Isnin, 21 Februari 2011

Duit Emas..

Awal tahun 2011, tabung ladybird telah diaudit oleh aku sendiri. Banyak juga duit syiling yang berjaya dikumpul. Betapa terharunya diri ini sebab jumpa sekeping duit emas lambang keris Taming Sari. Tapi rasenye bukan keris Taming Sari ni...!

duit emas! bestnye kalau emas betul.. 

muka depan duit emas aku..

sikitnye menabung!

Masa aku pencen nanti, mesti duit syiling seringgit ni semakin berharga. Simpan elok-elok ya.. 

Sila berhati-hati dengan duit syiling lama. Sebab? hehehe... biasanya barang-barang lama ni ada dot dot dot..

*Quick Search Yahoo ~ Kenapa Ally Iskandar dapat nombor 5 & Fahrin Ahmad di belakangnya? Yang pasti, aku belum pernah jejak Pulau Redang. kesian.. .

Ahad, 20 Februari 2011

Tips Membuat Laporan Polis

Korang pernah hilang dompet? (dompet berisi lesen memandu, kad pengenalan, duit & kad2 plastik)
Tak sangka, aku mengalaminya malam semalam. Kagum pada diri sendiri-boleh relax je..  memangla bulan ni tak de outstation, tapi sangat lupa bahawa Jumaat depan aku nak mabur ke M'sia Timur (tiket tambang murah telah dibeli pada 2010!). Gilo x do ic. Mesti encik pilot tinggalkan aku! So, setelah yakin dah puas cari tapi tak jumpe, maka aku gagahkan juga duduk di kerusi co-pilot menuju ke balai polis terdekat, walaupun sudah detik 12.15 tengah malam! Balai Polis Dang Wangi sebelah Kompleks Campbell menjadi pilihan sebab senang parking. Balai Polis Mont Kiara/Hartamas tak pernah pergi.  Balai Polis Sentul sedang diubah-suai & susah parking. Nak naik motor, kami belum beli. Lagipon both x do lesen B, B1, B2 mahupun C.

Tips:
1. Nak buat report, kena sediakan RM2 untuk urusan JPJ (buat lesen baru). Pinjam la dulu..

2. Sila ambil nombor & tunggu giliran. Walaupon takde orang awam lain, kami kena tunggu juge sebab pegawai sedang sibuk. Malam tu je ade beberapa tangkapan dibuat..

semasa membuat laporan di balai..
(> < macam mane ni la gambarnya..)


 3. Seorang pegawai akan menaip laporan ringkas anda. Sila ceritakan kejadian kehilangan itu secara ringkas & padat. Pegawai akan tanya, bila & di mana anda sedar dompet itu hilang? Senaraikan juga barang berharga yang hilang. Kad Sogo, BonusLink & Jusco - tak yah mention yek..

selamat kad Sogo wok J..

4. Pegawai akan suruh kita bace laporan itu di skrin komputer dulu sebelum dicetak. Dah ok, baru beliau cetak. 

5. Kemudian, sila tandatangan pada laporan itu. Satu untuk JPJ (dikepil dengan resit RM2 tadi) dan satu lagi untuk simpanan (jadi kad pengenalan sementara). Setelah pegawai itu juga siap tandatangan, kita pon boleh balik rumah.

6. Sementara itu, jangan lupa telefon bank2 anda untuk batalkan kad. Dail je 103 untuk dapatkan nombor telefon bank itu.

# Mase tu, Encik polis bawa 2 orang 'Sailormoon'. Dari mane la gerangannya tu yek?
* Pukul 2 lebih buat report, pukul 3.04am dapat call drpd B.Polis USJ8 suruh ambil purse itu. Alhamdulillah... dah jumpa. Rupenye memang tercicir kat De Station USJ 19. Sungguh cekap PDRM kan?! Tahniah..


Kebetulan pulak ~ petang tadi SinChan sedang mengepow jiran lamenye (pelajar U yg berulang-kali amik exam & masih belum ade girlfriend). Kejadian berlaku sebab abang itu (lupe namenye) telah berjanji nak belanja SinChan jajan kalau dia jumpa gajinya yang hilang. SinChan tak tau pon rupa paras 'gaji' tu macam mane.. kesian dia.



Jumaat, 18 Februari 2011

Tips berhentikan darah..

Semasa sedang gigih bertungkus-lumus menjayakan 5S (sesi S1-S3=sisih, susun & sapu), anda akan terdedah dengan risiko kecederaan kecil & besar. Maklumlah, jari-jemari kita yang runcing dan kering itu mudah terluka. Kalau nak guna sarung tangan, macam tak berapa kaww nak buat kerja kan?!


bini Mr C sedang menggodak shredder

seni itu indah~hasil drpd shredder yang kong tadi..

kau melukai jariku!

bloody.. pedih wo!

tepek kopi cap kapal terbang!

Seeloknya, alirkan air paip pada mangsa yang berdarah itu tadi. Kemudian, tuam dengan ais kalau (ada ais laaa....) Mamat kantin tukang bancuh air tu cakap, bubuh serbuk kopi untuk berhentikan pendarahan itu (kopi sebarang jenama dibolehkan tapi jangan kopi 3 in 1). Untuk tidak mengecikkan hati beliau, aku pon ikut la cakapnya.. Selepas beberapa minit, bolehla cuci jari tu dengan lemah lembut. Hasilnya, tidak mengecewakan:)

* Kalau kecederaan berlaku pada sendi, sila kurangkan pergerakan. Biar jari itu berehat dulu. Sekian, selamat mencuba! [Sila jangan cederakan jarimu kalau nak uji petua kopi ini ye].  

Khamis, 17 Februari 2011

O bapak.. & Tips Murah Rezeki


undated pix
Feb 16,
Happy Belated Birthday to Wak Haji Tukiran @ Salleh..
take calculator..tik tik tik..aaaa..? bapakku already 70? uuuuu!!
Sekinchan people & relatives called him Wak Salleh~his original name. Embah wedok said, when bapak was a baby, he always got fever. So as usual, old people will change the name n bapak picked that Jawa's name. macho!

Bapak is getting older. His 2009 pix~as at the bottom. No wonder he always shoots me with that Q ~  (he wanna see his last son in law!). O dear bapak, Insya Allah soon.... (keep smile & inhale!)

Mak said, bapak will not miss to watch drama Indonesia @ Astro: Syurga Untukmu. I've been told by mak that bapak likes to watch that sinetron because...
'Garang temen! Rai ne koyo A--, podho garang !!'  
Hahaha... Kantoi!! but that lady not like me pon!!
May Almighty God Allah bless bapak always.


* Tips murah rezeki drpd Dato' Dr Fadzilah Kamsah:
   After subuh prayers, sedekah Al-Fatihah to our parents even they are still alive.

*an effort to enhance my English..

Rabu, 16 Februari 2011

Waktu Tepat Buang Lemak Jahat

Lemak ade yang jahat & baik ye?


Amani ade lemak tak??!

N3 khas untuk kaum hawa sejati sahaja.
Tapi kalau anda yang bukan daripada golongan ini, bole je bace. Tak de pantang pon! Malah boleh tolong sebarkan maklumat ini kepada wanita-wanita anggun di sekeliling kamu. cehh!

Waktu yang tepat untuk membuang lemak jahat itu ialah 2 minggu sebelum haid. RAPI edisi 1 Februari 2011: 'Hasil penemuan oleh Univ. Adelaide menunjukkan bahawa latihan seperti berlari,  2 minggu sebelum haid memungkinkan berat badan turun lebih cepat'. Sebab  pada masa itu, keadaan hormon meningkat dan ia perlukan tenaga ~ proses yang diambil daripada LEMAK. 

Wow!! Berita baik ni. Ruginya kalau malas!! Tapi kalau anda sudah mengalami menopause, janganlah patah hati ye. Bersenamlah secara istiqamah.  Apa-apa kerja yang kita buat secara istiqamah, Insya Allah ada hasilnya..

* Kalau nak kecikkan kaki, lebih elok jangan berlari..


aku start main bola mase Std.6, silalah percaya :-)


Selasa, 15 Februari 2011

ikan kahwin dengan ayam!!

Salam Maulidur Rasul...

Setiap persahabatan  yang ikhlas pasti ada berkatnya, mungkin ada yang terus berakhir ke jinjang pelamin. Tetapi ada juga pasangan yang lebih sesuai untuk jadi sahabat karib daripada menjadi pasangan hidup sehidup semati (bukan sorang hidup sorang mati!).

Bagaimana pula jika reptilia iaitu si ikan ingin berkahwin dengan ayam; yang datangnya daripada keluarga burung? Adakah perkahwinan mereka direstui? Apakah hasil perkahwinan campur ini?


gambar hiasan sebelum tengok Fasha Sandha jadi hantu
  
lalu terhasillah ini.. eh! ini pix dot dot

inilaaaa... ikan ayam ??!

 
inilah ekor ikan ayam itu.

 Kalau ikan kahwin dengan ayam, itulah hasilnya.. Ekornya seperti ikan. Nampaknya, si ikan mendominasi. Ikan lagi kuat daripada ayam rupanya...!
Siapa pernah makan ikan ayam ini? Boleh dibeli di SOGO..


Ahad, 13 Februari 2011

Sini Ada Hantu Yang Cantik!!

ini bukan van Pasti Sampai

Memula masuk, ade orang berbisik perlahan (bisik mestilah perlahan kan?!), 'Chinese pon tengok cerita ni..' Laaa, memangle.. pengarahnye kan James Lee! yang buat Histeria dulu. Ooooo.. 

Yeay!! aku & PA dengan bangganya telah meluangkan masa tengok cerita seram pada 9.45 malam semalam. Mujur tiket ade lagi. Kalau dak, kena tunggu next ..11.55pm! dahla tak bawa shawls untuk benteng tutup muka. hehehe!!
Untuk bayi2 comel Januari, sponsor tak kasi tengok filem Yogi Bear & yang kat bawah ni. Sebab? tak tau.. Malas nak kaji. Sila tanye depa sendiri!

Sponsor x kasi tengok ini..
 
Memandangkan kami ni peminat filem Melayu yang agak tegar, maka Sini Ada Hantu menjadi pilihan ramai. Tambahan pula, pelakon sensasi finalist ABPH 2010 iaitu Cik Fasha Sandha turut berlakon menjadi hantu pokok pisang yang cun. Dah sampai TGV Wangsa Walk, x jumpa la pulak salun miliknya yang dia nak rasmikan esok tu. mmmm... harga berpatutan yek! Kalau Fasha Sandha percuma (free), dia sendiri yang akan mencuci/menggunting rambut kamu. Tak nak ke?! Sekian, promosi untuk Salun Chinta Fasha Sanda.. :-) 

Sinopsis/Ulasan Sini Ada Hantu:
Ini adalah cerita hantu berkonsep 1Malaysia. Ada hantu melayu (hantu pokok pisang), hantu Cina (hantu nombor ekor), hantu asrama di tandas lelaki (askar Jepun yang tersadai di Malaya) & hantu van! Hantu van tu hantu India ke? Kejutannn!! Tengoklah sendiri. Sila segera ke panggung yang berhampiran terutama TGV. (mari kipas TGV!! ngeh! ngeh!!)


Ceritanya bermula apabila 2 orang pekerja syarikat kurier Pasti Sampai dipaksa rela (selepas dijanjikan OT 3 kali ganda!) untuk membuat serahan segera (mesti sampai sebelum 8 pagi esok) iaitu membawa mayat atok boss ke kampung.. Dalam perjalanan pada waktu malam itu, mereka... hehehe!! ape kate korang tengok sendiri? tak pon boleh bace di ezany-kun.com, beliau ada ulasan lengkapnye. Sekian, tq :-)


TQ TGV & Nuff...:-)


* Seram jugak laa.. untuk contol macho yg tak bawa shawls, aku  turunkan spek sebab aku rabun tahap gaban. So, bila hidung yang pakai cermin mata, tak de la nampak jelas sangat rupa buruk Fasha Sandha jadi hantu tu. hihihi!!

* Pelakon wanitanya cuma Fasha Sandha, Eira Syazira dan hantu Cina.

* Jadual filem ini di TGV (Sabtu-Ahad):
~ 11:00am, 1:10pm, 3:20pm, 5:30pm, 7:40pm, 9:45pm & 11:55pm

* kat TGV Kepong tak de filem ni. Harap maklum!

TQ ms comrade!!

Sabtu, 12 Februari 2011

aaaaa..... Choo Kiok???!!!!!!!!!!!

Misi membeli durian di Chow Kit.
Jam hampir 12 tengah malam.
(Sebab itu banyak durian dah habis!!)
Tapi bolehla dapat harga istimewa tapi bukanlah Durian Runtuh!!

Jenis2 durian di Malaysia:
D2, D7, D24, ioi, Raja Kunyit, Udang Merah, Mosang King (ke Musang?), Kucing tidur?



Coo Kiok - sold out!
Udang Merah & Mosang King - hanya tinggal nama..

D24 posing dengan sign board Mosang King

di mana markas dusun Durian PAHANG ni?!


Bonze yg diimport khas dari dot dot...

Bonze2 mengawasi saspek yg sedang mengopek durian

Tips nak hilangkan bau durian:
Sila suruh tokey durian itu terus mengopek durian dan isinya dimasukkan ke dalam bekas. Lebih elok kalau bawa tepawe (sebarang jenama) sendiri. Save the Earth!
Encik tokey akan tapaukan seperti gambar2 di bawah.

Atasnya, bubuh daun pisang yang direnyuk..

D24 yang kami sunting..:-)
*dah isi dalam polistrin, tak dapatlah nak amalkan petua minum air jarang guna pangsa durian ~ untuk hilangkan panas badan akibat overdose.. so minum je air jarang banyak2 guna gelas macam biasa!

*Bole juga tepek kulit durian dengan roti~boleh serap & nyahkan bau durian *

Nak best lagi, pastikan bonze bawak kereta beliau sendiri. So selamatlah kereta korang daripada bau 'wangi' durian itu:-)
Choo Kiok?!

Jumaat, 11 Februari 2011

Resipi Yee Sang JAWA

pix: Yee Sang Jawa

Yee Sang!!
(sambil pegang kayuchop, jemari yang tak berapa nak runcing itu pon terkial-kial (kecuali yang pakar) nak sepit food & Lo Hei ~ lambung ala-ala manja je..).

Kak Ooi cakap, dia beli aje yang da ready made kat pasar raya berhampiran. Siap dengan sos plum rasa masam manis. Pastu campur dengan potongan isi ikan salmon mentah. Jadi macam rojak. yummy yami!!

Aku tak pernah makan pon. Masa zaman belajar dulu, jiran Cina jemput datang ke rumah & hidangkan air soya kotak bersama jajan kacang Ngan Yin cap tangan je. Tak hidang Yee Sang pon. Beria-ia depa ajak sebab nak bagi kami ang pow. Xie xie ni. Wo ai ni;) Women dou ai ni:-)

Kalau balik kampung, aku suka masak makan betik muda ditumis. Sedap!

Bahan-bahan:
-Betik muda yang baru nak kuning oren isinya (sila agak2, takkan nak tebuk!)
-Bawang merah & putih, cili api/lada hitam/bilis - dikisar kalau malas tumbuk
-Garam Halagel (sokong produk Muslim)
-Secubit je gula, buat syarat. Kalau tak bubuh lagi bagus.
-Minyak untuk menumis.
-Ajinomoto - DILARANG keras!!

Cara-cara:
-Sagat betik itu. Nanti dia jadi racik-racik. kan macam Yee Sang!
-Tumis bumbu tadi. * Minyaknya jangan banyak sangat.
-Masukkan betik Yee Sang.. walik-walikkan dia, biar masak rata & adil..
-Tambah air sikit je sebab betik akan berair apabila dimasak.
  *Lembek sangat tak kaw!!
-Tambah sedikit garam & gula (tak wajib) sesedap rase.
-Test rasenye. Dah mesra? Bolehla tutup apinya.
-Dah siap!! Senang je kan! Macam tumis sayur lain :-)

Pengetahuan Am (Yee Sang & Chap Goh Mei) drpd Wikipedia:
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini.

Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.

Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Sekian, kelas belajar tamadun Cina kita pada hari ini ye murid-murid :-)



Khamis, 10 Februari 2011

"Nak Join Bloglist Krole Boleh?"

Jom Join Bloglist Krole!

x abis2 dgn domo ni!!

Mari menyibukkan diri untuk menyertai peraduan Encik Bapak Domo ini.
Tarikh luputnya 11.2.2011 (besok da!) tapi beliau tak cakap pukul berape..

Caranya sangat mudah, tak perlu jadi pengikut beliau pon
sebab pengikutnya dah ramai bangat!
Buat je entry gaya bebas berkenaan peraduan ini.
Dah siap? Sila tag seorang je kawan yang berpotensi untuk join yek:-)

So, dengan egonya aku nak tag PA. Cepat buat, due malam esok!!
Join aktiviti macam ni bagus untuk semua
 terutama jadi tapak untuk blogger yang biase2 macam aku ni.
En.Krole ni w/pon dah glamer dan berada di tahap bagus,
tapi beliau tetap sabar melayan semua peminat & pelanggannya..
Senyum 24/7.. hoho! 
Calon menatu sape ni? Ooooppppss!!! (*__*)

*ex bff Std 6 pon name Krole...


Rabu, 9 Februari 2011

R3 Satria Neo - iwi!!!!!!!

 R3 = Race Rally Research?!

> < like this..
Price = RM79,797 (nice no!) MT Metallic
Book' Fee = RM2,000 only maaa....
Color = Fire RED, black painted roof.
*1.6 Campro S4PH
* 145 brake horse power @ 7,000 rpm
* 168 nM of torque @ 5,000 rpm
(kuasa terjahan!)

credited: http://www.wemotor.com

Proton Holdings Bhd Group MD, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang encem lagi berkarisma said this model  will only be selling in limited number. So hurrry!! (ingat beli ikan ke?!)

To book: let's rush to all Proton Edar showrooms ~ Peninsular Msia. eyaaaaahhhhh!!!!
read more...

* Campro = Camp Profile System
* DVVT = Dual Variable Valve Timing (spec. lower than VVTi)

I want it!! iwi! iwi!  how to fight your phobia? hahahaha...!


size does matter..


Selasa, 8 Februari 2011

macam 'ba alif ba ya' ...!!!!


kreatif?!

Pada Januari lalu yang tarikhnya dirahsiakan (sengal!), aku berkesempatan bersiar-siar sambil menghirup udara yang agak kurang segar (bengang sebab delay!) di ruang balai berlepas Lapangan Terbang sekali lagi dirahsiakan, di ngeri negeri di bawah bayu iaitu ... sape tak tau jangan jadi rakyat Malaysia! Sebenarnya, inilah julung-julung kalinya aku berkesempatan menjejak kaki di bumi itu. Kesian kan!  mujurlah bos & the team ajak p ambush office kat sini. Yang tak bestnye ialah p buat kerja from 8-5! Dahla aku sorang je XY! eh tak! aku XX laaa... Mujurlah PA aku sudi menghabiskan masa & RM nya untuk eskot. Takpe, aku cover hotel berjenama untuk beliau. ngeh! ngeh!

Cuma nak cerita, masa aku membuat lawatan mengejut kat kedai cenderamata @ airport tu, aku jumpa objek bulat comel iaitu ibu ayam. Sila rujuk gambar di atas. Aku memang suka objek yang kiyut-miyut ni.. Yang tak syoknya, ibu-ibu ayam itu telah bersekedudukan didudukkan bersama-sama objek gelap yang bulat juga macam khinzir. Setelah diamati, objek itu memang tabung babi (kenapa Piggy Bank?!) yang dibuat daripada tempurung kelapa. Berhidung tonyok & bertelinga.. Sila rujuk gambar yang sama.  aiyaakkkk!! nasib baik tak sentuh!! Sekian, itu je..


Tips ~ Air Asia:
* Kalau guna waran & nak tukar tiket, terus je pergi kaunternya @ KL Sentral/Sepang. Sebab guna ejen pon tarak guna. Baik p sendiri!

* Kaunter Air-Asia KL Sentral =
 Aras 1, di tepi klinik (lupa nama kliniknya). Boleh nampak dari luar~tepi jalan. Takpon dekat2 McDonalds & 7 Eleven.

* Malu bertanya sesat jalan! Tanya je orang-orang yang berpotensi untuk menjawab dengan tepat & jitu :-) 

AirAsia KL Sentral Sales Office
Unit 11, Level 1, Stesen Sentral Kuala Lumpur,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2171 9333
9am-9pm




Ahad, 6 Februari 2011

Buat Dagu-Buang Lemak Pada Muka

google-lupe web ape!

Sape ade dagu cantik berlapis dua?
Kadang-kala ianya kelihatan comel tapi kalau anda berkecimpung dalam industri tertentu, mesti takut!!!
Betul ke bila masuk tv, muka kita lagi besar?
Aku tak pernah masuk tv, so tak tauuu..

Mingguan Malaysia~Kesihatan ada keluar atikel berkenaan Kejatuhan Lemak Pada Muka. Rupa-rupanya bila makin tua, kulit makin melendut sebab lemak jatuh & kolagen makin susut. Lemak jatuh sebab saluran lymphatic pada muka kita tersumbat (lemak terperangkap!!) ooooo... belajar medic jap yek!

Petua nak hilangkan dagu berlapis:
Tolak dagu ke atas dengan tangan kanan & kiri, sebanyak-banyak kali ikut suka hati. Bila? Setiap kali bila bangun tidur, semasa tengok tv, semasa melayan mata sebelum tidur atau ikut keperluan dari semasa ke semasa.

- Senaman menjelir lidah ke bawah, sampai rasa muka tegang.

- Senaman sebut huruf vowels A, E, I, O,U secara bersungguh-sungguh. Konsepnya sampai muka rasa tegang sebab tadi kan lemak terperangkap. So kena gerakkan lemak tu secara manual.

* Maklumat lengkap tentang senaman MEMBASMI dagu berlapis ni boleh rujuk di blog bukan kembar tapi hampir sama nama ~ www.tip.kuruskanbadan: urut dagu.  Tak sangka pon .. tapi blog beliau lagi mantap!! * Kalau nak cepat & banyak $$, ikut macam artis tu. Aku puji artis wanita tu yang mengaku dia Ratu Suntik ~ ifaraziah dulu & sekarang:





'smart' sangat ke guna SmartTAG?




credited: touchngo.com
  

Life in the Fast Lane! 
Today is already Sunday-so just write in Bahasa Melayu.
*Kalau zaman sekolah dulu, Rabu ialah hari berbahasa Inggeris. Kenapa Rabu? Sape yang mula2 isytihar ye?

'Kehidupan di Lorong Laju' (alih bahasa tulisan merah di atas-betul ke?) tu ialah tagline-SmartTAG. Mesti ramai yang guna SmartTAG kan? (ejaan memang ikut web dia-TAG huruf besar!). Terutama musim cuti panjang ni. Raya Cina - yang bukan Cina pon sibuk nak balik kampung mengalahkan kaum Cina. Rugi tak balik; cuti dari Khamis-Ahad. Para pekerja di Wilayah mesti ambil cuti rehat atau cuti kecemasan, alang2 je nak kerja hari Isnin & Rabu kan? oppssss!! hihi...

Hebat sangat ke guna SmartTAG?
Mestilah!! Lebih pantas & jitu lagi bergaya walaupun pakai kereta saiz comel. Tetapi pastikan kad Touch 'n Go anda ada baki yang cukup & bateri alat SmartTAG itu berfungsi dengan baik. Ada LCD kat SmartTAG tu, boleh check.  Kang malu je.. orang belakang mesti menyumpah. Habisla kredibiliti & gaya elegan korang tadi!

credited: aja49.wordpress

Ape2 kemusykilan pasal SmartTAG boleh klik sini. Aku tak kerja situ tapi saje share:-)

*Tips:
1. Kalau nak lalu tol Gombak  semasa cuti raya, sila JANGAN guna SmartTAG sebab banyak lorong TUNAI dibuka dan lagi LAJU. Lorong SmartTAG ade 1 je. Ini kisah benar sebab baru je lalu tadi..

2. Tol Chenor tiada lorong SmartTAG tapi jangan gundah- gulana sebab boleh keluar di lorong Touch 'n Go. Cuma kurang bergaya laa... Konsepnya wajib ada kad Touch 'n Go tu. Jangan lupa!!  

3. Sila bersedia ke lorong paling kanan kalau nak guna SmartTAG. Yang guna tunai, jangan la buat silang pangkah. Mengganggu ketenteraman awam! Tunai memang kiri je.

4. Macam mana nak galakkan rakyat guna SmartTAG kalau ada 1 lorong je? x paham...

gambar sengaja dikaburkan. ahakss!!

5. itu je.. x bole tido sebab tadi minum mocha. arrgghhh!!  (Tips kalau nak stay up)

Jumaat, 4 Februari 2011

FASTER!!!

credited: istockphoto

Faster! Faster!!

(i must confess that due to certain circumstances, this blog is not 'fast' in updating entries or design-lay out). Concrete reason?!! who cares? 

Although FASTER is almost to the end, me & bonze only got time to watch it on Wilayah Day~February 1! We were really happy to spend that public holiday:-)


Review of FASTER?
Under 18-violences. But not so sensored.. only kill, die & driving backward dangerously (please don't try in M'sia!!). Read more.....  

*Free 4 thickets  tickets=sponsored by Nuffnang, collaborated with TGV.
Merci beaucoup guys!!

*TGV Kepong, please be Faster to allow us to enter. Not after bonze asked; 2 minutes before show time!! ~ reason for top pix! 

*** Another 2 tickets? kiv.. (sebab ade org takot teraba dalam golap!!)

Tips to Nuffnang Office (14th floor-end lot):
~Heritage House (WISMA WARISAN), Jalan Yap Ah Sak, KL.
1. Just take a cab. Sure the pilot will take u there.
2. Putra LRT Dang Wangi= have to cross the river/road, opposite Yellow Cab. 
3. Monorail Medan Tunku= just < than 10 minutes walk. Behind Sheraton Hotel & opposite Kurnia Insurance building.

# before entre the lift, please register at the counter:-)
terrible! so long not writing in English..


LinkWithin

related posts with thumbnails