Selasa, 31 Mei 2011

petua gosok baju BATIK

Iki dhino Sloso, Kemis kenek nganggo batik. Malase arek gosok..!!

belum berapa ready!
Tuan-tuan & Puan-puan para penjawat awam dan badan berkanun sekalian,
Tahukah anda petua mudah untuk menggosok atau menyeterika baju batik~pakaian rasmi hari Khamis itu? Senang je.. bukan tambah softlan kat spray tu. Ada petua lain iatu:

1. Bungkus baju batik tu dalam plastik. Guna beberapa helai plastik, ikat ketat-ketat ye.
2. Masukkan bungkusan batik itu tadi ke dalam peti sejuk (bahagian beku).
Kan tadi dah suruh guna beberapa helai plastik. Ini supaya baju itu tidak menyerap bau iwak, ayam etc..
 
3. Setelah beberapa jam, bolehlah dikeluarkan dan tibalah saat yang diidamkan iaitu menggosok baju!! Jangan risau, baju itu tidak akan beku sebab ia kan kain je.


4. Kalau takut berbau, bubuh roti bukan biskut ke dalam fridge itu. Roti expired pon takpe, tapi buang la dulu kulat fungusnya, if any..

ready! hehe!
* Kalau susah sangat, beli aje baju/blouse yang bercorak batik macam ni.

bercorak batik

Lebih mudah untuk digosok. Kainnya boleh dipadankan dengan skirt warna plain gaya bebas tapi tak mau over ranggi tau. Yang terbelah-belah pon tak mau! (",)

* Baju batik ni manja, kena cucian tangan gentle je & guna shower foam. Jangan spin guna mesin basuh tu. Perah pelan-pelan & gantung di tempat yang berbumbung. 

* Kalau guna iron yg macam kat supermarket tu, best jugak kan..?! :-)  




Isnin, 30 Mei 2011

Amalan Untuk Mengelakkan Santau

Santau..
Makin ramai yang terkena dan sengaja nak mengenakan orang lain. Berikut dinyatakan amalan/kaedah perubatan Islam bersama Dato' Haji Ismail Kamus..
(dipanjangkan daripada kiriman emel). 

1. Sebelum pergi ke tempat makan, sila baca Surah Al-Quraisy.

2. Setelah sampai, sila baca Surah Al-Quraisy lagi.

3. Baca ayat di bawah ini (dan doa sebelum makan), tengok wajah sendiri pada permukaan air minuman. Kalau tak nampak bayang wajah tu, seeloknya jangan minum. 

 
Dgn nama Allah yang tidak memberikan mudharat,
 sesuatu di bumi & juga di langit
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. 

4. Sebelum makan, pusing pinggan sedikit dan baca Bismillah (di atas) lagi. Jika ada racun santau, pinggan akan pecah dengan izin Allah..

* Amalkan baca Surah Al-Quraisy sepanjang masa ~ untuk elakkan santau atau sebarang gangguan.

* Bismillah itu juga dikenali dengan ayat penggerak, Bismillah 5 & doa Khalid al-Walid.

* sumber & contoh cawan pecah di blog ini.

Ahad, 29 Mei 2011

Antara Masjid dan Pejabat di Putrajaya

24 Jamadil Akhir 1432 = 28 Mei 2011.
'Himpunan Sejuta Belia', Putrajaya 2011.


Belia Perak sedang baraan ke masjid..

Ini bukan masjid tau!!
Pejabat Perdana Menteri ~ JPM


Masjid Putra

Masjid Besi

Masjid Putra
Macam mane depa kira 1 juta tu?
Aku & Wok J adalah antara penyumbang statistik & pengunjung budiman yang menyokong bisnes puluhan gerai-gerai di situ. Kami juga berbesar hati untuk menurunkan tandatangan eksklusif pada dinding belia..

*ok je guna Xperia sebab modelnya.. :-)

Sabtu, 28 Mei 2011

Facebook & Facelook..

1. Facebook:
Facebook  ~ Sebelah Syurga, Sebelah Neraka.
Tip-tip menjadikan Facebook Sarana Dakwah oleh Yanuardi Syukur.
Harga = tak ingat tapi murah ni sebab nipis je..


Ini ialah buku


2. Facelook:
Pertama kali terjumpa & membeli di Facelook (Kuching); personal store macam Guardian & Watson.
Harganya berpatutan contohnya beli sebotol syampu Head & Shoulder yang sama saiz tapi murah RM0.40 daripada harga kedai lain yang bedekatan. hehe! full satisfaction!! :-)



Inilah plastiknya.


Khamis, 26 Mei 2011

Petua Nak Cepat Baik Demam dengan Maggi Kari

apa yang MELETUP??!!


Korang dah kena demam tahun ni?
Kalau korang rase tak sedap badan, bisa-bisa, sengal, lenguh sana sini, mungkin itu petanda nak demam.. Sekali sekala demam, ok ape.. badan nak rehat la tu.. Tapi kalau nak cepat baik demam tu, boleh cuba petua Prof Fijji di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 peket megi kari - any brand
Air untuk masak megi
Cili, bawang putih/merah
Mixed vege, fishball etc..
* yang warna hijau lime je yang wajib!
* MAGGI ialah jenama kepada mi segera yang popular.

Cara-cara:
Masak je megi tu macam biasa, macam masak megi.. Ikut kreativiti & kerajinan masing-masing yek. Disyorkan guna 3/4 je perencah kari tu. Banyak aji tu! Cara masak megi yang > adal, boleh belek telek entry lame. Perasa kari banyak rempah. Boleh membakar lemak & banyak berpeluh; cepat kebah. Insya Allah..  (^.^)

Lepas masak,sila makan & minum dengan tertib. Kemudian cepat-cepat masuk bawah selimut tebal-berkelubung! Jangan tidur terus tau! Tapi kalau dah nak tertidur, tidur aje...... 


milo dinosaur (kiri)


Prof Fijji pesan;
Wes mangan ojo turu!!

*aku pon tak pernah try petua megi ni tapi milo dino tu sedap!! :-)


' Blogger Bermasalah' ..?!! KELIRU!!

Tempat = Bilik XXX, Hotel Dot Dot, Meooww...
Tarikh = Tanggal 25-5-2011
Masa = 23:40

all gone??!!

Apa terjadi dengan 'Dashboard' ni?
Suka-suka je buat tuduhan tanpa bukti yang meragukan. Dah banyak blog berwibawa aku follow maaa..!
Aku sorang je ke yang bermasalah? Pagi Isnin,  23 Mei yang lalu, aku tak boleh jawab komen. (Macam la banyak sangat komenssssssssnye!). Kenapa dalam purnama ini, banyak sangat berlaku kecelaruan minda? Dahla siang hari nak setel isu forensik-jenayah kolar putih. Malam hari nak nyusahkan minda fikir blog pulak. Memang cari pasal!!


Bukan aku je yang celaru, nyamuk (in love) di atas lagi haru biru. Hampir sejam aku perasan dia lepak atas hirisan lobak tu. Kot ye pon ko dok free kat hotel banyak bintang ni, takkan dah tukar taste?? Aku makin KELIRU!!


Rabu, 25 Mei 2011

O Dangdut.. before & after!

'Dangdut regge! rengge! dangdut regge!'
lalala.. (lupe lirik lo!)

Mari berdangdut! Best woooooo...


before.. Teh tarik DANGDUT!

after..!

 sekali ditapau, hilang terus keindahannya.. isk!
* Harga = tak tau - sebab bos bayarkan! hehe!

Isnin, 23 Mei 2011

Suka hidung dia..

Walaupun rupa fizikalnya kami agak berbeza, hakikatnya kami tetap sama.. 
.
.
.

aku yang macho

.
.

hidung dia comel

* Kamilah spesis yang terpelihara dan masyhur seantero dunia, tanpa perlu ada Facebook, twitter & blog! Kami sentiasa bersyukur..

Ahad, 22 Mei 2011

Di mana tempat kapal terbang isi minyak?

Alhamdulillah..
Selamat kami landing walaupun tadi asyik langgar awan.
Mungkin awan itu amat terpilu sebab dilanggar. Maafkan kami wahai awan-awan.. no short-cut, no choice!

Tadi aku berkesempatan merakam gambar anak-anak kapal sedang membuat rutin biasa sebelum kapal terbang (faham kan?!). Ya, sebelum kapal itu dipandu/diterbangkan oleh juru terbang!  Sebelum ni aku tak pernah nampak.. Makanya sebagai pengetahuan am je la. (Sebenarnya aku yang agak jakun teruja!). 

Gunalah PETRONAS :-)

Pandai-pandailah korang kelik gambar tu bagi besar yek. Maklumlaa.. tangkap guna hp 3.2mp je..! itu pon ehsan wok J. Best naik kapal ni sebab tak perlu panjat tangga-ada jejantas fleksibel tu..

Sekian sahaja soalan am sebelum memulakan hari baru.

* Sesok SENIN! Ojo malas-malas. No Monday Blues! Kerja itu ibadah. Potong kuku hari Isnin pon dapat pahala sunat. (^.^) 


Sabtu, 21 Mei 2011

Asas Bahasa Jawa-2

Kepada sesiapa yang ada bibik Jawa di opis mahupun di rumah, atau dikelilingi orang Jawa atau sedang berjinak-jinak nak memantapkan pengetahuan Bahasa Jawa, bolehlah baca nota ringkas di bawah ini. Percuma je..!  (^.^)

1.siji
2.loro
3.telu
4.papat
5.limo
6.enem
7.pitu
8.wolu
9.songo - pernah dengar Wali Songo?
10. sepuloh - sebut kena vibrato Jowo!

hari bermula Isnin:
Senin - Sloso - Rebu - Kemis - Jemuah - Setu - Ngahad

* Ojo diwarai, marai.. (",)

Jumaat, 20 Mei 2011

Bahasa Internet - baru tau makna LOL!!

salam..
Semoga anda semua dirahmati, sihat & ceria. Cepatnya dah tengah hari Jumaat kan?
Saat ini, aku nak berkongsi artikel daripada majalah sensasi yang bersaudara dengan UJANG iaitu APO 2011. Tajuknya ialah berkenaan bahasa internet, yang turut juga digunakan semasa menaip SMS.

121 = one to one
AFK = away from keyboard
AKA = also known as
ASAP = as soon as possible
A/S/L = Age/Sex/Location (masa sesi ice-breaking YM)
BBL = be back later
BTW = by the way
FAQ = frequently asked question
FYI = for your info
IDK = i don't know
J/K = just kid'
L8R = later
LOL = laugh out loud = bukan Lots of LOVE???!!
PM = private message
ROFL = roll' on the floor laugh'
SYL = see you later

*sumber: APO 2011

~ tolonglah jangan gelakkan aku pasal LOL!! mmm.. singkatan ejaan ni boleh disalah tafsir.

Abg Teror Punya Segmen Bloglist - Bukan Bersifat Kenegerian

Sempena menyokong kempen bancian 'abg teror', dengan sukacitanya saya menyediakan entry ini. Objektifnya untuk merapatkan silaturrahim yek. Bukan 'racist' tau!

1. Lahir di mana?
Saya lahir di Pahang-negeri yang makmur!

2. Dibesarkan di mana?
Dibesarkan juga di Pahang.

3. Negeri pilihan?
Semestinya Pahang!

4. Kenapa pilih Pahang?
Sebab no. 1 &  2. Pahang di hatiku.. (*.*)
Walaupun hampir 10 tahun saya menyanyi lagu Dendang Perantau, (merantau sebab rezeki di luar Pahang), saya tetap jujur & bangga jadi anak Pahang. Walau bagaimanapun, keluarga saya berdarah JAWA.
Oleh yang demikian, saya kurang mahir dengan dialek Pahang.
 Maafkan saya wahai rakyat Pahang! :(

* siapa yang ada sejarah seperti saya, bolehlah PM saya yek. hehe!

Rabu, 18 Mei 2011

Exercises That Are a Complete Waste of Your Time-1



 
Hip Abduction/Adduction Machine:
This is a popular machine amongst the ladies. Because it promises to slim the inner and outer thighs, a problem area for most women! You can usually find them in the corner, for modesty’s sake, because the motion is spreading your legs (abduction), or closing your legs (adduction) against resistance. The machine likes to tell you that motion works your inner and outer thighs, but it really doesn’t- not primarily, anyway. The hip rotators, the deep muscles that protect the socket joint of your hip, are what control this motion, and while you may feel a burn and are strengthening your hip joint, those muscles do nothing for slimming down your thighs.

If you want to slim your inner and outer thighs, one leg exercises are your best friend, as the inner and outer thighs work hard to stabilize your knee joint. Try bench step ups and single leg squats to really target the thighs. Side lunges are also great for hitting that dreaded saddlebag area. Beginners can do laying leg lifts with a resistance band or a weight held on the outside of the leg for the same effect.
* aku copy dari sini: dietsinreview.com

Selasa, 17 Mei 2011

Lady GAGAhs pandu lori AF!

She's a lady..
Pada pagi Selasa nan indah, around 9am.. pada saat ramai manusia berehat sempena Wesak Day, bersenang-lenang di rumah, bermalas-malasan di atas katil atau sedang enak menikmati sarapan cekodok sambil membaca surat khabar wailma menonton televisyen.. tatkala itu, di simpang lampu isyarat Kensington Park, 'Lady Gagahs' ini dengan machonya memandu lori Alam Flora (AF) seorang diri..

J: Tak terkesima ke tengok akak tu bawak lori AF?
A: tak la, biase je.. (tapi dalam hati, rase dan dan tu nak bawak kereta kebal!!)


kenapa ntah dia turun kat lampu isyarat ni..

akak macho!

memandu lori AF..


yang ini, PKNS punye!
agak2 senang tak nak bawak 'bobot' ni?!

 

Sabtu, 14 Mei 2011

Komen hilang & 'ketidaknyamanan' blog

Syukurlah, blog dah sihat..
Daripada Khamis lepas blog ni MC..
Apabila kucuba godak2, inilah paparan yg muncul.

haha!

Kadang-kala, penterjemahan bahasa itu agak melucukan! (^.*)
Selain daripada itu, ada komen yang gone with the wind.. komeng aaaa...!! (macam la banyak sangat komen!) haha! terkilan sebab tak sempat nak baca & balas latest comment on my dear..
So sudi-sudilah beri komen lagi. :-)

* Tolong doakan dia cepat sedar & sembuh. it has been a week. tq in advance..

Khamis, 12 Mei 2011

Saya Raksasa Bukan Raksaksa!

kadang2 iri hati

kadang2 takut jugak!

kadang2 je marah!

kadang2.. eh! ni bukan raksasa la!

* Siri Raksasa Bermata Besar ini berharga RM9.90 sahaja.
* ReadMalaysia'11 diadakan di MIECC sehingga 5 Jun 2011.
Bas percuma  disediakan dari stesen LRT Bkt.Jalil dan KTM Serdang.

Rabu, 11 Mei 2011

Misteri Ular & Tanda-tanda Saat Kematian..


red circle: ular senduk yang nak berada di sisi jenazah.. 

a) 100 hari: Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari: Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari: Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari: Mengidam makanan.
e) 5 hari: Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari: Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari: Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari: Terasa bahagian ubun bergerak-gerak antara waktu Subuh and Asar.

Saat akhir: Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


cerita anak ular ini di mahaguru58


Selasa, 10 Mei 2011

Tips Cepat Kurus Justin Bieber

Siapa tak kenal budak JB ni? Muda-muda dah kaya raya kan?
Justin boleh menyanyi, menari dan cipta lagu. Sebab tu dia kaya, banyak duit royalti. Pendapatan daripada persembahan & bayaran iklan pon sangatlah mahal..

Sesiapa yang ada bakat terpendam mahupun terendam, maka silalah rakam & hantar video kreatif kamu kepada pasukan Youtube. JB ni pon bermula dari situ, sebelum diangkat oleh Usher menjadi protegenya.. ye kot! Cikgu Shida pon masyhur melalui kamutiub ni jugak kan?

Bukan semua orang suka budak Justin ni, biasalah kan.. Dia pernah dibaling telur asli ke tiruan semasa mengadakan persembahan di Australia kot. Mujur dia sempat mengelak & cool je. Sebab aku dah pesan awal-awal dulu.. masa sama-sama training bola!


JB ~ a player..

* Tips cepat kurus JB:
- Mari ikut dia menari sehingga berpeluh-peluh.
- Mesti warm-up untuk mengelakkan kecederaan.


Isnin, 9 Mei 2011

Nur Kasih - lirik

138k views..

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


 
*Kebelakangan ini, nafsu makanku kian merundum. Emosi agak terganggu, rasa sayu semacam je.. sebab cuaca terlampau panas ke? Kenapa.. mengapa.. bagaimana..  semoga cepat sembuh wahai dot dot dot.. 
 

Kamus Jawa - Perkataan Jawa yang Sound Weird.. 1


Disebabkan siang tadi aku pergi layat saudara di Banting, maka berjumpalah aku dengan saudara mara yang berketurunan Jawa. Sebelum tiba, sesat sikit. Tanya seorang wak di tepi jalan, slangnya jawa tapi bonze aku agak keliru; Jawa or Indonesian?  Agak sukar buat kawad cam! Ramai sangat yang mengaku warga Malaysia sebab negara ini berbilang bangsa & rupa. Tu yang 'ex-patriate' suka IC kita. Mudah bagi depa nak menyamar!!

Walaupun aku orang Jawa, tapi tak fasih cakap Jawa sebab faktor persekitaran. Alasan! Secara jujurnya, aku suka belajar bahasa asing. Pernah belajar Arab, Mandarin (susah nak tulis!!) & Bahasa Perancis. haha! Belajar yang asas je.. Pada saat dan ketika ini, aku rasa nak tulis pasal perkataan Jawa yang bunyinya agak tak mesra halwa.. Silalah baca untuk tambah pengetahuan. Bolehla eksyen kat wak/wok Indonesian keliling korang! :-)
 
1. kechret = bersepah.

2. bontrot = nasi berkat kenduri

3. brutu = tongkeng (buntut) ayam

4. ambrok = runtuh

5.  kepiye = macam mana?

6. ... to be continued..

weird tak? hehe!






Ahad, 8 Mei 2011

Tips Update Blog Tanpa Internet & Selamat Hari Ibu


* Di Malaysia, Hari Ibu secara rasminya disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei. KAlau nak tau di negara lain, boleh rujuk blog tehr sambil minum teh. mai secawan! (^.^) Content:
Kem. P'gunan Wanita,Keluarga & Msykt m'ucapkan Selamat Hari Ibu kpd semua Ibu di Msia.T'kasih krn mjadi sumber inspirasi keluarga.

Hubungilah ibu anda hari ini.

Time: 07/05/2011 09:21:53



KPWKM hantar pesanan ini kepada semua pengguna Celcom termasuk broadband. Malangnya fenomena berikut terjadi la pulak..


Service is not available at the moment. Please try again later.
Sorry for the inconvenience caused.
If problem persists, contact your operator.  (tak contact pong!)
• 07052011 ~ 23:00pm

 
*Kenapa la sistem CELCOM jatuh hari ni? Dari petang tadi asyik on off je.. kate suruh 'Hubungilah ibu anda hari ini'. Mujur memang selalu call fama-itulah gunanya pakej keluarga celcom 1+5. hehe!!

Masa tengah ade mood nak update ni la dia jatuh.. Makanya masa inilah nak guna tips petua Cik Zie RedBloodSnow – cara update blog semasa tiada servis internet iaitu lebih kurang macam ni (ingat2 lupe maa..!):


1. membuat draf entry dalam Words, PowerPoint, Excel
2. set auto-post (bila dah jumpe internet)
3. sila rajin & buat la.. hehe!


Cik Zie RedBS ni memang top blogger. Ramai followers & clients. Di samping itu, beliau juga menyediakan servis inteprem blog korg kat blognya yg glam tu. Beliau sangat rajin update-sehari set 4 kali auto-post! Tegarrrrrrr!!! Cik Zie red lady yg manis ni bakal jadi Puan by the end of 2011 (exact date x tau). Sila jangan ngorat beliau. :)

*Bersyukurlah anda kerana masih dapat meraikan Hari Ibu di samping ibu tersayang. Sepupuku baru sahaja kehilangan ibu petang tadi. Semoga beliau & keluarga tabah. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Kasidah binti Sidek khususnya..


Jumaat, 6 Mei 2011

Berdoa Ditemukan Jodoh..


'Masjid Besi' tu cantik..

"Insya-Allah saya pun doa, insya-Allah Tuhan akan makbul. Saya fikir dengan berkat doa tok guru lagi, datuk-datuk, insya-Allah berjaya," titah baginda pada sidang akhbar khas di Istana Negeri di sini semalam.

"Kita tidak boleh fikir sangat sebab kalau kita fikir banyak sangat nanti 'jam' otak kita. Jadi, cara terbaik ialah kita reda, tunggu dan lihat apa yang berlaku."

Sebenarnya titah baginda Sultan Muhammad (Sultan Kelantan - Sultan Muhammad V) di atas adalah untuk soalan di bawah yek:
..Ditanya perasaan baginda mengenai isu-isu melingkari Istana Kelantan sebelum ini yang telah dapat diselesaikan dengan baik.. - Utusan Malaysia; 06052011

* kalau 'mokcik pokcik razzi' dok sibok tanye bab kaf ha wau ya nun, aku nak pinjam ayat titah Sultan Kelantan (pink) tu laaa... 
and please pray for me..  :-)
rase nak pakai contact lense!


Khamis, 5 Mei 2011

Eva Longoria's Divorce Diet & Tips

Who doesn’t want to slim down or shape up to make their ex jealous after a divorce or breakup?


her 1st cook book


* dietsinreview.com (Petua memasak oleh Eva Longoria):
I have a few tricks that give my guacamole (avocado-based dip that originated in Mexico) great flavor and texture,” Longoria told Prevention. “First and most important, I use lemon juice instead of lime. Lemon has a little sweetness that brings out all the other flavors. Also key is to never skimp on the lemon or the kosher salt. Serrano peppers give it a great kick, much better than jalapeños. And finally, never stir as you add each ingredient to the bowl or the guacamole will become too watery.

“This is especially beautiful in a dish that shows off the guacamole’s green, white, and red colors, such as a molcajete–a Mexican mortar (bukan peluru meriam tu!and pestle. Serve with tortilla chips as an appetizer or on top of steak,” Longoria said.

Eva cakap dia sedang berdiet cerai selepas berpisah dengan NBA player; Tony Parker. Sebenarnya, dia sangat sibuk sebab menguruskan 2 buah restoren, berlakon dan menghasilkan buku masakan. [Beliau sudah jadi usahawan berjaya. Suka tengok dia jadi Gaby aka mak Juanita (Desperate Housewives).] 

Petua kurus Eva yang lain ialah seperti berikut:
1. Mesti seimbang & sederhana. Makan healthy food.
2. Minum 3 liter air sehari. Campur hirisan/perah limau dalam air jarang.
3. Makan banyak buah & sayur.
4. Masak sendiri di rumah.
Mudah untuk kawal jumlah garam, gula dan guna keju rendah lemak.
5. Kurangkan makan fast food.
6. Bersenam – lunges, squat, kickboxing etc.
*Pilih apa-apa senaman yang anda suka. So that u’ll keep it up. 
Focus on being healthy.

Rabu, 4 Mei 2011

Cara "Kembali" Bersenam



inklingscommunity.org


Bila kali terakhir korang BERSENAM bersungguh-sungguh? aku langsung tak bersenam pada bulan April lepas. tettttt!!! 

Sangat susah nak mulakan tapi adalah tidak terlambat untuk kembali bersenam dengan jayanya. Semua orang ada 24 jam sehari semalam. Di bawah ini aku tolong sebarkan artikel Cosmopolitan; Jul2011 berkenaan cara-cara nak kembali bersenam:

1. Take baby steps:
Kalau dulu pejam mata pon boleh lari 10 round padang bola, sekarang mulakan dengan perlahan-lahan. Cuba 2 round dulu, then dari hari ke hari, tambahlah jumlah 'round' itu. Bukan tambah skip yek!

2. Motivasi:
Tepek  tampal nota kecil warna warni di tempat yang selalu dilihat (kat fridge/pc). Tulis kata2 semangat pembakar jiwa mencabar diri sendiri untuk > rajin bersenam, nanti > fit & smart!

3. Masalah Cuaca: 
Memang sekarang negara kita mengalami la nina el nino ujan ribut taufan. Tapi where there is a will, there's a way. Beli aje cd/dvd senam robik, pilates etc. Then cucuk kat player/lappy & kita enjoy! Lagi syok buat kat rumah. (cd cerita hindustan pon ok, ikut je step tarian rancak depa tu!) 


LinkWithin

related posts with thumbnails