Monday, June 27, 2011

Kalau Terpakai Terbalik, Tanda Nak Dapat Sesuatu?!


Pernah tak secara tidak sengaja, anda telah terpakai baju secara terbalik?
Takpon, terpakai sandal/kasut yang sebelah kiri lain, kanan lain?
Hehehe...!

Beberapa hari lalu, ada seorang manusia telah memakai sandal Nautifit di sebelah kanan dan Bata (BATA??) di sebelah kiri. Keadaan berlaku dalam 2-3 minit je, sempat disedari sebelum menjadi lebih parah. (mujur dalam pejabat je!)


Beberapa jam kemudian, datang seseorang yang istimewa membawa sesuatu yang istimewa kepadanya. Jeng! jeng! jeng!
.
.
.
.

Taraaaaaaaaa!!!



Nampak tak apa yang beliau bawa? Sila tumpukan di tangan KIRI ye.
YEAAAAYYYYY! Beliau telah bermurah hati membelikan 1 set lunch McD. KEJAMnya beliau..!! Kejam sebab beliau sengaja menambahkan kolestrol homosapien yang pakai sandal terbalik di atas. Walau bagaimanapun, MERCI BEAUCOUP sis A!! Wo ai ni!! :-)

* Tahun 2004, pernah juga pakai sandal terbalik. Dari rumah menuju ke bank dan sedar di pejabat Wok J. Mujur hari minggu & naik kereta beliau. Kemudian dapat berita gembira pasal kerja. Semuanya kebetulan je kan!? (>.<)


Sunday, June 26, 2011

Nasi Goreng Enjin


Nasi Goreng Enjin Special RM5.50



Kena ke seberang dulu..



Menaiki bot indah:
Caj RM1.oo atau 50 sen (mengikut jenis bot).
Dekat je, tapi tiada orang berenang untuk ke seberang itu.
Harap maklum. :-)



Inilah enjin bot itu.


* Adakah nama nasi goreng itu diinspirasikan daripada enjin bot? Kami tak sempat nak temuduga temuramah tokey kedai. Dah lapar, makan aje! (>.<) Sekian, pengalaman saya & rakan sepejabat makan nasi goreng enjin di Kuching, Sarawak.


Saturday, June 25, 2011

Asyik Maharaja Lawak je! Mari sambung kelas Jawa?


Merujuk kepada dashboard pagi ini, ada 33 updates pasal Keputusan Akhir Maharaja Lawak. Hanspunyablog siap buat analisis lagi. Tapi takpe, sebab pelanggan Astro di rumah ini memang tidak pernah mengikutinya dari Alif, so sampai Ya pon tak beri kesan kepadaku..

Walau bagaimanapun, tahniah kepada Sepah yang menjuarai kejohanan pertandingan tersebut. Rejeki pengantin baru ye buat Encik Shuib itu.. Kepada Jozan, Nabil & Jambu, anda juga juara di hati peminat kipas susah mati masing-masing. Jangan nangis ye!

Ok, iki dhino Setu yo bocah-bocah.
Yok belajar perkataan yang bermula dengan huruf U.
Kok lompat-lompat; dulu K sekarang U? Sebab U are beautiful & charming...  sila perasan!! (^.^)

1. Umbel = hingus
2. Untu = gigi
3. Umep = didih
4. Uthel/udel = pusat
5. Utho = bogel
6. Uthan = hujan
7. Usah = jangan
8. Uler = ulat
9. Ulo = ular

* 'th' bunyinye 'd'



grandsons Wok J karo ULO!!



nampak uthel Amani. eeeeeeiiiiii!!!
 #Juara Imam Muda musim ke-2 akan berlangsung pada 1 Julai ini. Encik Fahrin Ahmad (pelakon tu la) menjadi pengacara bidan terjun menggantikan Ustaz Dzulkarnanin Hamzah yang mengalami kemalangan jalan raya. Maklumat lanjut boleh rujuk pada blog enciknakal.com (nakal-nakal pon update Imam Muda ye. Bagus!)

Friday, June 24, 2011

Baju Kurung Siap: Dewasa RM39, Bayi RM 35??!!


.. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya..


Gadis Melayu memang menawan kan?
 Oleh itu, kami telah mengasuhnya membeli & memakai baju kurung sedari bayi lagi.
 Biarpun beliau ini baru bertatih selangkah dua jatuh.. pekk!
Bayi RM35~English Cotton. patutlah mahal!!
Dewasa~RM80-100


Kanak-kanak yang hyper-active adalah tidak digalakkan untuk memakai warna oren/jingga.
Warna oren akan meningkatkan tahap keaktifan mereka.
Mungkin sedikit penat nak kawal mereka nanti. Tapi korang suka kan?!  (",)

kanak-kanak mudah tertarik dengan warna terang ceria.


bakat memilih telah dicungkil dengan jayanya!


ibu, please listen to me:
'I want this & that! oyeayyhhhh!!'



Membeli Baju Kurung Siap:
a. Kanak-kanak = di kiosk @ Giant Kota Damansara.

b. Dewasa = di deretan kedai sepanjang Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman), pasar malam pon ada, kedai di Giant pon ada. Rumusannya, mudah dijumpai di hampir semua kedai.. SAYA SUKA! (^.^)

c. Dewasa (RM39) itu ialah kain cotton biasa tapi ok je. 

* Kos beli siap adalah lebih murah berbanding jahit sendiri.
**Tertakluk kepada yang amatur sahaja.. wink!


# BOLA = Malaysia berjaya kalahkan Lubnan 2-1 yek?
Tak sia-sia bola TENGOK aku! Selalunya memang aku siap jampi dalam mimpi.. hihi!

 

Thursday, June 23, 2011

Nora Elena dah habis? Mari Belajar Bahasa Korea.



Salam.
Kabare bocah-bocah?

Today, (tiba-tiba kok English?!..lantak! siapa sudi baca sila teruskan niat suci murni anda ya), kelas Jawa dibatalkan lagi dan digantikan dengan kelas Bahasa Korea. hehe!


Siapa tidak pernah melayan cerita Korea?
Rugi.. rugi.. bukan sebab para pelakonnya yang cun, jambu batu atau jambu air. Tapi kebanyakan ceritanya  tidak menghampakan aku terutama yang bertemakan komedi. Mereka tidak perlu bermekap tebal atau tidur dengan bulu mata palsu untuk menarik minat aku. Good job!

Oleh yang demikian, mari kita belajar asas dialog Bahasa Korea. Kita guna tulisan rumi je ye. Gilo susah nak tulis Mandarin, ape lagi Korea-tak pernah belajar pon..!

1. Hello/Salam sejahtera = annyonghaseyo
2. Saya cinta awak = nan naeoreul saranghae 
3. Terima kasih = gomaweo
4. Saya juga = nado
5. Saya rindu awak = bogoshipeo
6. Awak buat apa? = mweohaeyo
7. Saya tak tahu = molayo
8. Sila duduk = anja juseyo
9. Sila makan = mogojuseyo
10. Sila berusaha = himne juseyo




Kalau korang biasa buka chanel 391-KBS World, mesti dah biasa dengan perkataan di atas kan? To my beary dearie RedVixen, Javanese class will be  held next time ok?! Stay tune! (^.^)

*sumber: HAI Feb.2011


  

Monday, June 20, 2011

Tips Kurus Percuma ~ Memantau Anak-anak Saudara


1. Kanak-kanak mudah teruja dengan benda yang jarang ditemui.
Apabila mereka cuba mengopek buah kelapa tua dengan menggunakan batu kerikil,
sila halang niat murni gagah mereka itu. Kalau jarinya luka, jenuh nak kena jadi misi-cuci luka.
Orang Paleolitik pon sudah menggunakan pisau ndok!



2. Apabila dimarahi sebab nak terjun parit tepi bendang,
mulalah buat muka kesian sambil layan blues..
Ni kalau tergolek, bik A juga yang susah!



3. Apabila jumpa geng tak sama sekolah yang bawa bola, bolehlah berlatih untuk menjadi penjaga gol terkemuka seperti KFCM & encik goal-keeper Terengganu (sori, tak tau nama!).
Sarung tangan embah Ali (ke bendang) menjadi taruhan! 



4. Biarpun berkain batik embah Kam (tanpa berseluar kecik, erk!), beliau masih mampu merembat! 
(baju & seluarnya dah kotor sebab terjun parit tanpa disedari oleh orang dewasa). Bahaya ni!



 5. Ok, inilah encik Nabil & brothers.
Mereka terpaksa tukar permainan lain sebab bolanya dah masuk parit!
Semua orang dewasa buat tak tau je. Haha!



6. emmmm.. Anas ni suka tiru aksi abang-abangnya.
Layan je la.


*Percayalah, korang akan kurus dengan percuma apabila menjaga bocah-bocah lanang ini.
Cepatlah korang besar wahai bocah-bocah hyper-active..




Sunday, June 19, 2011

Milo Gergasi/Raksasa D'Jendela


Jumaat, Sabtu & Ahad ialah hari makan-makan sedunia.
Bahagianya hidup di Malaysia yang aman sentosa.
Mari cuba Milo Gergasi ini seadanya.
 Sebenarya buat sendiri di rumah lagi terasa nikmatnya!


nak tengok kena teleng



ok, ni yang tegak!

Harga = 360 sen
@ Restoren D'Jendela, Giant Kota Damansara
* : ****/*****


Surat Cinta 5S


watak-watak asal telah dimatikan

Aktiviti 5S memang memenatkan dan menyeronokkan. Selain menemui mangsa yang dihempap, sehelai surat cinta misteri turut dijumpai, dipercayai telah ditulis oleh 2 orang pelaku pada satu masa iaitu seorang pegawai lelaki yang telah menamatkan perkhidmatannya dan seorang lagi ialah pegawai wanita yang telah bertukar.

Setelah didapati tiada unsur-unsur jenayah, bukti ini  dilupuskan. Kes diklasifikasi sebagai Tiada Tindakan Lanjut atau singkatannya TTL/NFA (No Further Action?) 

 
*Alasan mesti mencukupi untuk meneruskan siasatan, seperti mana yang diperuntukkan bawah Seksyen 110 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 95 Kanun Keseksaan. 

Adakah Akta Jenayah Sihir akan diwujudkan? 





Friday, June 17, 2011

Mi Udang Banjir Tanjung Karang

Depan kedainya

 
Rupa parasnya

sebelah masjid

* Ada 8 ekor udang segar saiz sederhana.
* Perah lagi 2, 3 biji limau kasturi sebab kuahnya agak manis..
* Soto ayam kampung pon ada dijual di sini.

Thursday, June 16, 2011

Life Is Too Short..

Salam.
Bila dapat berita kematian, aku mesti rasa insaf.
Lebih-lebih lagi apabila being alone. Daripada L, jadi XL saiz keinsafan itu. Jangan gelak! Takkan la korang tak pernah rasa macam tu... hhmmm... dalam kubur nanti pon akan duduk seorang diri juga kan? Tak jadi aku nak post entry mengecam BIMB, JPN & JPJ, sebab aku tengah dalam fasa insaf ni..


'Kita adalah milik Allah dan semua kita sudah tentu akan kembali kepadaNya.' Semoga embah ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman..


Kepada Barenaked Putra & mrs Curly, relakan pemergianku esok. Maka teruskanlah usaha murni 5S kita. Sesungguhnya, perjuangan kita belum berakhir biarpun kita sudah menghampiri trofi kejuaraan itu. Mau 'tebako' Sweet Ladybeadsz & Mama Meow kalau baca ayat lengkap ini. Namun itulah hakikatnya.. (^.^)

*Kalau ada masa, rajin-rajinlah jengok embah korang. Tanpa embah, tiadalah ibu bapa kita, maka tiadalah kita & tidak mungkin akan wujud zuriat & blog kita..

*To pckt pecah kata, i'm not a spammer/hacker. Rabun it lagi ni! :-)
Agaknya best jadi hacker kan? Full satisfaction bila berjaya menggodam & memusnahkan laman orang terutama laman web kerajaan! Jangan jadi jahat. Life is too short!



Wednesday, June 15, 2011

Lagu JAWA HALUS & Petua Bayi Cepat Berjalan


Uyek-uyek gandu/dangu
Baby ndango mlaku
seng lajhu
koyo ...

*..... erk! lupa lirik!!

Urut-urut lutut
baby cepat berjalan
yang laju
macam ...

#semasa mendendangkan lagu ini,
kita hendaklah mengurut lutut si bayi,
 dengan harapan dia akan cepat berjalan.
Lepas tu, puaslah korang nak jaga!!


pinjam pix baby ini semasa beliau kecil!

* Petua K.Pah aka tokey kek:
atok & abah beliau menggunakan ekor ikan keli untuk melibas-libas manja  kaki si bayi, supaya cepat berjalan. (^.^)






Wordless Wed-day ~ Audit 5S Yang Dinanti..

.
.
.
.

sudah jadi HARI INI!!


Mangsa 5S - mati lipas!!

Tuesday, June 14, 2011

Ladies Only - Dilemma Wanita Bujang..

Rejab dah tiba..


Jumaat, 10.6.2011

Nak tempah ke? Tailor dah tutup order..
Lagipon ramai tailor yang cakap tak serupa bikin!!
Kalau beli siap ke? Ada certain part yang akan tak ngam!
Jahit sendiri ke? Mission Impossible... (",)


* Belajar menjahit sendiri itu adalah sangat tidak rugi.. (^.^)


 So, surpriseeee!!
.
.
.
.

dah siap ke?

Sunday, June 12, 2011

Tips Cepat Gemuk Dalam Masa 4 Hari 3 Malam

Gambar Mc Donalds dah dibuang


Salam. Bonjour! Bonjour!
Bangun! Bangun!
Di keheningan pagi Ahad yang nyaman, dihiasi dengan kicauan burung-burung ceria, (yang aku tak pasti apa jenisnya ni), dengan rasa sukacitanya aku nak menitipkan sekalung (kenapa sekalung yek?) TAHNIAH kepada pasukan Terengganu, atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1. Panjangnya ayat!!

Kalau nak tau ulasan lanjut, boleh tengok blog rakan tak sebaya ni. Hakikatnya, ramai bloggers post entry bola kan! Tajuk Maharaja Lawak Musim ke- (berapa yek?!) dan Final Konsert Akademi Fantasia buat depan Masjid Besi Putrajaya  pon turut menjadi kegemaran ramai. Kenapa kurang entry pasal Imam Muda ye? Salah seorang calonnya tu ialah sepupu krolezone, yang nama Ali; Sabahan.

Dah! 
Mari kita cerita bab GEMUK. Nama blog ni ialah blog-tips-kurus; sempena menyokong misi & visi rakan tak sebaya tu & cita-cita murni aku sendiri yang nak mengurangkan diameter ukur lilit bahagian tertentu. Tapi, demi tidak menghampakan segelintir suara-suara halus & garau yang nak GEMUK, maka dengan bonafidenya aku turunkan petua cepat gemuk itu. Testimoninya ialah diri sendiri

Senang je!
Caranya ialah semasa bertugas luar/outstation.
Menginap di hotel bersama pakej sarapan yang lazat, makan tengah hari dan malam di kedai.

Menu makan di kedai:
*Mesti pesan minuman manis + ais, bagi setiap meal.
*Makanan biasanya bergoreng & berajinomoto. aiiyaaakkk!!
(Boleh bayangkan outputnya tak?) cettt!!
Sebab tidur hotel maka tidak perlu membasuh baju. Boleh claim dobi (lebih tiga hari), tidak boleh memasak & tidak perlu mengemas wailma mencuci bilik mandi. Sea See!!! Nampak tak selautan LEMAK sedang subur di dalam badanku. Maka tanpa segan silu, ku terjemahkan dalam BUKTI bergambar. Inilah hasilnya!
.
.
.
.
.

Timbang digital yang TAK rosak!!

Naik 1450gram dalam masa 4 hari 4 malam!!
Selain itu, .....

Selepas sarapan-dagu berlapis!!

Kalau tension pon boleh buat aku gemuk! 
Makan untuk mengubati hati lara nan remuk redam ke rendam!!? 
KONON!! (*_^)




Saturday, June 11, 2011

SI DARA, HATI-HATI APABILA BERMIMPI ULAR..

www.ustazmalek.com

Salam.
Cerianya pagi Sabtu bila berjaya bangun awal. Alhamdulillah..
(harap-harap tak tersambung tidur lepas ni!)

Kawan-kawan,
Mimpi ape alam tadi?
Tidur lena sangat-tak sempat nak mimpi atau mimpi macam-macam episod sampai tak boleh nak ingat semua? hehe!

Mimpi mainan tidur atau mimpi juga satu petanda?
Aku pernah mimpi ayahanda wafat, few years ago. Sedar-sedar je aku tengah nangis tersedu-sedan. ceh!! can't imagine lo! Aku  bukan bongsu tapi ..hehe! Doaku semoga aku sempat berada di sisi mereka bila masa itu tiba nanti. Tolong doakan aku (even we don't really know each other) sempat tunaikan hajat besar mereka yang masih tertunggak  tu.

Kenapa orang Melayu cakap, bila si dara mimpi ular itu tandanya ada orang nak masuk meminang? Ular itu mematuk, membelit atau merenung dari jauh? eeeeiiiii...! Apa kaitan ular dengan jodoh Melayu? Siapa yang mula-mula tafsir mimpi macam tu? 

Bila aku semakin dewasa ni, baru aku tau bahawa mimpi reptilia itu adalah petanda yang kurang baik. Pengalaman orang lain mendewasakan kita.

Buku Dato' Dr Haron Din:
Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi para Anbia. Mimpi mereka adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih terdedah kepada penipuan iblis. Wallahhua'lam..




Friday, June 10, 2011

Kelas Jawa Dibatalkan-Ganti French!!

Colmar Tropicale @ Pahang Darul Makmur

Salam..
Bonjour! sebutnya Bonju ye.. :-)

Adik-adik,
Minggu ni, kelas Jawa terpaksa sengaja dibatalkan tau.
Ini kerana, cikgunya dah boring asyik cakap Jawa je. Beliau nak polish & wax Frenchnya pula. Sila beri sokongan kepada beliau yek.


OK, Adik-adik dah hafal ABC?
Gelak ye ko! Agak sukar menyebut makhrajnya ye, maklumlaa.. rebung dah jadi buluh!! Tapi takpe, kita boleh ulang kaji di  kelas pertama kita, yang tahun lepas tuuu.. (kelas setahun sekali, patutlaaa...!)

Baiklah, seperti biasa, kita mulakan dengan mengira ye:
*(huruf kecil-cara baca)

0. ZERO = zero
1. UN = a
2. DEUX = du
3. TROIS = tuaa
4. QUATRE = kat
5. CINQ = seng
6. SIX = sis
7. SEPT = set
8. HUIT = uit
9. NEUF = nef
10. DIX = dis

* French characters ni ada baris calit-calit dan 2 titik pada a, e, i, o, u dan c. (eja zero: ada calit pada e). Boleh rujuk di bonjour.com


Kelas orang dewasa

Thursday, June 9, 2011

Jodoh Kita Telah Berakhir..

from photobucket..

Genap seminggu kau tiada di sisi..
Ku relakan pemergianmu, walaupun kau diambil tanpa relaku. huhu! :(
Kalau aku tau siapa perampas itu, nahas orang itu! cissssssss!!!!

'Life unexpected! For all that just happens, there must be a cause..'
Ku akui kealpaan sendiri,  biarpun leka hanya beberapa detik,
 namun ia mampu memisahkan kita untuk selama-lamanya.
Doaku semoga kau berada di tempat yang terbaik,
 sebagaimana saat kita bersama dulu.. 

2011,
memang tahun perpisahan buat kita.
Perpisahan pertama, aku kaget..
Perpisahan kedua, rupanya untuk selamanya.. aku redha.
Dunia ini hanya sementara

Selamat tinggal wahai lovely 4 years old purse,
ic, expired driving licence, HSBC cc, MBB & BIMB sc, SOGO & Bonuslink, Etiqa mc,
love jade & coins..

(mujur tak de RM di dalamnye. padan muka kau wahai maling!!)

*Umur aku muda 4 tahun pada laporan polis ini. tak suka!! hehe!! (^.^)

Tanggal 02062011

 

LinkWithin

related posts with thumbnails