakang Badan.*
* yang ini kerana hormon testosteron darah terlalu tinggi. Tandanya ialah kaki & lengan berbulu lebat.


* akibat ambil rawatan hormon testosteron untuk gemukkan badan & tingkatkan keupayaan seksual

* guna krim anti alergi (mengandungi steroid potent) secara berlebihan in long term.

Makanya, sila berhati-hati jika anda terlibat dengan pengambilan hormon atau krim itu. Sila rujuk doktor bertauliah ya. Jom main bola petang ini? hehe!


Khamis, 28 Julai 2011

Peminat Harimau Malaya Belajar Asas Nombor Jepun

GARANGnya!!

Kepada semua heroku,
Selamat berjuang habis-habisan!!
Mental mesti kuat! Main kena guna akal yang waras, tak mau emosional tau! TAHU!!! 

1-ichi
2-ni
3-san
4-yon
5-go

6-roku
7-nana
8-hachi
9-kyu
10-jyu


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog ibunya si kecil ini. (blog yang perlukan CPR!! asyik hibernate je..). Konon-kononnya, beliau adalah mantan pelajar SSP yang wajib ambil bahasa asing. Maka beliau segerombolan mengambil Nihon Go (Nihon=Jepun, Go=bahasa). Kenapa sekolah mereka tidak wajibkan Bahasa Arab? mmmmm... bu chidao!!


Isnin, 25 Julai 2011

My Personal Taste-Should Be Korean!!





Kenapa Personal Taste itu dialih suara ke Bahasa Mandarin?
Kenapa tak kekalkan Bahasa Korea? Wei shenme??!! chesss!!

Kalau dah biasa tengok cerita Korea, emosi akan sedikit terganggu kalau bahasanya ditukar kepada bahasa lain. Macamlah aku faham sangat cakap Korea. haha! Ibaratnya macam tengok kartun Disney yang dialih suara kepada Bahasa Melayu. Jadi kurang best lo!

Boleh tak nak meluahkan rasa:
* Kenapa Lee Min Ho pakai seluar senteng? tau la dia tinggi.. kadang-kadang pakai cardigan. Bawa beg besar.. macam perempuan la.. (sila rujuk gambar di atas). Tapi sebab dia artis, nampak stylo le kan?!

Kalau lelaki biasa bersukan memakai seluar yoga yang biasanya perempuan pakai tu, aku kurang berkenan! Aku pon tak pakai seluar itu sebab nampak cekci le. eeiii!! tak macho! tapi lebih baik daripada lelaki yang pakai short nampak lutut. Aurat lelaki senang je tapi itu pon selalu ambil lewa.. Asyik nak kutuk perempuan & tudung je..

Sekian, maafkan saya yang sengaja menulis isu sensitif ini. 



Donat & Jadual Kalori

Jco kecintaanku..

disediakan oleh KKM

Keperluan Kalori Sehari manusia biasa:
1. LELAKI dewasa: 2000-2500 kalori
2. WANITA: 1600-2000 kalori

Nota ~ Tenaga Makanan:
a. Lemak 1 gram = 9 kalori
b. Karbohidrat 1 gram = 4 kalori
c. Protein 1 gram = 4 kalori

* Donat comel tiada dalam roda jadual kalori ini. Oleh sebab itu, mari makan donat banyak-banyak. haha! (tapi sendiri mau ingat le!)  Donat kampung yang asli tu pon sedap. Jangan lupa untuk bersenam nanti ye (amaran untuk diri sendiri juga!). Selamat maju jaya..



Jumaat, 22 Julai 2011

Antara Kate & Memey: Persalinan RM7.2juta

Ingat lagi pasal kenduri kawen ni?
Sangat masyhur kan! Persandingan yang dinanti & dirai..


yang ni simple tapi lawo!

bakal debommm!!

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.
Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.
 
Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.


Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

*sumber: UTUSAN MELAYU

Sungguh murah rejeki pasangan hangat ini.
Semoga terus berbahagia & diberkatiNya..

Khamis, 21 Julai 2011

Antara Sebab Tidak Suka Stay Up..


hhhhmmmmmmmmm....

Tak suka stay up-berjaga malam..
Sebabnya nanti aku lapar.
Apabila lapar, aku perlu concern pada perut abdomen. Makanya asyik nak ngunyah je.. 'INI SERIUSSSSSSSS' (ala Wonder Girls Pets!!)

(Sebenarnya, aku mewarisi rejim jadual diet & tidur mak bapak yang Jawa totok ni. Tidur mesti awal & cukup jam, makan ikut waktu, bla..bla.. ) 

La Cremeria dearie,
must ignore U now but promise to see U after office tomorrow..
take care .
'ssim U'




Selasa, 19 Julai 2011

#1~Emel Pertama Yang Diterima Daripadanya..

From: ___@hotmail.com
To: _____@hotmail.com
Date: Tue, 22 Jun 1999

Assalamualaikum...

hai.. saya jadi orang first kasik email kat awak
akhirnya saya buatkan jugak utk awak
sebelum ni saya tak de masa
maaf ye lambat..
lepas ni rajin2 lah bukak email... Insya Allah saya rajin hantar email kat awak

ok.. take care

ssim u

__________________________@@@@@________________________________

manis bersopan kan ayat beliau itu?! hehe..
dulu aku ada akaun hotmail. korang tak de kan? hhhhmmmmm.. aku eksyen ni! hoho!
ayat tu, yang asli tahu! cuma aku tak masukkan 2 baris ayat yang tak sesuai untuk bacaan umum-bukan 18SX pon! (>.<)
12 tahun dah emel ni. mujur sempat cetak. status akaun ni tak dapat dikesan. hehe! sori mori dear.. i kan rabun it!
sekian, itu je..

*erk, korang rasa, apakah ciri-ciri pengirim emel ini? 
ni bukan pertandingan mewarna tapi kot sapa sudi drop ulasan yang berwibawa, aku sangat berbesar hati nak bagi $$ raya nanti. Insya Allah.. tapi bff, sedare-mare, kawan sekolah aku tak aci masuk aaa.. titik!



Isnin, 18 Julai 2011

Tips Kurus Sihat Bersama NINJA!



Semasa kecil dahulu, saya sangat suka menonton drama Jepun. Antara yang masih diingati ialah Moero Attack (Chun & Yugia), Ninja (Jige gemuk), Kesatria Baja Hitam, Oshin & Rin Hanekoma. Sekarang saya suka Sin Chan, Conan & Atasinchi mak telur. (Sebenarnya lagi, sekarang lebih minat drama Korea. ‘annyonghaseyo!’  ).

Hero Ninja tu nama Sasuka ke? Makwe beliau ialah Yin kan? Sekarang di rumah saya ada 1 ninja. Dia cakap, Sports~make U more joyful!! Sungguh terharu mendengar falsafah beliau. Huhu..

Berikut ialah petikan skrip beliau yang telah dialih suara ke bahasa Inggeris. Sila renung-renungkan..

Rope jumping can promote your circulation system; it consumes the same amount of energy as running. It’s a very healthy exercise & specially good for heart & body coordination. Also can be effective in protecting osteoporosis. Kalau istiqamah bersenam, it can accelerate blood circulating & metabolism, burn the fat, frap the muscle & create the perfect posture. Yang ini, beliau tak huraikan..
 
Pesanan NINJA renpaisport.com:
 
1. Stop jumping when U feel tired (mestilah stop!). Pay attention to your breathing coordination.

2. Senaman ini TAK sesuai untuk pesakit jantung & darah tinggi.
(Cegah sebelum parah!)

3. Jangan lompat tinggi sangat. Lompat pada permukaan rata.

4. Digalakkan guna kasut semasa bersenam to lighten the impact to knees.

Saya beli yang ada ‘counter’. Kita lompat, NINJA tolong kira. Senang kan?! Dalam masa 1 minit melompat baru, dapat 72 kali. Semput lo!! Huh!!

hulahoop tu bukan ninja

Jumaat, 15 Julai 2011

Petua Menghilangkan Mengantuk & Menghidupkan BLOG!

bukan NASI BUKHARA AYAM

Salam.
Dah pagi Jumaat pon.. 15 Julai?
(Bunyi gerudup, tanda nak hujan. Patutlah tadi cuaca panas).
Last post=4 Julai. haha!
dah ikut sifir sahabat seUiTM sepejabat malah sebaya dan sestatus ni iaitu tuuuutttt!! (>.<)
Sepeninggalan aku, ada ke yang merindui..? (anggap je la ada. haha lagi!). Insya Allah, akan ku susuri jejak kalian yang sudi menyinggah ke blog hidup segan tapi tak mau mati ini..

Baiklah, mari kita teruskan misi berkongsi petua (tapi aku MUDA lagi!) menghilangkan ngantuk & menCPRkan blog yang dah 11 hari pengsan ni.

Bahan-bahan & Cara-caranya:
* sepinggan NASI BUKHARA ayam (490 gram). Jumlah kalori=880 kal. 
~ boleh didapati (kena beli lo!) di kedai Pak Tam MARA.
~ rasanya oklaa.. kena kurangkan manis le Pak Tam!

~ sila makan sebelum jam 7petang (sebab tadi tak lunch. lapo wey!)
~ selepas mandi & solat, sila tengok adik yang dekat di mata & hati on air @ 8TV. Personal Taste-Lee Min Ho tu. hehe! Drama Korea itu akan habis pada jam 9.30 malam. 
~ kemudian, segera S1-S3 (SISIH, SUSUN & SAPU) bilik & packing & iron baju; ready sehingga untuk  hari Selasa minggu depan. Maknanya 3 pasang terus. Energeticnya diriku! 
~ dah panas berpeluh ala sauna, segera ke bilik mandi tapi JANGAN MANDI TERUS! bahaya! kena warm down dulu..
~ sebab pemandangan sangat jelas bila pakai spek, nampaklah dinding wc yang dah ternoda sikit-sikit tu. Maka ambillah berus yang sesuai & Zip untuk menyental. (sesi sejuk).
~ dah siap, bolehlah cuci spek & mandi lagi. Baru segar & wangi. :-)
~ memandangkan idea & mood telah mekar, maka segeralah on lap top & start blogging. itu je. hehe! 

 * Untuk kesegaran hari seterusnya, acik tak jamin ye. acik ok je kot sebab jumpa Jumaat. I love Friday!




Isnin, 4 Julai 2011

Asal usul 'Monday Blues'



Salam.
Semoga semua orang dalam keadaaan sihat wal-afiat ceria selalu. Sudah pagi Isnin, 2 Sya'aban 1432H ni=4.7.2011. Maknanya bulan depan ialah Ramadan.

ISNIN ye..
kenapa wujud istilah Monday Blues
Aku rasa sebab RAKSASA di atas itu berwarna biru. Raksasa kan wujud pada zaman dahulu lagi. Maka, orang-orang dulu (atau orang dulu-dulu?) telah mengabadikannya menjadi simpulan bahasa. 

Sebenarnya, kajian aku tak siap lagi ni. 
Mesti anda ada pengetahuan am berkenaan istilah itu. Maka silalah beritahu dengan suci hatinya. (^.^)

* Kalau bekerja sendiri, istilah ni tak terpakai kot!







  

Jumaat, 1 Julai 2011

Apa Ada Pada ROKOK? Kenapa Rokok Itu Sedap?

besarkan sendiri ya!


Ini adalah entry pengetahuan am yang bakal mengguris hati & emosi mereka yang berkenaan. Tuipuci..

Berikut dinyatakan kandungan bahan kimia dalam asap rokok:
(risalah ni bagi istilah ASAP MAUT!)
1. Penanggal cat~aseton
2. Pencuci lantai~ammonia
3. Bahan api~metanol
4. Ubat gegat~naftalena
5. Bahan dalam bateri kereta~kadmium
6. Gas beracun ekzos kereta~karbon monoksida
7. Bahan nak buat PVC~nikotin
8. Racun yang digunakan dalam kebuk gas~hidrogen sianida
9. Racun anai-anai~arsenik
10.  Racun makhluk perosak~DDT
11. Tar~yang buat jalan tu kot! erk?!!
12. dan lain-lain seperti dalam gambar di atas..


* sumber: Risalah Pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia~infosihat.gov.my


Kasihan..

Anda tidak merokok? Syabbas doktor shahab!!
Malangnya, anda mungkin perokok pasif/sekunder iaitu jika anda terdedah kepada asap rokok.
Risikonya?
1. 30% LEBIH TINGGI mendapat kanser paru-paru.
2. 25% Lebih TINGGI mendapat sakit jantung.
*Lagi teruk kan?! Kesian...

Oleh sebab itu, jom kita lempeng para perokok ni?! hhhmm.. 
Masing-masing dah besar, sekolah tinggi-tinggi.. takkan nak hisap ubat gegat, pencuci lantai, racun anai-anai dan lain-lain yang mudharat tu..? Patutlah ada fatwa HARAM merokok.

INGAT!! Jangan bagi rokok itu CEKIK anda! hihi..



LinkWithin

related posts with thumbnails